Saturday, March 26, 2011

Cinta Dunia


Satu ketika, Syeikh Abdullah Harith bin Asad Muhasibi r.a. sedang membincangkan hal ulama yang meminati dunia. Beliau berkata; "Mereka yang menyangka bahawa para sahabat رضي الله عنهم juga memiliki harta yang banyak. Orang² bxxxx ini menyebut hal sahabat supaya manusia menganggap mereka ini juga mengumpulkan harta. Syaitan memperdayakan mereka dan mereka sedikitpun tidak memahaminya."

"Wahai orang yang bxxxx! Cxxxxxlah kamu! Kamu menyebut nama Hadrat Abdur Rahman bin Auf رضي الله عنه sebagai dalil untuk menyimpan harta, ianya hanyalah penipuan syaitan terhadap kamu! Syaitan hanya membuat kamu menyebut lafaz² itu supaya kamu binasa. Apabila kamu berkata bahawa sahabat رضي الله عنهم telah mengumpul harta untuk mendapat kedudukan istimewa maka sudah pasti kamu telah mengumpat dan menyebut satu tohmahan yang sangat besar terhadap mereka."

"Apabila kamu mengatakan bahawa mengumpul harta secara halal adalah lebih baik dari meninggalkannya, maka sudah tentu kamu berkelakuan biadap terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan semua ambiya عليه سلم. Kamu hendak membuktikan bahawa mereka tidak bijak dan pandai sebab mereka tidak pernah menyimpan dan mengumpulkan harta seperti kamu. Dengan pendapat kamu bahawa menyimpan harta secara halal adalah lebih baik dari meninggalkannya, maka seolah² kamu telah membuat tuduhan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa baginda tidak berkeinginan untuk kebaikan ummatnya dengan melarang mereka dari mengumpulkan harta."

"Demi tuhan langit! Kamu telah mendusta dengan dakwaan mu terhadap baginda."

"Baginda adalah terlalu kasih & sayang terhadap ummatnya, sentiasa berhasrat untuk kebaikan sahaja bagi ummat. Adalah menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh ummat dan sangat tamakkan kebaikan bagi ummat."

"Hadrat Abdur Rahman bin Auf رضي الله عنه mempunyai kelebihan, kesempurnaan, taqwa yang sangat tinggi, berbuat baik terhadap manusia, sentiasa membelanjakan hartanya di jalan Allah, terdiri dari kalangan yang telah diberi berita gembira mengenai syurga semasa hidup di dunia dan banyak lagi keunggulan yang lain. Namun di sebabkan beliau mempunyai harta sahaja, beliau telah lambat memasuki syurga dan tidak dapat memasuki syurga bersama² dengan jemaah fakir miskin dari muhajirin serta  Rasulullah صلى الله عليه وسلم "

"Selepas itu apakah tanggapan kamu dan kita semua yang terperangkap di dalam kesibukan dunia, menghabiskan masa dalam shahwat nafsu, kelazatan dunia serta kebanggaan, berani mengatakan bahawa  hadrat Abdur Rahman bin Auf رضي الله عنه sebagai dalilnya!"

"Wahai orang yang bernasib malang! Kamu sepatutnya mengambil harta dari dunia ini sekadar bekalan perjalanan bagi seorang musafir. Alangkah baiknya jika kamu mengambil iktibar dari keadaan ahli dunia yang akan terperangkap dalam hisab hartanya di padang mahsyar.  Jika berbuat demikian maka bolehlah kamu masuk syurga dalam rombongan yang pertama bersama  Rasulullah صلى الله عليه وسلم tanpa ditahan di padang mahsyar dan tanpa urusan perhitungan.  Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda; 'fakir miskin dari ummatku akan masuk syurga 500 tahun sebelum orang² kaya.'"

**********


Peringatan yang sangat berat untuk diri aku sendiri.. Sekali-sekala hati ni kena dipujuk dengan membaca kata² ulama macam ni berulang² kali..

Tapi masa kat Kakrail baru² ni ada dipesan.. Kalau jumpa orang² dunia, jangan cakap keburukan dunia.. sebab.. Contohnya kita ada awek kekasih yang sangat kita cintaik cintai.. tetiba ada orang cerita keburukan kekasih kita.. mestilah kita marah.. Jadi untuk orang² dunia, kena cerita keindahan & kenikmatan syurga seperti yang terdapat dalam Quran & Hadis sahaja..

Err.. korang marah ke kalau aku cerita pasal keburukan dunia? X kan kot..

Wallahua'lam..



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...