http://meeze89.blogspot.com/
********************************************************************
Kali ini ruangan coretan meeze ingin mengulas lebih lanjut mengenai tajuk lepas iaitu “Salah ke OKU menerima dakwah?” Saya ingin membuktikan kepada umum bahawa golongan OKU layak menerima dakwah. Selain itu, saya ingin memaklumkan kepada kalian semua bahawa OKU boleh juga berdakwah dan hebat daripada orang normal.
Pada 31 Oktober 2009 iaitu pada hari Sabtu saya telah pergi ke masjid Sri Petaling. Saya diajak oleh sahabat saya yang bernama Omar untuk pergi ke sana. Pada mulanya, saya mengangak mungkin Omar ingin mengajak saya untuk melihat golongan tabligh dan menimba ilmu di sana. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi kebiasaan sahabat saya ini sentiasa merlakukan aktiviti dakwah dan mengajak para sahabat di IPGM IK untuk pergi ke Masjid Sri Petaling bagi menghadiri majlis ilmu.
Namun, kali ini Omar benar-benar mengajak saya untuk pergi ke Masjid tersebut. Saya pelik, kenapa Omar begitu semangat mengajak saya ke sana. Rupa-rupanya, Omar menyatakan bahawa Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah golongan tabligh pekak diseluruh Malaysia. Saya pun terkejut dan tidak menyangka terdapat aktiviti sebegitu disana. Sebelum ini apa yang saya ketahui terdapat jemaah pekak disana tetapi tidaklah saya menyangka Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah tabligh pekak di seluruh Malaysia. Saya begitu tertarik dengan ajakan Omar lantas segera untuk mengikutinya pergi ke sana.
Sesampai saya di Masjid tersebut, saya berasa terkejut dan teruja kerana saya melihat begitu ramai golongan pekak tabligh berhimpun di dalam masjid tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah setiap negeri mempunyai kumpulan tabligh pekak yang tersendiri. Oleh itu, setiap negeri diminta untuk memberi laporan kegiatan dakwah yang mereka lakukan. Apabila golongan pekak tabligh ini memberi laporan dan menceritakan pengalaman dakwah mereka, hati saya berasa menyesal dan lebih respek dengan golongan pekak tabligh ini. Hal ini demikian kerana, walaupun mereka kurang upaya tetapi mereka masih boleh menjalankan kegiatan dakwah dan mengamalkan cara hidup islam yang sebenar berbanding dengan orang normal yang sempurna pancainderanya tetapi malas untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar.
Saya berjumpa dengan seorang jemaah tabligh normal yang sentiasa mengikuti aktiviti dakwah jemaah tabligh pekak ini. (Maaf nama saya tidak ingat) Beliau menyatakan, orang pekak boleh menerima dakwah tetapi perlu ada caranya. Bimbingan daripada kita yang normal ini sangat diperlukan supaya mereka tidak sesat. Kita sebagai manusia yang normal bertanggungjawab dalam merlakukan kegiatan dakwah kepada golongan OKU ini kerana bimbang apabila di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Selain itu, beliau menyatakan lagi, apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan orang normal menanggap orang pekak dan OKU yang lain tidak wajib menerima didikan agama Malah tanggapan ini juga diakui oleh pakar-pakar agama.
Perkara tanggapan ini harus ditangani dengan segera. Hal ini demikian kerana, OKU juga mempunyai akal seperti kita dan mampu berfikir tentang ketuhanan. Namun, terdapat golongan OKU juga, tidak wajib menerima didikan agama kerana masalah mental dan sebagainya tetapi mereka juga harus diajar supaya mereka tidak mudah terpengaruh. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah apabila orang normal menyalah tanggapan semua OKU tidak mempunyai akal atau menghadapi masalah mental. Jadi, inilah peranan kita yang sebenarnya membimbing mereka semua kejalan yang benar. Banyak perkara yang menark diceritakan oleh saudara tersebut tentang bagaimana orang pekak belajar agama dan sebagainya. Saya tertarik saudara tersebut menyatakan perkembangan Islam dalam kalangan orang pekak sangat aktif di Pakistan, Hal ini demikian kerana, melalui pengalaman saudara tersebut menceritakan bagaimana jemaah pekak Pakistan merlakukan aktiviti dakwah. Malah sifat mereka sangat baik.
Apa yang mengejutkan saya, apabila saudara tersebut menceritakan kepada saya orang pekak membaca Al-Quran bahasa Arab yang tidak mempunyai terjemahannya. Sangat menarik..! Saya bertanya bagaimana mereka membacanya sedangkan mereka tidak faham, dan tidak kenal bunyi bahasa tersebut? , saudara tersebut menyatakan orang pekak disana menjadikan amalan membuka Al-Quran merupakan amalan harian mereka pada waktu malam. Walaupun, mereka tidak memahami atau tidak tahu, tetapi mereka cuba menjadikan amalan tersebut sebagai amalan wajib bagi mereka. Kita yang normal pun susah hendak membuka Al-Quran tiap-tiap hari tetapi orang pekak mampu merlakukannya. Bertambah lagilah keinsafan dalam diri saya. Selain itu, terdapat bahasa isyarat agama yang diambil daripada Pakistan untuk diterapkan dan disesuaikan dalam bahasa isyarat Malaysia, kata saudara tersebut.
Saya juga, sempat menemubual orang pekak tabligh disana. Saya bertanya kepada mereka, bolehkah mereka mamahami tentang agama? Mereka berkata boleh dan memerlukan lagi bimbingan daripada orang normal. Malah terdapat golongan pekak yang betul-betul mahir dalam agama dan mampu memberi ceramah agama. Selain itu, mereka menyatakan golongan pekak ini kebanyakan susah untuk menyampaikan agama kerana kebanyakan mereka sibuk dan kurang berminat untuk mengetahui agama kerana itulah kebanyakan orang pekak terlibat dengan masalah sosial. Namun, golongan pekak tabligh ini mampu mendidik isteri dan anak-anak mereka tentang agama. Alhamdulillah…
Masyallah.., bertapa hebatnya Allah. Allah menjadikan orang pekak ada hikmahnya, supaya kita tidak terlepas pandang dan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun golongan tabligh pekak ini tidak mampu mendengar tetapi iman mereka lebih kuat daripada kita yang normal. Malu kita sebagai golongan yang normal ini mempunyai pancaindera yang sempurna tetapi masih lalai dalam mengerjakan suruhan Allah, berbanding dengan golongan OKU ini.
Sewaktu saya melangkah keluar daripada masjid itu, saya terfikir, kita sibuk dan mampu memberi bantuan kebajikan kepada OKU dalam berbentuk kewangan, harta dan semuanya berkaitan dengan dunia. Namun, kita tidak mampu dan mengalah dalam memberi didikan agama kepada OKU? Kenapa perkara ini boleh berlaku? Renung-renungkanlah..
kata meeze 1 : Sahabat pekak saya yang bukan beragama islam pernah mengatakan terdapat gereja untuk golongan pekak kristian di Puchong dan paderinya pun orang pekak…
kata meeze 2 : Selain masjid Sri Petaling, saya ada mendengar daripada orang lain bahawa Masjid negara turut mengadakan aktiviti kegiatan agama kepada golongan pekak. Sesiapa yang ingin rsepon amat digalakkan.. terima kasih..
Ini adalah sebahagian gambar jemaah tabligh pekak diseluruh Malaysia yang sempat saya ambil di Masjid Sri Petaling. hehehehe.. sebenarnya Omar cakap tidak digalakkan ambil gambar tetapi saya cuma ambil, alhamdulillah dapatlah sedikit..
Waktu ni, aktiviti ceramah kepada golongan pekak, ada juruisyarat bersama dengan penceramah tersebut. Seronok bila tengok juruisyarat itu mengisyaratkan ceramah tersebut. Juruisyarat itu, sangat bersemangat.. banyak isyarat agama yang dapat saya pelajari daripada dia.. terima kasih encik..
***********************************************************
Posting aku dulu-dulu berkenaan usaha orang pekak.
- http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/12/dakwah-orang-bisu.html
- http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/01/dakwah-orang-bisu-bhg-2.html
Kita yang tak pekak ni kena peka. Ramai orang tak solat sekarang ni. Jangan buat-buat pekak...
salam, dulu mahalah aku di utara slalu gak masuk jemaah bisu dari penang. Sbb sekitar kaw tu ada ramai bisu, kata depa.
ReplyDeleteSempat blaja sikit2 bahasa isyarat, tp sekarang dah lupa.
Masa tu, usaha bisu di markaz penang dah maju sikit, tp di penanti belum lagi.
tapi aku mmg lemah, tak dpt byk beri masa dgn depa, akhirnya tak silap aku, halqah bisu dpt diadakan di markaz utk org2 bisu (pd mlm markaz) yg mana org2nya adalah hasil usaha jemaah penang tu. (kalau tak silap).
tak tau la apa jadi, sbb aku pun x dpt bagi masa dgn depa. Org kata, sekadar ambik bau je.
Tahu-tahu, jemaah bisu penang tu dpt dibentuk utk ke Pakistan.
Fikir men diorang ada adik beradik yg duduk dlm satu jemaah, yg adik tak bisu, yg abg bisu dlm satu jem. Apa2hal dgn org awam, si adik ni lah jadi murtajim.
kagum betul tengok depa. satu hal lagi jemaah bisu ni w/pun x bole cakap tp biasanya cukup mberi kesan keinsafan luar biasa kpd org awam. Allah beri kelebihan kpd mrk, hati mereka terang, bersih, sungguh mujahadah.
w/a
org cukup anggota malas
ReplyDeletebuat malu je!
Aslmkm..
ReplyDeleteAllahu.. tersentuh hati apabila lihat golongan OKU pun turut bersemangat nak buat dakwah..
Wahai diri ini yang di akhirat nanti akan ditanya bagaimana kamu gunakan nikmat2 yang Allah telah beri ini..
Apa yang kamu nak jawab..
Apa yang aku buat untuk umat ini..
Amar bin Jamuh ra yang tempang kakinya pun dengan penuh semangat keluar di jalan Allah..
Bahkan doa supaya jangan Allah kembalikan ia.. Beliau berkeinginan untuk berjalan di dalam syurga dengan kakinya itu.. Allahu..
Abdullah Ummi Maktum ra yang buta pun syahid dalam peperangan.. dalam keadaan memeluk panji Islam..
Abu Ayub al-Ansari ra yang dan tua pun masih berdegil nak khuruj Fisabilillah.. Allah..
Wahai diri ini yang sihat wal'afiat..
kemana hendak kamu bawa dirimu..
Wahai Allah.. berilah kami faham apa yang sahabat2 ra ini faham..
Salam, alhamdulillah sy brharap agr rmai lg org normal mempunyai kesedaran dakwah thdp golongan OKU.. tp satu perkara sy nk maklumkn, hrap jgn guna istliah bisu, tp gunalah istilah pekak, kerana tak semestinya orang pekak adalah bisu.. wallahualam..
ReplyDeletesemoga org yg tak bisu tak membisu dari usaha dakwah dan yang tak pekak tidak pekakkan telinga bila didakwah...
ReplyDeleteziarah76,
ReplyDeleteUsaha agama akan terus bergerak.. Manfaat kita dapat kalau kita ambik bahagian.. Kalau kita tak ambik bahagian, usaha akan tetap bergerak..
joegrimjow,
Malas bercakap walau boleh bercakap..
Ishak Zaini,
Dengarnya orang pekak ni kalau bawak khususi karkun lama yang dah sejuk, senang dapat keluar semula.. Maklumlah, karkun lama mana suka orang bayan panjang-panjang kat dia.. Sekali orang pekak datang dengan mujahadah, terus Allah bagi kesan..
~ M E E Z E @ M I J I ~,
Dulu tak tahu, sekarang dah tahu insyaAllah..
ابن زين الرمباوي,
Semoga Allah ampunkan kita dan umat ni..
Salam
ReplyDeletepercakapan kita x bg org phm
yg bg org phm adalah ALLAH
Yard,
ReplyDeleteHidayah hanya dengan mujahadah..
jadilah orang pekak, bisu dan buta...
ReplyDeleteismadiyusuf,
ReplyDeleteBetul tu tuan.. 40 hari jangan tak jadi ha.. aku nak keluar 7 hari insyaAllah..
Ada lagu untuk kau..
Ayat-Ayat Awek
Assalamualaikum. Pengalaman saya dgn jemaah bisu dari Penang yg datang A.Setar, mereka ini kuat dakwah x kira masa,org bisu yg mereka dakwah cukup terkesan. Dakwah mereka sampai jauh malam kita yg tak larat tapi tumpang semangat depa kita jadi semangat juga. Agama hak allah dia boleh ambil sesiapa yg dia suka utk buat dakwah(untuk memuliakan )org yg dipilih sebagaimana sahabat nabi saw. Semuga allah pilih kita n keturunan sampai kiamat.
ReplyDeletemalunya...huhuhuhuhu
ReplyDeletesalam ziarah..
ReplyDeleteperingatan yang berguna..
Tn Hj Musa,
ReplyDelete..dan pilih semua umat Islam jugak..
iqbalsyarie,
eleh.. malu konon..
kun izzul,
T kasih kerana singgah.