Thursday, June 30, 2011

Usah Memandai vs Tak Salah (sekomen komen pengkomen)

Nak share dengan korang komen tuan zarch dalam entri sebelum ni;

Dakwah tu makna dia mengajak dan sesiapa yang melakukan usaha mengajak insan lain mahupun diri kepada Allah dengan apa cara pun, maknanya dia berdakwah.

Cuma dakwah yang telah jelas diterima sebagai pintu hidayat dan telah menjadi asbab hidayat billion insan sesejak Rasulullah s.a.w adalah cara yang dibawa oleh rasulullah s.a.w dan diikuti oleh para sahaba/sahabi.

Sebagaimana misalnya, suatu cara asli menanam pokok yang telah jelas menghasilkan buah-buahan dan buah-buahan itu baik-baik belaka disamping pokok tersebut panjang usianya dibandingkan dengan suatu cara baru lain yang belum pasti samada menghasilkan buah-buahan atau tidak, kemungkinan buahan-buahan tersebut tidak berkhasiat mahupun pokok tersebut singkat usianya. Dimana jelas tentulah cara asli itu adalah terbaik.

Umat ini umat dakwah dan Tabligh adalah usaha seluruh umat. Hari tu, ada dengar pesanan seorang karkun antik, jangan kita kecilkan usaha-usaha pihak-pihak lain kearah kebaikan, hanya-sanya tetaplah kita berusaha cara mengikut Nabi dan sahaba dengan mengorbankan diri-masa dan harta dan dengan cara basitah mahupun basirah.

Wallahuallam...



aku & zarch



11 comments:

  1. Untuk kemajuan mungkin boleh pandang ke hadapan..

    Tapi untuk berjaya dalam agama pandanglah ke belakang yakni kehidupan Nabi saw.. (",)

    ReplyDelete
  2. salam
    dakwah trus lgi dan lgi
    smpai org kata "lagi lagi dakwah", "lagi lagi dakwah"

    insyaAllah Ijtima` Wafidin Mesir(student foreign) pd 21hb julai. doa kalian amat diharapkan utk kjayaan ijtima`

    ReplyDelete
  3. "Hari ni kita kena yakin 100% pada usaha yang kita buat, hanya usaha ini usaha nabi asbab hidayat untuk umat, namun dlm masa yg sama jangan perdebat atau pertikai usaha orang lain..."
    antara nasihat2 elders yg aku ingat....

    ReplyDelete
  4. "jangan kita kecilkan usaha-usaha pihak-pihak lain kearah kebaikan"- setuju2..

    ReplyDelete
  5. kadang² lupa nasihat elders.. alhamdulillah ada yg mengingatkan..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...