Friday, July 29, 2011

Takaza Orang Asli

Beberapa minggu lepas, sorang kawan tashkil aku keluar 10 hari dalam bulan Ramadhan di tempat orang asli.. aku pun kata ok dengan syarat.. boleh balik sebelum 1 Syawal.. nak beraya ngan family.. *perghh.. cinta keluarga masih menebal dalam hati.. untuk dunia ramai orang sanggup beraya jauh dari keluarga bertahun²..  setahu aku, sesiapa yang keluar 40 hari di tempat orang asli mesti beraya kat sana.. Kawan aku kata takaza 10 hari Ramadhan dengan orang asli akan tangguh 2 hari sebelum raya.. heheh.. aku pun kira jadi lah insyaAllah..

menyumpit bariuk..
Malam mesyuarat KL Rabu lepas, orang² yang nak sambut takaza 10 hari Ramadhan orang asli berkumpul lepas Isyak.. adalah kira² 10 orang.. dah ada amir lagi.. Mesyuarat agak formal sikit.. siap dengan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada JAKIM dan lain² pihak yang berkenaan.. antara perkara yang dimesyuaratkan adalah hal pengangkutan, belanja, makanan untuk 10 hari termasuk untuk menjamu 100 orang asli berbuka puasa setiap sehari, barang² yang perlu dibawa dan lain² perkara..


.. dan yang paling best adalah pasal route..

kampung orang asli

Aku ingat keluar kat area N Sembilan atau paling jauh ke Cameron Highland.. rupamya route yang telah dipersetujui adalah ke Pos Balar, Gua Musang.. kena off road 80-100km.. umak aii.. mau tercabut punggung.. tapi memikirkan perjalanan sahabat² Nabi jauh lebih susah dari tu, aku pasrah.. *pasrah? x pernah aku guna perkataan nih.. macam lucah je rasa.. Aku redho lah senang citer.. InsyaAllah tarikh keluar adalah dari 18 Ogos - 28 Ogos 2011..

Apa lagi.. balik dari mesyuarat aku search lah kat internet.. apo ko bondo Pos Balar ni.. Memang biasa rupanya berbagai group masuk sini.. Aku pun sempat lah mencilok 40 gambar yang kebanyakannya dari web JHEOA.. jadi aku share kat sini..


ado yang nak ngikut?

*aku ada dengar karguzari orang asli pun ada keluar masturat 3 hari sekarang.. siap purdah lagi ahlia² diorang..



12 comments:

  1. Kalau keluar kat Cameron boleh la nusrah inshaAllah
    Orang asli kat sini ada jugak yg dah keluar 40 hari
    Dah putus ke route ke Pos Balar tu???

    ReplyDelete
  2. Salam.
    kampung saya tu tp bukan kuala balar tu tp gua musang. Kuala balar memang pedalaman. Klu sape2 kena hantar mengajar kat sana memang termenung la (syukur kena ngajar ke sana, ni ayat org lemah iman).... Apapun selamat berdakwah.... Time khuruj tu selit2 la nama sy n suami dlm doa tuan yg mulia

    ReplyDelete
  3. teringin nak keluar di kawasan orang Asli lagi... semoga Allah s.w.t. pilih aku lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  4. esok bpk sy ke sri ptlng..bntuk jemaah takaza org asli jakim 1 ramadhan sampai sminggu hari raye..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan, DOA banyak2 INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  6. kat sarawak ni banyak perkampungan mualaf, boleh suruh org s petaling fikir sama nanti utk hantar jemaah

    ReplyDelete
  7. aku dh pergi ke kwsan di jerantut,bnyk juga org aslinya...

    ReplyDelete
  8. Karkuzari 1 jemaah keluar d kawasan orang asli area sg siput... anak2 orang asli bertempiaran lari tengok jemaah buat ghast sambil menjerit "Makk.... orang rambut di dagu udah datang...."

    ReplyDelete
  9. pancing jgnlupak bawa...raja tengas ade tu. pukat cari yg 3 suku punya. huh..sekilo rm 80 tengas tu.

    ReplyDelete
  10. ibnsoleh;
    rut tlh kompom..

    Zaujah Shamsul Baharin;
    calar balar nak sampai sana ek..

    Dr. Ben;
    asli vs tiruan..

    misbah sobah;
    selamat beraya ngan org asli.. kirim salam ngan tok batin..

    zamieza forever;
    azam dgn usaha & doa..

    hainur hapis;
    makasey..

    ismadiyusuf;
    kena hntr ustaz² yg besepah kat m'sia ni..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    terbukti keaslian?

    Tamindhari;
    cerita polis tahan org asli naik motor 3 org.. org asli kata maaf tok, dah tak muat lagi..

    akuhuduh;
    x minat mancing.. samada ikan atau pun undi.. (ramai gak yg masuk kg org asli nak mancing undi..)

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alikum,
    Maaf semua, Jemaah Taskil OA 10H Akhir Ramadhan x dapat dibentuk. Ada masalah teknikal persuratan dengan JAKIM. .....lastly yg pegi (4org) re-route ke Perkampungan OA di Sg Siput & Kuala Kangsar utk join Jemaah 40H Hj Wan Said (bayan hidayah 18/08/2011).

    Insha Allah akan diusahakan hujung tahun ni.

    Poa Balar tu.. 80-90km ke dalam Hutan dari Jalan Besar di Gua Musang. Ustaz M. Fazli PMOA (Penggerak Masyarakat OA, JAKIM) yang incharged area Gua Musang maklumkan pada waktu sekarang ni tak berapa sesuai masuk Pos Balar, samada masuk tak boleh keluar atau masuk sekerat jalan dan sangkut di situ..jalan agak teruk buat masa ni. Kenderaan JAKIM dah 4 kali pecah enjin dalam masa sebulan yang terdekat.. so dia maklumkan kalau kat perkampungan OA yang luar tu OK sikit.. ada Jemaah Ustaz Idris kalau x silap yg keluar sehingga 25/08/2011...so boleh join depa..

    Akhirnya sehingga tarikh yg ditunggu hanya 4 org je dapat disediakan. Beberapa yg lain terpaksa keluar di Putrajaya sehingga 28/08/2011 ni..

    Semoga ALLAH mudahkan.
    PILIH & TERIMA kita hendaknya,
    Amiiiin

    Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...