*Nota diambil secara short-note semasa bayan. Sila beritahu jika ada kesilapan.
Tempat : Masjid Sri Petaling
Tarikh : 4 Muharam 1429 selepas solat Maghrib
Ringkasan bayan;
(selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca 2 potong ayat al Quran)
1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tak pernah diberi pilihan untuk jadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena syukur atas nikmat ini.
2. Allah telah hantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.
3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa.. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yng lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.
4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.
5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.
6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudia baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.
7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.
8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.
9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Teatapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).
10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliu ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.
11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kepada Hadraji bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.
12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-ank yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.
13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.
14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).
15. Tashkil…
# Semasa tashkil pembayan menambah, jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatnya.
Sambung tashkil…
Char mahene insyaAllah. Puri zindegi, puri alam.
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
Alhamdulillah bila ada perubahan yang memberangsangkan... dan memang benar... jangan putus asa di dalam Islam... true Muslim will take care of each other
ReplyDeleteUsaha atas iman dan amal
ReplyDeleteSedih bila aku dgr bayan jemaah Australia ari Sabtu lepas.....Mcm manalah kalau Malaysia Allah uji jadik camtu....Subhanallah....Azhar, tolong doakan saya yer...Nak kuar 40 ari 15 Syaaban ni....
ReplyDeleteTak ada cara lain. Kita kena sediakan
ReplyDeletediri kita dan seluruh umat Islam pada
kerja ni.
Dah lama sangat tak keluar...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum..
ReplyDeleteSubhanallah.. syok tengok enta terjemah bayan tu.. sy yg xbrapa reti bi ni xbrapa nk tangkap sgt point bayan ritu tu. klu xkeberatan bleh x emailkn kat sy no tel@hp enta.. al_ansari718@yahoo.com, bebila mlm markaz klu de rezeki bleh la kite jumpe, nak sohbah dgn enta bleh.. :)
oh... ini bayan Syeikh Mahmud. Abang beliau Syeikh Mukhtaz; dua-dua dari Melbourne. Memang tengok muka dia begitu jernih dan mudah senyum. Masa beliau keluar 40 hari naik van dari Melbourne ke Perth (4 hari driving), jemaah beliau singgah di kawasan ana... nampak keletihan tapi senyum tak lekang dan beliau berkata sambil berbisik, "we have to do this work" (lebih kurang).
ReplyDeleteRasa sebak bila dengar dia bayan. Suara lembut tapi tegas. Bila baca balik transkrip ni, teringat bayan yang beliau buat di kawasan ana (sebuah bandar antara Melbourne dan Perth).
Oh... ana jeles melihat kecekalan manusia sebegini. Semoga Allah terima amalan beliau. Dan moga Allah jadikan ana juga untuk kerja ini.
Zam,
ReplyDeleteKeluar cepat. Keluar jauh2. Masa
panjang2. Nanti bila malaikat maut
datang dan tashkil kita keluar,
masa tu keluar tak balik2 dah.
al_ansari718,
Jangan la sohbah dengan saya. Nak belanja saya chai kat warung boleh la. Saya masih banyak zulumat yang tak dapat dibuang. Kalau nak sohbah kena jumpa elders di IPB. Atau datang jur Bangkok 1, 2 & 3 Feb ni. Mungkin ramai elders akan turun.
No hp saya 016-6827679. InsyaAllah malam minggu ni saya keluar 3 hari dan saya khidmat 10 hari Sri Petaling dari 22 - 31 Jan 08. Doa untuk saya dan umat.
anonymous,
Walaupun nama tuan tak saya kenal tapi comment tuan saya hargai. InsyaAllah usaha ni akan kembali ke Tanah Arab. Bangsa merekalah yang lebih patut diutamakan. Kita orang ajam sesuai khidmat saja pada mereka.
Kat tempat aku, ada ramai org2 arab. Dari segi luaran, mrk mmg tak beza dgn org awam...ie t-shirt ketat,jeans dan kkkg shorts aje.
ReplyDeleteSelama ni, x pernah pun discuss agama dgn mrk. Kelmarin, ALlah bagi peluang utk borak lama sikit dgn salah sorang dr mrk. Masya ALlah, rupanya, tinggi ilmu2 agama yg ada pd mrk. Cuma luaran mrk yg tak menzahirkan agama & sunnah yg mrk ada. Sungguh rugi. Mrk yg tlh ALlah lahirkan sbg bangsa yg terpilih, membesar di negeri2 para anbiya, bergaul dgn para ulama...mrk tidak usaha utk bawa agama bersama2 mrk. In fact, mrk dtg ke M'sia utk m'cari dunia.
Sebenarnya, kalau nak buat dakwah itu tak payah pergi jauh2. Kat m'sia nie pun dah ada berbagai2 jenis bangsa; Arab, Indian-Muslim, Pakistan, Bangladesh, Turkish, African, Indonesia dll.
assalamualaikum en azhar..
ReplyDeletesebenarnye dah diputuskan dalam mesyuarat nizamuddin mengenai penggunaan web ttg tabligh dan dakwah tidak dibenarkan. Penggunaan e-mail pun tidak dibenarkan.
Saya hanya berkongsi maklumat yang saya tahu. Kita kan nak jadi karkun yang taat pada mesyuarat.
Terima kasih kepada tuan yang bijak pandai. Semoga Allah ampunkan aku yang bodoh nih...
ReplyDeleteJangan lupa kalau nak buat insuran kereta, guna takaful. Jauhi dosa riba' (salah satu dosa besar).
Wallahu a'lam.
Nazar said;
ReplyDeleteApa khabar disana dan bagaimana keluarga Azhar semua, semoga semuanya dalam situasi sihat walafiat.
Terbaca tentang ijtima diBangkok, rasanya memang nak pergi, tapi apa daya.
Dua -tiga hari yang lepas, ada jour untuk shabab-remaja dekat bandar Winterthur, dalam 10 kilometer dari tempat saya. Alhamdulillah, ramai remaja yang datang (ramai dalam erti kata disini). Adalah 30-40 remaja yang datang, manakala dari Zurich, Bern dan Basel ada hantar jemaah 3 hari untuk membantu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan ramai remaja yang berikhtikaf.
Saya sebenarnya nak minta bantuan Athar tentang peluang dan cara kemasukan pelajar baru diMadrasah Sri Petaling. Insyaallah, ingat nak hantar adik lelaki saya, dia pun tengah tunggu result SPM. Mula-mula saya bermasyuara dengan ayah saya, nak hantar dia keSouth Afrika, madrasah Inaamiyyah, tapi bila fikir-fikir balik, rasanya lebih baik diMalaysia, tambahan adik saya ni belum pernah keluar, jadi mungkin suasana Madrasah diSouth Afrika payah sedikit untuk dia.
Saya benar-benar mengharap pertolongan Azhar, kerana saya cari dalam web tentang Madrasah Sri Petaling, tak jumpa.
Sekian Azhar, salam hormat...
"Anonymous said...
ReplyDeleteoh... ini bayan Syeikh Mahmud. Abang beliau Syeikh Mukhtaz; dua-dua dari Melbourne. Memang tengok muka dia begitu jernih dan mudah senyum. Masa beliau keluar 40 hari naik van dari Melbourne ke Perth (4 hari driving), jemaah beliau singgah di kawasan ana... nampak keletihan tapi senyum tak lekang dan beliau berkata sambil berbisik, "we have to do this work" (lebih kurang)."
komen gua sebenarnya ni bro... patut register nama gua nih tapi tak tersign pulak.
Subhanallah...
ReplyDeleteana copy bayan australia ini di:
http://opikbdg.blogspot.com
jazakallah
salam ustaz.. ana akn ambik sedikit sbyk artikel dlm blog ustz ni utk dipaparkn blog ana.. nanti ana letak krdt ustaz skali.. jazklah ustz.. doakn ana nak kluar 4 bln pd bln 10 ni..
ReplyDeletehttp://fikirdanrisau.blogspot.com/
***Iklan***
ReplyDeletePESAN dan SAMPAI
Kami menjual barangan sunnah seperti gamis, kurta, jubah, purdah, hijab, jilbab, abaya, serban, selendang, tudung, sandal, kopiah, minyak wangi, siwak, madu, habatus sawda, bahan bacaan dan sebagainya. Insyallah barangan akan dikemaskini pada bulan Januari 2010. Sila kunjungi kami selalu di:
http://sampaidanpesan.tk