Tuesday, May 03, 2011

Kelmarin, Semalam

Kelmarin Punya Kelmarin (29 April 2011)
Lepas solat Jumaat, gi ambik anak pompuan aku kat madrasah alimah Sri Petaling.. cuti 2 hari..

Kelmarin Punya Semalam (30 April 2011)
Jemaah masturat 5 pasang dari Klang Selatan datang ke FRIM, Kepong.. Jadi pagi² hari sebelum jemaah datang aku pergi tengok² apa yg patut kat rumah yang nak terima jemaah tu.. maklumlah.. first time terima jemaah.. pasang tirai, tikar, speaker system utk bayan dan lain²..

rumah 7 bilik tidur + 4 jamban

11pagi.. pegi madrasah hafiz kat Dengkil pulak.. ambik anak lelaki aku.. cuti sehari je..

Asar hga Isyak - bawa isteri nusrah jemaah masturat yang datang..

Lepas Isyak ke rumah mak di jalan 43, Desa Jaya.. (rumah aku jalan 23, Desa Jaya).. Semua adik-beradik aku berkumpul dan ada makan².. jamuan untuk besday aku la pulak.. kui kui kui.. aku beli satay & diorang beli kek..

spy umi nya masa ambik satey..

seb baik x tiup lilin..
Kelmarin (1 Mei 2011)
Lepas sarapan, bawak anak² bershoping dgn tujuan mengempiskan poket..

dan memenuhkan perut..

no 5 & 6..

no 1..
Lepas Zohor ada kenduri kawen kat Taman Ehsan, Kepong.. dan lepas Asar hantar anak² balik madrasah..

Lepas Isyak ada kenduri kawen lagi.. kat Sri Damansara pulak. ok jugak.. orang kawen, kita makan.. sesapa yang belum kawen tu cepat² la kawen.. best wo kawen..

ada live band la pulak..
nyaris² aku nak merampas mike..

Semalam (2 Mei 2011)
Hari ni kebanyakan negeri di Malaysia cuti bersempena dengan Hari Keputeraan aku yang ke 38..

tempat aku diberanakkan oleh mak aku..
2 mei 1973 bersamaan 30 Rabiulawal 1393 (rabu)..
timo kasih mak! susah² yo..
Sebenarnya kalau ikut kalendar hijrah, umur aku dah 39 tahun 2 bulan.. perghh.. maknanya insyaAllah kalau panjang umur pada 22 Februari 2012 akan datang umur aku dah masuk 40!! Waduh.. tua bangat kamu.. eleh korang jangan perasan muda.. cuba cek umur korang kat converter ni..
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/hijriconverter1aPartner.htm

Pagi sampai tengahari bawak isteri menusrah jemaah masturat.. Lepas Asar aku dipaksa beri bayan wafsi untuk jemaah ni.. walaupun segala langkah dan buah tepis aku gunakan, masih terpaksa beri bayan..

Maghrib hingga Isyak.. ziarah satu surau di Kepong yang ada ramai karkun supaya diorang dapat hidupkan amalan Dakwah Taklim dan Istiqbal..

Sekian..

*tima kasih la sudi baca posting aku ni.. kadang² terpikir jugak nak berenti berblogging.. tapi tak tau la bila..



14 comments:

  1. hariz chacho;
    hari ni akan jadi semalam pada besok..

    ReplyDelete
  2. ismadiyusuf;
    auk.. tapi kamek sik pandai kelakar sarawak.. susah gilak..

    ReplyDelete
  3. semalam yg hangat kot......

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum.

    Awal-awal berblog dulu kecik-kecik je anak-anak, sekarang dah besar panjang. Selamat terus berblogging.

    ReplyDelete
  5. Seronok nampaknya ada anak ramai....

    p/s:terasa macam nak berhenti berblog jugak la.. hurm...

    ReplyDelete
  6. syor saja,xyah berenti la,blogging tempat utk lepas geram..hahhahaha
    lepaskan segala kekusustan di dlm kpala,..

    ReplyDelete
  7. Tuan kat FRIM ka.. ari 2 pernah keluar dgn Dr( lpe plak nama dia.. RnD kat FRIM)..hu2

    ReplyDelete
  8. saya baru2 ini dah berhenti dah berblog, sbb dah tua, taip ejaan pun salah, dah tua,tapi kawan2 dok suruh tulis, maka saya tulislah juga, tapu oyang pun tak baca sangat tulisan saya, sbb kurang quality, anda teruslah berblog saya suka bacawalaupun saya tak buat komen, sama lah dgn blog orang lain yg saya link semua saya baca

    ReplyDelete
  9. awangTRG;
    bukan semalam je.. tapi setiap malam..

    Ishak Zaini;
    masa dulu testing² je.. dah lama² susah nak tinggal..

    fuad ansari;
    seronok la.. tuan rumah yang terima jemaah kat atas anaknya 13 orang.. dari umur 25 sampaila yang umur 2 thn..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    kadang² rasa banyak sangat input.. jadi terpaksa output kat blog..

    Hidayatullah;
    FRIM dalam halkah Kepong.. Tuan rumah ni Dr Rushdan.. dulu lama kat Kulim..

    Tn Hj Musa;
    "taip ejaan pun salah".. heheh.. betul la tu.. kat komen ni pun taip salah.. "tapu oyang".. tapi pada saya tu x berapa penting.. yang penting dapat kongsi pengalaman dengan tuan haji..

    ReplyDelete
  10. salam tn Azhar,
    kalau tuan berhenti, saya yg baru belaja tulis blog nipun kena berentilah sbb inilah blog pertama yg saya baca sebelum saya tahu kat alam maya ni ramai karkun tulis blog....dan entri yg pertama saya baca ialah sebuah sajak bertajuk "kau karkun sekarang" dan pastu lepas berbulan2 baca blog ni & blo karkun2 + karkunah lain, saya lak teringin tulis blog....

    ReplyDelete
  11. boleh tau dgn terperinci pasal alimah tu tk? tiada jumpa lg org lebih tau mlainkan kt sini.

    ReplyDelete
  12. Norsha;
    ooo.. gitu kisahnye.. ih ih ih.. coobaann..

    takpecaya;
    boleh call terus ke pejabat madrasah 0390577003. Ada madrasah hafizah & alimah. Sedikit pasal madrasah di sini; http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/07/majlis-khatam-kitab-bukhari.html

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...