Allah سبحانه وتعالى jadikan lelaki dan wanita perlu kepada amalan agama.. Sebabnya.. setiap lelaki dan wanita akan menemui kematian dan kehidupan akhirat.. Oleh tu, setiap lelaki kena ambik fikir le pasal wanita-wanita.. bukan saja isteri, tapi mak, anak perempuan, adik beradik perempuan, nenek, makcik..
Lelaki kena usaha supaya wanita-wanita mereka menjadi seperti wanita-wanita di zaman sahabat رضي الله عنهم.. Jangan sampai kita mati dalam keadaan iman mereka masih kabur.. jangan sampai kita sebuk berdakwah di luar, tapi agama dalam rumah kita tunggang-langgang.. huhu..
Fikir masjid kena bawak dalam rumah.. tanya; dah solat? dan baca quran? dah zikir? dah buat taklim? Jangan sampai fikir rumah dibawa ke masjid.. tolong beli gula.. beli roti.. beli susu.. nanti dalam solat dan dalam amal-amal yang lain di masjid, fikir lelaki adalah mengenai gula.. roti.. susu.. tu yang jadikan ada orang marah bila imam baca panjang-panjang dalam solat.. huhu sekali lagi..
6 asas usaha wanita;
- menghidupkan amalan taklim di rumah..
- solat di awal waktu..
- membaca al Quran dan berzikir..
- hidup sederhana..
- mendidik anak² cara kehidupan sunnah..
- galakkan mahram untuk keluar di jalan Allah..
wanita bukan setakat digunakan sebagai target memanah.. jika diusahakan, mereka juga mampu memanah.. |
Lelaki yang pernah keluar 4 bulan tak sama dengan yang baru keluar 40 hari dan 3 hari.. jadi kalau isteri tuan-tuan baru keluar 3 hari, layan le isteri dengan menganggap mereka seperti orang baru dalam usaha agama.. jangan bebankan dia dengan fikir tinggi sangat sampai diorang rasa tak mampu buat atau rasa 'beri atas' (give-up).. *direct translation.. ahaks..
Sifir kerja wanita;
- masturat keluar 3 hari setiap 3 bulan = lelaki keluar 3 hari setiap bulan
- masturat keluar 10-15 hari setiap tahun = lelaki keluar 40 hari setiap tahun
- masturat dah keluar 40 hari atau 2 bulan = lelaki dah keluar 4 bulan
Jadi.. kena upgrade le wanita-wanita kita.. dan jangan lupa upgrade diri sendiri.. dan istiqomah paling penting.. semoga tulisan ni memberi peringatan kepada diri aku sendiri yang masih belajar-belajar usaha kenabian nih.. doa untuk aku yang dhoif..
*** *** ***
Alhamdulillah.. pada 17, 18 & 19 Januari baru ni, aku dan isteri diizin Allah keluar 3 hari dalam jemaah masturat.. jemaah kami 5 pasang.. 3 dari halkah Kepong & 2 dari halkah Hicom.. kami keluar di Kg Seri Cheeding, Banting (halkah Teluk Panglima Garang).. bayan hidayat di Sri Petaling..
A=rumah aku, B=tempat bayan hidayat, C=tempat keluar
Masjid Kg Seri Cheeding |
rumah masturat.. |
catitan amirsap; jadual amal jemaah.. amirsap org Kepong.. sape ntah nama.. aku lupa.. |
Jemaah kami tangguh lepas solat isyak dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis.. antaranya, setelah bertahun-tahun berkenalan di arena blogger, akhirnya aku dapat bertemu muka dengan tuan punya blog Ziarah 76.. beliau adalah abang kepada tuan rumah..
Semoga Allah سبحانه وتعالى terima usaha yang sedikit ni, jadi asbab hidayat untuk kami dan umat seluruh alam..
*** *** ***
Salam,bila tuan nak kuar masturat tempat ana pula...sekali sekala kuar masturat Sabah laa...syukri
ReplyDeleteG
ReplyDelete