Thursday, December 20, 2007

Dakwah Orang Bisu



Bulan Disember tahun lepas satu jemaah orang bisu dari Pakistan datang ke Malaysia. Mereka buat usaha ke atas orang-orang bisu supaya mereka juga dapat amal agama seperti kita. Laporan mengatakan orang-orang pekak & bisu selalu hidup terpinggir dari masyarakat dan mereka kurang dalam amalan agama.

Dengan izin Allah, hasil dari usaha mereka, satu jemaah 40 hari orang-orang bisu telah dikeluarkan. Tidak lama kemudian usaha semakin meningkat dan jemaah 40 hari orang bisu dihantar ke Pakistan. Sehingga kini, ada terjemahan untuk orang-orang bisu pada setiap malam minggu di masjid Sri Petaling. Sebelum ni tiada 'sign language' yang khas untuk menerangkan tentang kebesaran Allah, kisah Nabi dan lain-lain. Alhamdulillah, sekarang dah ada.

Setiap dari umat ini dihantar untuk buat kerja dakwah. Tak kira apa keadaan mereka. Orang-orang bisu pun boleh buat dakwah. Apa jawapan kita yang normal ni nak beri depan Allah bila ditanya tentang kerja ni. Ya Allah ampunilah kami. Terimalah kami untuk kerja ni. Amin!!!

2 comments:

  1. malunyer kita kalau kita cuma duduk menongkat dagu dan membuang masa.

    ReplyDelete
  2. Terjemahan bahasa isyarat di atas;

    Sebelum Nabi buat kerja dakwah, orang2 Arab muliakan baginda dan percaya baginda adalah orang yang jujur, benar dan dipercayai.

    Bila Allah perintah Nabi untuk mulakan dakwah, baginda naik ke sebuah bukit dan sampaikan dakwah, orang2 Arab telah mencaci maki baginda.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...