Thursday, January 14, 2010

Usaha Masturat (Wanita)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith dari kitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas).
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya. 
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini.


Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
    Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!





    18 comments:

    1. pehh..jeles-jeles.
      Semoga Allah permudahkan urusan tuan dan keluarga.

      ReplyDelete
    2. Bila dah keluar jalan allah jangan lupa untuk doa hidayat unt umat nabi saw iaitu orang islam, kristian ,yahudi, majusi, hindu, budhha dan semua ugama lain supaya dapat beriman pda allah dan amal sunnah nabi saw

      ReplyDelete
    3. ziarah76,
      jeles yang dibenarkan.. syukran..

      Tn Hj Musa,
      InsyaAllah.. amin..

      Semoga semua manusia bila sebut 'ALLAH' disertai keimanan yang sempurna kepadaNya.. dan beramal dengan kehidupan NabiNya juga dengan sempurna..

      ReplyDelete
    4. Sebagaimana masjid hari ini perlu dihidupkan 24jam dengan amalan agama sepertimana masjid Nabawi di zaman nabi, begitu jugalah dengan rumah2 orang Islam hari ini perlu dihidupkan 24jam dengan amalan2 agama sepertimana rumah2 para sahabat r.hum.

      Untuk mencapai maksud rumah hidup 24jam dengan amalan agama, usaha atas masturat perlu ditingkatkan. Amalan di rumah juga perlu ditingkatkan. Takaza hari ini, kita diminta bukan sekadar hidupkan taklim rumah selama 1/2jam sahaja, malah perlu ditingkatkan kepada amalan rumah ke arah 24jam hidup amalan agama.

      Sebagai langkah permulaan, rumah perlu dihidupkan dengan amalan agama setiap kali lepas solat fardhu 5 waktu. Sebagai contoh, selepas solat subuh, masturat boleh hidupkan dengan bacaan yassin dan zikir sehingga israk serta diteruskan dengan mesyuarat harian bersama suami (selepas suami balik masjid). Selepas zohor adanya amalan muzakarah adab. Selepas asar pula taklem harian (setengah jam) diikuti dengan muzakarah 6 sifat. Selepas mangrib pula tilawah quran/zikir. Selepas isyak pula muzakarah dan kepentingan tahajud/ karkuzari dari suami usaha yg dibuat sepenjang hari.

      Sekiranya amalan tersebut dapat dihidupkan, inilah permulaan kepada amalan rumah hidup dengan 24jam amalan agama. Kesannya, lahirlah dari rumah kita dae', manusia yang sanggup berkorban apa sahaja untuk agama Allah.

      Moga aku dan kita semua dapat amalkan.

      Aminnn..

      * InsyaAllah, 18/1 ni aku dan beberapa karkun Ipoh akan ke Sri Petaling...program Maulana Syamim...

      *Azhar, mana ko dapat gambar pintu Banglawali Masjid tu? Tengok pintu pun dah terimbau kenangan kat dalam tu. Moga aku dapat ke sana lagi...azam khidmat 2 bulan, insyaallah.

      ReplyDelete
    5. doa untuk sy dan umat..betul 2 ,, cemburu yang dibenarkan (GHIBTAH)...heheehehehehe

      ReplyDelete
    6. Semoga abg azhar dan karkun2 lain di mudahkan urusan keluar Insya Allah


      Amin.. Ya Rabbal Alamin...

      ReplyDelete
    7. Aku baru nak mula meng'usaha'kan masturat aku...

      Mula-mula ni memang mujahadah kerana aku kena bersaing dengan En. Tivi29inci untuk mendapatkan perhatian masturat aku.

      Bestnya ko nak gi ke India... singgah ijtimak tongi dulu ke?

      ReplyDelete
    8. TaminDhari,
      benar tuan..

      Gambar masjid Bangawali tu ambik dari internet.. siap dengan gambar pemintak sedekah sekali..

      charisteas86,
      hidayat ya Allah.. amin..

      hainur hapis,
      makasih ya CEO..

      Hasbullah Salih,
      Dah lama kawen x usaha-usaha lagi? Usaha lain ada..

      Aku pun suka nengok En. Tivi29inci yang ada kat umah aku.. bukan apa.. aku suka nengok En. Tivi29inci tu sebab dia dah rosak..

      Tongi x pegi.. tapi keluar 40hari dengan semangat ijtimak Tongi.. insyaAllah..

      ReplyDelete
    9. Bhai Sahb... tolong doa hidayat dan azaam alhadi 40h pada 1 Jun 2009....paka iradah.....

      ReplyDelete
    10. jemputan program dialog bersama pemimpin,
      sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.

      ReplyDelete
    11. Ahmad Al-Hadi,
      INsyaAllah.. Jangan kira apa..

      det,
      hmm.. ok..

      aku pun menjemput kau jugak lah.. ke masjid sri petaling setiap sabtu malam ahad dari maghrib hingga lewat isyak.. mendengar kata2 ulama' & hukama'..

      ReplyDelete
    12. huh....
      baru tgok pintu masjid aku dah terkedu rinduuu...
      hatiku pilu menangis kenangkan sahabat nabi yg bukan setakat tinggalkan masjid nabi bahkan terpaksa tinggalkan tubuhbadan nabi s.a.w. yg dikasehi semata mata tuk umat dpt hidayat..cam kes abu rawahah...
      huhuhuhuhuhuhuhuhhuuhhuhuhuuhu
      menangis airmata leh jugak aku lap...nangis lam hati...owh..rasulullah i lap u..

      ReplyDelete
    13. aslm.nice article. mintak copy sikit2 info dari sini to my blog. i'll link it to this blog. tima kasih

      ReplyDelete
    14. al-quran panduan ummah..

      http://kamisayangkanislam.blogspot.com

      ReplyDelete
    15. Subhanallah smoga bermanfaat bagi yg membacanya, agar hidayah turun, dan hidup amalam agama dirumah, maupun diluar, aamiiin

      ReplyDelete
    16. dalam usaha masturat pemngorbanan ke 2-2 suami isteri sgt perlu...itulah asbab hidayah bila buat pengorbanan

      ReplyDelete
    17. amiin, jazakallah.

      ReplyDelete

    komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

    Testimoni Penyimpan Emas

    Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...