Sunday, January 06, 2008

Bebudak Gi Sekolah

Minggu lepas sebuk menguruskan bebudak nak ke sekolah.
Cari buku, baju, kasut... Bayar yuran...
Alhamdulillah bila sekolah buka, semua dah settle. Allah permudahkan.

Ni la bakal-bakal dae' bila gi sekolah.












Kiri Atas : M. Amir dah darjah 6
Kanan Atas : A'isyah Humaira darjah 5
Tengah Atas : M. Ammar pagi sekolah agama darjah 3 dan M. Anas masuk tadika.
Tengah Bawah : M. Anas di depan kelas masa nak balik.
(Sesatunya pelajar lelaki yang pakai songkok.)

4 comments:

  1. Masyaallah, harapan nusa bangsa. Semoga dilindungi Allah sentiasa.
    Saya kat sini, yang mana payah suasana Islam ditemui disekolah-sekolah seperti diMalaysia, hanya yakin, selama-mana usaha agama diteruskan, maka Allahlah yang mengatur seterusnya untuk apakah yang terbaik buat saya dan keluarga saya , seterusnya semua untuk semua keluarga Islam disini.
    Masing-masing diuji oleh Allah dengan berbagai keadaan, dan kadang-kadang berat juga ujian (mungkin kerana dosa saya banyak sangat, jadi diberi ujian untuk menghapuskan dosa, Ya Allah, pandanglah kami dengan rahmat)
    Nak jerit, suara serak, nak merayu kat mahluk, apa mahluk boleh buat, nak mengamuk, nanti kena hantar keGuatanamo tak pun jadi nasib Hang Jebat, nak lari, kaki tergeliat, jadi hanya kembali kepada Allah dan lagi dan lagi buat usaha agama, itulah satu-satunya jalan kejayaan dan perlindungan.
    Dan janji Allah adalah suatu kepastian....doa untuk saya dan keluarga saya.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha dan sempurnakan bagi
    masa. 2½jam sehari dan 3 hari (72jam)
    sebulan. Kita usaha dan doa.

    Allah akan ubah keadaan. Semua
    pentadbiran makhluk dalam gengaman
    Allah.

    Tak mustahil satu hari nanti
    Switzerland akan jadi pusat
    untuk Islam tersebar. Amin..

    ReplyDelete
  3. semoga anak2 azhar terus berjaya, dan berjaya, dan berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada baki stok) PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SE...