Subuh itu.. adalah hari ke tiga..
Solat kami diimami oleh seorang ustaz dari kariah surau itu.. Ustaz itu kelihatan memanjangkan apa yang disuruh dipendekkan dan memendekkan apa yang disuruh dipanjangkan..*
Lepas solat dan wirid.. ustaz yang telah pun senja umurnya berkata; "Pagi ni ambo nok ceramoh sikit.. biaso tok rama ore.. pagi ni rama ore.. jadi sedap sikit la ambo nok ceramoh.."
"Kito ni idup tok lamo.. pakat² nok mati doh sumo ni.. Jadi ambo nak tazkirah bab mati.. sekadar peringate buak kito semuo.." Di tangan ustaz ada sebuah kitab.. Lalu beliau membaca sepotong ayat quran yang maksudnya 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasi mati'.
Sambung beliau; "Ambo ni buke apo.. cumo nak nasihak kak diri ambo sendiri.. walaupun ambo ni kecek kat depe tuan².. tapi ambo nak ingatkan diri sendiri.."
Isi ceramah seterusnya..
- orang nak berdakwah kena ada ilmu
- sebelum cakap pasal kalimah Laailahaillallah kena belajar sifat 20 dulu
- anak saudara ustaz jadi gila bila ikut dakwah sebab tak belajar ilmu
- ada orang dakwah tampar bini bila bini tak setuju ditinggal 41 hari.. (tertib 41 hari ni aku kurang pasti tertib jemaah mana..)
- ada orang dakwah beri salam dekat rumah orang.. dan isteri yang keluar sebab suami tiada di rumah.. dan tengok isteri orang cantik.. dan anu jadi keras.. dan keluar air mazi.. dan kena pada kain.. dan tak sah sembahyang
- orang dakwah kena belajar istinjak
- ada orang dakwah kata ustaz syirik sebab tak keluar berdakwah
Isi ceramah berkisar mengenai perkara di atas selama 30 minit..
Ahli jemaah subuh yang hadir adalah lebih kurang 20 orang (15-16 orang ahli jemaah aku yang sedang keluar 3 hari di surau tersebut & 4-5 orang ahli kariah surau..). Ada yang mengangguk².. ada yang menggeleng² dan ada yang mengepal² penumbuk..
Kemudian..
Ustaz membaca satu hadis berkenaan maut dari kitab yang ada di tangannya itu.. dan majlis diakhiri dengan doa kifarah majlis dan surah wal A'sri 5 minit selepas hadis tersebut dibaca..
*memanjangkan kain sehingga menutup buku lali dan memendekkan janggut sehingga kurang dari segenggam