Monday, August 08, 2011

Ada Jemaah Datang!!

Semalam.. 07 Ogos 2011..  
(kah.. kah.. dari tadi @ 3.10 ptg aku taip 7 Julai.. skrg @ 7.10 ptg baru perasan..)

Waktu Asar aku ke masjid untuk solat berjemaah.. asbab pergerakan aku yg slow motion (alasan), jadi bila sampai masjid dah habis rakaat pertama.. jadilah aku makmum yang mabuk masbuk.. sebelum aku masuk saf aku perati dalam saf org² yg tgh solat tu ramai pulak mat² Pakistan.. ada jemaah Pakistan datang ke?

Lahore

Lepas imam habis beri salam aku pun bangkit untuk sempurnakan satu rakaat lagi.. selesai imam wirid dan doa, aku pun duduk ngan mat² Pekistan tu dan interview sket.. katanya jemaah dari Pakistan.. Sri Petaling yang hantar.. aikk.. mushkil.. mushkil.. x de pulak org Sri Petaling call aku kata jemaah foreign nak datang.. aku tengok jemaah tu memanglah org Pakistan tapi bukan jemaah foreign.. 2 org boleh cakap melayu, sorang cakap omputey dan yang lain urdu jante.. 4 org berjanggut lebat.. 6-7 org lagi clean shave..

Aku tanya lagi.. dah jumpa pengerusi masjid? udah katanya.. ok lah.. lagi pun tadi aku nampak pengerusi masjid ada masa solat asar.. nak umumi pukul berapa.. pukul 6 katanya tapi nak jumpa org Pakistan aje.. ok lah sekali lagi dan suka hati kau lah.. skrg diorang nak bayan.. kepentingan dakwah agaknya.. dalam bahasa urdu.. aku paham 5% je.. bayan sampai pukul 5.40ptg.. lepas bayan, targhib dan muzakarah pulak..

Kawan² masjid aku tengah keluar 3 hari.. aku yang tak keluar ni terkontang-kanting tinggal le sorang².. Aku heran jemaah ni datang dan buat amal dia sendiri je.. tak tanya aku ehwal usaha di masjid ni.. dan tak ada keinginan nak ambik kerja dari aku.. ohh.. aku rasa terpinggir.. (macam drama lak..). lagi pun masjid aku dah diputus sebagai route untuk jemaah 40 hari yang akan datang tak lama lagi.. Kang aku panggil Aaron Slam Bach kang baru tau..

..sampai 6.25ptg aku dah tak boleh tahan lagi dan blah..

bukan aku..

Maghrib tu aku dtg solat Maghrib.. lepas Maghrib aku balik makan kat rumah.. lps tu tarawih kat masjid lain.. (macam biasa..)

Suboh tadi.. kawan² yang keluar 3 hari dah balik.. biasanya lepas suboh kami buat taklim dan mesyuarat harian.. jemaah Pakistan tu tak tanya apa² pun dan terus bayan suboh.. bahasa urdu lagi.. aku ngan kawan² tak join diorang..

Lepas zohor, jemaah tu buat taklim..  aku baca quran sorang².. Asar ni tak tahu la apa pulak cerita nya..

Kalau korang, korang buat apa ek?

*sila baca Ada Jemaah Datang!! (part 2)




9 comments:

  1. aku adjust karpet murah.....
    lagi satu,apesal pakistan2 nie,bila berpeluh ada bau semacam,perkara ini telah ditegur oleh pengerusi masjid aku,diorg solat,org tepi berbau...

    ReplyDelete
  2. join program diorang.. amik manfaat.. moga Allah terima.. insyaAllah..

    jemaah tu tersalah route kot..
    tak pun, diorang tu jenis malu nak bertanya kot.. (",)

    ReplyDelete
  3. Anak Pendang Sekeluarga;
    kena hadiahkan diorang roll on anti respirant..

    fuad ansari;
    jiwa tertekan.. tapi betul la tu.. patutnya kena join diorang..

    misbah sobah;
    tengah bengang la nih..

    ReplyDelete
  4. Kt tmpt aku (USA) ad mslh yg sama.

    Pnah skali mesy 100% urdhu lps tu minta syor aku.Bengang gler ms tu.

    Tertib buat usaha di US ni ialah gne bahasa yg suma org faham (English), tp rmai yg syok sndri konony "urdhu is the language of dakwah"

    Rmai African American yg bt usaha josh tahun 70/80-an jadi "sejuk" sbb tak sebulu dgn urdhu-speaking brothers...
    Yg tinggal org2 lama yg hardcore yg Allah jg hati diorg.

    Klu 3H keluar pn, dorg cndrung nk bentuk jmaah sendiri, tak campur. Bile kuar 40H, tpksa cmpur jmaah, huru hara jadinya jmaah.

    Maybe ni blaku kt halqah ak je...halqah lain ak tak pasti. Sbb kalu jemaah Chicago dtg, diorg gne full English...dn dorg pndai ikram org tempatan.

    Aku rindu nk bt usaha di Malaysia :-(

    ReplyDelete
  5. kata satu rakan fb, klu kta nmpk sstu kburukan org, tnda ALLAH nk zahirkn kburukn kta tp mlalui org lain, WA ALLAH HU ALAM

    ReplyDelete
  6. Setuju kata hainur hapis, sebab pernah dengar nasihat orang tua-tua, setiap ahwal atau masaalah yang berlaku bila jemaah keluar adalah tarbiyah buat diri mahupun pihak yang berkaitan, wallahuallam.

    Belah-belah Raiwind, Nizamuddin, Kakrail dll lain-lain tempat pun, banyaknya bersabar atas karenah-karenah berjuta-juta jemaah yang datang termasuk jemaah Nusantara. Hatta diRaiwind teringat akan komplen jemaah-jemaah lain akan jemaah Melayu yang selamba sahaja masak dengan bau belacan dia disudut dapur atau jemaah Indonesia dengan bau ikan kering dia, tapi itulah umat, beragam-ragam.

    - Agaknya jemaah yang datang tu tengah tarqis orang-orang Pakistan terutama yang baru sampai dan yang semakin ramai diMalaysia kot? Atau amir jemaah tu tengah khusyuk tarbiah jemaah pakistan-malaysia dia sehingga terlupa nak bergaul orang-orang tempatan disitu. Atau kes lain, jemaah rasa segan diatas kedudukan "orang pendatang (pati)" mereka...

    - Saya syorkan Azhar ikram iftar dirumah buat berbuka puasa. Tapi pastikan jemaah tu benar-benar jemaah 3 hari bukan jemaah carpet, nanti penuh dengan carpet rumah Azhar sampai ketempat parking kereta..he..he..al maklumlah, orang rumah kita bila tengok carpet cantik, tambahan boleh bayar ansuran, cair dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. Musafir Tua;
    hujan batu di negeri sendiri..

    hainur hapis;
    betul la kot..

    zarch;
    kat rumah kami pakai karpet² terpakai aje.. heheh..

    Dr. Ben;
    x payah kot.. selagi jemaah ni x buat benda² pelik..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...