Di Awan Biru (gambar curi2 ambil - sekadar hiasan)
Minggu ni aje, dua kali aku solatkan jenazah orang mati kat masjid. Sekali malam Rabu lepas Maghrib dan sekali lagi lepas solat Jumaat semalam. Sorang tu umur 36 tahun dan sorang lagi remaja umur 16 tahun. Hai, nak mati ni bukan tunggu umur tua. Bila dah sampai ajal yang ditetapkan Allah, takkan tercepat atau terlambat sesaat.
Kita ni pun tunggu hari aje. Hukuman mati dah dijatuhkan. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." Masalahnya dah jatuh hukuman mati pun masih relax aje. Kalau orang yang dijatuhkan hukuman mati kat penjara tu mana lalu makan, minum dan buat benda-benda lain tapi aku masih boleh rasa enjoy dan tak risau apa-apa. Ya Allah, ampuni aku.
Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri bahawa dalam harta yang kita ada sebenarnya ada 'share partner' yang lain. Share partner tu macam rakan kongsi la. Sama la tu... Eh, apa pulak share partner nye. Harta aku, aku la yang punya. Mana boleh share-share. Kalau nak tahu ini la dia share partner harta kita.
Share partner no 1
Waris - Bila kita mati, semua harta jadi milik waris 100%. Rumah, kereta, tanah, duit dalam bank, hatta gigi palsu pun depa sapu. Tak satu pun benda-benda di atas kita bawak masuk kubur.
Share partner no 2
Musibah - Bila dia datang, contohnya kebakaran, kecurian, banjir, gempa, tsunami dan yang seumpamanya; maka harta kita kena sapu hidup-hidup. Walaupun kita masih hidup, depan mata kita pun dia akan sapu. Kadang-kadang kain pengelap kaki pun kena sapu. Penyapu pun kena sapu...
Share partner no 3
Diri kita sendiri - terbahagi kepada 3.
i) Apa yang kita pakai sampai lusuh (berapa lama pakaian kita nak lusuh?)
ii) Apa yang kita makan sampai hadam (berapa banyak kita boleh makan?)
iii) Apa yang kita belanjakan pada jalan Allah (yang ni tiada had dan sempadan).
Persoalannya; berapa peratus (%) kita dah bahagi-bahagikan harta kepada ketiga-tiga share partner di atas. Orang yang paling untung adalah orang yang menjadikan dirinya sebagai pemegang saham terbesar di antara semua share partner. Malangla bagi orang yang mempunyai saham paling sikit.
Hartaku... Hartaku...

No comments:
Post a Comment
komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...