Saturday, May 14, 2011

Hati Seorang Perempuan

‎~ Ada bini org inbox kat FB bini aku.. (bukan bini aku yg inbox kat FB bini org lain..)
"salam kak, maaf saya ni memang x kenal kak tp nak minta pendapat kak, laki saya dah ada hajat nak kawin lain dan calon nya pun dah ada , sekarang saya dlm dilema walaupun ya, di mulut saya menerima keyataan tp dalm hati masih kata tidak, tolong bg nasihat kpd saya.."
berat mata memandang..
~ Bini aku tanya pendapat aku.. ntah, aku pun tak tau..

Tapi Nabi SAW kawin banyak hanya lepas Khadijah r.ha. meninggal.. Ali r.hu nak kawin dua masa Fatimah r.ha hidup & Nabi SAW kata lebih kurang maksud; "Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Sesiapa yang menyedihkannya adalah seperti menyedihkanku.." menyebabkan Ali r.hu tak jadi kawin sorang lagi.. dan antara isteri² Nabi, hanya Aisyah r.ha aje yang dinikahi ketika masih anak dara.. dan lagi.. kesemua pernikahan Nabi adalah dengan maksud mengembangkan agama..

Tapi hadis² ni bukanlah sebagai satu hukum.. Hukum poligami adalah seperti yang telah diberitahu oleh ulama.. Cuma aku pernah duduk dalam majlis ustaz yang cerita bab poligami secara detail.. antara kebaikannya adalah menghindarkan zina dan membantu ibu² tunggal.. dan pada pendapat aku tanggungjawabnya memang berat.. dan tak payah la nak buat kalau tak belajar hukum.. Wallahua'lam..

ada sanggup?

~ bini aku akhirnya jawab kat bini org tu..
"w'salam..maaf lmbt reply sb akak khidmat masak utk jmh 4b yg bru blk dr Arab Emerate..errmm sebenarnya akak pun xtau nak bg nasihat aper..cuma akak minta awak byk bersabar dan doa minta Allah bg kekuatan utk menghadapi segala kemungkinan. Hati2 manusia ni di tangan Allah. Berdoa, merayu, merintih dan menangis la depan Allah..sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan dan rayuan hambaNya. Manusia merancang, Allah juga merancang..tetapi hanya perancangan Allah shj yg berjaya. Jadi jgn putus asa dgn Allah..sentiasa sangka baik Allah menerima doa kite."
"Akak nak bg doa pelembut hati (utk kasih sayang)...Surah Ali-Imran, ayat 200, baca dan tiup pd ubun2 suami...insyaAllah semoga kasih suami hanya pd isterinya yg sorang ni jer...amin"

~ uhh.. bermakna.. ubun² aku dah kena tiup.. perghh..


*bini adalah perkataan lain bagi isteri, ahlia, orang rumah & mak andeh. Harap bersabar maklum..



Monday, May 09, 2011

Kisah dot dot dot


Subuh itu.. adalah hari ke tiga..
Solat kami diimami oleh seorang ustaz dari kariah surau itu.. Ustaz itu kelihatan memanjangkan apa yang disuruh dipendekkan dan memendekkan apa yang disuruh dipanjangkan..*

Lepas solat dan wirid.. ustaz yang telah pun senja umurnya berkata; "Pagi ni ambo nok ceramoh sikit.. biaso tok rama ore.. pagi ni rama ore.. jadi sedap sikit la ambo nok ceramoh.."

"Kito ni idup tok lamo.. pakat² nok mati doh sumo ni.. Jadi ambo nak tazkirah bab mati.. sekadar peringate buak kito semuo.." Di tangan ustaz ada sebuah kitab.. Lalu beliau membaca sepotong ayat quran yang maksudnya 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasi mati'.

Sambung beliau; "Ambo ni buke apo.. cumo nak nasihak kak diri ambo sendiri.. walaupun ambo ni kecek kat depe tuan².. tapi ambo nak ingatkan diri sendiri.."

Isi ceramah seterusnya..
  • orang nak berdakwah kena ada ilmu
  • sebelum cakap pasal kalimah Laailahaillallah kena belajar sifat 20 dulu
  • anak saudara ustaz jadi gila bila ikut dakwah sebab tak belajar ilmu
  • ada orang dakwah tampar bini bila bini tak setuju ditinggal 41 hari.. (tertib 41 hari ni aku kurang pasti tertib jemaah mana..)
  • ada orang dakwah beri salam dekat rumah orang.. dan isteri yang keluar sebab suami tiada di rumah.. dan tengok isteri orang cantik.. dan anu jadi keras.. dan keluar air mazi.. dan kena pada kain.. dan tak sah sembahyang
  • orang dakwah kena belajar istinjak
  • ada orang dakwah kata ustaz syirik sebab tak keluar berdakwah
Isi ceramah berkisar mengenai perkara di atas selama 30 minit.. 

Ahli jemaah subuh yang hadir adalah lebih kurang 20 orang (15-16 orang ahli jemaah aku yang sedang keluar 3 hari di surau tersebut & 4-5 orang ahli kariah surau..). Ada yang mengangguk².. ada yang menggeleng² dan ada yang mengepal² penumbuk..

Kemudian..

Ustaz membaca satu hadis berkenaan maut dari kitab yang ada di tangannya itu.. dan majlis diakhiri dengan doa kifarah majlis dan surah wal A'sri 5 minit selepas hadis tersebut dibaca..

Kesian Sekian cerito ambo.. doa hidayat..


*memanjangkan kain sehingga menutup buku lali dan memendekkan janggut sehingga kurang dari segenggam



Tuesday, May 03, 2011

Kelmarin, Semalam

Kelmarin Punya Kelmarin (29 April 2011)
Lepas solat Jumaat, gi ambik anak pompuan aku kat madrasah alimah Sri Petaling.. cuti 2 hari..

Kelmarin Punya Semalam (30 April 2011)
Jemaah masturat 5 pasang dari Klang Selatan datang ke FRIM, Kepong.. Jadi pagi² hari sebelum jemaah datang aku pergi tengok² apa yg patut kat rumah yang nak terima jemaah tu.. maklumlah.. first time terima jemaah.. pasang tirai, tikar, speaker system utk bayan dan lain²..

rumah 7 bilik tidur + 4 jamban

11pagi.. pegi madrasah hafiz kat Dengkil pulak.. ambik anak lelaki aku.. cuti sehari je..

Asar hga Isyak - bawa isteri nusrah jemaah masturat yang datang..

Lepas Isyak ke rumah mak di jalan 43, Desa Jaya.. (rumah aku jalan 23, Desa Jaya).. Semua adik-beradik aku berkumpul dan ada makan².. jamuan untuk besday aku la pulak.. kui kui kui.. aku beli satay & diorang beli kek..

spy umi nya masa ambik satey..

seb baik x tiup lilin..
Kelmarin (1 Mei 2011)
Lepas sarapan, bawak anak² bershoping dgn tujuan mengempiskan poket..

dan memenuhkan perut..

no 5 & 6..

no 1..
Lepas Zohor ada kenduri kawen kat Taman Ehsan, Kepong.. dan lepas Asar hantar anak² balik madrasah..

Lepas Isyak ada kenduri kawen lagi.. kat Sri Damansara pulak. ok jugak.. orang kawen, kita makan.. sesapa yang belum kawen tu cepat² la kawen.. best wo kawen..

ada live band la pulak..
nyaris² aku nak merampas mike..

Semalam (2 Mei 2011)
Hari ni kebanyakan negeri di Malaysia cuti bersempena dengan Hari Keputeraan aku yang ke 38..

tempat aku diberanakkan oleh mak aku..
2 mei 1973 bersamaan 30 Rabiulawal 1393 (rabu)..
timo kasih mak! susah² yo..
Sebenarnya kalau ikut kalendar hijrah, umur aku dah 39 tahun 2 bulan.. perghh.. maknanya insyaAllah kalau panjang umur pada 22 Februari 2012 akan datang umur aku dah masuk 40!! Waduh.. tua bangat kamu.. eleh korang jangan perasan muda.. cuba cek umur korang kat converter ni..
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/hijriconverter1aPartner.htm

Pagi sampai tengahari bawak isteri menusrah jemaah masturat.. Lepas Asar aku dipaksa beri bayan wafsi untuk jemaah ni.. walaupun segala langkah dan buah tepis aku gunakan, masih terpaksa beri bayan..

Maghrib hingga Isyak.. ziarah satu surau di Kepong yang ada ramai karkun supaya diorang dapat hidupkan amalan Dakwah Taklim dan Istiqbal..

Sekian..

*tima kasih la sudi baca posting aku ni.. kadang² terpikir jugak nak berenti berblogging.. tapi tak tau la bila..



Friday, April 29, 2011

Korang Suka Beri Bayan?

Antara perkara yang aku kurang gemar adalah memberi bayan. Tak kiralah masa kat mohalla atau masa keluar di jalan Allah.. Aku bukanlah seorang pembayan atau orang yang 'pandai' bayan.. Tapi kalau dah diputus dalam mesyuarat, terpaksalah jugak beri bayan..

kata orang Perok..
Kat sini aku nak share sikit;

Adab² Bayan (selepas gash)
  • Tujuan bayan adalah untuk menarik hidayat dari Allah.
  • Sempurnakan amal infradi sebelum bayan.
  • Jangan buat persedian (apa yang nak dicakap) sebelum bayan.
  • Sebaik²nya solat hajat 2 rakaat minta hidayat dari Allah.
  • Seorang boleh buat jorna dihadapan dan minta hadirin duduk rapat² sambil memberi kelebihan duduk dalam majlis.
  • Boleh duduk atau berdiri semasa bayan.
  • Pembayan hendaklah pandang semua orang.
  • Tawajuh pada Allah dan niat untuk manusia seluruh alam.
  • Puji Allah dan berselawat kepada Nabi dipembukaan bayan.
  • Cakap (seperti di dalam quran & hadis);
  1. tanda² kebesaran Allah
  2. nusrah Allah kepada Nabi²
  3. nusrah Allah kepada sahabat²
  4. tanda² orang beriman

  • JANGAN cakap;
  1. luar dari lingkungan 6 perkara
  2. nusrah Allah kepada kita atau jemaah² yang bergerak pada masa ini
  3. kelemahan ummat atau individu
  4. keburukan semasa
  5. perkara² khilafiat
  6. hal politik semasa di dalam atau di luar negara
  7. menyinggung perasaan orang lain atau menyentuh peribadi tertentu
  8. mengkritik pendapat atau pandangan orang lain
  9. mengutuk usaha orang lain
  10. menggunakan istilah yang diguna oleh pergerakan² lain
  11. menafsirkan Quran (kecuali ulama)
  12. membuat jenaka sehingga pendengar ketawa kerana akan jadi sebab Allah tarik hidayat
  • Para hadirin hendaklah memandang kepada muka pembayan, mengangguk jika diberitakan perkara yang benar & jangan tegur secara langsung jika pembayan membuat kesilapan tetapi hendaklah beristighfar di dalam hati.
  • Bayan untuk lelaki 20 minit & tashkil 10 minit. Bayan masturat 30 minit & tashkil 15 minit.
  • Orang yang buat tashkil hanya tulis nama sahaja dan tidak perlu bercakap atau sambung bayan.
  • Hadirin hendaklah tashkil orang² disebelah mereka.
  • Doa ringkas selepas bayan dan tidak perlu menangis.
Wallahua'lam..



Tuesday, April 26, 2011

Aku, adik-beradik & fb..




  • bersempena dgn besday aku yg jatuh pd 2mei.. dgn ini aku mengumumkan cuti kpd seluruh rakyat m'sia pd isnin dpn..

Monday at 10:57am ·  · 

  • Hrz Chc and 6 others like this.

      • Azrina Mohd Jaafar cet!! poyonye.. wakakaaa!! pe lagik buat la makan2 pree.....
        Monday at 11:43am ·  ·  1 person

      • Azrina Mohd Jaafar tgk tuh.. tak jawap2 komen nih.. takut le tu nk buat makan2 pree.. keh keh keh.....
        Monday at 1:28pm · 

      • Azhar Jaafar ehh.. dah jwb komen aku rupenye.. baru perasan.. haha.. nak belanje makan.. hmm.. tapi aku dah arahkan semua pizza hut & mc D cuti hari tu..
        Monday at 2:04pm · 

      • Aziana Mohd Jaafar takyah piza, mcd. satey pun jadik... hahaha
        Monday at 3:23pm · 

      • Azhar Jaafar sabtu mlm ahad ok gak.. sbb budak² madrasah cuti.. sate apa best kat kepong?
        Monday at 3:57pm · 

      • Aziana Mohd Jaafar wawawa... iye ke? yeaaa! tanye la owang kepong... hehehe
        Monday at 4:02pm · 

      • Azrina Mohd Jaafar hah?? jia nk banje ke???? best tuh... rugi tak balik kepong.....hehehe... kena balik gak nih..
        Monday at 5:06pm · 

      • Azhar Jaafar sate kat restoran ah hok ok ke?
        Monday at 6:27pm · 

      • Azrina Mohd Jaafar ok gak asal dapat makan pree....
        Monday at 11:13pm · 

      • Aziana Mohd Jaafar beli skali itik gantung... ina suka dari dulu tu, kalau ada pau ke, kuih lapis ke... hahaha
        Tuesday at 8:34am · 

      • Azhar Jaafar Azfar Jaafar nak makan apa lak? daging salai? ke daging yg panjang² tu?
        Tuesday at 8:49am · 

      • Aziana Mohd Jaafar Eii... geli betul la aku ngan si jia ni
        Tuesday at 8:54am · 

      • Azrina Mohd Jaafar hahahahahahah ngeng.. ha cepat2 kompemkan jadi tak jia nk banje nih??? kitorang sume bab2 mkn pree ni tada hal punye..mesti join...
        Tuesday at 8:56am · 

      • Aziana Mohd Jaafar jia... jia... jia... (angkat sepanduk)
        Tuesday at 8:58am · 

      • Azhar Jaafar sabtu malam lps isyak la insyaAllah.. aku dah bgtau mak..
        Tuesday at 9:05am · 

      • Aziana Mohd Jaafar orait... hehehehe :P
        Tuesday at 9:10am · 

      • Azhar Jaafar masih conpius.. itik gantung.. daging salai.. daging pnjang²..
        Tuesday at 9:12am · 

      • Aziana Mohd Jaafar sate tu campur² la... hahaha
        Tuesday at 9:18am · 

      • Azfar Jaafar daging yg pnjang2 tu nmpak mcm sedap. tringin plak. dulu2 kecik nak beli mak tak bagi
        Tuesday at 9:33am · 

      • Aziana Mohd Jaafar Ei, nape la dgn adik bradik aku ni... buat kembang tekak je... yek!
        Tuesday at 9:43am · 

      • Azrina Mohd Jaafar tu la aku asyik teringat je kt cine tua yg jual kuih kt tepi yuhong dulu.. nampak mcm sedap... hidup lagi ke cine tua tu ek?? igt nk try bli la kalo ade jual lagi....wakakaka!!!
        Tuesday at 10:16am · 

      • Aziana Mohd Jaafar ina tu memang. bukak kat situ je. kat mana² nampak cine jual kuih, seme tringin... yek!
        Tuesday at 10:19am · 

      • Azrina Mohd Jaafar la kan kite ade darah keturunan cine.... tak byk sikit ade gak la rasa teringin nk makan mknn cine.. wahahaha!!!
        Tuesday at 10:35am · 

      • Azhar Jaafar kalau cam tu aku beli sekor la yg sedang.. warna merah siap panggang.. letak atas meja.. boleh makan ngan nasi atau roti..
        Tuesday at 10:48am · 

      • Aziana Mohd Jaafar hidung dia simpan untuk ina... kahkahkah
        Tuesday at 11:00am · 

      • Azrina Mohd Jaafar baybeee le ko nih... wahahahahahaaa!!!!!!
        Tuesday at 12:03pm · 

      • Azfar Jaafar sekor tak cukop rasenye. habis lah nanti ina ngn zana berebot. hahah
        Yesterday at 8:15am · 

      • Azhar Jaafar kalau cam tu aku order lagi sekor yang saiz anak punya.. adik beradik tak elok berebut..
        18 hours ago · 

      • Azrina Mohd Jaafar hahahahahhaaa..... sedap tuh... tang idung tu kalo bole bli lebih bli la lebih2 sket... leh wat cicah ngn sambal ke....
        18 hours ago · 

      • Aziana Mohd Jaafar Eii... pengotor betul la korang ni... hahaha
        35 minutes ago · 

*aku mintak maaf kalau post aku ni mengembangkan tekak, memualkan perut atau mengganggu keharmonian rumah tangga mana² pihak.. aku & adik-beradik yang membesar kat kawasan Kepong ni memang dah lali dengan cara kehidupan masyarakat berbangsa Cina.. dan nenek aku belah mak memang keturunan nyonya Melaka..

Aku berharap agar satu satu hari nanti semua Cina² terutamanya kat Kepong ni diberi hidayat oleh Allah.. Aku sangat sedih bila ada jiran Cina aku yang mati tanpa hidayat.. Semoga Allah melepaskan aku dari tuntutan mereka di hari akhirat..



Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...