Friday, November 23, 2007

Bandaraya Transit

Bandaraya transit?
Berapa lama kat sini?
Ada teman ke sorang2 aje?
Nak bawak bekal apa?
Anak bini, harta benda yang aku kumpul dulu mana?
Nak balik semula buat persiapan sikit boleh ke?
Kalau tak duduk sini boleh tak?
Kalau dah transit, lepas ni nak pegi mana pulak?

Nyesal pun tak guna.
Hidup kita ni la sekali aja.
Jadi marila kita buat kerja.
Kerja Nabi, ajak manusia pada Allah, tu lah kerja kita.
Natijah kerja jadi bekalan kita.
Umur kita dah la tak seberapa.

Kerja ni la yang kita dah lupa.
Kita ingat berniaga, pejabat, petani tu la kerja.
Walaupun kita bukan Nabi, tapi Allah nak muliakan kita.
Kalau ada kerja lebih baik dari kerja ni, dah tentu Allah beri pada Nabi2 punya.
Bila kita tak buat kerja ni, tu lah pasal kita jadi hina.
Kita rasa kita hina sebab tak ada harta,
tak ada kerajaan dan tentera.
Tapi kita salah sangka.

Nabi dah tunjuk kita cara.
Macamana nak berjaya.
Sahabat2 Nabi pun manusia macam kita.
Ada kedai, ada kebun, ada keluarga.
Tapi mereka tak lupa buat kerja.
Mereka jadikan kerja Nabi sebagai maksud hidup mereka.
Di zaman Umar r.a, Allah beri 2/3 dunia.
Walau mereka tak ingin dan minta.
Mereka ingin apa yang Nabi ingin, semua manusia masuk syurga.
Bukan macam kita, silap sikit, kita cap dia ahli neraka.

Hari ni kita kena buat kerja yang sama.
Kalau nak berjaya macam mereka.
Jangan ambik jalan Yahudi dan Nasara.
Nanti kita rugi dan sengsara.
Jadi kita kena taubat dan kembali buat kerja asal kita.
Jika benar kita cintakan agama.
Nasihat ni dituju khas untuk diri SAYA.

6 comments:

  1. oh dunia, oh dunia, keranamu,
    ramai terlentok, dalam layani talk,
    risau hanya atas hajat dibentuk,
    sedang maksud hidup, keliru ketuk.

    oh dunia, oh dunia, kau dihebati,
    bijak menghiasi, glamour terkini,
    lalu tersadai umat dibadai mimpi,
    lepa tsunami & sekutunya, menanti.

    oh dunia, oh dunia, kau memukat,
    ramai terpasar, angkara terpikat,
    tanpa hirau hari semakin hangat,
    atau lelah umat yg semput sangat.

    oh dunia, oh dunia, mari sini,
    betapa hebatmu, tak mengalah kami,
    dan cekodari kami, siap mengawali,
    siang-malam, seakan tiada henti.

    oh dunia, oh dunia, fahami,
    bukan megah atau nak berkelahi,
    tapi kami yakin atas usaha Nabi,
    tetaplah bergema, kalimat Ilahi,
    membuatmu, kelihatan kecil sekali.


    - begitulah Azhar, dunialah tempat transit pertama sebelum kita ditransitkan dikuburan, dan ramai sangat terlupa yang kita semua ini hanya musafir didunia ini. Semoga Allah melindungi dan membimbing kita....

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah terima seluruh hidup kita dan keluarga untuk kerja Nabi.

    4 bulan, 40 hari, 3 hari bukanlah maksud tapi penting sebagai latihan untuk kita.

    Kena istighfar kerana selalu minta umat ni beri 4 bulan, 40 hari & 3 hari sebab Allah minta kita beri seluruh diri dan harta untuk agama dan Allah janji nak beri syurga.

    Aamin..

    ReplyDelete
  3. Ya, ya Azhar, 3 hari tu hanya sample usaha ni, seperti seorang yang mempunyai kilang kain yang amat besar, jadi bila di bertemu pelanggannya, dibawanya contoh sample kain.
    Sebegitulah, apa yang kita buat hanyalah contoh-contoh kecil untuk sesuatu yang amat besar. Semoga kita dapat melakukannya dengan baik (doa khas utk saya yg selalu terkeluar dari usul).

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah 24, 25 & 26 Nov saya keluar 3 hari. Ramai student tktn 3 & 4 nak join. Moga Allah terima.

    ReplyDelete
  5. Istima` swiss baru habis hari ini, dan kemudian ada bayan Masturat.
    Masyallah, Syeikh Mulla dari Emirate, Syeikh Yunus dari Paris, bila dengar Muzakarah diaorang, memang rasanya banyak lagi yang diusahakan untuk sampai ketahap benar-benar seorang dai.
    Yang utama dipesankan oleh Syeikh Mulla, bila kita lakukan usaha adalah pertama-tama untuk diri kita, kerana kalau kita hanya usahakan untuk orang lain, orang lain mendapat sifat iman, kita mendapat sifat munafik. Semoga Allah melindungi kita.
    Banyak lagi kata-kata nasihat, dan bila dengar, semakin berhajat nak pergi keNizamuddin, bilalah agaknya berpeluang kesana lagi.....

    ReplyDelete
  6. sentiasa sediakan masa
    untuk kerja utama kita
    walau di mana berada
    insya Allah, berjaya.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...