Monday, February 03, 2014

Ijtimak, Taman KLCC & Pizza

Ijtimak Tongi di Bangladesh baru berakhir.. dengar khabar 3-4 juta yang hadir untuk ijtimak part 1 pada dua minggu lepas.. part 2 yang dibuat pada minggu baru ni tak dapat laporan lagi.. kengkawan yang hadir ijtimak, sebahagian dah balik ke tanah air.. sebahagian lagi meneruskan keluar di jalan Allah..

Antara pesan ulama yang aku terima dari kengkawan di wassap;
Kemuliaan ummat ada pada kerja dakwah. Jika mahukan kemuliaan perlu tunaikan tanggungjawab ini. Allah menggunakan lafaz "kuntum", bukan "antum".. dua2 bermakna kamu dalam bahasa arab tapi berlainan maksud.
ANTUM- buat atau tak buat dakwah, kita tetap dapat kemuliaan khairu ummah.
KUNTUM- kalau buat kerja ni shj, baru kita akan dapat kemuliaan ini.


Kat Malaysia ni pulak, jur untuk karkun 4 bulan dah hampir sangat.. 14, 15 & 16 Feb.. setiap minggu dibuat tashkil untuk membantu dalam kerja-kerja penyediaan tapak jur.. aku pulak hanya mampu jadi pemerhati saje.. tak daya rasanya buat kerja-kerja berat sebab keuzuran di kedua-dua lutut masa eksiden motor 18 tahun dulu, mudah-mudahan diterima sebagai jawapan di hadapan Allah.. huhu..

Alhamdulillah, camne pun aku sediakan diri untuk hadir tafakud Malaysia pada pagi Jumaat lepas untuk khidmat 2 bulan di Nizamudin.. insyaAllah esok lusa aku nak pegi buat passport & visa India.. sesape nak bayar tambang flight aku ke India, dipersilakan.. haha.. dalam usaha tabligh mana boleh kutip derma.. keluar jalan Allah mesti guna diri & harta sendiri..



Sabtu lepas, bawak family gi bejalan kat taman KLCC.. parking kereta kat bangunan parking berbayar sebelah masjid as Syakirin, KLCC.. lepas tu kena menapak la sikit ke masjid.. solat asar dulu..

tiup untuk besarkan gambar..


Lepas solat, kena menapak pulak ke arah Suria KLCC dulu sebab ada pembinaan di sepanjang jalan tepi taman.. dari masjid tak boleh terus ke taman permainan macam biasa.. jalan kaki sampai Suria, masuk melalui Tasik Simfoni dan Kolam Kanak-kanak.. lepas tu baru sampai Taman Kanak-Kanak.. huii.. nak tercabut lutut den..



Lepas main taman, mandi kolam la pulak..



7 petang.. ke Suria, KLCC dengan harapan ada surau untuk solat Maghrib.. tanya dengan sorang polis sekuriti kat situ mana surau.. polis tu tunjuk ke tingkat 2.. aku pun anak beranak naik la ke tingkat 2 melalui tangga.. tetibe ada sekuriti lain pulak jerit-jerit dari bawah kata tak boleh naik tanpa pas kebenaran.. laa.. hangin la gua.. aku pun angkat anak beranak aku jalan laju-laju ke masjid KLCC dengan bengis bengang.. penat woo.. sorang je budak tak penat sebab kena dukung..



Lepas solat maghrib, lepak tunggu isyak.. lepas isyak gerak balik Kepong.. bayar parking RM7 untuk 3 jam.. mahal benar tanah KL ni.. dan menyinggah lagi sebelum sampai ke rumah..



dan akhirnya..






Insuran & Road Tax Online

6 comments:

  1. surau kat suria tingkat bawah, LG, belakang Maybank. tak payah pergi masjid lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa,, tu lah,, masalahnya:
      1.1st time masuk..
      2.tergesa2..
      3.tanya salah orang..

      Delete
  2. Rm7 untuk 3 jam kira murah la tu tuan. Tapi kalau nak murah lagi depan masjid ada hotel The Zon. Rm3 sekali masuk tapi weekend je la. Hari biasa parking sana mahal per jam.

    ReplyDelete
  3. Pasal roadtax tu jangan lupa

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...