Friday, January 02, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 - persiapan


Pada Rabu 31/12/2009 yang lepas, Allah SWT beri peluang aku hadir ke mesyuarat mingguan Kuala Lumpur di Masjid Sri Petaling. Mesyuarat start pukul 6.15 petang. Asbab keluar lambat dari Kepong, aku bersama 3 lagi kengkawan terperangkap dalam jem. Maklumlah kat KL ni lepas jam 5 petang jalan mula sesak. Orang berpusu-pusu balik dari kerja. Malam tahun baru pulak tu!

Cerita pasal tahun baru (masehi), tengahari tadi (Rabu 31/12/2009) sorang member kamcing lama telefon. Dia bertanya hal Ammar. Dalam pada tu dia tanya aku, malam ni tak turun KL ke sambut tahun baru? Soalan tu menyebabkan kami sama-sama gelak besar! Teringat dulu-dulu zaman bujang (belum dapat hidayat), bila malam tahun baru... Alamatnya sampai ke pagi baru balik. Member aku kata, dulu bila aku ajak dia kepada benda-benda tak elok, cepat je dia ikut. Sekarang bila aku ajak dia ke benda-benda baik, tak nak pulak dia ikut. Mmm... tahu tak pe...

Balik pada hal mesyuarat KL. Sampai dah dekat Maghrib. Sempat menge'teh' dulu. Alamatnya lepas Maghrib la baru dapat duduk dalam mesyuarat. Perbincangan banyak berkisar hal ijtimak Malaysia yang dijangka dibuat pada bulan Julai 2009. Macamanapun tarikh sebenar dan tempat nak dibuat ijtimak belum diputuskan lagi. Fuh.. bahang ijtimak memang terasa bila duduk dalam mesyuarat ni. Banyak persediaan nak dibuat.

Antara targhib yang dibuat; 'Kejayaan ijtimak adalah bergantung kepada usaha yang dibuat sebelum ijtimak. Usaha ijtimak telah bermula sejak 16/10/2008 lagi iaitu pada hari elders putuskan untuk mengadakan ijtimak. Oleh itu jemaah hendaklah dikeluarkan sebanyak-banyak nya sebelum ijtimak. Jemaah yang keluar sebelum ijtimak adalah ruh kepada ijtimak. Manakala jemaah yang keluar selepas ijtimak adalah sebagai perhiasan ijtimak.'

Untuk Kuala Lumpur (termasuk Selangor), jemaah 2 bulan khas untuk usuli kawasan-kawasan dibentuk. Jemaah yang keluar dari bulan November dan Disember dah tangguh. Jadi ditashkil untuk jemaah baru untuk bulan Januari dan Februari yang akan diberi bayan hidayat pada 01/01/2009. MasyaAllah! Tashkil 'cash' tuh.. Malam ni tashkil, esok nak keluar. Alhamdulillah kira-kira 10 orang sedia keluar tunai. Hebat Allah. Dalam zaman manusia sebuk mencari dunia, masih ada manusia yang sedia sambut takaza untuk keluar tunai macam tu.

Lepas tu ditashkil untuk jemaah 4 bulan jalan kaki yang dijangka dikeluarkan pada 15/02/2009. Beberapa orang dah bagi nama. Mereka terus dikumpul dalam bilik syura dan terus ditafakut oleh syura Malaysia. Masih tak cukup orang. Targhib lagi.. tashkil lagi.. Jantung aku berdebar-debar. Keinginan nak keluar ada, tapi banyak sangat pikir. Macam-macam pikir. Yang aku tahu kebanyakannya adalah ilham syaitan untuk menakut-nakutkan aku dari keluar di jalan Allah.

Akhirnya dengan izin Allah, aku bangun bagi nama. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Fuhhh.. satu kepuasan dan ketenangan bila dapat bangun dan bagi nama. Alhamdulillah tafakut dah lulus dan jemaah aku lebih kurang 10 orang dapat dibentuk. Semua dalam jemaah ni adalah orang lama kecuali aku, orang yang PALING tak lama. Semoga Allah terima kita semua dan keluarga dan umat ni untuk jadi pembantu agama Allah. Kengkawan semua, tolong la doa untuk aku yang lemah ni.

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...