Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Saturday, January 31, 2009
Belanja Harta di Jalan Allah
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di Jalan Allah, dan janganlah campakkan dirimu di dalam kebinasaan. Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
Al Baqarah 195.
Seorang sahabat, Huzaifah radiallahuanhu berkata bahawa "dan janganlah mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan" maksudnya adalah jangan memberhentikan perbelanjaan di Jalan Allah kerana takutkan kemiskinan.
Seorang sahabat yang lain, Ibnu Abbas radiallahuanhu berkata "mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" bukanlah bererti seorang itu dibunuh di Jalan Allah tetapi ianya adalah perbuatan memberhentikan perbelanjaan di Jalan Allah.
Aslam rahmatullahialaih berkata, "Kami telah mengambil bahagian di dalam peperangan Kastuntunia. Satu kumpulan besar orang kafir telah datang di hadapan kami. Salah seorang dari kalangan orang Islam telah menghunus pedang dan merempuh masuk ke dalam kumpulan orang kafir itu. Maka setengah orang Islam telah berteriak dengan mengatakan "dan janganlah mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan".
Seorang sahabat, Ayub Ansari radiallahuanhu yang ada bersama di dalam peperangan itu lantas bangun dan berkata, "Kelakuan ini bukanlah "mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan". Adakah kamu memahami maksud ayat ini begitu? Walhal ayat ini telah diturunkan mengenai kami orang Ansar. Apabila Islam telah berjaya dan ramai orang telah menjadi pembantu agama, dikalangan kami orang Ansar secara diam-diam telah timbul pendapat bahawa Allah sudah memberi kemenangan kepada Islam dan ramai orang sudah disiap sediakan untuk menjadi pembantu Islam. Harta benda dan ladang mereka yang dahulunya tidak dapat diberi perhatian, sudah mulai rosak. Sekarang sudah tiba masanya untuk ianya diberi perhatian dan peluang kami membetulkan keadaan. Di atas peristiwa di ataslah ayat tersebut telah diturunkan. Kebinasaan di sini adalah kesibukan membetulkan harta benda dan ladang dan meninggalkan jihad di Jalan Allah."
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...