Monday, June 30, 2008

Siapa Nak Beli Rumah?

La... jual rumah la pulak. Bukan apa, ada makcik kat rumah aku ni mintak aku carikan buyer untuk rumah dia. Aku kata insyaAllah aje. Adala komisen sikit.

Pandangan kiri
Sesapa yang beli rumah ni, jangan la pandai-pandai nak mencabut tiang talipon tu ye!


Pandangan sisi
Dari sini boleh nampak MR2 yang glamer sebab retak tu. Jalan baru tar, err.. sebelum piilihanraya!


Pandangan kanan
Kanan rumah ni ada lorong. Masa kecik-kecik dulu aku biasa main badminton kat sini. OK la sebab angin tak banyak. Masalahnya shuttle sangkut atas bumbung.


Lokasi; Taman Desa Jaya, Kepong, Selangor

Ciri-ciri keistimewaan rumah ni;

1. Luas 1430 kaki persegi

2. Lebih kurang 300 meter dari stesen komuter Kepong Central

3. 300 meter pulak dari masjid. Tapi dekat masjid bukan sebab senang datang masjid. Corong speaker masjid masuk dalam rumah pun tak tentu boleh datang lagi. Itu bergantung pada iman.

4. Selang sebuah je dari rumah mak aku dan kira-kira ½ km dari rumah aku. InsyaAllah anda akan diziarahi oleh aku dan kuncu-kuncu.

5. Masjid di sini hidup 5 amal jemaah masjid. Jadi insyaAllah jangan takut masalah tsunami, gempa bumi, kemarau, bunuh-membunuh, rompak-merompak, cabul-mencabul dan sebagainya. Tapi korang kena sama-sama la buat 5 amal jemaah masjid tu ye!

6. Bekalan air percuma untuk 20m padu pertama setiap bulan.

Dan part yang paling best;
Harga dia RM 200k. Tapi boleh runding la ngan makcik tu. Harga ni memang standard kat sini.

Sesiapa berminat boleh call aku, azharjaafar 016-682 7679.

******************************

Ada satu rumah lagi... Sapa beli rumah di atas ada peluang tinggal kat sini .

Lokasi; Taman Transit Bukit Lagong, tak jauh dari sini.

Luas; 7 kaki panjang x 3 kaki lebar x 7 kaki dalam

Harga; kena tanya AJK masjid.

Ciri-ciri;
Untuk orang beriman akan jadi taman-taman syurga. Kawasan akan diluaskan seluas mata memandang. Satu pintu akan dibuka di mana haruman syurga akan masuk. Ada aweks akan temankan sehingga dipanggil untuk bangkit.

Untuk orang kufur akan jadi lembah-lembah neraka. Kawasan akan menjadi sempit sehingga tulang rusuk tikam menikam. 90 ekor ular akan dilepaskan ke dalamnya yang mana jika seekor darinya menghamburkan bisanya ke atas bumi, maka tiada suatu tumbuhan yang akan hidup. Ular-ular tu akan patut dia sampai kiamat. Nauzubillah.

Gambar; cari kat sini.



3 comments:

  1. salam, wah, teringin bebenor rumah yang kawasannya diluaskan seluas mata memandang, satu pintu dibuka dimana haruman syuga masuk dan ditemani...opps..
    Rumah ni, bayar beransur-ansur boleh ke?

    Kalau tempat saya, tempoh pegangan,20 tahun, lepas tu, digali balik dan ditanam mayat lain..tapi rasanya kalau pegangan agama kuat, gali seribu kali pun, rumah kita yang indah tu tak terkesan hingga kebangkitkan pada hari akhirat. Semoga begitulah kita ni.

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, berapa duit muka untuk rumah tu Azhar, dan boleh kebayar ansur-ansur (al-maklum, saya pun cukup makan aje) dan nak slow talk kat adik suruh dia jual rumah dia kat Johor, bukan apa, mak saya dia suruh cari rumah dekat sedikit dengan Klang, sebab abg-kakak semua ada disana, nak balik Perak pun mudah, manakala diJohor, jauh sangat.

    ReplyDelete
  3. zarzh;
    Rumah kat dunia memang susah nak dapat, tapi ramai yang berebut. Rumah kat dalam syurga, senang je dapat, tapi ramai yng tak endah.

    Rumah yang saya iklan tu kepunyaan sorang makcik. Dia nak jual dgn prosedur biasa. Lepas bincang harga, buat loan kat bank (atau beli tunai!). Lepas tu bank setlle duit dia, kita bayar bulan-bulan.

    *Kalau tukar duit Swiss baru berapa... cewah!

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Daftar Beli Emas Public Gold

ADA 2 JENIS PEMBELIAN EMAS DI PUBLIC GOLD Cara 1  - Beli Emas Fizikal (dinar emas atau gold bar) secara tunai atau bulanan 4x atau bulanan 1...