Thursday, July 19, 2012

Tarawih & Ramadhan..


Pesan ulama masjid Sri Petaling pasal solat Tarawih;
  • setiap amal ada keistimewaannya tersendiri.. contohnya berdakwah, solat sunat dan lain-lain amal.. tidak patut mengorbankan terus satu-satu amalan kerana hendak buat amalan yang lain.. begitu juga dengan solat tarawih..
  • keempat-empat mazhab ahlus sunnah bersepakat bahawa solat sunat tarawih itu tidak kurang dari 20 rakaat.. bahkan dalam mazhab Maliki, solat Tarawih adalah sehingga 36 rakaat..
  • semasa Saidina Umar r.hu menjadi khalifah, beliau telah mengumpulkan semua sahabat yang bersolat Tarawih untuk bersolat di bawah satu imam dengan 20 rakaat.. tidak ada seorang sahabat pun yang membantah keputusan Saidina Umar r.hu..
  • biarlah apa pendapat orang lain pasal solat Tarawih.. yang penting kita sendiri kena sempurnakan 20 rakaat.. kalau masjid di tempat kita buat 8 rakaat sahaja, kita sempurnakan lagi 12 rakaat di rumah.. (masjid/surau yang buat 8 rakaat sebenarnya tidak ambik pendapat ulama muktabar mengenai solat Tarawih.. hanya berpandukan kepada beberapa hadis dan tidak berpegang kepada jumhur ulama ahlus sunnah..)
  • jangan lari dari masjid/surau sendiri untuk bersolat Tarawih di tempat lain.. inilah masanya orang yang tidak biasa datang ke masjid/surau pada bulan selain Ramadhan, akan datang bersolat.. satu peluang yang besar untuk kita sediakan mereka supaya dapat ambil bahagian dalam kerja dakwah..
  • kena tambah korban berbuka puasa di masjid/surau kerana banyak masjid/surau tidak ada solat Maghrib berjemaah di bulan Ramadhan.. insyaAllah bila kita azan, akan ada orang datang berjemaah..
Wallahua'lam..

*****

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat رضي الله عنه  lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah سبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan  (Bab 1 Hadis 1 m/s 1)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.a

sori.. line x clear..


1 comment:

  1. like like like like entry ni especially 2 point ni :

    - jangan lari dari masjid/surau sendiri untuk bersolat Tarawih di tempat lain.. inilah masanya orang yang tidak biasa datang ke masjid/surau pada bulan selain Ramadhan, akan datang bersolat.. satu peluang yang besar untuk kita sediakan mereka supaya dapat ambil bahagian dalam kerja dakwah..

    - kena tambah korban berbuka puasa di masjid/surau kerana banyak masjid/surau tidak ada solat Maghrib berjemaah di bulan Ramadhan.. insyaAllah bila kita azan, akan ada orang datang berjemaah..

    Da pesan kat suami benda ni dan azam dia pun cmni inshaAllah.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...