Wednesday, January 09, 2008

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah

Tahun Baru Hijrah bertukar lagi! Umur semakin berkurang...
Aik! Bukan ke umur makin bertambah. Kenapa berkurang pulak?
Sebenarnya baki umur semakin berkurang. Umur yan lepas kita tahu, tapi baki umur tak tahu.
Tak saspen ke? Depan mata kita tengok orang lain mati. Hari-hari ada cerita orang mati.
Semua yang mati tu orang tua belaka ke? Tak eh...

Yang baru pencen mati
Yang baru habis hutang rumah mati
Yang baru beli kereta baru mati
Yang baru berbini baru pun mati

Nabi pernah kata lebih kurang maksudnya; 'Purata umur umat aku 60 - 70 tahun.'
Jadi 60 - 70 tahun ni ikut kalendar hijrah ke masehi?
Pernah ke kita kira umur kita ikut kalendar hijrah?
kalau tak pernah, jom kita kira sekarang.
(lepas tu jangan lupa balik ke 'page' ni. Cerita tak habis lagi.)



Gregorian to Hijri
Day: Month: Year


Ha.. Amacam? Ada kurang ka ada tambah?
Yang penting kena sentiasa rasa kurang dalam amal dan berazam nak tingkatkan dan tambah amal.
Jadi.. Apa azam tahun baru anda pada tahun 1429 Hijrah ni?

* Ada sikit persoalan yang menggangu fikiran.
Dalam kawasan taman aku ada sebuah gereja. Pada malam 25 Disember lepas aku tengok ramai orang datang gereja. Aku faham lah, malam ni kan malam Krismas. Tu sebab la diorang ramai-ramai datang gereja. Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku. Tak de la pulak kita dengar orang mengucapkan 'Merry Cristmas' sesama Islam. Kalau ada, tanda nak kiamat kot?

Pada malam tahun baru 2008, sekali lagi aku tengok gereja tu penuh dengan orang. Diorang sambut apa pulak? Rupanya tahun masehi ni mereka sambut kelahiran Jesus (Isa) yang mereka anggap sebagai anak Allah. Nauzubillah. Adalah menjadi kebiasaan kita dengar sesama Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 pada masa tu.

Am I missing somethIng?

Allah dengan kehendaknya telah menjawab persoalan aku tu. Semalam aku duduk dalam satu majlis tazkirah oleh seorang ustaz dari Pusat Zakat. Dia kata, ada pendapat ulama bahawa sesiapa yang sambut Tahun Baru Masehi dengan jahil (iaitu dia tak tahu), maka dia orang fasiq. Sesiapa yang sambut dengan tahu makna Tahun Baru Masehi, maka boleh jadi murtad.

Ya Allah. Selamatkan kami dari semua fitnah dunia dan akhirat. Amin.

7 comments:

  1. oh!! aku dah 27 thn kalau ikut kalender hijrah...doakan hidayat utk aku..mggu depan aku keluar 3 hari..insya Allah..dah tersangat lame x keluar,..doakan aku x tersingkir lagi dari kerja ini..n aku nak buat kerja ni sampai mati,..insya Allah

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, terima-kasih Azhar diatas link calendar diatas.



    Mana pergi latar-belakang blog Azhar yang warna hijau muda semalam, "sampoi" (cantik) latar-belakang tu.

    ReplyDelete
  3. amr - Sempurnakan 3 hari; 72 jam.
    Jangan lupa doa utuk aku dan umat.

    zarch -
    OK dah tukar balik ke latar hijau.
    Terima kasih.

    Dunia memang tak boleh puaskan
    nafsu kita. Tukar, tukar, tukar,
    tak puas-puas juga. Saya la tu...

    Syurga aje tempat Allah akan ikram
    nafsu kita cukup-cukup.

    ReplyDelete
  4. Benar Azhar, dunia ini memang tak habis-habis, macam bayang-bayang, nak dikejar macam-mana pun, tak dapat dicapai.

    Mana-mana latar-belakang blog Azhar, semuanya "sampoi", kerana yang bernilai adalah isinya. Saya sebenarnya tak tahu macam-mana nak tukar sendiri punya latar-belakang, balik-balik, ambil dari galeri dia. Mungkin Azhar boleh tunjukkan saya.

    ReplyDelete
  5. Nak tukar latar belakang;

    1.Sign in blogger
    2.Klik dashboard
    3.Klik layout
    4.Klik edit HTML
    5.Open new tab/new browser
    6.Layari http://www.finalsense.com/
    services/blog_templates/
    (atau yang seumpamanya)
    7.Pilih template yang sesuai (XML
    sahaja)dan klik More Details
    8.Copy HTML yang diberi dan paste
    dalam ruangan HTML blogger
    (overwrite semua)
    9.Preview dulu baru save.

    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum..

    Datangnya 1429 petanda bahawa:
    -bertambah pendek umur
    -bertambah singkat usia
    -bertambah sedikit peluang
    -bertambah tua dunia
    -bertambah dekat kiamat

    ..Sedangkan aku masih leka :cry:
    Jangan sampai kerugian dengan masa yang diberi..

    teringat ust gunawan marhalah presint9 putrajaya bagitau:
    1429H ialah simbol kepada MASA.
    Semoga kita sentisa ingat kepada zat yang menciptakan masa, dan saat kita akan kembali kepadaNya!

    Salam ma'al hijrah 1429H.. :)

    ReplyDelete
  7. Benar tuan,
    masa makin singkat,
    angan-angan makin panjang.

    Taubat.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...