Monday, November 02, 2009

Kemboja 2007 - slideshow




Antara cabaran kalau keluar kat Kemboja. Aku beberapa kali di'offer' untuk bukak cawangan kat sini. Poligami le..

Soalan2 yang biasa;

1. "Kamu dah kawin?" - haa.. nak start la tuh..

2. "Saya ada anak perempuan pelajar madrasah. Mahu tengok?" - confirm la.. soalan cepumas..

3. "Saya sudah kawin" kata aku dengan jujur. "Lelaki kan boleh kawin empat?" kata orang tempatan, pun dengan jujur.

*Nota tambahan - orang sana Melayu Champa. Boleh berbahasa Melayu kalau mengaji pondok. Bahasa Melayu ni kira bahasa ustaz-ustaz lah. Para ustaz yang mengajar bukak kitab kuning bahasa Melayu. Macam kita kat sini, para ustaz bukak kitab bahasa Arab.



* Iklan ulangan (untuk ibadah korban di Kemboja)

Ada seorang kawan menulis;

Tahun ni saya sekeluarga merancang untuk Berhari Raya Aidiladha di Cambodia. Jika ada sahabat2 yang ingin menyertai "Korban di Kemboja" boleh kirim kat saya. Lebih Kurang RM170 sahaja. Tiada kos pengurusan dan pengangkutan sebab saya sendiri pergi ke sana dgn kos sendiri. Di sana masih ramai yg dhoif dan serba kekurangan. Semuga Korban kita sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan mereka.

Setakat hari ini belanja korban sudah mencukupi untuk 3 ekor lembu yg akan di korban pada Hari Raya Aidil Adha ini. Jika ada sahabat2 yang ingin turut menyertainya, sila hubungi saya di no +60199317655 atau +6097444655 (Rosmadi Nawi)

21 comments:

  1. Aah.. jgn nak ngengada kat rumah dah berderet sanggup nak tambah beban? Boleh jawab ke semua amanah ni kat akhirat....?

    Jawab "saya tak nak t.kasih" je kan senang.

    ReplyDelete
  2. jai,
    jawab jangan tak jawab.. tak teringat pulak nak jawab "saya tak nak t.kasih". Wife aku suka sangat komen kau ni.. dia sokong 100%.

    Sekali tu jemaah kami sampai kat satu kampung. Rahaba tempatan lambat datang. Lepas solat zohor, Pak Su (salah seorang ahli jemaah) ajak satu pakcik pergi ziarah orang kampung. Pakcik tu tak tahu cakap melayu. Jadi macam ayam ngan itik la becakap. Guna bahasa isyaratlah, memek muka lah..

    Akhirnya pakcik tu macam faham. Amir putus aku dan Pak Su ikut pakcik tu pi ziarah. Rupanya dia bawak kami pi jumpa anak sedaranya yang pompuan di rumahnya. Laaa..

    ReplyDelete
  3. Hmmm..bila nak pi lagi? Ha ha..

    ReplyDelete
  4. Aslmkm..

    Wa.. Ahlia tuan mesti terharu dengar pengakuan husband yang setia lagi jujur ni..
    Barakallahulakuma..

    Kat dunia ni lagi Allah da hiburkan hati org yg buat usaha agama..
    Kat akhirat apatah lagi ek..

    Allahummahdina wahdibina waj'alna sababan limanihtada..

    ReplyDelete
  5. FakirFikir,
    Tak tau la bila..

    Ishak Zaini,
    Ya.. ya.. setia lagi jujur.. betul tu. Jangan ubah-ubah lagi statement tuh..

    ReplyDelete
  6. azharjaafar:
    moga Allah terima pengorbanan tuan sekeluarga jadi asbab hidayat..
    Saya perasan tuan bagi azam nak khuruj 10hari kat markaz s.petaling pagi ahad baru ni..
    sy aminkan dr jauh ja la.. Nikmat yg amat dicemburui..doa karo..

    ReplyDelete
  7. aslm ahliah azhar, x lebam ke cik abg kena cubit setiap kali dia bukak citer lama ni?huhu...

    cik abg akak pun dulu pg palembang 40h, bila blik asikle citer bapak2 sana offer ank kat dia...eee, boringnya dgr...

    haa xpe2, tak lama lagi kita pg saing2 ke palembang, tgok ada lg tak org offer...
    nnti kuar ninja turtle dr blkg tabir...
    heeyaahhh!!!

    ReplyDelete
  8. Ishak Zaini,
    Azam & niat nak keluar 10 hari.. tapi hati lemah lagi.. doa..

    ReplyDelete
  9. umma-ali,
    x pe.. kalau niat keluar kerana Allah akan dapat Allah.. niat perempuan akan dapat perempuan.. niat dunia akan dapat dunia..

    Sendiri mau ingat.

    *tapi elok jugak latih2 step ninja turtle tu. In case..

    ReplyDelete
  10. ahlia azhar,
    aslm,betullah tu...sendiri mau ingat.
    *senang je stepnya, 1st step ucapkan "iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in"...2nd step kena bentuk jemaah masturat 10 ke 15 hari dtg ke melaka godak orang melaka...

    ReplyDelete
  11. woho, memang 'mujahadah' kat kemboja tu.
    aku ada dengar jugak kat jepun sekarang ada ramai masturat bujang sebab kurang lelaki islam kat sana.

    astaghfirullah.... kesitu pulak aku.

    p/s; sori yang, abang memain je. azhar yang setat dulu.

    azhar: ko ada turun jor kat damansara damai ahad lepas?

    ReplyDelete
  12. umma-ali;
    buat masa ni, nak keluar masturat kena tunggu Mu'az 2 tahun pada Mac 2010, insyaAllah..

    ReplyDelete
  13. Hasbullah Salih;
    pegi jepun la pulak lepas nih.. ikut aku? Jangan bagitau bini kau.. ha.. ha..

    Aku ada kat jor tu.. datang lambat sikit. Ada kenduri kawin adik ipar aku..

    ReplyDelete
  14. buleh buleh... kita khususi maria ozawa hehe

    aku plan nak turun jor tu pasal dapat tau dari haji sohail tapi tak jadi pulak. Allah belum nak bagi jumpa kau.
    yela nanti cerita jopon pulak woho

    ReplyDelete
  15. Hasbullah Salih;
    maria ozawa tu sape? awek lama ke?

    ReplyDelete
  16. aku pun tak kenal tapi nama dia selalu disebut orang.
    lawa kot budaknya.

    ReplyDelete
  17. Aku pernah interview 2 orang Kemboja ni (dah jadi madu orang sinilah, sorang dah bersalin agaknya). Menurut mereka, orang perempuan sana kurang cantik berbanding kaum lelaki mereka. Masalahnya dia orang ni kacak je, tapi nak cari yang boleh diharap kureng. 'Yang boleh diharap maksudnya ialah yang berpendidikan agama dan boleh membimbing isteri'. Lagi satu di sana ilmu hitam amat berleluasa, sikit2 sihir.

    Jadi cubalah kita bayangkan, kalau karkun Malaysia yang ke sana, saham dorang memang melambung2lah naiknya......... heh....... jangan marah........

    ReplyDelete
  18. sihir2 xnak la aku. syirik tu. jepun xpandai sihir2 ni:)

    ReplyDelete
  19. Dah dah le tu...woi kang usaha tah ke mana dakwah tah kemana....banyak sgt urusan rumahtangganya.

    ReplyDelete
  20. astaghfirullah,

    mintak maap tuan jai...
    terkesan dunya sekejap.

    ReplyDelete
  21. Dunia sementara.. tapi yang sementara tu la kita dok pikir, risau, bimbang..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...