Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Sunday, January 18, 2009
Kifayah (tak payah?)
Katakanlah..
Dalam kampung kita ada 100 orang dewasa.
Dalam 100 orang tu, ada sorang dah sampai turn malaikat maut ambik nyawa dia.
Jadi yang baki 99 orang kena urus jenazah.
Katakanlah..
Dari 99 orang tu, 3 je alim pasal urus jenazah.
Yang lain nengok je.
Fardu kifayah, engkau buat aku tak payah.
Katakanlah..
Jenazah dah siap kapan dan disolat.
3 orang je nak ngusung jenazah ke kubur?
Tak lepas fardu kifayah cam ni.
Tak kan nak ngusung jenazah kena alim dulu..
Kena pulak jenazah tu badan macam Hulk Hogan.
Katakanlah..
Serentak.. bukan sorang tapi 10 orang mati sekaligus.
3 orang tak cukup ngurus jenazah.
10 orang tak cukup.
30 orang tak cukup.
Lambat-lambat kang mayat busuk.
Katakanlah..
50 orang mati serentak.
Lotih nak ngojo an nyo..
Alim ke, tak alim ke.. semua kena buat.
Fardu kifayah lagi ke? Tanya mufti, jangan tanya aku.
Habis cerita pertama.
Masuk cerita kedua.
Katakanlah..
Dalam kampung kita ada 100 orang dewasa.
Dalam 100 orang tu, ada sorang tak solat.
2-3 orang pergi jumpa dia, beri nasihat.
Yang lain nengok je.
Fardu kifayah, engkau buat aku tak payah.
Alhamdulillah, lepas.
Katakanlah..
Bukan sorang tak solat, tapi
10 orang, 50 orang, 80 orang?
Fardu kifayah? Tak payah tanya mufti la.
Budak tak bersunat pun tahu jawab.
Jom..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
The story says that Hajaj bin Yusuf has ordered his army to catch Hazrat Anas رضي الله عنه from Madinah. Once they bring him to Hajaj, he w...