Monday, June 14, 2010

Baru Balik Dari Jor..

Alhamdulillah, baru balik dari jor.. jumpa ramai kengkawan..

Pergi & balik naik motor EX5 bernombor plat WEF8804 yang baru tukar sport rim.. heh.. heh..

Mu'az

Aku dah berada di tapak jor sejak malam Jumaat 11.30 malam.. Malam pertama & keempat, orang KL boleh bermalam di masjid Bandar Baru Sri Petaling.. tapi malam kedua & ketiga, orang KL diputus untuk bermalam di beberapa masjid, surau & sekolah di sekitar Bandar Baru Sri Petaling.. Jadi aku & the gang dari Kepong, bermalam di satu masjid dekat dengan Desa Water Park..

Pukul 1 tengahari tadi aku mempress minyak motor aku balik ke Kepong..

1.15 ptg singgah kat Masjid Firdaus, Segambut untuk solat Zohor..

1.45 ptg sambung kerja-kerja mempress minyak motor..

1.55 ptg Allah sampaikan aku ke rumah.. Alhamdulillah..

Aiiikk?? Tu je ke cerita jor? Aiseyy.. cerita kat sini tak best la.. korang kena pergi sendiri.. duduk dengan adab, dengar dengan tumpuan.. mujahadah sepanjang jor.. baru Allah beri faham..

Tapi secara kesimpulannya apa yang aku faham.. kita kalau nak selamat kena jadi golongan sahabat muhajir & ansar.. dan dalam Islam, tak ada golongan ke tiga.. dan disebut juga dalam bayan mengenai bahaya 8 perkara (tengok post aku sebelum ni kat http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/06/surah-at-taubah-24-27.html).
 
pemandangan yang x best dipandang.. tapi dah berbelas2 ribu yang datang.. nak buek cam no..
atas jamban pun ada khemah

Semoga Allah terima diri & harta aku & keluarga untuk agama Allah Subhanahu wata'ala.. dan semoga Allah kembalikan umat Islam kepada maksud & tujuan sebenar meraka dihantar ke dunia.. dan semoga Allah ampunkan kita semua yang dah lama tinggalkan kerja ni.. amin...

kapcai aku dihiasi model yang kena paksa dan berlatar belakangkan kain yang dah kering tapi belum diangkat..


Thursday, June 10, 2010

Jemputan ke Ijtimak Zon Tengah

Adalah dijemput semua lelaki beriman ke perhimpunan orang2 beriman di masjid Bdr Baru Sri Petaling bermula dari Asar 11 Jun hingga Zohor 13 Jun 2010..

Berhimpun dan mendengar kata2 nasihat dari para ulama akan menjernihkan hati, menguatkan sanubari, mendapat ketenangan hakiki, pembersih dosa, disamping banyak lagi manfaat2 kerohanian yang lain.. InsyaAllah.

Jangan lepaskan peluang..

 

Wednesday, June 09, 2010

Surah At Taubah 24-27

Masjid - cermin kepada amal umat Islam..

Bahaya 8 perkara..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika

  1. bapa-bapa kamu, 
  2. dan anak-anak kamu, 
  3. dan saudara-saudara kamu, 
  4. dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, 
  5. dan kaum keluarga kamu, 
  6. dan harta benda yang kamu usahakan, 
  7. dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
  8. dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, 
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada

  1. Allah 
  2. dan RasulNya 
  3. dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, 
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(At Taubah; ayat 24)


Jangan yakin majoriti..

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
(At Taubah; ayat 25)


Kena usaha iman gak..

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(At Taubah; ayat 26)


Yang sudah tu sudah le..

Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At Taubah; ayat 27)

Ni ke cara yang dianjur oleh Nabi kepada kita? (ni bukan orang kat sini tapi orang kat tempat lain..)
lebih kurang sama je macam cara puak2 nih..

Ni je caranya..
  1. Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", 
  2. dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), 
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
 (At Taubah; ayat 100)

Wallahua'lam..



Monday, June 07, 2010

Pesan Hadratji

 Satu taman dari taman-taman syurga
atau satu lembah dari lembah-lembah neraka.


Tuan-tuan yang mulia,

Allah SWT suka dan cinta kepada agamaNya dan usaha agamaNya dan tidak ada sesuatu yang Allah SWT cintai lebih daripada dua perkara ini. Barangsiapa yang membantu usaha untuk agamaNya, Allah SWT akan membantunya seperti mana firmanNya : "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya".

Tuan-tuan berusahalah bersungguh-sungguh untuk agama Allah SWT. Bergeraklah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran dikalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.

Amalan-amalan yang kita buat semasa berada di jalan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan amalan di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu-ribu kali ganda. Zikir yang kita buat dirumah kita sendiri, tilawah quran yang kita buat dirumah kita sendiri dan ibadat-ibadat itu jika dibuat dijalan Allah SWT adalah berjuta-juta kali ganda nilainya.

Hari ini dari segi amalan kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu kita keluarlah dijalan Allah dan buatlah amalan-amalan yang baik dan banyak supaya amalan-amalan kita ini lebih bernilai disisi Allah. Syaitan sentiasa menipu kita iaitu "Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri orang lain". Tetapi tuan-tuan yang mulia, kita keluar dijalan Allah SWT ini adalah dengan niat untuk islah diri kita bukannya untuk islah diri orang lain.

Semoga Allah SWT jadikan kita sebagai orang-orang yang akan amal dan orang-orang yang akan cinta agama dan orang-orang yang keluar ke jalan Allah SWT untuk amalan-amalan yang banyak. Semoga Allah SWT jadikan tuan-tuan istiqamah di dalam agamaNya, dapat kembangkan agamaNya dan dapat memajukan tuan-tuan di dalam agamaNya.

*********************************

*dicilok tanpa izin dari encik penggali kubur.. 



 Aku harap satu hari nanti, barang-barang ni saja
yang balik ke rumah tanpa tuannya..


Wednesday, June 02, 2010

Sedikit Cerita Jalan Kaki

Alhamdulillah selepas beberapa tahun aku berazam untuk keluar jalan kaki, akhirnya Allah izin jugak..

Pada malam mesyuarat Rabu masjid Sri Petaling 31 Mac 2010, aku dengan semangat waja dan berbekalkan hidung yang kembang separuh kerana suspen (maksudnya, tak kembang 100%), pergi tafakud (temuduga) untuk keluar 2 bulan jalan kaki. Walaupun bini aku tashkil aku keluar 4 bulan jalan kaki.. tapi tetap ku tahan Jebat.. mengenangkan cinta pada dunia masih menebal dalam hati, jadi aku minta kurang dari bini aku untuk keluar 2 bulan saje.. ohh lemahnya aku..

Aku lulus tafakud dan telah diminta berkumpul lepas Asar 1 April 2010. Bayan hidayat diberi pada pagi 3 April dan jemaah aku seramai 12 orang telah pergi ke tashkil pertama di Hulu Selangor.


View Larger Map
Tashkil 1.. Mula dari Kg Keliang, Kalumpang dan berakhir di Tmn Bkt Bujang, Rasa.
Buat usaha di 6 masjid/surau. Satu surau 2 hari.. Jumlah jarak lebih kurang 20km.

Masjid Kalumpang

15/04/2010 - balik Sri Petaling untuk beri laporan.


View Larger Map
Tashkil 2.. start dari Desa Permai jln Karak Mentakab dan last sekali kat Felda Mengkuang, Triang. 21 masjid/surau.. dan jumlah jarak lebih kurang 60km..

Masjid Daerah Bera


Takde banyok mende koi nok karkuzari (cakap stail oran Pahen yan suke maken iken Paten).. Tak kan  itu pun awok tok pahem.. apeke bende la awok oran nie..

 Mengkhususi Ikan Paten untuk dibuat gulai tempoyak.

Aku nak seberang sungai Pahang ni dengan berjalan kaki..
tapi tak jadi sebab takut riak..

Secara keseluruhannya jemaah kami satu hati, buat kerja dengan taat amir dan gembira.. Sama2 pegi dan sama2 balik.. Jalan kaki paling jauh 13km dan paling dekat 1km..

Makan best sebab Allah bagi sedap. Amir sab suka masak sebab dia amir taam ijtimak Nilai tahun lepas dan insyaAllah amir taam jur kawasan tengah tahun ni.. Banyak belajar dari amir sab dan ahli jemaah yang lain. Rasa2nya ni lah jemaah terbaik pernah aku ikut. Sedih bila tangguh..

 Termenung memandang langit.. teringat pencipta langit..
teringat jugak kat rumah.. dan orang rumah..

Kelengkapan tidur dae akhir zaman..
kalau sahabat Nabi nampak, mesti aku kena smash punya..

 Hujan lebat yang Allah turunkan..
mudah2an bersama hidayat dan rahmat..

Nusrah Allah memang banyak tapi tak nak karkuzari kat sini. Biar jadi kenangan seumur hidup aku aje.. Untuk tak menghampakan korang, aku hadiahkan bayan masturat jemaah aku.. lepas dengar bayan, jangan tidur.. terus gaaash...



30/05/2010 - balik KL.. karkuzari.

Persiapan untuk ijtimak kawasan tengah.. 
atas bumbung pun naik khemah.

31/05/2010 - wafsi & dot.. dot.. dot..

p/s; Jemput la ke perhimpunan orang Islam di masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 11, 12 & 13 Jun 2010. InsyaAllah jumpa di sana..


Monday, May 31, 2010

Itu Jalan Punya Kaki Sudah Balik..

Harap jangan ganggu..

Err.. tapi kalau nak buat insuran kete, tak pe.. Tapi lambat sket..





Thursday, April 15, 2010

Itu Kaki Mau Kasi Jalan..

Salam tuan-tuan yang mulia..

Allah maha kuasa, makhluk tak de kuasa..

Aku tengah keluar 2 bulan jalan kaki. Baru habis tashkil 12 hari dalam halkah Kuala Kubu Baru. Sekarang kat Sri Petaling.. Semalam karkuzari dan hari ni muzakarah.. InsyaAllah esok ke Jerantut..


Allooo brader.. lu tengah keluar pun main internet ke???  Heh.. heh.. Dah amir sab (Pak Cu Bentong) putus aku temankan cikgu Khairul Sandakan (ILP) cari tiket balik Sandakan 31 Mei nanti.. tak reti-reti nak on PC sebelah.. sori ek..

Petua (pesan orang tua..) pasal usaha agama;
  1. Keselamatannya dalam ikut mesyuarat
  2. Kesempurnaannya dalam usaha masturat
  3. Keistiqomahannya dalam iktikaf malam markas
  4. Kemanisannya dalam keluar jalan kaki
 Ok tuan.. callo dulu.. Buat orang rumah ku.. (ceh, ceh).. dah dapat ke surat? Doa untuk diri sendiri, keluarga & umat..

Wacaya.. Wassalam..



Wednesday, March 31, 2010

Siri Bercakap Pasal Jin

AMARAN! Sebelum meneruskan pembacaan entri ini, pastikan anda adalah seorang yang tidak takut kepada makhluk.. hanya takut kepada Allah. Jika anda seorang penakut kepada hantu, momok, jembalang, mambang, jin dan yang seumpamanya.. sila ajak kawan2 lain membaca bersama2 anda.. Jika anda berdegil juga untuk membaca entri ini berseorangan diri, pastikan anda telah berwuduk, menulis sedikit wasiat dan mengucap kalimah tauhid..

~Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

7 jin dari UK

 "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak...

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi

melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."


Zaassss....


~heh..heh.. rilek.. jangan suspen tahap gaban takut.. acah je. Petikan kat atas aku ambik dari buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Masa sekolah dulu aku suka baca buku nih.. Patutla BM dapat 7. Lepas tu susah nak masuk mana2 IPT.. heh.. heh.. sekali lagi.. Sebenarnya dah takdir Allah gitu.. asbab tu aku keje cepat, 'kenal dunia' cepat dan ehem.. ehem.. kawen cepat.. tu yang best..

Amacam? Aku agak dah korang ni spesis penakut gak.. Sama macam aku.. (tau x pe).

Berbalik pada tajuk entri.. Ahlia (isteri) aku tanya pasal qarin.. Aku pun membuat sedikit pengeksplainan (jangan marah dengan gaya bahasa aku, maklumlah BM dapat 7..) dari apa yang dengar dari para ustaz.. Tapi nampak macam tak puas hati je.. jadi aku search kat google.. jumpa pulak article nih.. Disebabkan aku rasa korang yang baca blog ni suka cerita pasal jin (mungkin ada darah keturunan jin), jadi aku kongsirayakan kongsikan kat sini..

Otaaak.. otaaak.. otaaak..

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Katakanlah sahaja, 'aku beriman kepada apa-apa yang datang dari Allah dan RasulNya..'

Wallahua'lam..

Wakil Malaysia dalam Zombielympics 2011

*sejak kecik aku memang selalu dihimpit oleh jin.. kadang2 dalam seminggu sampai dua tiga kali.. Tapi sejak aku buat usaha agama ni kurang sikit.. mungkin jin tu pun dah taubat dan dah sama2 keluar buat usaha agama..

Kat rumah aku ni dulu, ada satu sudut tu yang pada perasaan aku ada banyak jin.. tempat tu jarang dipakai oleh kami sekeluarga.. Mula2 aku tak ambik kisah.. tapi lama2 aku rasa jin tu makin banyak. Jadi aku bagi tempoh 3 hari untuk diaorang diajin pindah.. Lepas tiga hari aku baca ayat2 manzil dan renjis di empat penjuru rumah.. Rasanya jin2 tu semua dah pindah lepas tu.. (x tau ke mana, sebab diajin x sms aku, mana diajin pindah..).

Yang nyatanya, jin pun makhluk macam kita.. Yang berkuasa hanya Allah. Tiada yang boleh memberi manfaat, tiada yang boleh memberi mudharat, kecuali Allah..

THE END..
*duluuu.. aku suka pi tengok wayang. Aku paling bengang kat apek yang jaga pintu tu sebab suka bukak pintu sebelum tulisan THE END ni keluar..



Monday, March 29, 2010

Hikayat Tuan Rumah Masturat

Heh heh..
Nak cerita sikit pasal tuan rumah yang terima jemaah masturat aku minggu lepas..

Ketua Kampung

Umur baru 38 tahun. Imam kat masjid.. Lepas tu jadi ketua kampung pulak.. Dalam sembang2 tu tanya la macam mana dia boleh jadi ketua kampung..

Gambar hiasan.. kampung dulu-dulu..

Dia jawab; "Sejak pilihanraya yang lepas, orang dah tak nak ketua kampung lama tu. Tapi masalahnya tak de siapa wakil dari parti yang menang tu yang sanggup jadi ketua kampung. Jadinya secara paksa, diaorang suruh aku jadi ketua kampung.. Memang aku tak nak.. Tapi diorang suruh jugak. Dah tak de orang lain katanya.."

"Akhirnya aku letak beberapa syarat.. aku tak kan terlibat dengan mana2 parti politik.. lepas tu, tiap tahun, aku akan lapang masa 4 bulan atau 40 hari untuk buat kerja tabligh. Jangan siapa halang atau tanya aku.. Diorang terima syarat tu. Aku sorang je calon ketua kampung untuk kampung aku. Menang tanpa bertanding.."

Wah.. wah.. dalam hati aku, ni baru betul2 pemimpin.. kena paksa baru naik.. ada ciri2 sahabat..

Rumah masturat

Ni lah first time dia terima jemaah masturat.. minggu sebelum tu dia & isteri dapat keluar masturat setelah sekian lama tak dapat keluar..

Tapi kan rumah tu ada mistik sikit.. (on muzik saspen citer P Ramlee..)

Manfaat & mudharat, hanya dari Allah..

Anak perempuan tuan rumah yang sulong dah berumur 13 tahun.. Sejak lahir hingga la ke umur 10 tahun dia kena sakit kulit seluruh badan yang kronik.. gatal2 dan luka.. puas dah berubat merata hospital tapi tak jalan.. Allah tak izin.. kesian.. Atas nasihat kawan, dia cuba bawak berubat cara tradisional.. Dua tiga orang ustaz tak sanggup nak mengubat selepas buat 'scan'.. Diorang kata 'kuat sangat..'

Kemudian ada sorang ustaz yang pakar dan dengan izin Allah anak perempuan tuan rumah dah mula sembuh.. Ustaz kata kena santau miang buluh.. ada orang dengki sebab bla.. bla.. bla.. Pehh.. macam2 manusia ni.. dengki mendengki sampai sanggup siksa budak macam tuh..

Cerita tak habis lagi.. rupanya masih ada 2 makhluk halus (bukan semut atau nyamuk..) yang masih menetap kat rumah tu.. Malam pertama, hampir semua masturat tak dapat tidur lena.. Esoknya, semua masturat baca ayat2 manzil.. Alhamdulillah, malam ke dua dah ok.. Bole tido..

Cerita Kencing Manis
Kencing Manis ye.. bukan darah manis..

Tuan rumah tu ada penyakit kencing manis (diabetis) la pulak.. Jadi makanannya kena jaga.. mahal-mahal pulak tu.. beras pun yang spesel..

Kami jemaah lelaki yang enam orang ni, dua orang pun memang dah jadi geng kencing manis secara rasmi.. Aku pun sebelum ni tak pernah ambik tau sangat pasal kencing manis nih.. yang aku tau kencing hancing je.. Jadi, antara perkara yang dibayankan di atas talam (dicerita semasa & selepas makan) adalah topik kencing manis.. (cerita berkisar kebesaran Allah yang memberi rezeki & dalam sunah Nabi saja ada kejayaan..)

Sorang dari ahli jemaah kami yang memang ada penyakit kencing manis, ada bawak alat untuk menguji kandungan gula dalam darah.. Jadi pada pagi hari ketiga, sebelum sarapan, semua ahli jemaah termasuk tuan rumah buat blood test secara percuma..

Dua titisan yang boleh selamatkan manusia dari neraka..
1.titisan airmata kerana takutkan Allah
2.titisan darah di jalan Allah

Tuan rumah & 2 ahli jemaah memang bacaan lebih 10.. (bacaan lebih 7 maknanya kencing manis..).. Aku & 2 ahli jemaah yang lain, bawah 5.. alhamdulillah.. Tapi yang sorang lagi tu bacaannya 8.. hah.. geng kencing manis jugak rupanya.. Terus muka dia berubah.. dah jadik saspen la pulak.. Ye lah.. tak pernah test, tiba2 test, ada kencing manis..

Jadinya, sarapan kami pagi tu dipecah kepada dua talam.. Talam normal dan talam diabetis..



Thursday, March 25, 2010

Budak Umur 2 Tahun..

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
Al Baqarah ayat 233.

************************************************

Sebenarnye aku ada banyak benda nak cerita.. tapi masalahnya malas nak menaip.. Jadi ringkasnya nak cerita, anak aku yang kecik sekali dah habis nyusu badan.. tu je..

Yeahooo...

Muaz.. sedey je.. lahir 13 Mac 2008

Ni pun budak 2 tahun, tapi 35 tahun dulu..



Monday, March 22, 2010

Kisah Cuti Sekolah..

Cuti sekolah seminggu je (13 - 21 Mac 2010).. Dah habis dah. Anak-anak di madrasah pun cuti sama.. Tak planning nak gi mana, jadi pada 14 Mac, bawak diorang balik rumah nenek aku kat Ulu Yam Lama..

Rumah nenek.. Antara pusaka dan saka.. hehe..
Aku memang cuak kalau nak bermalam kat sini.. Sebab ada harimau arwah atuk 
yang masih belum diwariskan.. Korang nak ke?

16 Mac pegi memanjat Genting Highland la pulaks.. Last menet nak cari hotel memang tak de harapan la.. Semua dah penuh.. Hotel yang tak best ada la.. Jauh & terpencil.. Petang balik ahh..

Apa bentuk permainan bercorak berani mati.. aku tak berani..
Sebab aku nak mati di jalan Allah.. (cakap amin la woi..)

19 - 21 Mac.. jeng jeng jeng.. keluar 3 hari masturat..Pertama kali sejak 4 tahun..

Keluar kat Kg Sg Kandis, Kg Jawa, Klang.. Jemaah 6 pasang.. 2 pasang pengalaman 2 bulan, 3 pasang pengalaman 40 hari, 1 pasang pengalaman 15 hari.. Masjid kampung tu pun hidup 5 amal.. Tuan rumahnya imam masjid dan ketua kampung.. Memang mantap la.. Yang datang nusrah pun ramai giler..

Dalam masjid.. Bumbung dan karpet baru dengan mengekalkan dinding lama..


Rumah masturat tinggal.. 
Depan je nampak zuhud.. bahagian belakang dah ditambah bangunan baru..

Cerita sorang ahli jemaah yang baru tangguh dari keluar 4 bulan di USA pada awal Mac..

'Kerajaan Amerika mengkelaskan orang Islam kepada 4 golongan;
  1. Orang yang Islam pada nama sahaja. Tak ada apa-apa amal.. Mereka ini tidak bahaya..
  2. Orang Islam yang berpikiran moden. Mereka ni pun tak bahaya..
  3. Geng jihad.. sikit-sikit jihad.. Nak kenal geng ni, buat diorang marah.. Mereka ni dikira bahaya dan dianggap pengganas kerana boleh menyebabkan suasana huru-hara dan ketakutan pada rakyat..
  4. TJ.. Tabligh Jamaat.. Yang ni korang pun kenal ciri-cirinya.. Tengok muka sendiri kat cermin je.. Mereka ni dikira BAHAYA jugak sebab; dengan pergerakan mereka ni, orang Islam kembali mengamalkan Islam dan orang bukan Islam berduyun-duyun masuk Islam.. Subhanallah.."
 Banyak jemaah-jemaah dari France, Uk, South Africa dsb dihantar balik sesampai sahaja kat imegresen Amerika.. Ada satu jemaah South Africa dapat masuk sebab masa apply visa diorang tulis reason for visit; 'Tabligh'.. Walaupun lepas, rupa-rupanya diorang sentiasa dalam perhatian perisik Amerika..

Setelah buat usaha 3 hari, salah seorang ahi jemaah telah keluar masjid dan pegi minum kopi kat Starbuck.. Tengah syok minum dia diserbu oleh agen Amerika dan disoal dengan berbagai soalan.. Tak cukup lagi, lepas tu semua ahli jemaah kena soal.. Kemudian tu, on the spot semua ahli jemaah tu dihantar balik dengan alasan 'Tabligh Jamaat will not eat & drink alone. They will only eat & drink in a group.. This is not TJ'

Sebenarnya ada banyak lagi cerita masa keluar 3 hari ni tapi aku malas nak tulis.. Jadi aku pun brek emergency kat sini.. Siap tarik henbrek lagi..







bonus; Bayan Maulana Husein

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...