Saje nak sembang pasal aku & isteri.. Kami nikah pada tahun 1995.. masa tu umur aku 22 dan isteri 21.. kami jiran setaman je.. rumah aku kat sini, rumah dia kat sana.. ahaks..
Isteri aku ni kematian bapa sejak umurnya 10 tahun dan kematian ibu masa umurnya 18 tahun.. dia anak ke 9 dari 10 adik beradik.. adiknya yang bongsu adalah lelaki..
Lepas nikah, aku terus tinggal di rumah pusaka keluarga isteri hingga sekarang.. anak sulong kami lahir setelah setahun kami bernikah.. masa tu isteri aku masih bekerja..
Setahun lepas tu pulak, anak kedua kami lahir.. kami buat keputusan agar isteri aku berhenti kerja.. ni memang satu keputusan yang besar sebab kami akan kehilangan ½ pendapatan sedangkan bilangan ahli keluarga bertambah..
Allah maha memberi rezeki.. setiap makhluk hanya akan makan rezeki mereka sendiri..
Tahun 2003 aku berhenti kerja sebab nak keluar 4 bulan IPB (India Pakistan Bangladesh).. berhenti kerja sebab nak keluar bertabligh adalah melanggar tertib dalam usaha.. tapi dah joss, aku langgar je.. satu kekuatan aku dalam usaha ni adalah asbab adanya sokongan dari isteri.. apa² masalah, dia tak mengadu pada makhluk..
Balik dari IPB pada tahun 2004, aku mula buat kerja sebagai ejen takaful hayat.. hujung tahun 2004, kami keluar 40 hari masturat ke India.. masa tu anak² kami ada 4 orang dan anak yang ke 4 tu umur baru 2½ tahun.. alhamdulillah mak dan abah aku sanggup ambil tanggung jawab penuh jaga anak² kami.. semoga Allah kurniakan ganjaran yang besar kepada mereka berdua..
Tahun 2005, aku keluar 4 bulan ke Germany & Switzerland.. semua dengan izin Allah.. tahun 2006, aku mula buat kerja sebagai ejen takaful am.. nak buka kedai, tak ada modal.. jadi cuba² buat bisnes online saja.. zaman tu internet masih guna yang dialing tu.. entah apa ke namanya.. whatsApp pun belum ada.. pelanggan kena fax geran untuk kami beri harga..
Tahun 2026, anak² kami semua dah besar.. yang bongsu no 8 dah berumur 11 tahun.. kiranya sekarang ni yang masih belajar di madrasah adalah yang no 6, 7 & 8.. yang lain dah habis belajar dan ada yang dah bekerja.. anak sulong kami pun dah berkahwin dan ada anak 3 orang..
Sepanjang 31 tahun pernikahan aku dan isteri, bukan senang ye.. hanya dengan bantuan Allah kami dapat bertahan.. banyak keinginan dan hajat sendiri terpaksa kami pendam kerana nak besarkan anak².. semua anak² kami belajar di madrasah kecuali yang no 3 sebab dia sakit buah pinggang sejak kecik.. siapa yang ada anak belajar di madrasah tau la..
Sekarang ni kami suami isteri lebih banyak dalam fasa nak bagi sepenuh masa untuk agama.. walaupun masih banyak kekangan dan halangan.. musuh utama iaitu nafsu dan setan yang selalu membawa kepada keburukan..
Apa pun, doakan yang terbaik.. apa yang kita doa untuk saudara kita, maka Allah akan hantar malaikat untuk buat doa yang sama untuk diri kita.. dan doa dari para malaikat adalah makbul sebab mereka adalah makhluk yang maksum..
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...