Soalan matematik ni 15 tahun dulu aku memikirkan nya. Lepas tu aku malas nak pikir lagi. Lepas tu aku nak bagi korang pulak pikir. Lepas tu korang pun malas nak pikir. Dan korang akan kata, lebih baik aku pikir macamana nak selamatkan umat dari neraka supaya dapat masuk syurga.
~~~~~~~~~~~~~~
Andaikata;
Korang dan 2 orang kawan pergi makan malam kat satu restoran. Supaya tak nampak macam korang ni pokai, korang kutip siap2 RM10 sorang. Jadi bila nak bayar nanti, sorang je la yang bayar.
RM10 x 3 = RM30.
Dipendekkan cerita, selepas selesai bersantap, korang pun panggil pelayan restoran untuk kira harga. Setelah dikira, harga makan malam korang malam tu berjumlah RM25. Jadi korang pun keluarkan duit RM30 yang korang dah kutip tu dan serah kepada pelayan. Sebagai baki pelayan tu pulangkan RM5.
RM30 - RM25 = RM5.
Untuk tak memeningkan kepala nak membahagikan RM5 tu kepada 3 orang, korang pun hadiahkan RM2 kepada pelayan tu.
RM5 - RM2 = RM3.
Kesimpulannya, baki RM3 tu korang bahagi 3. Dapatlah sorang RM1.
RM3 / 3 = RM1.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Masalahnya;
Secara logiknya bila korang keluarkan RM10 dan dapat balik RM1, bermakna korang dah belanja RM9.
Kalau RM9 kali dengan 3 orang, bermakna jumlahnya RM27. Ye tak?
RM27 kalau dicampur balik dengan RM2 yang korang hadiah kat pelayan tu, akan jadi RM29. Betul?
Mana pulak pergi nya RM1 lagi...
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
dulu gua tau jawapannya. Sekarang dah malas nak pikir balik.
ReplyDeleteOtak jammed!
ok. otak saya jammed.
ReplyDeletehuaa.
Assalamualaikum abg azhar
ReplyDeletesy da update skt blog sy
gmba2 dulu da ada penjelasan
tgk la ye
thanks
bila nak jumpa kt markas
take care
Assalamualaikum
Antara alasan yang karkun akan beri bila tak boleh nak jawab soalan anta ni:
ReplyDelete1)Tak sempat nak fikir ler, sebab sibuk fikir nak hidupkan 5 Amal.
2)Perkara tu tak menyelamatkan aku di dalm kubur, so tak mau fikirler.
3)Eldest tak suruh fikir pun benda ni.
4)Dah dimesyuaratkan ker untuk tanya soalan ni.
5)Aku rasa ler, baik kita bawak soalan ni dlm mesyuarat malaysia nanti utk di bawa ke Nizamuddin.
Hahaha... aku nak pilih alasan no 5.
Salam, maaf la tak dpt jawab, matematik saya failed.
ReplyDeleteok mari kita mengira....25/3= 8.33333333333333333333333
ReplyDelete8.33333333333333333333333 + 1 = 9.33333333333333333333333
9.3333333333333333333333 x 3 = 28
(kalkulator komputer aku beri jawapan macam tu, bukan salah aku, kalu korang x caya cuba buat)
28 + 2 (buruk siku ambil ambil balik) = 30
nasihat: method untuk dapat jawapan ni mungkin x betui..wohaaa
Assalammualaikum, saja nak bagi pandangan. Ni jawapan staf bendahari USM plak. Saya pelik la napa pulak RM 27 tu nak + ngan RM 2padahal RM 27 amaun yg telah dibelanjakan termasuk tip yang diberi. Kenapa tak RM 27 tu + ngan duit yang dapat balik(RM 1x3 = RM3) mestilah baru dapat RM 30 balik. SECARA LOGIK TU TELAH MEMBUAT SOALAN YANG TAK LOGIK, heheheh....
ReplyDeleteHe.. he.. terima kasih la pada para pembaca yang memerah otak memikir jawapan matematik ni. Aku mintak maap jugak kalau ada antara korang yang tak dapat tidur malam, tak selera makan, tak selera ngan laki/bini...
ReplyDeleteDalam hadis kata orang yang solat sendirian dapat 1, solat jemaah dapat 27. Dalam hadis lain kata dapat 25. Setengah ulama tafsir bukan setakat 27 atau 25 kali ganda, tapi 27 kuasa 25 (multiply).
Kalau macam tu, tingginya darjat orang yang solat jemaah.
huhu..persoalan yang tak logik, akhirnya memberi jawapan yang sgt logik..
ReplyDeletepemikiran yang sgt halus n tajam.
;au fikir secara dunia takkan dpat kot..
hmm..kena usaha iman lagi ni..
salam...lepas amek pen ..tulis2 atas kertas sket..aku nak try jawablah..haha
ReplyDelete"Secara logiknya bila korang keluarkan RM10 dan dapat balik RM1, bermakna korang dah belanja RM9.Kalau RM9 kali dengan 3 orang, bermakna jumlahnya RM27. Ye tak? RM27 kalau dicampur balik dengan RM2 yang korang hadiah kat pelayan tu, akan jadi RM29. Betul? Mana pulak pergi nya RM1 lagi"
= soalan pun cam dah x kena kat cni..yang pergi campur adukkan RM2 bg kat pelayan tu knape?bknkah tips pada pelayan tu takde kene mengena ngan soalan kedua ni..yg bg rm2 tu kalau diorang blanje RM25..tapi kalau kene RM27 confirm pelayan tu tak dapt dh tips..cauze balance akan jd RM3..mesti dpt rm1 sorang...huhu..
kesimpulan: jawapan aku betul..tukang wat soalan lak cuba bermain clap mata 15 tahun lepas..kehkeh..
assalamualaikum..ym:akas6754
aHmadi,
ReplyDeletekalau malas nak pikir, bagi je tips RM5 kat pelayan tuh..
sebenornya soalan tu ditrickkan menjadikan org pening.
ReplyDeletematematik,kaji bintang,horoskop dan sebagainya adalah kelebihan bangsa kufar.
jadi, belajar iman dan amal sunnah nabi lagi pekdah.
selamat dunia akhirat..
(^-^)
pesandansampai,
ReplyDeleteTapi kena tahu jugak.. ni baru RM30.. Kalau RM3 juta? X ke rugi RM100,000...
Lebih rugi kalau dengar azan tapi x pegi solat jemaah..