Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Raya 2011

aku & korge mengucapkan selamat hari raya, maaf yang zahir aje..
err.. maaf yg batin juga kalau aku ada tersalah guna tenaga batin kat korang semua..

raye jgn tak raye tau..

Raya 2011 - photo uploaded @ 10.10am, 30/08/2011



*





Thursday, August 18, 2011

Aksesori Tarawih



byk sgt aksesori masa tarawih menyebabkan sunat muakkad 20 rakaat tarawih terpaksa di kerat² dan di shortcut²..
Yesterday at 12:05am ·

    • Duktur Bentara aksesori ke bidaah bro?


    • Azhar Jaafar bidaah x berani sebut..


    • Eric Shah Apa maksud Sheikh tuu?


    • Pak Jabit cer citer cer citer....


    • Suffian Muhamad tak sangka pula solat pun ada aksesori ya ...


    • Duktur Bentara bukan dalam solat tu... diantara solat ;)


    • Suffian Muhamad oooo gitu.


    • Hairere Shuaib aku terawih kt masjid india, so kurang sikit dia punya 'aksesori'nya... :)


    • Ahmad Nurulhadi terawih kat sri petaling jugak best. tiada aksesori. bacaan pun style rileks.


    • Hanzlah Othman saya solat kt madrasah faridiyyah, surau india muslim, dia pun pakai aksesori jgk, tp pelik sgt aksesori tue, tp tkper la..janji jgn terjejas 20 rakaat complete dgn bacaan 1 juz 1 malam..selamat beramal, salam 1 malaysia..


    • Zakir Husin insyaallah ...markaz sri petaling still maintain ... paling best pasti ada tangisan pada setiap rakaat...masyaallah


    • Azhar Jaafar dikebayakan tpt org x sedia buat 1 juzuk 1 mlm dgn alasan panjang sgt.. padahal kalau ditiadakan aksesorinya, masih boleh habiskn 20 rakaat dlm jam 10.30mlm waktu semenanjung msia..


    • Hanzlah Othman ‎ ade org yg memberi alasan kesian pd org2 tua, dn antara alasan2 lainnya ialah bile rakaat yg panjang menjejaskan tumpuan dn kekhusyukan solat ape yg pentg kualiti bkn kuantiti, mcm mane tue..??


    • Ahmad Nurulhadi nasib baik orang2 tua kat masjid sri petaling Iman tinggi2, selamba je qiam lama2, rukuk lama2, sujud lama2. tapi takpe, bolehla ikram orang tua dengan baca pendek2. aksesori tu takyah la panjang berjela.


    • Hanzlah Othman siap ade pengumuman malam tersebut name arwah mane yg naik utk bce tahlil..org yg tk sebut tk didoakan ke..??


    • Mohd Hainur Hapis kg aku kt tg krg, xde aksesori Alhamdulillah.

*jemaah aku 10 hari ke tempat orang asli di Gua Musang nampaknya x jadi.. cadang keluar hari ni.. kawan² ramai yg x dapat cuti.. InsyaAllah aku keluar 10 hari Sabtu ni.. bayan hidayat di Sri Petaling jam 10 pagi.. nak join?




Wednesday, August 17, 2011

Serbuan Ramadhan

*



Monday, August 15, 2011

Ada jord.. (part 2.1)

Ahad 14/08/2011..

- Ayang.. ayang.. bangun.. (romantik gitu..)

- Haa?? (mamai..)

- Bangun..

- Dah pukul berapa ni?

- 10.40..

- Pergh.. dah lambat giler ni.. (bangun, gi jamban, gi wuduk & start kete.. pecut ke Sri Petaling.. masih mamai..)

11.15 pagi - Sampai masjid Sri Petaling.. orang dah ramai.. Maulana Ahmed Sulaiman Khatani baru start bayan.. (mamai lagi sikit²..)

1 tgh - Bayan selesai.. hati sebak + mata merah + control hensem.. lepas solat zohor aku balik..

Habis part 1..
 


- Kantoi.. malam tadi tak pergi malam sabguzari ke?

- Mana tau?
 

- Tu yang pagi² kelam-kabut pegi Sri Petaling tu.. kalau pegi malam sabguzari mesti ko dah ada kat masjid Sri Petaling pagi² lagi..

- ada member FB kata.. kalau pegi malam sabguzari bawak 2 alas.. 

  1. alas tidur 
  2. alas makan (saperah)..

    tapi kalau tak pegi bawak alasan je..

Alasan..


Al kisah.. Rabu lepas anak aku di madrasah hafiz Dengkil telepon uminya.. kata Sabtu ni (13/08/2011) boleh keluar bersama keluarga untuk berbuka puasa.. boleh ambik sebelum asar dan kena balik sebelum tarawih..

Jadi aku mesyuarat dengan isteri.. kalau jadi ambik, nak bawa buka kat mana? Akhirnya putus ke rumah ipar aku (kakak isteri) di Bangi Perdana.. tepat 4 ptg kami sekeluarga dah terpacul sampai kat madrasah anak aku di Dengkil.. Tunggu punya tunggu anak aku tak keluar² lagi.. arakian terpacul
tiba² datang kawan anak aku..

- Amir minta tunggu kejap.. dia tengah semak bacaan ustaz..

- ok.. terima kasih ye.. dalam hati aku kata budak ni salah cakap atau aku salah dengar.. sepatutnya ustaz yang semak bacaan anak aku.. bukan anak aku yang semak bacaan ustaz..

4.20ptg.. anak aku terpacul datang dan kami terus ke Bangi..

- Tadi kawan kata Amir tengah semak bacaan ustaz..

- a'ah.. ustaz jadi imam tarawih kat surau di Putra Jaya.. jadi dia minta pelajar semak bacaannya..

Solat Asar, berbuka puasa dan solat Maghrib di Bangi Perdana.. aku sorang² hantar anak aku balik madrasah.. ala² F1 gitu.. Alhamdulillah sempat sampai di madrasah jam 9 mlm.. baru iqomat untuk solat Isyak.. lepas solat Tarawih (10.20mlm) balik ke Bangi Perdana ambik keluarga aku.. 11.10 mlm balik Kepong..




surau baru madrasah Dengkil

Habis part 2..

- habis cam tu je.. bayan Maulana Ahmed Sulaiman Khatani x de?

- aku tak sempat rekod.. sebab lambat terpacul datang..

- tak nak kawan la macam ni..

- tak nak kawan sudah.. nama engkau Dolah.. err.. err.. engkau sebelah..

Untuk tak menghampakan.. aku minta sorang kawan yg rekod bayan utk email kat aku bayan tu..


Maulana Sulaiman Khatani 14Aug2011.wma
Credit to saudara Rokhaizam for de bayan..

Habis part 3..

*tanda baca;
- aku, - isteri aku, - anak aku, - kawan anak aku, - korang





Ada Jord.. (part 2)

Under construction.. ada problem sket..

Thursday, August 11, 2011

Ada Jord..

Satu jord (perhimpunan) akan diadakan.. insyaAllah..
~ pada: Ahad 14/08/2011 @ 14 Ramadhan 1432
~ jam; 11 pagi - 1 tengahari
~ tempat; Masjid Bandar Baru Sri Petaling
~ pembayan; Maulana Ahmed Sulaiman Khatani, South Africa
~ tujuan; meningkatkan jazbah (semangat) umat Islam dalam kerja² amar ma'ruf dan nahi mungkar.. dan kemudian menyediakan umat Islam pada kerja dakwah cara Nabi
صلى الله عليه وسلم.

* bayan akan dibuat oleh maulana sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.. terjemahan ke bahasa² lain seperti Melayu, Arab, Urdu dan sebagainya akan dibuat berasingan..
~ semua lelaki Islam akil baligh dijemput hadir. War²kan kepada umat Islam yg lain..

Terima kasih..

*nota tambahan; makan tengahari x disediakan.. heheh..







Bayan maulana di YouTube;

~ dengar bayan melalui internet, radio, cd dsb x kan sama dengan dengar secara langsung serta duduk dengan penuh adab..




Buat pe korang pegi India?

Daripada Saidina Tsauban r.hu menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as."
Ahmad [Musnad 5/278 no.22759], al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani], al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175] Tiada komen, al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini. Tafarrud padanya al-Zubaidi, Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161], al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih, al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya, Imam As-Suyuti menghasankan hadith ini,lihat Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam.

India 1940 (India, Pakistan, Bangladesh)


Komentar-komentar para ulama Hadith berkenaan hadith ini.
Seorang Ulama Hadith dari benua Hindustan, Syiekh Wahiduzzaman Al-Laknawi rah di dalam komentarnya yang ringkas di dalam kitabnya“Ar-Raudhur-Raba Fi Syarhi Sunanil Mujtaba” (Sunan Nasai),manakala Imam Sayuti rah di dalam kitabnya, “Zahr al-Raba’Ala al-Mujtaba” (Sunan Nasai).

Komentar mereka adalah seperti berikut:
1- Hadith ini Sahih,kerana tiadanya komen oleh al-Imam Al-Nasai rah berkaitan hadith ini di dalam kitab “Al-Mujtaba” menunjukkan ia Hadith Sahih disisi Al-Iman Al-Nasai rah,sekiranya terdapat sanad atau isnad yang tidak benar,Al-Imam Al-Nasai rah,akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya.Untuk itu di dalam Sunan Al-Nasai terdapat hadith sahih,Hasan dan dhoif.Walaupun,di dalam kitab Sunan Al-Nasai terdapat hadith dhaif,namun hanya segelintir sahaja hadith dhoif yang yang di kumpulkannya.

2-. Ia juga dinilai sahih/hasan oleh al-mutaakhirin seperti Al-Imam Al-Suyuthi rah dan al-mu'assirin seperti Syiekh Nasiruddin Al-Albani rah dan Al-Arnaouth rah.

3- Komen Al-Imam Al-Tabarani rah bahawa hadith ini padanya Al-Zubaidi yg tafarrud tidak semestinya menjadikan hadith ini dhaif,tafarrud adalah salah satu petunjuk dari banyak-banyak petunjuk untuk mendhaifkan hadith,ia bukannya bermaksud secara tidak langsung menjadi dhaif.

Pendapat Ulama mengenai Al-Imam Al-Nasai rah.
Imam Al-Nasai rah cukup dikenali oleh para ulama hadith kerana beliau merupakan seorang ulama hadith terkenal yang mana kitab karangan beliau terdapat di dalam “Sahih Sittah”.Seorang Ulama Hadith,Imam Subkhi rah berpendapat,Imam Al-Nasai rah adalah lebih banyak menghafaz hadis-hadis berbanding Imam Muslim rah.Sunannya menduduki tempat yang ketiga selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari segi kurangnya bilangan hadith dhaif.Menurut pendapat Imam Al-Hakim rah dan Imam Al-Khatib rah,syarat perawi pada hadis di dalam sunannya lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.

Dalam konteks lain,Bab Haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam mazhab al-Syafie kerana beliau juga adalah berpegang kepada mazhab Al-Syafie.

Hadith ni diletak oleh para ulama' di bawah tajuk, tanda-tanda kecil Kiamat yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Penjelasan hadith ini.
Maksudnya,Selepas kedatangan British 15 Ogos 1947,benua India telah dipisah kepada dua,iaitu India dan Pakistan,dan di awal 80-an,Pakistan telah dipisah menjadi dua,iaitu Pakistan dan Bangladesh. Islam telah menakluk benua India dan memerintahnya selama 800 tahun. Kata Dr Sulaiman al-Asyqar seorang ulama Jordan, ianya merupakan tanda-tanda Kiamat kecil yang telah berlaku,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Menurut para ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;

1. Kali pertama,tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid 1 rah (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi rah.Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

2. Kali kedua,pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin rah pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama benua India.

3. Menurut pendapat Prof Dr Yusof Qardhawi,di dalam kitabnya Fiqh Jihad,katanya beliau mentakrifkan maksud jihad Fisabillah bukan sahaja di atas jalan peperangan,bahkan beliau menjelaskan bahawa berdakwah itu juga termasuk di dalam kategori jihad Fisabillah.

Sebelum,berjihad,berdakwah adalah lebih utama,kerana maksud Nabi-Nabi Allah di utuskan adalah pembawa rahmat,bukan untuk melakukan pertumpahan darah sesama manusia.
Pendapat yang sama juga di kemukakan oleh Syiekh Mohamad Saad Al-Kandahlavi di dalam kitab al-malfuzatnya.

Allah SWT berfirman:
"Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam."(Al-Anbiya': 107)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”.” (An-Nahl, 16: 36)

Kesimpulannya,
Usaha dakwah dan tabligh membuat ajakan supaya datang benua India (negara India,Pakistan dan Bangladesh) bertujuan untuk mempelajari tertib-tertib dan uslub-uslub dakwah.Jesturu itu,tidak ada lagi sebarang pertikaian berkaitan ajakan mereka ini,bahkan mereka-mereka yang datang ke benua India dengan tujuan di atas ini akan termasuk di dalam golongan umat Islam yang di maksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadith di atas.

Alim ulama berkata"barangsiapa yang diberi keberkatan oleh Allah SWT,maka ikutilah mereka".
Pada hemat saya,usaha dakwah dan tabligh ini,sudah Allah SWT zahirkan keberkatannya,di seluruh dunia,hari ini akibat pergerakan usaha dakwah dan tabligh,sudah menunjukkan perubahan kearah kebaikan.

Peperangan/jihad di atas menjadi dalil kebenaran nubuwah (kenabian) Nabi SAW di mana baginda SAW mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja.

**************************

Cilok dari sini; http://wirapendang.blogspot.com/2011/03/dakwah-di-indiaada-dalilhadith.html
*dalam komentarnya, penulis blog menulis; sy dgr hadith ni lama dh. kebetulan tahun lepas masa kuar 4 bulan, dpt p ziarah madrasah mazahirul ulum, shaharanpur. minta izin dr ulama sana utk semak status hadith ini..

Wallahua'lam..



Tuesday, August 09, 2011

Ada Jemaah Datang!! (part 2)

Lepas Suboh tadi..

kami di masjid buat taklim muntakhab hadith..

jemaah yang datang tu duduk sama² kami hingga selesai ½ jam.. lepas tu duduk mesyuarat sama².. ambil sedikit laporan dari diorang.. insyaAllah hari ni nak tangguh dah.. amir mohalla aku mintak maaf sebab tak dapat nusrah jemaah ni.. jemaah ni pun mintak maaf sebab tak dapat bantu usaha tempatan..

majlis bersurai dengan doa kifarah majlis dan bersalam²an..


keajaiban usaha Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

~happy ending story~

bonus track; Bayan Subuh Jord Qudama Cikampek 07 Jun 2011



Monday, August 08, 2011

Ada Jemaah Datang!!

Semalam.. 07 Ogos 2011..  
(kah.. kah.. dari tadi @ 3.10 ptg aku taip 7 Julai.. skrg @ 7.10 ptg baru perasan..)

Waktu Asar aku ke masjid untuk solat berjemaah.. asbab pergerakan aku yg slow motion (alasan), jadi bila sampai masjid dah habis rakaat pertama.. jadilah aku makmum yang mabuk masbuk.. sebelum aku masuk saf aku perati dalam saf org² yg tgh solat tu ramai pulak mat² Pakistan.. ada jemaah Pakistan datang ke?

Lahore

Lepas imam habis beri salam aku pun bangkit untuk sempurnakan satu rakaat lagi.. selesai imam wirid dan doa, aku pun duduk ngan mat² Pekistan tu dan interview sket.. katanya jemaah dari Pakistan.. Sri Petaling yang hantar.. aikk.. mushkil.. mushkil.. x de pulak org Sri Petaling call aku kata jemaah foreign nak datang.. aku tengok jemaah tu memanglah org Pakistan tapi bukan jemaah foreign.. 2 org boleh cakap melayu, sorang cakap omputey dan yang lain urdu jante.. 4 org berjanggut lebat.. 6-7 org lagi clean shave..

Aku tanya lagi.. dah jumpa pengerusi masjid? udah katanya.. ok lah.. lagi pun tadi aku nampak pengerusi masjid ada masa solat asar.. nak umumi pukul berapa.. pukul 6 katanya tapi nak jumpa org Pakistan aje.. ok lah sekali lagi dan suka hati kau lah.. skrg diorang nak bayan.. kepentingan dakwah agaknya.. dalam bahasa urdu.. aku paham 5% je.. bayan sampai pukul 5.40ptg.. lepas bayan, targhib dan muzakarah pulak..

Kawan² masjid aku tengah keluar 3 hari.. aku yang tak keluar ni terkontang-kanting tinggal le sorang².. Aku heran jemaah ni datang dan buat amal dia sendiri je.. tak tanya aku ehwal usaha di masjid ni.. dan tak ada keinginan nak ambik kerja dari aku.. ohh.. aku rasa terpinggir.. (macam drama lak..). lagi pun masjid aku dah diputus sebagai route untuk jemaah 40 hari yang akan datang tak lama lagi.. Kang aku panggil Aaron Slam Bach kang baru tau..

..sampai 6.25ptg aku dah tak boleh tahan lagi dan blah..

bukan aku..

Maghrib tu aku dtg solat Maghrib.. lepas Maghrib aku balik makan kat rumah.. lps tu tarawih kat masjid lain.. (macam biasa..)

Suboh tadi.. kawan² yang keluar 3 hari dah balik.. biasanya lepas suboh kami buat taklim dan mesyuarat harian.. jemaah Pakistan tu tak tanya apa² pun dan terus bayan suboh.. bahasa urdu lagi.. aku ngan kawan² tak join diorang..

Lepas zohor, jemaah tu buat taklim..  aku baca quran sorang².. Asar ni tak tahu la apa pulak cerita nya..

Kalau korang, korang buat apa ek?

*sila baca Ada Jemaah Datang!! (part 2)




Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...