Wednesday, November 28, 2007

Cari Tempat Berteduh Sekarang!

Gambar hiasan sahaja.
(azam, Mac 2008 nak kembali ke sini)

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya, "Ada tujuh macam orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah itu sendiri, iaitu"

1. imam yang adil,

2. pemuda yang tumbuh (sejak kecil) beribadat kepada Allah 'Azza wa jalla,


3. seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid


4. dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun atas keadaan yang sedemikian


5. seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki),


6. seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu (tidak menampak-nampakkann ya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya


7. seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."


(Muttafaq 'alaih)

~persoalannya;
Adakah saya termasuk dan diterima dari salah satu golongan di atas?
Semoga Allah terima saya dan tuan semua. Amin...

3 comments:

  1. Insyallah, Mac 2008, saya pun berazam kesana. Iqamah 2 bulan atau cillah, semoga Allah mudahkan.
    Macam-mana karquzari thin day Azhar, dalam solat tahajud, Azhar ada doa tak untuk saya yang kamsur ni?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jemaah kami seramai 15 orang termasuk 5 pelajar belasan tahun dan 5 pemuda umur 20an keluar di flat Sri Sarawak, Jln Pudu/Hang Tuah.

    Walaupun banyak usaha telah dibuat tetapi baki kerja masih banyak lagi. Masih ramai orang Islam belum solat berjemaah (perintah pertama selepas iman dan perkara pertama ditanya di mahsyar).

    Yang seronok ialah tengok anak2 muda yang semangat buat usaha dan taat perintah Allah dan bercita2 nak jadi macam sahabat.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah menerima dan dan menjadikan usaha Azhar dan jemaah Azhar sebagai asbab hidayat.
    Seorang karkun lama bertanya pada seorang masyaikh tentang mengapa masa mula-mula buat usaha, dia begitu bersemangat tetapi kini setelah sekian lama, jasbahnya tidak seperti dipermulaan. Lalu dengan bersahaja, masyaikh menjawab, perkara tersebut biasa terjadi, seperti seorang yang baru bernikah, tentunya begitu bersemangat dan tinggi cinta yang ditunjukkan kepada isterinya, segalanya indah belaka. Namun setelah sekian lama, tambahan pula tanggung-jawab bertambah dengan bertambah ramainya anak-anak, tentunya taklah dia bersemangat seperti baru mula-mula bernikah, bagaimana pun, tetaplah dia sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab dan penyayang.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada baki stok) PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SE...