Sekali maulana Ilyas rah. berkata dengan perasaan sedih;
'Berfikirlah kamu. Cahaya ilmu langit untuk kaum itu (kaum Nabi Isa as) telah dimansuhkan oleh cahaya ilmu Nabi Muhammad saw. Bahkan telah dinyatakan batal oleh Allah swt dan dilarang merujuk kepadanya.
Jika pengikut Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw meniru nafsu mereka (cara Nasrani) dengan sangkaan cara itu betul, maka betapa buruk mereka di sisi Allah swt. Dan alangkah layaknya mereka mendapat kemurkaan Allah swt.
Dari segi akal pun cara dan pemikiran itu tetap salah. Ilmu Nabi Muhammad saw itu masih terpelihara iaitu seluruh cara kehidupan Baginda saw, peribadi dan bermasyarakat adalah petunjuk yang sempurna. Maka mengapa mengikuti cara kehidupan kaum Nasrani? Bukankah itu satu perbuatan yang sungguh tidak mensyukuri ilmu Nabi Muhammad saw?'
****************** Cerita maulana habis kat sini *********************
Jadi? Kena kembali ke 100% cara Nabi saw islahkan umat.
Jalan dan maksud kena sama.
"Kalau jalan betul tapi maksud salah, boleh ke bang?"
- Sampai tapi tak diterima. Nauzubillah!
"Kalau maksud memang Islam 100%, Quran & Sunnah, tapi ikut jalan lain. Ok ke?"
- Ye la, macam dari KL nak ke Penang naik train, tapi ambik train ke JB. Sampai ke? Kena ambik train ke Penang jugak le, walaupun train tu slow giler ngalahkan kereta lembu, tapi satu hari mesti sampai punya!
Macam kata Nabil dalam Raja Lawak (sesekali layan jugak YouTube, tv dah rosak, Astro jauh sekali. Semoga Allah ampunkan aku! Masih terlibat dalam perkara sia-sia);
'Lu pikir la sendiri!'
Semoga Allah bagi hidayat kat kita supaya dapat fikir yang betul macam fikir Nabi saw.
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Tuesday, March 04, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...