Thursday, July 19, 2012

Tarawih & Ramadhan..


Pesan ulama masjid Sri Petaling pasal solat Tarawih;
  • setiap amal ada keistimewaannya tersendiri.. contohnya berdakwah, solat sunat dan lain-lain amal.. tidak patut mengorbankan terus satu-satu amalan kerana hendak buat amalan yang lain.. begitu juga dengan solat tarawih..
  • keempat-empat mazhab ahlus sunnah bersepakat bahawa solat sunat tarawih itu tidak kurang dari 20 rakaat.. bahkan dalam mazhab Maliki, solat Tarawih adalah sehingga 36 rakaat..
  • semasa Saidina Umar r.hu menjadi khalifah, beliau telah mengumpulkan semua sahabat yang bersolat Tarawih untuk bersolat di bawah satu imam dengan 20 rakaat.. tidak ada seorang sahabat pun yang membantah keputusan Saidina Umar r.hu..
  • biarlah apa pendapat orang lain pasal solat Tarawih.. yang penting kita sendiri kena sempurnakan 20 rakaat.. kalau masjid di tempat kita buat 8 rakaat sahaja, kita sempurnakan lagi 12 rakaat di rumah.. (masjid/surau yang buat 8 rakaat sebenarnya tidak ambik pendapat ulama muktabar mengenai solat Tarawih.. hanya berpandukan kepada beberapa hadis dan tidak berpegang kepada jumhur ulama ahlus sunnah..)
  • jangan lari dari masjid/surau sendiri untuk bersolat Tarawih di tempat lain.. inilah masanya orang yang tidak biasa datang ke masjid/surau pada bulan selain Ramadhan, akan datang bersolat.. satu peluang yang besar untuk kita sediakan mereka supaya dapat ambil bahagian dalam kerja dakwah..
  • kena tambah korban berbuka puasa di masjid/surau kerana banyak masjid/surau tidak ada solat Maghrib berjemaah di bulan Ramadhan.. insyaAllah bila kita azan, akan ada orang datang berjemaah..
Wallahua'lam..

*****

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat رضي الله عنه  lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah سبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan  (Bab 1 Hadis 1 m/s 1)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.a

sori.. line x clear..


Wednesday, July 18, 2012

Berdakwah Tanggungjawab Bersama

Petikan Khutbah Jumaat Negeri Selangor 13 Julai 2012..

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 67:
”Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; Jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bererti engkau tidaklah menyampaikan risalah-Nya; Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”.

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah daripada menyembunyikan apa juga ilmu dan syariat yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya. Bahkan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Ternyata tugas dakwah ini tidaklah terhenti setakat kewafatan baginda rasulllah s.a.w, sebaliknya ia menjadi tanggungjawab kita pula sebagai umatnya untuk meneruskan tugas dakwah ini agar manusia tidak tersesat daripada landasan Allah SWT.


Tanggungjawab berdakwah bukan hanya terletak di bahu para pendakwah atau para alim ulama’ sahaja, bahkan ianya menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga hari akhirat. Setiap individu muslim mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam medan dakwah samada mereka sebagai petani, pegawai, artis, pemimpin masyarakat apatah lagi sebagai pemimpin negara. Pendek kata, apa juga jawatan atau kedudukan mereka, tugas dakwah ini sama sekali tidak boleh ditinggalkan.

Hadis daripada Amru Ibn al-Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sampaikanlah apa-apa daripada ku walaupun satu ayat”. (Riwayat al-Bukhari)

Antara cara berdakwah ialah dengan menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik kepada orang lain. Sesungguhnya, budipekerti dan akhlak yang baik adalah merupakan aset penting bagi setiap individu muslim yang dapat dipertaruhkan untuk menarik orang lain menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Rasulullah s.a.w sendiri telahpun membuktikan kepada kita semua, bahawa dengan akhlak yang baik, baginda telah dapat melembutkan hati bangsa Arab untuk menganut ajaran Islam yang disebarkan ketika itu.

Kebaikan akhlak Rasulullah s.a.w ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al- Ahzab ayat 21:
”Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”.

Lantaran itu, untuk membentuk akhlak yang baik pula mestilah dengan usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh. Ini kerana akhlak yang baik tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia melainkan bagi orang yang telah membiasakan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan yang baik. Perkara yang penting juga dalam kita melaksanakan tanggungjawab dakwah ini, mestilah dilakukan dengan penuh berhikmah. Ini kerana apa sahaja perbuatan yang kita lakukan dalam keadaan berhikmah akan mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-’Imran ayat 159 :
”Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau”.


Menggunakan hikmah dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas dakwah adalah amat dituntut oleh Allah SWT sebagaimana yang dapat difahami melalui ayat di atas. Antara hikmah terbaik yang mampu memberikan kesan dalam tugas dakwah ialah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik serta mampu menyerap kedalam jiwa orang yang mendengarnya. Kerana itulah nabi Musa A.S. telah memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan kepadanya lisan yang baik dengan harapan supaya dakwahnya dapat diterima oleh Firaun dan pengikut-pengikutnya.

Doa baginda ini telahpun dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya dalam surah Toha ayat 25-28:
”Nabi Musa berdoa: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku”.


Berdakwah dengan menggunakan perkataan yang baik ini sememangnya dapat dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu Islam yang ada di tanahair kita. Ini kerana masyarakat Melayu Islam kita sememangnya telah terkenal dengan budi bahasa dan kesopanan yang amat tinggi. Justeru, amatlah malang jika budaya yang telah lama tersemat di dalam jiwa masyarakat Melayu Islam kita ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab berdakwah di jalan Allah SWT.

Sesungguhnya tanggungjawab berdakwah adalah merupakan salah satu kewajipan yang termasuk di dalam jihad fi sabilillah. Oleh kerana itu, perbuatan meninggalkan tanggungjawab ini pasti akan mengundang kemurkaan Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya dalam surah At-Taubah ayat 24:
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anakanak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suamisuami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul- Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.

Justeru, sebagai individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita bersama-sama menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan tugas dakwah yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita semua. Mudah-mudahan usaha dakwah yang kita lakukan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT.

“Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka seorang pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada Allah agar mereka bertaqwa”.
(Al-An’am: 51) 

Tuesday, July 10, 2012

Suka Cerita Imam Mahdi / Dajjal?


....antara kata2 maulana abd hxxxx, terlalu banyak bercerita tntang 'kemunculan dajal dan imam mahadi' juga antara yg bleh bawa kpd layani (bicara sia2). Kita kena yakin perkara ni akan berlaku dan tetap akan berlaku seperti yg dijanjikan... tetapi bukan asyik banyak tanya bila berlaku dan asyik kaji tanda2 kemunculannya sahaja....sebaliknya kita kena muhasabah diri, berapa banyak usaha dah dibuat utk menghadapi saat2 ni nanti.

....sebenarnya maksud usaha ni adalah utk menyediakan umat ini menghadapi segala macam ujian Allah dan dpt menempuh ujian Allah dgn keredhaan Allah. Orang yg dpt istiqamah 5 amal jemaah masjid , insyaallah akn terpelihara dari segala macam fitnah dajal dan orang yg boleh korban habis2an shj akan terpilih sbgai tentera mahdi..

...kadang2 ada sesetangah karkun (aku ler antaranya...huhuhuhu) sibuk mengkaji tentang dajal dan imam mahadi, hingga xbuat 2 1/2 jam. Karkun mcm ni dah lari dari maksud usaha ni.

....setiap kurun Allah swt akan turunkn 'mujadid' utk umat ini. Yakinlah, mujadid itu mmg ada dlm usaha ini, utk ikut mujadid zaman ini, ikut sahaja apa yg dinasihatkan oleh elderst di nizamudin. Jgn sesekali lari dari nizamudin dan jgn lari dari markas2 yg dihubungkn dgn nizamudin (jgn keluar ikut jemaah swasta)...

...sebenarnya kalau dikaji kitab2 lama (kitab lama ulama benua hindustan, bukan kitab lama nusantara), nama2 elders kita (maulana elyas) mmg telah tercatat di situ...

....macam mana nak jadi tentera imam mahdi, kalau 4bln tiap2 thn pun xbleh keluar, 8jam setiap hari pun xbleh keluar (aku jugak ler ni....)

...xpayah tanya siapa dia imam mahadi dan bagaimana dia akan muncul. Cukup dgn jaga 5 amal.

(aku xcatit apa yg dimuzakarahkan, so tu sekadar yg aku ingat ajer ler....yg penting, kesimpulannya....kita kena tambahkan korban lagi dan lagi supaya Allah bg faham ... semalam lembu dah terkorban, ...kita ni bila lagi.....).

oleh hairere shuib. @ 11/11/2011


*****

Doa di dalam tahiyat akhir sebelum memberi salam..
Ertinya: “YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal.” (HR Muslim 1276)



Monday, July 02, 2012

A Famosa, Alor Gajah, Melaka

Sabtu & Ahad lepas (30 Jun & 1 Julai 2012) pegi bercuti dengan family..

persekitaran..
mandi & manda..
beli & belah..
(aku tunggu dalam kete aje..)
bersama keris resakse..
masjid jamek Alor Gajah..
sekian..



Thursday, June 28, 2012

Bayan lagi..

pesanan elders, rumusan dari ijtimak 19 mei - 26 jun 2012..
semoga dpt amal & sampaikn.. dan bukan sekadar halwa telinga..

surat cinta dari Ghana..
(jangan jeles..)



Thursday, June 21, 2012

Nasihat Untuk Orang Lama

bukan dah lama hidup tapi dah lama dalam kerja dakwah..

Pepatah melayu ada menyebut, “ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk, jangan ikut resam lalang, makin berisi makin meninggi”.

 

semoga aku sendiri dapat amal..

*****

wong lanang tu dah 9 bln skrg..


Friday, June 15, 2012

Cecara Nak Jaga Pompuan..

tanah yg perlu diberi air & baja..

Suatu tamsil atau misal.. bukan misai..

Orang lelaki kena jaga isteri (dan isteri² kalau banyak..), serta anak² pompuan macam pengembala kambing mengembala kambing.. Caranya adalah dengan;
  1. buat kandang.. kambing bubuh dalam kandang.. semua keperluan kambing seperti makan & minum diberi secukupnya dalam kandang sahaja.. kambing x yah pegi mana²..
  2. tambat kambing kat tiang/pokok dengan tali.. kambing dibenarkan untuk bergerak bebas setakat panjangnya tali sahaja.. x leh pegi jauh²..
  3. kalau kambing nak pegi jenjalan gak.. maka kambing perlu digembala oleh pengembala semasa bejalan.. pengembala x boleh leka masa mengembala kambing.. macam ni kambing boleh pegi jalan jauh².. 
AWAS!.. kalau pengembala x buat ketiga² ni, kambing akan ditangkap serigala semasa mencari makan atau ditangkap buaya semasa mencari air.. kambing ni makhluk yang lemah.. kesian dia kalau dibiarkan bebas melata..



*****

tapi xyah la sampai macam nih..

*bukan la maksud nota ni nak menyamakan orang pompuan dengan kambing.. tapi orang pompuan cuba la bau² badan tu.. ada bau kambing ke x.. kalau xde, xpe la..

**pada zaman fitnah ni, membiarkan orang pompuan bergerak tanpa mahram adalah satu bahaya yang sangat besar.. hidup moden tak bermakna kita boleh melanggar hukum² dalam syariah.. keharusan yang diberi oleh ulama untuk kebebasan pompuan harus kita tepati syarat²nya..

***kadang² hati kita tahu kita buat benda tak betul.. tapi nafsu kita menafikan..

ada ulama kata;
"kalau org lelaki x hidupkan bacaan hadis dalam rumah,
maka anggaplah dia xde fikir akhirat utk keluarganya.."

Wallahua'lam..



Tuesday, June 12, 2012

Bole tolong ke? Tolong la gua...

~ Ada makhluk email aku dan tanya soalan.. tapi masa tu aku tengah keluar 4 bulan dan tak balik lagi..

From: Mentadak Kecik <mentadakkecik@yahoo.com.my>
To: Azhar Jaafar <ikhlas114@yahoo.com>
Sent: Friday, May 11, 2012 4:22 AM
Subject: Bole tolong ke? Tolong la gua...

Assalaamualaikum... Saya mael (bkn nma sbenar). Saya pernah terlibat dgn tabligh (zaman belajar), dh kuar 4 bln. Tp saya kua 4 bln sbab ada duit je kot.. Taktau la, tp msa tu 2006 mmg saya paksa diri utk 4 bln, batalkan niat nk bli moto. Saya xpernah 'nampak' jalan nak buat tabligh bila kerja. Sekarang saya senyap dari tabligh, sejak balik dari 4 bln pada Nov 2006. Saya rasa mcm xde sifat ikhlas masa buat tabligh kot. Saya takot sebab ketika buat tabligh dulu saya tak jugak baik & byk buat dosa yg org blh nampak & dosa senyap2 lagi byk. Saya amat takot jadi fitnah kepada tabligh, tp saya x berubah pun. Pakai jubah, serban, tapi amal xda sebenarnya. Amal wajib saya terpaksa buat, yg sunat malas.. Sekarang dah kwen, bini baru sorang & anak sorang dah setahun. Amal mkin buruk, setakat solat (tp xkhushuk, selalu khayal).. Sekarang mcm nk belajar buat tabligh semula, tapi mcm susah sgt... Perasaan takot buat tabligh, takot jadi fitnah sbab akhlak buruk, dan mcm org munafik la pulak. Dah la xpandai nak ajak org2 di sekeliling mcm jiran & kwn tmpt krja. Nak ajk solat pn takot, dr zaman terlibat dgn tabligh cmtu la jgak. Entah lah, saya pun pening dengan saya. Saya selalu pikir, kalau saya bukan org Islam & pernah knal tabligh dah lama saya tamatkn riwayat saya ni. Hidup pn xda keyakinan, dah malas.. Cmtu la dari dulu. Sekian.


*******

~ Setelah seminggu aku balik barulah aku jawab surat makhluk tersebut..
(jangan tanya kenapa lepas seminggu baru aku jawab..)

From: Azhar Jaafar <ikhlas114@yahoo.com>
To: Mentadak Kecik <mentadakkecik@yahoo.com.my>
Sent: Monday, June 4, 2012 11:54 AM
Subject: Re: Bole tolong ke? Tolong la gua...

Salam tuan mentadak kecik.. harap tuan dah besar skrg..

Mula² kena pegi iktikaf pada setiap malam markas.. jgn miss..
itu aje.. kalau ni tak dapat buat, aku tak dapat tolong lagi..

ingat.. layang² terbang jgn putus talinya..

wallahua'lam..

Mohd Azhar Mohd Jaafar

*****

  • Wahai orang yang berselimut!
  • Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
  • Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
  • Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
  • Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
  • Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
  • Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Terjemahan Surah Al-Muddaththir 1-7





Monday, June 04, 2012

Ghana.. part 2 (last kot..)

"Ghana? buatpe ko pegi sana?" kata sorang kawan yang aku jumpa di masjid Sri Petaling..
"apasal pulak.." kata aku.. dengan muka ntah ape²..
"nanti ko balik jadi hitam.." jawab kawan aku.. dengan muka yang lagi ntah ape² ntah..
~aku tak jawab ape².. tapi keluarkan gigi depan belah atas macam Halimah jongang..

hitam di kulit, nur di dalam..
Muntakhab Hadis keluaran Maktabah Ilmiah Sri Petaling

Route ke Ghana atau yang seumpamanya, bukanlah route faveret jemaah Malaysia.. mujahadah woo keluar di tempat² macam ni.. kita memang boleh syor negara mana nak pegi.. tapi bila dah diputus oleh mesyuarat.. taat ajelah..

Aku rasa tak payah la aku karguzari (beri laporan) berapa jemaah dapat dikeluarkan, berapa orang masuk Islam, berapa amal masjid dapat dihidupkan.. semua karguzari tu aku dah beri di masjid Sri Petaling.. dua kali karguzari pulak tu.. satu kerguzari tertutup dalam bilik syura dan satu lagi pada umum di depan mimbar masjid..

Cuma aku nak cerita..

orang Ghana ni lembut².. macam orang melayu gak.. orang Islam & Kristian tak de gaduh².. kalau dakwah kat Kristian pun boleh, asalkan jangan kutuk² Kristian.. cakap kat dia pasal Allah, pasal Nabi, pasal Quran.. diorang sedia dengar, cuma belum sedia terima.. (rakyat Ghana 25 juta.. 20% sahaja muslim)..

Sorang pemandu teksi Kristian yang bawa kami kata; "Quran memang hebat.. kalau orang Islam ikut Quran, selesai masalah.." Malangnya orang macam ni terhalang dari hidayat sebab tak nampak kebaikan Islam pada diri orang Islam.. kebaikan Islam hanya dalam kitab aje.. huhu..


"Bila orang Islam tak buat kerja dakwah ilallah* cara Nabi, 3 peringkat kemurtadan akan berlaku pada orang Islam..
  1. kemurtadan dari adat..
    ~takde lagi adat² sunah pada wajah, pakaian, penampilan orang Islam.. sunah² adat ni la yang bezakan orang Islam dengan yang lain, menyebabkan kegerunan pada hati orang bukan Islam & jadi asbab mereka masuk Islam..
    ~takde beza cara makan, cara hidup, cara hutang-piutang, cara perkahwinan, cara jual-beli kita dengan orang bukan Islam.. malahan orang Islam berbangga dengan adat² bukan Islam dan mencemuh cara² adat dalam sunah..
  2. kemurtadan dari ibadat..
    ~sehingga meninggalkan solat fardu sudah jadi kebiasaan dan umum.. tak payah la cerita pasal ibadat² yang lain..
  3. kemurtadan akidah..
    ~keluar dari Islam.. nauzubillah..
 *dakwah ilallah = dakwah direct kepada Allah.. xde transit² pada makhluk kemudian baru pada Allah.."

Lagi satu orang Ghana hidup sederhana.. nak kata miskin pun boleh gak.. rumah kecik.. kebanyakan orang jalan kaki je.. makan pun simple.. minum air perigi.. Camne pun kurang sangat yang mintak sedekah.. boleh nampak satu dua orang je, itupun kat bandar.. Kebanyakan diorang suka meniaga.. walaupun untung 2-3 cedi sehari (1 cedi = rm1.80).. Diorang pun tak suka menipu, mencuri atau rasuah.. polis yang buat road block pun tak pernah tanya pasal dokumen kami..

mirip² rumah sahabat..
dan aku tak pernah tengok orang isap rokok di mana².. kat kampung tak de.. kat bandar pun tak de.. tak macam Malaysia.. lepas dengar ustaz ceramah atau diri sendiri bayan berapi² dalam masjid, kita sambung ceramah atau bayan berasap² di luar masjid.. kui kui..

Mujahadah? heh..heh.. biasa la tu.. tempat orang miskin, lain mujahadahnya.. tempat orang kaya lain la pulak mujahadahnya.. yang penting kena pandai layan diri.. jangan stress.. bayangkan janji² Allah.. antara yang mujahadah;
  • bini aku tak ikut sekali..
  • jamban - boleh kata rata² masjid takde jamban.. jadi kena tumpang jamban orang kampung, atau diorang buatkan jamban sementara, atau yang paling tragis ialah kena guna jamban awam.. memang tak boleh blah kata bebudak sekarang..
  • makan - beras ada jual.. rm30 untuk 5kg.. lauk yang problem.. biasanya hari² makan telur & ikan masin.. sayur tomato atau kobis.. sesekali je dapat beli ikan, ayam atau kambing..
benda ni pun ada jual kat pasar..
tapi kalau aku beli, nak masak apa ek? masak asam kut..
  • nyamuk - rata² pembawa malaria.. Allah kuasa, nyamuk takde kuasa.. kena amal doa pagi petang dengan yakin disamping guna asbab kelambu, losen & ubat nyamuk.. (sehingga blog ni diupdate, sorang ahli jemaah aku masih di hospital sebab kena malaria.. walaupun malaria dah habis, masih kena tahan untuk beberapa hari lagi..)
  • letrik - selalu blackout.. walaupun cuaca Ghana sama cam Malaysia, cuba korang bayangkan kalau hidup kat Malaysia tanpa kipas.. tapi bagus jugak insyaAllah, sebab habis lemak² dalam badan.. tak yah pegi sauna.. peluh keluar 24jam..
  • air - biasanya air perigi.. masjid yang tak de perigi, kena mintak tolong bebudak angkutkan air.. bagi le upah sikit.. itu pun ada yang tak nak terima upah.. aku tersekima..
  • jaga mata - no komen..

Secara infiradi (personal) aku telah berjaya;
  • menyebabkan 5 budak bawah 2 tahun menangis dan lari bila aku buat muka spastik..
  • tenggelamkan timba dalam perigi untuk cedok air.. (susah woo)..
  • menyebabkan awek² black melambai di jalan²..
  • menyebabkan 2 tepi kurta orang tempatan koyak.. aku tertindih dengan lutut aku masa sujud dan diorang bangun berdiri cepat sangat..
  • seorang makcik dengan bergurau mengoffer anaknya kat aku.. aku ulang.. bergurau ye.. bukan betul².. tapi bergurau..
Kesimpulan.. umat sedang menunggu² kedatangan orang Islam untuk hidayah.. hari² manusia di seluruh dunia mati tanpa kalimah yang menyebabkan kesengsaraan untuk mereka selama²nya.. inilah kerisauan Nabi kita dan sahabat baginda.. dan kalau kita tak nak ambik kerja ni, Allah akan bangkitkan orang lain buat kerja ni..

dan lagi.. 90% dari kengkawan tabligh di Ghana adalah asalnya Kristian kemudian masuk Islam.. orang uang berketurunan Islam sejak nenek moyang, suka pegang tasbih aje..

Doa untuk aku, si pendosa ni.. semoga Allah ampunkan aku dan terima aku, keluarga & zuriat untuk buat kerja yang besar nih.. amiiin..




Wednesday, May 30, 2012

Ghana.. part 1

Allah dah beri pd kita mahkota segala kerja.. iaitu kerja dakwah.. Kerja ni dulu hanya diberi kpd nabi².. Maknanya.. kita bukan nabi tapi diberi tanggungjawab yg sama spt nabi².. X caya? X caya sudah..  Sendri mau ingat.. Jadik.. perjuangan umat ni mesti sama spt perjuangan nabi².. jln pun mesti sama.. x leh ambik jln lain.. Dlm quran Allah berulang kali ceritakn kisah perjuangan & jln kerja nabi² sbg contoh pd kita.. bukan saje² nak cerita mcm buku sejarah tingakatan 5..

Millah.. ye.. millah nabi Ibrahim.. bukan millah yahudi atau millah nasrani atau si milah apo kono eh jang tu..

Millah Nabi Ibrahim adalah buat dakwah di negeri sendiri dan merantau ke negeri orang dgn meninggalkn anak bini, kg halaman & pekerjaan.. bahkan inilah millah semua nabi² termasuk nabi kita dan sahabat² baginda.. X caya gak lagi? Jangan tunggu sampai tanah masuk ke mulut baru nak caya.. gua caya lu..


Allah HANYA AKAN BERI HIDAYAT kpd manusia melalui perantaraan kerja nabi².. sekarang nabi dah xde.. camne? Nabi je yg xde.. tapi kerja nabi masih ada.. Laaa.. x caya gak lagi.. lantaklah.. ehh.. tapi mana boleh main lantak².. Tak sempurna iman kalau x kasih sedare Islam spt kasih diri sendiri.. Tu yg aku nk bgtau ni..

Habih camno nak buek? Kita buat je lah kerja kita yg Allah suruh tu.. hidayat tu Allah yg bagi.. Pada sape Allah nak bagi, kat mana Allah nak bagi, bila Allah nak bagi.. tu terpulang pada Allah.. yg pastinya janji Allah untuk beri hidayat pd org yg buat kerja ni..

Jadi.. xde pilihan.. kita kena belajar dan buat kerja.. klr 4bln, 40hari atau 3hari bukan la maksud sebenar.. tapi sbg satu latihan.. latih² diri utk korban sikit harta dan lapang sikit masa..

gelap hanya akan hilang bila cahaya dtg..
Alhamdulillah aku dan beberapa org kengkawan tlh dpt klr selama 50 hari di Ghana.. klr 4bln, tapi 70 hari lagi di Kuala Lumpur shj.. (jenguk² le 3 entri sblm ni..)

Kumpulan kami seramai 5 org.. 4 dari KL dan 1 dari Trengganu.. Kami menamakan kumpulan kami sbg Rimba Bara.. Azhar Jaafar sbg vokalis kumpulan berkata.. oppss.. sori ek.. melalut lak..

..taip semula..

Jemaah kami seramai 5 org.. 4 dari KL dan 1 dari Trengganu.. terbang dari KLIA pd 30 Mac 2012, jam 11mlm.. transit di Bangkok & Cairo.. mendarat di Accra pada 31 Mac 2012, jam 2ptg Ghana (10mlm Malaysia).. 3ptg kami sampai di markas Accra.. usaha kat sini dah mula sejak thn 80an.. tapi xle maju cam Malaysia.. mlm markas ada la 300-400 org..

akwaaba = selamat datang..

Jemaah² luar, biasa dtg sini.. jemaah India, Pakistan, Bangladesh silih berganti.. jemaah dari negara jiran di Afrika pun biasa dtg.. jemaah Arab kalau dtg, xlebih 30 hari.. xtahan mujahadah.. jemaah kami adalah jemaah ke 2 dari Malaysia.. yg dulu thn 2006.. dan seorang pakcik dlm jemaah tu meninggal dunia sbb malaria.. suspen woo.. tapi maut Allah dah tentukn.. korang nyorok bawah ketiak member pun tetap maut kalau dah sampai masa..

Ghana ni berapa juta penduduk dia? Islam berapa peratus? Tanah berapa luas? Orang dia camne? Makan ape? Buat kerja ape? Cun ke awek dia? Ahhhh.. byk tanya la korang.. baca kat sini.. senang.. http://en.wikipedia.org/wiki/Ghana#Demographics

Lepas mesyuarat dgn syura Ghana, jemaah kami diputus ke Western Region.. 40 hari disana.. 3 org rakan tabligh Ghana bersama kami sehingga habis 40 hari..

Ghana Regions


Route Ghana

A - Accra - markas
B - Tarkwa - 4 masjid
C - Bogoso - 2 masjid
D - Prestea - 2 masjid
E - Anakum - 1 masjid
F - Manso Amanfi - 1 masjid
G - Enchi - 1 masjid
H - Takoradi - 3 masjid

Kami meninggalkan markas Accra pada 04 April 2012, jam 9.45 pagi dan sampai di Tarkwa jam 3.45 ptg..

..dan kembali ke Accra pada 15 Mei 2012.. dengan membawa malaria pd 3org Malaysia & 2org Ghana.. heheh.. Allah kuasa.. belum ada ketentuan utk syahid di sini..

Azan Ghana dan markas Accra + 14 masjid yg kami berusaha..



Err kalau rajin nanti aku sambung lagi ek..



 

Saturday, May 26, 2012

Alhamdulillah.. I have kum bak.. (I have come back..)

..aku bersyukur kepada Allah kerana telah selamat kembali ke tanahair tercinta pada 22 mei 2012..

..kepada isteriku.. bersyukurlah kerana aku telah kembali ke pangkuan sisi mu pada 25 mei 2012..

..kepada rakan² seusaha.. bersyukurlah kerana dipilih untuk buat usaha agama di Malaysia ni.. buatlah usaha bersungguh².. rakan² seusaha di Ghana buat usaha dalam keadaan serba kekurangan..


azharjaafar313
markas tabligh di Accra, Ghana..
sebuah masjid di Bondaye, Prestia..
..kepada muslim di Malaysia.. bersyukurlah kerana korang masih beragama Islam.. ramai muslim di Ghana telah menjadi Kristian semasa British menjajah mereka bermula dari kurun ke 18..

..kepada rakyat Malaysia.. bersyukurlah kerana diberi pemerintah yang prihatin akan pembangunan rakyatnya.. tahap kehidupan di Ghana masih seperti kita di tahun 60an walaupun mereka mendapat kemerdekaan pada bulan Mac 1957..

anak² di Ghana
ini bukan sarkas..
buah mangga Ghana.. buah²an kat sini memang besar²..
ia membuatkan aku resah.. ahh..

..supaya korang duduk lama sikit kat blog aku ni, aku share le video ni dengan korang.. perjalanan ke sebuah kampung di Anakum.. agar video 11 minit ni dapat menjelaskan perjalanan selama sejam tu..
so.. enjoy the ride!



..insyaAllah kalau rajin, aku akan tulis lagi pasal khuruj di Ghana nih.. almaklum sekarang ni sebuk sikit.. uhuk uhuk (buat² batuk..)




Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...