Friday, January 11, 2008

Train India




Kenangan masa keluar jalan Allah, insyaAllah tak boleh lupa.
Antaranya... naik train kat India.
Bukan 1 jam, bukan 10 jam, bukan 20 jam...
Habis berapa jam? ...3 hari 2 malam.

Menangis tuh! Tapi bukan aku yang menangis. Orang rumah...
Keluar masturat (jemaah suami isteri).
Train dari Delhi ke Kerala. Lebih 3000km rasanya. Itu pun speed gila babi.
Jemaah kami 5 pasang. Dalam train tu la solat, makan, tidur.
Pepagi sebelum suboh, ane jual chai (teh) dalam train dah mula meniaga.
'Chai-o', 'chai-o', 'kopi-kopi', kopi-kopi'.

Kalau suruh ulang balik naik train tu, rasanya serik juga.
Tapi dalam mujahadah tu la Allah letak kemanisan.



Patutla bila Saidina Bilal ra ketika ditanya,
'bila saat paling manis dalam Islam?'
Katanya, 'ketika aku di seksa dengan diseret di atas padang pasir dan dihempapkan
batu di atas dadaku di waktu siang yang panas. Ucapan ku Ahad Ahad dan ketika
disebat bergilir-gilir di waktu malam hingga ke pagi.'

Setiap lelaki dan wanita dari umat ni dihantar atas maksud yang besar
iaitu sebagaimana maksud para nabi telah dihantar. Atas kelalaian kita
pada kerja ini, hari ni umat dah jauh dari agama. Umat mati dalam
kufur dan syirik. Kita sendiri tak ada risau akan agama dalam diri dan
keluarga. Fikir dan tenaga hanya diguna untuk cari makan, pakai, rumah...

Malang... Wahai umat. Marilah kepada kerja yang akan selamatkan kita
dari azab yang pedih. Kerja yang akan memuliakan kita sebagai sebaik-baik
umat. Kerja yang akan jadi sebab Allah bantu kita dunia dan akhirat.

Ya Allah, terima kami untuk usaha ni. Amin..

9 comments:

  1. ya Allah pilih lah Aku keluar ke jalan Mu. Amin

    ReplyDelete
  2. siksa itu manis, azab dunia itu manis... selagi itu ler yg mendekatkan diri kita kepadaNya... tapi 3H2M? aiyookkk, haku sendiri pun tak sanggup beb

    ReplyDelete
  3. mama ranggie, zam, Mak Su;

    Kerja sebenar - ajak orang kafir pada
    Islam belum buat lagi. Sekarang baru
    tahap sediakan diri sendiri dan orang
    Islam lain pada kerja ni.

    ReplyDelete
  4. TABLIGH = UMNO
    see in Pakistan

    but it's ok.
    No problem to me.

    ReplyDelete
  5. Salam, dalam melangkah merentas sempadan dan belajar bagaimana fikir alam, macam-macam pengalaman kita ya.
    Saya pun teringat perjalanan "slow train" saya dari Chenai ke Delhi. Time tu 2002, solo dari Sri Langka ke Delhi.
    Profesor Abdul Rahman dari Markaz Madras yang risau kerana saya seorang sahaja keDeldi telah menghantar saya dengan jemaah pedal 4 bulan mereka, tetapi sebab jemaah tu sudah book tiket awal-awal, maka saya dapat tempat gerabak lain.
    Sepanjang perjalanan, Subhanallah, macam-macam keligat manusia kita lihat. Penumpang sebelah saya, seorang sami Budaha dari Sri Langka, seorang athes (tak percaya Tuhan) reported suratkhabr India, seorang dari parti politik kanan Hindu, manakala dua orang lagi menyepi tak tahu latar-belakangnya. Jadi rancaklah perbualan terutamanya yang dari politk Hindu menyergah semua (maklumlah, orang dia majoriti). Habis diserang habis-habisan sami Budha tu, katanya Budha menciplak agama Hindunya dll. Manakal yang athes pula menyanggah habis-habis tentang adanya Tuhan. Saya cuma berdoa sahaja (tambahan waktu tu kecoh pasal pembunuhan Muslim diGujerat), tiba-tiba bila dia-orang nak buka topik tentang Islam, tiba-tiba datang Jemaah pedal dari gerabak sebelah menziarah saya. Jemaah tu pula, dengan penuh janggut dan besar-besar badan dia-orang, bila datang, semuanya senyap, tak tahulah kenapa.
    Setelah bersembang-sembang dengan saya, kemudia salah seorang dari Jemaah mula beri salam hormat dengan semua penumpang disebelah saya dan mula berkata dengan nada yang lembut, bertanya khabar, bertakruf lalu menceritakan sedikit bagaimana singkatnya kehidupan didunia seperti perjalanan keretapi ni, semakin jauh perjalanan, semakin dekat dengan kematian. Semua penumpang mendengar dengan penuh perhatian. Alhamdulillah, dari perbincangan yang rancak tak tentu hala, kini menjadi aman keadaannya.
    Bila masuk waktu, kami pun bersolat diantara kerusi. Alhamdulillah, semua penumpang lain begitu menghormati kami dan mereka teruja melihat bagaimana seorang Islam bersolat. Dan selepas tu, sepanjang perjalanan, suasana indah dan aman disamping panorama India diluar tingkap keretapi.

    ReplyDelete
  6. Saudara Nazar,
    MasyaAllah. Benarlah pengalaman
    masa keluar jalan Allah tak dapat
    dibayar dengan harta seluruh dunia.
    Seorang tu hanya sedar harga keluar
    jalan Allah bila dia dah mati.

    Sahabat2 Nabi faham akan nilai
    keluar jalan Allah. Mereka
    tinggalkan Mekah,Madinah dan kekasih mereka iaitu Nabi SAW atas
    maksud kerja agama.

    Bila hak datang, batil pasti akan
    lenyap.

    ReplyDelete
  7. Jemaah masturat saya dulu 5 pasang.
    Tapi kami beli tiket untuk 11 orang.
    5 untuk lelaki, 6 untuk wanita sebab
    untuk wanita kami book terus 6 sleeper dan rentangkan tirai sebagai hijab masturat. Jadi masturat boleh bebas di sleeper mereka tanpa hijab pada muka.

    Jadi bila ada apa2 keperluan ahlia saya akan bunyikan alarm clock (jam kecil yang jemaah selalu bawa). Kemudian saya akan tanya ahlia apa2 keperluan. Dia akan beritahu bahawa ahlia sekian2 nak ke tandas contohnya. Jadi saya akan panggil suami mereka.

    Begitulah keadaan selama dalam train sehingga bila alarm clock tu bunyi, penumpang2 hindu yang ada kat dalam train tu akan panggil saya dan kata, 'Your wife calling, your wife calling.' Doa hidayat untuk mereka.

    ReplyDelete
  8. SubhanAllah,

    Dgn korban dan mujahadah...pasti datangnya iman.Allah telah memberi jaminanNya.

    Tak tahulah kalau saya dah bersedia utk mujahadah di tahap itu. Tapi tolonglah doakan utk saya. Semoga Allah pilih saya. Dalam hati ada azam yg meluap-luap. Sampaikan suami kata saya ni josh...Anak2 pulak tak faham dan ingat emaknya dah jadi "jaws"...hehehe

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...