'Usah memandai'
KUALA LUMPUR: “Tidak pernah wujud dakwah menerusi lagu. Kalau kita boleh berdakwah dengan hanya menyanyi, sudah tentu Rasulullah s.a.w melaksanakannya terlebih dulu,” kata vokalis kumpulan E.Y.E, Izam mengenai segelintir penyanyi nasyid yang sering menggunakan kenyataan mereka berdakwah menerusi lagu ketuhanan.
Izam atau nama sebenar, Mohd Izam Mohd Arshad, 43, berkata ada dua hak yang perlu dilakukan pendakwah iaitu berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah mengajak melakukan ibadat dan kebaikan serta berdoa kebaikan pada sepertiga malam menerusi solat tahajud.
“Kemudian ia menjadi hak Allah untuk memberi hidayah, itu usaha dakwah tetapi saya dapati ada penyanyi yang mengatakan dia berdakwah melalui lagu dan ada yang mengeluarkan kenyataan menghina selepas meninggalkan dunia hiburan.
“Saya tidak pernah tinggal dunia hiburan dan masih menyanyi tetapi bukan lagi lagu bertemakan percintaan sesama manusia sebaliknya cinta hamba kepada Allah bagaimanapun ia bukan dakwah. Saya membuat album sebab saya seorang penyanyi dan saya berdakwah mengikut apa yang dilaksanakan Rasulullah iaitu berjumpa orang ramai,” katanya yang menyertai tabligh sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, untuk menarik orang kepada kebaikan memerlukan seorang pendakwah menggunakan pendekatan berlembut dengan menceritakan ganjaran Allah kepada hamba mengikut semua perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
“Tapi saya lihat ada artis yang sekarang ini menjadi pendakwah terus mengeluarkan kenyataan keras dan menghentam, perkara ini menyebabkan orang semakin jauh. Berdakwah kepada orang dilahirkan Islam tetapi tidak menurut ajarannya sangat sukar kerana mereka mempunyai ilmu tetapi lemah iman.
“Kita tidak boleh terus menghukum dengan menceritakan ancaman dan balasan buruk daripada Allah sebaliknya yakinkan orang Allah Maha Pengampun serta Maha Pengasih. Bila iman mereka meningkat baru kita ceritakan sedikit demi sedikit ancaman jika melakukan perkara mungkar.
- Harian Metro 28 Jun 2011
'Tak salah'
KUALA LUMPUR: “Itu kaedah dakwah digunakannya tetapi dia tidak boleh berkata pendekatan orang lain salah,” kata penyanyi nasyid, pengacara dan komposer, Hafiz Hamidun berhubung kenyataan vokalis kumpulan E.Y.E tidak pernah wujud cara berdakwah menerusi lagu.
Hafiz berkata, kaedah dakwah tidak boleh disempitkan dengan cara berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah semata-mata sebaliknya ia boleh diperkembangkan terutama di zaman teknologi.
“Rasulullah s.a.w bersabda, sampaikan dariku walaupun satu ayat. Jadi apa salahnya menggunakan kaedah bersesuaian dengan perkembangan zaman dan muzik serta lagu boleh menjadi satu pendekatan berdakwah.
“Menerusi lagu, pendengar boleh mengetahui perjalanan hidup Rasulullah, rukun iman dan rukun Islam, malah ia boleh didengar berulang kali. Dakwah melalui nasyid nampak kecil tetapi kesan sebenar lebih besar,” katanya yang dihubungi semalam.
Harian Metro semalam melaporkan vokalis E.Y.E, Mohd Izam Mohd Arshad yang menyertai kumpulan tabligh sejak enam tahun lalu menyifatkan lagu walaupun berkonsepkan ketuhanan tidak boleh disifatkan dakwah.
Menurutnya, jika boleh berdakwah dengan hanya menyanyi, sudah tentu Rasulullah s.a.w melaksanakannya terlebih dulu.
Mohd Izam berkata, ada dua hak yang perlu dilakukan pendakwah iaitu berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah mengajak melakukan ibadat dan kebaikan serta berdoa kebaikan pada sepertiga malam menerusi solat tahajud manakala ketentuan seseorang itu mendapat hidayah menjadi hak Allah.
Hafiz berkata, dakwah boleh dilaksanakan dari rumah ke rumah tetapi ia memerlukan masa, kos serta penerimaan orang ramai.
“Di zaman sekarang pelbagai pendekatan boleh digunakan, kalau bukan menerusi muzik, dakwah boleh dilakukan di kaca televisyen.
“Jadi kita janganlah membuat tafsiran sempit mengenai dakwah hanya kerana cara berbeza yang penting matlamat kita memberi nasihat dan kebaikan kepada orang ramai,” katanya.
- Harian Metro 29 Jun 2011
-tamat -
*camne pun aku setuju dengan 'Jangan Memandai' dan kesian dengan "Tak Salah'..
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
kesian..kesian... dia tafsir hadis 'sampaikan dariku walaupun satu ayat' ikut fahaman dia sebagai seorang artis, lalu apa yg dilihatnya ialah melalui muzik.
ReplyDeletekena ikut la tafsiran ulama, bukan ikut suka sendiri.
Stuju dgn 'Jangan Memandai'
sapa2 dengar penerangan dari maulana syamim semalam akan faham tentang perkara nie...
ReplyDeleteAlhamdulilah penah gak kluar dgn Izam, Man Greng dan Elji. Diorang keja mlm balik pagi tuk solat subuh dan bayan. fuh mujahadah..byk gak org gi pub ditasykil mrk.
ReplyDeleteTahu atau tidak tahu atau buat2 tak tahu...
ReplyDeleteTak tahu yang mana satu... Isk3
kata ustaz salafi/wahabi dakwah guna teknolgi di benarkn kerana zamn nabi saw guna surat dan diorg claim surt ini sbgai tknolgi zmn tu..so tknolgi zmn la adlh intrnt..so pnggunaan intrnt di bnrkn dgn tjuan dkwh..p hl itu la bidaah.huhu.
ReplyDeleteada orang berdakwah untuk beramal dan hidupkan amal, ada orang berdakwah untuk maksud hidup, dan ada orang berdakwah untuk sebarkan agama, ada orang berdakwah untuk tetapkan iman..dan kita sekarang masih belajar dakwah lagi
ReplyDeleteDakwah tu makna dia mengajak dan sesiapa yang melakukan usaha mengajak insan lain mahupun diri kepada Allah dengan apa cara pun, maknanya dia berdakwah.
ReplyDeleteCuma dakwah yang telah jelas diterima sebagai pintu hidayat dan telah menjadi asbab hidayat billion insan sesejak Rasulullah s.a.w adalah cara yang dibawa oleh rasulullah s.a.w dan diikuti oleh para sahaba/sahabi.
Sebagaimana misalnya, suatu cara asli menanam pokok yang telah jelas menghasilkan buah-buahan dan buah-buahan itu baik-baik belaka disamping pokok tersebut panjang usianya dibandingkan dengan suatu cara baru lain yang belum pasti samada menghasilkan buah-buahan atau tidak, kemungkinan buahan-buahan tersebut tidak berkhasiat mahupun pokok tersebut singkat usianya. Dimana jelas tentulah cara asli itu adalah terbaik.
Umat ini umat dakwah dan Tabligh adalah usaha seluruh umat. Hari tu, ada dengar pesanan seorang karkun antik, jangan kita kecilkan usaha-usaha pihak-pihak lain kearah kebaikan, hanya-sanya tetaplah kita berusaha cara mengikut Nabi dan sahaba dengan mengorbankan diri-masa dan harta dan dengan cara basitah mahupun basirah.
Wallahuallam...
Ustaz Rasul Dahari memegang pendapat bahawa muzik adalah haram mutlak.
ReplyDeleteZiarah76;
ReplyDeletesemoga Allah beri faham pd dia & kita semua..
Abu Abdurrahman;
amin..
adri;
semoga Allah terima..
RuMaH TuA;
makan tahu..
Anak Pendang Sekeluarga;
semoga Allah pilih mereka datang pada kerja Nabi saw.
ismadiyusuf;
belajar sampai mati..
zarch;
komen terbaik.. shukran..
Dr. Ben;
siapa pulak ust rasul dahari ni? tuan cepat² la ke IPB..
Ulama adalah pewaris NABI SAW (ulama muktabar),
ReplyDeleteNABI SAW dah xde, kena la ikut Ulama INSYA ALLAH
baru tempuh jalan yang sama hingga ke Rasulullah SAW , INSYA ALLAH
Doakan ana,
zarch,
ReplyDeletesudi-sudi la tgk miner blog
http://muhammadulfatih.blogspot.com/
Salam
ReplyDeleteSori interrupt cakap org2 lelaki, saya ada dengar ceramah dr syeikh Nuruddin satu masa dulu, beliau kata "nyanyian nasyid bukan dakwah". Wallahualam. Just sampaikan jerSalam
Sori interrupt cakap org2 lelaki, saya ada dengar ceramah dr syeikh Nuruddin satu masa dulu, beliau kata "nyanyian nasyid bukan dakwah". Wallahualam. Just sampaikan jer