pada dunia datuk-datuk itu,
dunia ramai terhantuk-hantuk,
bahkan datin juga namanya didatuk
dalam gelanggang ayam patuk-patuk.
Aku tidak faham,
harga bersin datuk-datuk,
marhain berkerat, diuntuk-untuk,
gaji sesuap sup, kini hidup pun disuntuk,
buat sorong bantal datuk yang mengantuk.
Aku tidak faham,
datuk mana salah, datuk mana betul,
hanya bendul rakyat, kepala terus diketuk,
janji bersih, janji kotor, semua melentuk,
sedang musuh luar, sibuk membentuk,
jaringan sangkar, zoo jajah terkutuk.
Aku tidak faham,
maafkan aku kiranya begitu,
tiada niatku menaruh kutuk-kutuk,
mungkin gerakku lambat bak roda tuk-tuk,
membuatku tertinggal terbatuk-batuk.
cilok tanpa permit dari http://zar4art.blogspot.com/2011/07/datuk-bersin.html
bonus track;
110629 byn m syamim jur org tjwb msia
*maaf.. error pd starting.. bacaan bismillahirrahmanirrahim x penuh..
malfuzat M Yusof
boleh buat lagu nie...
ReplyDeleteboleh main dgn irama pop yeh yeh....
misti lentok,tangkap leleh punya...
gamba tu abg lukis ke? cantik gak,
ReplyDeleteboleh buat lagu punk ni bro
ReplyDeleteAnak Pendang Sekeluarga;
ReplyDeleteapa la pop yeyeh..
Hainur Hapis;
gambar dari internet..
Dr. Ben;
ko kena tanya bro Nazar Zurich (zarch).. mintak keizinan bertulis.. haha.. mana tahu dia sendiri nak vokal..
akupun tak faham
ReplyDeletesajak untuk datuk-datuk
yang aku tahu penyakit batuk-batuk
sebab sekarang banyak habuk
berterabur dan berserabut
tapi kalau terlebih ubat batuk
boleh buat mata ngantuk
boleh buat orang terantuk
oh...silap-silap kena ketuk !
Under musyawara, lyric yang boleh divokalkan hanya 6 sifat brader. Kalau keluar dari 6 sifat, nanti kena sengat lak...hehehe
ReplyDeleteNorsha;
ReplyDeletewah.. tak paham kok
citer datuk-datuk
penyokong gaban sari suntuk
sembur-sembur ketuk-ketuk
citer banyak kena hempuk
lawan-lawan kena hantuk
kesiannya dalam masuk
kalau rm banyak berkepuk
dapat jumpa bini esok..!
zarch;
dunia sengat-menyengat.. sendri mau ingat..
Pagi tadi, dengar bayan M.Syamim yang Azhar letak kat atas, bayan peringatan pasal kepentingan musyawara...aduh, tersengat rasanya. Semoga Allah ampunkan dan tetapkan sifat taat dalam diri saya.
ReplyDeleteBayan kedua, nama-kerja-maqam, diberi contoh pasal mic, katanya, iaitu namanya mic, kerjanya menyampaikan suara dan kedudukannya ia akan berada didepan mulut-mulut insan-insan mulia dll. Tapi bila mic ni tidak menjalankan kerjanya (kerana rosak), maka ia akan kelucutan nama-kerja-maqam dia.
Sebegitulah dengan umat ini, bila tidak menjalankan kerjanya (Kuntum khaira ummah ukhrijat linnasi ta’muru na bil ma’ruf wa yanhauna an al-munkar), maka umat ini akan kelucutan nama-kerja-maqam dia...
- Jazakallah Azhar atas bayan tersebut...
lebih rela ada cucu dan menjadi datuk,
ReplyDeleteagar tidak diketuk2..
mahupun terhantuk..
lagipun dunia ini agak terkutuk..