Saturday, January 24, 2009

Serban vs Helmet

Petikan Dari Utusan Malaysia - 20 January 2009

KUALA LUMPUR 20 Jan. — Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Kxxxx Pxxxx Nxxxxx, Txx Sxx Mxxx Hxxxxx berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. - Utusan


KOMEN AKU:

Innalillahi wainnailaihi rajiun.

Perkataan "agar mengelak jadi trend" boleh merosakkan iman. Trend orang Islam adalah mengikut sunnah Nabi walau dalam apa pun keadaan. Sunnah Nabi adalah satu cara hidup yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Orang yang pakai helmet mungkin selamat dalam nahas jalanraya tapi orang yang pakai serban InsyaAllah selamat di alam akhirat sebab "satu sunnah yang dihidupkan di zaman kerosakan umat, Allah beri seratus pahala syahid." Lagi banyak sunnah kita amal, lagi mudah kita dapat syafaat Nabi.

Lagipun pelajar yang kena saman tu memang palajar madrasah. Dah memang pakaian dia. Pakaian kerana agama. Macam benggali sikh, pakai serban sebab tu amalan agama mereka. Tak de nya orang yang berkemeja atau t-shirt nak pakai serban saja-saja. Lagipun bukan senang nak ikat serban. Senang lagi pakai helmet.

Islam bukan hanya pada kerajaan, tapi Islam bermula pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

21 comments:

  1. sunah bawa kejayaan dunia akhirat ?

    GAP SOKONG 1000 % !!!!

    suasana agama kena hidup dalam masyarakat baru lah manusia lain akan terperasan dan memberi kesan..

    tapi sayang pas terlalu banyak merosakkan agama demi karpal singh !apa nak jadi kumpulan sesat pas sekor ni..

    gap sokong tabligh.orang dia berhemah bila berdakwah.

    ReplyDelete
  2. kalau pakai kopiah naik motor camana?

    ---------------

    Pada pendapat saya yang jahil ni, keselamatan nyawa juga adalah satu perkara yang besar dalam agama sepertimana kita perlu jaga sunnah. Nyawa adalah amanah dari Allah s.w.t.

    Oleh itu pakailah kembali serban ketika TIDAK menunggang motor.

    ReplyDelete
  3. GAP KEMBALI;
    Ikut kau la. Aku tak sokong atau benci PAS atau UMNO. Yang aku tahu semua orang yang ada kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah semua saudara aku.

    Abang Ben;
    Lama kau tak komen.

    Kes2 macam ni patut boleh settle kat luar. Tak payah masuk mahkamah. Aku kalau naik motor pakai serban pun, polis kat KL ni buat dek aje. Cuma dulu ada sekali kawan aku kena saman. Tapi polis tu Hindu.

    Setahu aku dalam undang2 Malaysia ni 4 jenis orang boleh naik motor pakai serban.
    1.Pak Haji
    2.Ustaz
    3.Lebai
    4.Benggali Sikh

    Orang yang selalu ulang alik ke masjid dan menghidupkan amalan agama bukan kira lebai ke?

    ReplyDelete
  4. terlambat komen. masa aku di penanti, ada jord utara buat kat masjid kapitan keling, penang. bila abis jord semua balik waktu malam. aku naik motor menuju ke Penanti (seberang perai kena naik feri atau jambatan p.pinang) ada member nak tumpang tapi takde helmet. Solutionnya waktu tu ialah aku pakai helmet dan member pakai serban. Aku nak ikram member suruh dia pakai helmet biar aku pakai serban, tapi member tu ikram aku balik, aku karkun slack mmg suka diikram. Alasan member ni yg dia memang selalu pakai serban kecuali waktu kerja. Maka terjadi la dalam sejarah aku, pertama kali aku menyeberang jambatan terpanjang tu bawak orang pakai serban. Masa tu lewat malam, angin kuat tp semua ok. Aku rasa ada polis prasan tapi depa tutup mata. lagipun spanjang hari itu mmg ada suasana agama sebab ada jord. org pakai serban, jubah, kurta bersepah2 waktu siang mmbawa ke malam. Jadi itu la ceritanya, Allah mudahkan aku dan karkun tu sampai ke mahallah dgn tersenyum2. kalau ingat balik aku akan tersengih2. hari itu dlm sejarah

    ReplyDelete
  5. aku dengar dari Adelaide ni budak tu tak nak bayar saman dan mahu ke mahkamah. Kalau dia bayar saman, setel la kot tak yah jadi kecoh macam ni.

    Anyway kalau undang-undang lalulintas kata pakai serban boleh dan ada kategorinya maka kena perincikan le. Contohnya, SIAPAKAH LEBAI ITU?

    Otherwise, kita disuruh ikut undang-undang negara. Dan serban tu fortunately bukan wajib dan rasanya dari segi keselamatan tersangat perlu protect kepala tu. Protect nyawa tu wajib.

    My 2 cents je.

    ReplyDelete
  6. mutakalim;
    Biasanya memang tak de hal la naik motor pakai serban. Serban memang pakaian dalam Islam. Pakai kerana agama.

    Lagi pun sesuai kalau pakai jubah kemudian pakai serban. Lain la kalau baru balik konsert dengan jeans dan t-shirt, lepas naik motor pakai serban. Memang patut kena saman.

    Abang Ben;
    "SIAPAKAH LEBAI ITU?"

    LEBAI MALANG KOT...

    ReplyDelete
  7. Teringat masa naik motor pergi khususi dengan bro Zarzh di Zurich, aku selamba je pakai serban. Bro Zarzh tegur aku kata WAJIB pakai helmet kat sini. Ohh.. ye ke? Mana aku tahu. Ingat ni Malaysia ke?

    Serban yang aku pakai dalam gambar ni bro Zarzh yang bagi hadiah. Semoga Allah terima tuan.

    ReplyDelete
  8. perbincangan makin pjg. bagi aku, dari segi syariat, orang Islam perlu patuh kpd undang2 pemerintah yg bertujuan untuk jaga keselamatan, lebih2 lagi nyawa. Aku bersetuju dgn bbrp ulama termasuk Nik Aziz yang tak silap aku, beliau bersetuju dgn polis agar helmet lebih diutamakan daripada serban bila naik moto. Sepatutnya, budak tu bayar la saman tu, abis cerita, jgn kerohkan keadaan.
    Tak silap aku, ketua polis kat kelantan tu org baik2 n ada fikir agama n pernah baca khutbah jumaat. dia pun serba salah bila datang kes tu sbb tak sangka anak buah dia saman orang pakai serban. Tapi bagi depa, depa kena proceed dari isu legalistik nih sbb considered ada kes. dan tentu dilema dlm society mula spark. Bila ini terjadi maka dari segi undang2, perlu justify betul2 serban singh atau 3 hasta ke atau etc yg boleh atau tak boleh? let us be fair & wise.
    Pd masa yg sama, sunnah berserban itu perlu disyiarkan agar menjadi umumiyat tapi dlm keadaan tertentu ia perlu berkadaran dgn situasi. Misalnya, Bai Wahab pun bayan tak pakai serban. Syura Batu Pahat, Arwah Syeikh Salim pun pakai baju melayu je. Dr. sab pon pakai kopiah sengit ke blakang je...tu dlm masjid/markaz tu. Wallahu alam.

    ReplyDelete
  9. saya yang jahil suka nak panjangkan pendapat saya.

    Ada sunnah yang diberatkan seperti nipis misai simpan janggut dan ada sunnah yang dipertikaikan (khilaf para ulama) seperti serban.

    Maksud saya yang jahil ini, bila sunnah yang berat tu kita sama-sama ganding bahu tegakkan.

    Tapi bab sunnah yang ada khilaf, berlapang dadalah. Ada yang tak anggap ia sunnah dan ada yang anggap ia sunnah.

    ReplyDelete
  10. betol2...setuju!!

    takkan diaorg tak leh bezakan antara mereka yg bet0l2 pakai serban dgn mereka yg sesaje je carik nahas??

    ReplyDelete
  11. mari kita doa agar asbab dari kes ini allah bukakan ramai hai2 yang sudah lama tertutup.

    macam ni boleh dah kita tutp kes?

    ReplyDelete
  12. Sorry, terlambat bagi comment, aku baru tangguh keluar 3H.

    Pasal kes ini, kita kena kembali semuanya kepada Allah SWT. Situasi ini berlaku semuanya dengan kehendk Allah SWT.

    Rasanya tak payahler kita nak salahkan sesiapa pun. Yang memakai serban tu dgn izin Allah, polis yang saman pun dgn izin Allah, Hakim yang jatuhkan hukuman pun dgn izin Allah dan pelajar tu tak mau bayar saman dan rela masuk penjara pun dengan izin Allah.

    Kita tak tahu apa sebenarnya rahsia sehingga Allah wujudkan situasi macam ni. Bila kita salahkan orang tu, salah kan orang ni, sebenarnya masalah tersebut takkan selesai, sebaliknya masalah akan makin bertambah.

    So, bila kita dah yakin semuanya ini datang dari Allah SWT, marilah kita banyakkan doa kepada Allah SWT semoga pelajar tersebut, polis tersebut, hakim tersebut, dan sesiapa sahaja yang membaca kes tersebut mendapat hidayat dan memahami betapa pentingnya menghidupkan sunnah di akhir zaman.

    Tak perlu pertikai siapa betul dan siapa salah.

    Yang penting sekali, kalau kita pakai helmet sekalipun, kita kena yakin bahawa pelindung kita adalah Allah SWT, bukan helmet tersebut. Helmet tersebut asbab sahaja. Gunakanlah asbab, tetapi yakin 100% kepada Allah SWT.

    To Brader Ben,
    Sorry to say ler, dalam bab sunnah ni tak ada sunnah kecil atau besar, tak ada sunnah ringan atau berat. Semua sunnah adalah penting, dan semuanya memberi ganjaran yang BESAR (100 ganjaran syahid) apabila sesuatu sunnah itu kita hidupkan dengan istiqamah di zaman fasyaq dan mungkar.

    Tapi aku hari-hari pergi uruskan keperluan dunia (kerja ler) pakai kemeja ngan songkok hitam jer...

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah,

    sejak join usaha ni, dapat kekuatan pakai kopiah putih pergi keluar rumah, walaupun ke cyber cafe...serban???...mmm tak cukup power lagi nak pakai...huhuhu...

    ReplyDelete
  14. Aku baru balik dari keluar 3 hari. Marhalah aku 7-8 orang bawa 25 saudara2 Bangla yang cuti raya Cina. Jadi meriahlah 3 hari aku bulan ni. Last day, diorang masak beriani daging.

    Bila bukak blog, ramai pulak pengkomen budiman. Yang aku nak tekankan dalam entry ni ialah perkataan "agar tidak menjadi trend". Pada aku yang memang selalu beserban InsyaAllah, perkara2 macam ni sangat menghiris jiwa aku.

    Serban memang satu sunah Nabi. Ada disebutkan dalam kitab mengenai rupa serban Nabi. Maulana2 kita di Sri Petaling pun beserban. Maulana Saad di Nizamuddin pun beserban. Malaikat2 yang bantu sahabat masa Badar pun beserban.

    Nabi pernah pesan supaya kita amal sunah seperti menggigit dengan geraham. Dan Nabi pun pernah kata bahawa umat akhir akan pegang sunah seperti mengggenggam bara api. Panas sikit, lepas...

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. ada pak cik kata jamaah marhalah dia ada sampai 50 orang bangladesh, so dia "export kan diri sendiri" join jamaah halaqoh aku...melepas beriani daging tuh...kami hari terakhir makan ikan bawal goreng...sodapnya...Allah yg beri sedap...hatta makan nasi berlauk garam pun...

    ReplyDelete
  16. van qif;
    Kami di Kepong dah mesyuarat untuk keluar sekali pada raya Cina. Jadi malam tu lebih kurang 60 bangla dan 20 melayu kumpul dan iktikaf kat masjid aku.

    Pagi esoknya, pengerusi masjid punyalah sporting dan sediakan 100 keping roti canai dan teh panas untuk kami.

    Lepas bayan hidayat, pecah kepada 3 jemaah. Jemaah aku lebih kurang 35 orang ke Kg Sri Temenggong, Selayang. Sampai kat sana, diorang pn lebih kurang 50-60 orang tengah bayan hidayat.

    Dapat lah sikit2 tempias suasana masjid Nabawi zaman Nabi, yang mana orang Islam pada masa tu faham akan kerja dan tanggungjawab mereka. Jemaah keluar dan masuk silih berganti.

    Sebenarnya suasana macam tu boleh kita rasa sekarang kalau kita pergi ke markas2 India, Pakistan dan Bangladesh. Kat Sri Petaling pun suasana tu dah mula wujud sikit-sikit.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. Boleh tak ana nak bagi komen sikit. Isu ni, memanag dah lama. Tapi, ana kesian jugalah dengan akhi yang kena tahan tu. Muka dia kat surat khabar, nampak tenang je. Tapi, rasa macam kurang patut sikitlah wartawan labelkan 'lebai'. Ana suka saja tengok orang-orang yang pakai kopiah, serban. Nampak ciri-ciri islamic. Sekurang-kurangnya mengingatkan kita kepada orang Islam dulu (Rasulullah s.a.w. tercinta)..

    ReplyDelete
  18. notfah;
    Sebenarnya dalam setiap amalan sunah Nabi ada nur yang mana hati2 orang beriman akan gembira dan tenang melihatnya dan hati2 orang kafir akan gerun dan benci.

    Bayangkan kalau saudara2 kita di Palestin turun menentang Yahudi dengan lengkap berjubah, berjanggut dan berserban. Diutamakan pula dengan amalan solat berjemaah dan bangun malam bermunajat kepada Allah.

    ReplyDelete
  19. Ana tahu. Biiznillah. Mereka mesti dapat menentang musuh-musuh mereka. Kalau nak membantu pakai duit, memang kadang-kadang payah. Tapi, senjata orang mukmin adalah doa. Kalau seluruh umat mendoakan keselamatan dan kemenangan mereka, insyaallah, mereka mesti terlepas dari siksaan Yahudi Laknatullah. Tapi, orang Islam zaman sekarang dah tak macam dulu. Iman dah makin kurang.:(

    ReplyDelete
  20. bila agaknye diorang buat helmet yg boleh dipakai bersama serban...

    ReplyDelete
  21. buat helmet boleh dipakai bersama serban???
    satu idea menarik cuma ...

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...