Monday, March 29, 2010

Hikayat Tuan Rumah Masturat

Heh heh..
Nak cerita sikit pasal tuan rumah yang terima jemaah masturat aku minggu lepas..

Ketua Kampung

Umur baru 38 tahun. Imam kat masjid.. Lepas tu jadi ketua kampung pulak.. Dalam sembang2 tu tanya la macam mana dia boleh jadi ketua kampung..

Gambar hiasan.. kampung dulu-dulu..

Dia jawab; "Sejak pilihanraya yang lepas, orang dah tak nak ketua kampung lama tu. Tapi masalahnya tak de siapa wakil dari parti yang menang tu yang sanggup jadi ketua kampung. Jadinya secara paksa, diaorang suruh aku jadi ketua kampung.. Memang aku tak nak.. Tapi diorang suruh jugak. Dah tak de orang lain katanya.."

"Akhirnya aku letak beberapa syarat.. aku tak kan terlibat dengan mana2 parti politik.. lepas tu, tiap tahun, aku akan lapang masa 4 bulan atau 40 hari untuk buat kerja tabligh. Jangan siapa halang atau tanya aku.. Diorang terima syarat tu. Aku sorang je calon ketua kampung untuk kampung aku. Menang tanpa bertanding.."

Wah.. wah.. dalam hati aku, ni baru betul2 pemimpin.. kena paksa baru naik.. ada ciri2 sahabat..

Rumah masturat

Ni lah first time dia terima jemaah masturat.. minggu sebelum tu dia & isteri dapat keluar masturat setelah sekian lama tak dapat keluar..

Tapi kan rumah tu ada mistik sikit.. (on muzik saspen citer P Ramlee..)

Manfaat & mudharat, hanya dari Allah..

Anak perempuan tuan rumah yang sulong dah berumur 13 tahun.. Sejak lahir hingga la ke umur 10 tahun dia kena sakit kulit seluruh badan yang kronik.. gatal2 dan luka.. puas dah berubat merata hospital tapi tak jalan.. Allah tak izin.. kesian.. Atas nasihat kawan, dia cuba bawak berubat cara tradisional.. Dua tiga orang ustaz tak sanggup nak mengubat selepas buat 'scan'.. Diorang kata 'kuat sangat..'

Kemudian ada sorang ustaz yang pakar dan dengan izin Allah anak perempuan tuan rumah dah mula sembuh.. Ustaz kata kena santau miang buluh.. ada orang dengki sebab bla.. bla.. bla.. Pehh.. macam2 manusia ni.. dengki mendengki sampai sanggup siksa budak macam tuh..

Cerita tak habis lagi.. rupanya masih ada 2 makhluk halus (bukan semut atau nyamuk..) yang masih menetap kat rumah tu.. Malam pertama, hampir semua masturat tak dapat tidur lena.. Esoknya, semua masturat baca ayat2 manzil.. Alhamdulillah, malam ke dua dah ok.. Bole tido..

Cerita Kencing Manis
Kencing Manis ye.. bukan darah manis..

Tuan rumah tu ada penyakit kencing manis (diabetis) la pulak.. Jadi makanannya kena jaga.. mahal-mahal pulak tu.. beras pun yang spesel..

Kami jemaah lelaki yang enam orang ni, dua orang pun memang dah jadi geng kencing manis secara rasmi.. Aku pun sebelum ni tak pernah ambik tau sangat pasal kencing manis nih.. yang aku tau kencing hancing je.. Jadi, antara perkara yang dibayankan di atas talam (dicerita semasa & selepas makan) adalah topik kencing manis.. (cerita berkisar kebesaran Allah yang memberi rezeki & dalam sunah Nabi saja ada kejayaan..)

Sorang dari ahli jemaah kami yang memang ada penyakit kencing manis, ada bawak alat untuk menguji kandungan gula dalam darah.. Jadi pada pagi hari ketiga, sebelum sarapan, semua ahli jemaah termasuk tuan rumah buat blood test secara percuma..

Dua titisan yang boleh selamatkan manusia dari neraka..
1.titisan airmata kerana takutkan Allah
2.titisan darah di jalan Allah

Tuan rumah & 2 ahli jemaah memang bacaan lebih 10.. (bacaan lebih 7 maknanya kencing manis..).. Aku & 2 ahli jemaah yang lain, bawah 5.. alhamdulillah.. Tapi yang sorang lagi tu bacaannya 8.. hah.. geng kencing manis jugak rupanya.. Terus muka dia berubah.. dah jadik saspen la pulak.. Ye lah.. tak pernah test, tiba2 test, ada kencing manis..

Jadinya, sarapan kami pagi tu dipecah kepada dua talam.. Talam normal dan talam diabetis..



28 comments:

  1. Hehehe..
    Dulu pernah keluar kat penang, ada seorang karkun yg dikatakan boleh tengok jin bgathu, jemaah jin tengah keluar tiga hari kat surau yg kami duduk. Fuh! Semua budak2 tidur dekat2. Takut la kononnye. Kalau betul pun, jin tu tengah buat usaha iman amal gak.
    Hehehe

    Pengalaman ngeri aku: Pernah tengok jin depan2 masa di Pakistan.

    ReplyDelete
  2. Hasbullah Salih,
    the end!

    Norrid_Riddy,
    "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.

    Pernah dengar cerita dari ustaz yang mengajar kat masjid; jin yang jadi karin kepada Nabi SAW dah diIslamkan oleh Baginda.

    Masih hidup, menetap di kawasan perkuburan baqe' dan masih aktif dalam kerja2 menyebarkan Islam dikalangan jin..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  3. hidayat...

    hakikat nya ramai da xtakot jin daa..siap pkai pegi jln2 lg..hehe

    ReplyDelete
  4. ui.. semoga Allah jauhkan aku daripada santau miang dan sifat miang... haha...

    ReplyDelete
  5. salam,

    Di Sandakan, ada surau gersang penghuni menjadi tempat jin bertandang. Jemaah selalu diganggu pabila keluar di surau tu. Di kalangan karkun, memang ada yang bisa melihat & bercakap2 dengan jin menurut karkuzari.

    Karkuzari lain, ada seorang karkun jaga tertib 12 usul secara istiqamah, dapat melihat makhluk halus di pasar2 dgn wajah yg hodoh.

    Seingat aku, ada syura Beaufort yg khasaf makhluk halus ni & berkebolehan membuka penglihatan terhadap makhlus halus pd orang lain dgn izin dan kudrat Allah.

    Cerita bab sihir menyihir, beberapa tahun lalu, pakcik sy seorang menjadi mangsa kekejaman sihir maut. Gara2 cinta tak diterima. Baru2 ni jugak, ada pakcik datang ke rumah dari Indonesia dan mengubati beberapa org. Nampak mcm mengurut badan, dia boleh tahu tang mana jin tu lepak& lari (pindah) di dlm tubuh mangsa yg akhirnya dikeluarkan drpd hujung ibu jari kaki.

    Hakikatnya, makhluk takde apa2, Allah Berkuasa atas segala sesuatu. لا إله إلا الله

    ReplyDelete
  6. insanlemah,
    dulu aku pun suka pakai jin buat jalan2.. tapi bila aku membesar, jin tu tak besar2.. jadi aku tinggalkan dia.. dan x ganti dengan jin baru..

    mhafiz_ydin,
    miang kucing x pe..

    subblogger,
    huh.. tak lama lagi kau boleh terbitkan buku 'siri bersembang dengan jin'..

    aku sebenarnya dari kecik biasa kena kacau ngan jin.. sekarang ni pun kalau pegi tempat banyak jin, telinga ni rasa tersumbat je..

    لا اله الا الله محمد رسول الله

    *aku ingat tajuk entri ni boleh ditukar ke Hikayat Jin Rumah Masturat..

    ReplyDelete
  7. Apa agaknya yg ada dalam talam diabetis ek?

    ReplyDelete
  8. iqbalsyarie,
    Aku tengok sama aje.. nasi lemak ngan roti canai + teh tarik.. zikir diorang lain kot.. makan sambil membayangkan kehidupan selepas mati..

    ابن زين الرمباوي,
    ok gak tu ustaz.. tapi manusia yang ramainya 10% dari jin ni pun tak terdakwah.. aduss.. lemahnya saya..

    ReplyDelete
  9. Pengalaman dgn jin ini semasa keluar 40 hari zaman student dulu tahun 1981, Surau di pedalaman Pahang, lampunya kat luar ada satu je, jadi penglihatanya samar2. Alkisah seorang bangun tengah malam untuk tahajjud, setelah kazohajat, dia berwuduk dalam keadaan cangkung,selesai wuduk dia pun bangun sambil berpusing kebelakang untuk berdoa, tetiba dia menjerit sambil melaung hantuuuuu,dengan kuat, semua ahli jemaah yg sedang tidor dan solat tahajjud terperanjat dengar jeritan . Apa tidaknya semasa dia sedang wuduk seorang pakcik ahli jemaah juga telah duduk buang air dibelakangnya tanpa disedari oleh student ni. Pakcik ni keadaannya rambutnya panjang beruban dan kusut masai, juga janggutnya panjang putih kusut masai ( nampak macam hantu la) mereka berdua bangun serentak dan berpusing kebelakang serentak jadi student ni terkejutlah sebab tetiba saja hantu ni muncul depannya. macam2 punya cerita le.. kami pun masyaallah terus tahajjud.

    ReplyDelete
  10. Sambungan yang dinanti dah tiba. Tapi macam tergantung je entry ni. Mungkin kena sambung lagi kot.. :-)

    Citer pasal jin, aku 'rasa' aku tak penah jumpa jin. Cuma ada satu peristiwa yg masih menjadi tanda tanya pada aku sampai skrg. Ceritanya, masa aku keluar pertama kali 3h kt satu surau. Sebelum tidur aku pegi la tandas, lepas tu nak ambik wuduk. Jam masa tu dah melewati pukul 12 tengah malam. Bila keluar dari tandas, kena melalui kwsn tanah sikit utk masuk semula kwsn masjid. Masa aku keluar tandas tu, aku ternampak la satu susuk tubuh perempuan yang berpakain macam kain telekung sembahyang dan memandang ke arah aku. Tapi mukanya tak nampak, sebab gelap walaupun jaraknya cuma dlm 2 meter dari aku. Aku masa tu tak ada fikir apa-apa, sangka baik ada orang datang sembahyang kot. Tapi, lepas esoknya, bila aku fikir-fikir, ada ke perempuan dtg sembahyang tgh malam buta, sorang diri pulak tu, pas tu duduk kat kwsn belakang masjid...? Adakah itu manusia atau...jeng..jeng..jeng...Wallahualam

    ReplyDelete
  11. salaam...insyaALLAH...dah nikah nanti (nile ntah) nak kuar masturat gak...doakan saya...

    pasal kencing manis nih, tengok jugak saiz badan org tuh macam...lau besar dan bacaan die lapan, tak semestinye kencing manis..8 boleh kire normal..dia akan naik 10 bila dah makan..but better watch out jugak sebab who knows Allah nak uji lebih dari sudut kesihatan kan...wallahu'alam...kadar normal RBS (Random Blood Sugar) adalah 4-8mmol/l...secara kasarnya lah untuk org asia nih..badan kan kecik2...jangan je cek masa puasa ek...dia akan turun sampai 3 malahan 2 sebab takde input langsung..

    wallahu'alam...ade kesilapan tolonglah tegur..dan pada semua hamba ALLAH yg baca komen nih, tolonglah cek tahap kesihatan anda...kite tak tau sok luse bleh dapat penyakit kronik yg diam2 dok dalam badan kite...naya....

    pada ALLAH kita berserah...

    wassalam~

    ReplyDelete
  12. Bercerita pasal jin ni, saya tak pernahlah tengok mereka tapi jin ni pun macam-macam, ada kafir ada muslim, ada primitif mahupun yang maju, malah jauh lebih advance dari manusia kerana mereka telah sedari dulu pergi menjelajah jauh keangkasa lepas macam cerita Star Trek tu.

    `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.`

    `Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.`

    `Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?`

    `Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.`

    `Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).` (Surah al Jinn, ayat 8-12)

    Hari ini, ramai anggap jin tu tak tahu apa-apa, bergayut-gayut dan kerjanya merasuk sahaja sedangkan para jinlah yang membantu membina empayar Nabi Sulaiman yang tak akan ada lagi kekerajaan sehebatnya.

    Ya Allah, berilah hidayat buat insan dan jin serta jadikan kami dikalangan mereka yang menjadi asbab hidayat.

    ReplyDelete
  13. moga dgn keberkatan jemaah datang, Allah akan selesaikan masalah gangguan dlm umah tu.

    p/s: norrid riddy, karkun yg boleh scan jin tu memang ku kenali...

    ReplyDelete
  14. Hj musa,
    Tu bukan jin.. tu papa rock.. (papa rock tabligh).

    ummiabah,
    n3 ni memang cam tu.. brek emergency lagi.. sambungnya kat dlm komen2 ni je..
    Laa.. kenapa x tengok kaki dia ada ke x.. nasib baik makcik tu x tanya, "apa kabar nak?"

    asy_syakirin,
    info yang menarik.. tkasih..

    zarzh,
    Jin pun umat cam kita.. Tapi jin keluar jln Allah x pakai kapalterbang.. dia pakai terbang aje.. Kirim salam ngan jin Swiss..

    Pablo (yo),
    Sape plak nih? Jual barang terpakai ke? Mungkin jin.. nak tashkil aku khuruj ke Argentina..

    ziarah76,
    hu.. hu.. ada ahlia karkun marhalah berdekatan yang dtg nusrah jmh pd hari pertama.. akak ni tukang urut & ada kebolehan mengubat traditional.. Jin tu ikut dia balik dan ganggu dia sebab cuba2 nak bantu ahlia tuan rumah..

    p/s jugak: aku pun kenal sorang, tapi kat Kuala Muda Kedah.. pernah keluar masturat di rumahnya..

    ReplyDelete
  15. Banyakkan baca Quran juga manzil di rumah Insya Allah

    "brgsiapa baca ayat Qursi slps smyg, maka dia dlm peliharaan Allah shgga ke waktu solat berikutnya"


    saya penah nmpk jin ni warna hitam bertanduk
    tp masa tu dia merangkak, muka garang, ada ekor kot, kalau dia berdiri time tu, msti lebih tggi dari sy kot


    masa tu tgh kuar 40hari di kemaman trganu


    hakikatnya, mereka tak leh wat apa2

    yang wat segala2nya adalah Allah Insya Allah


    Bantu agama Allah, Allah bantu kita Insya Allah.

    mdh2an ,


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  16. kalau perasan, kt kemenyan atas tu ( kt asap )

    ada seperti muka org

    ReplyDelete
  17. Jin ni makhluk Allah jugak diorang pun kena hisab & ada tanggungjawab pada agama untuk ikut perintah Allah sama macam kita.Takde yg speselnya.Cuma dimensi dia aje yg lain. Ada yg kapir ada yg islam. Yg Islam tu tanggungjawab diala bagi dakwah pada yg kafir kalau tak kena dakwa kat akhirat macm kita. Cuma syaitan yg jahat tu memang tak makan saman keje dia ajak pada kejahatan diorang ni boleh dihalau dgn nur iman dalam hati je. Amalkan ayat2 manzil secara istiqamah. Ada satu jemaah ni k'uar kat satu tempat byk gangguan diorang baca manzil tapi msh ada. At the end ada sorang dpt mimpi tambahan ayat pada manzil.Katanya sebelum fatihah baca surah Alan'am ayat1-3, kmdian baca manzil mcm biasa cuma alfatihah & ayatulkursi jadikan 7x, 3 kul yg terakhir jadikan 3x instead of 1x. Insyaallah. Dengan izin Allah berkesan.

    ReplyDelete
  18. hainur hapis,
    Yang ko nampak masa keluar kat kemaman tu bukan jin.. tu penulis blog keretamayat yang datang nak nusrah jemaah..

    jai,
    ehh.. bunyi cam nak sama.. jai ngan jin.. jin ngan jai.. x kisah la.. janji rock..

    Jin & setan memang takut bila dibaca ayat kursi sebab puak2 ni takut dengan kebesaran Allah..

    Cuma manusia je tak takut ngan Allah.. Yang mana tengah berlonggok buat jahat tu, ko baca la ayat kursi sampai berbuih mulut.. x lari nyer..

    ReplyDelete
  19. abg Azahar, doakan supaya aku pun dapat keluar masturat jugak..tapi apa syarat syarat dia?...aku budak baru belajar...baru belajar nak kahwin

    ReplyDelete
  20. van qif,
    bila nak kawen? Syarat keluar masturat, mula2 kena bawak isteri pegi taklim mingguan masturat.. Kemudian baru boleh lelaki tafakud dengan syura..

    Nisab masturat*; 3hari setiap 3bulan, 10/15hari setiap tahun, 40hari/2bulan setiap 3tahun..
    *tertakluk kepada terma & syarat.. heh.. heh..

    ReplyDelete
  21. Salam.
    ape kata buat satu blog, yang masa semua org boleh berkongsi cerita pasal jin. Jin dah makin glamor skrg.. Karkun dan kisah jin.. wahhh
    Mesti banyak kisahnye..

    ReplyDelete
  22. salam...ada award untuk anda di blog ana...

    ReplyDelete
  23. Norrid_Riddy;
    Nak buat blog tajuk apa? Mistik aqustik, seram bangat deh, hantu ku berkutu, seni bunian.. Haa.. tajuk apa? Blog yang ada ni pun dah lagha..

    asy_syakirin;
    hadiah 'Pakej Pelancongan utk 8 orang' ke? Best gitu..

    ReplyDelete
  24. Perrhhh...entri kali ini ala ala "jgn biarkan diri anda diselubungi oleh misteri....." atau kata kata yang senada dengan nya....

    ReplyDelete
  25. smlm br je tggh jem mstrt 3h dr umah sy.....

    ReplyDelete
  26. Salam ziarah ukhwah,

    Bersama menjayakan kempen bebas diabetes.

    ESULIN, formulasi Herba yg dikaji & diuji khusus utk digunakan pesakit diabetes.

    Jemput ziarah ke http://esulin.biz/

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...