Sunday, January 06, 2008

Bebudak Gi Sekolah

Minggu lepas sebuk menguruskan bebudak nak ke sekolah.
Cari buku, baju, kasut... Bayar yuran...
Alhamdulillah bila sekolah buka, semua dah settle. Allah permudahkan.

Ni la bakal-bakal dae' bila gi sekolah.












Kiri Atas : M. Amir dah darjah 6
Kanan Atas : A'isyah Humaira darjah 5
Tengah Atas : M. Ammar pagi sekolah agama darjah 3 dan M. Anas masuk tadika.
Tengah Bawah : M. Anas di depan kelas masa nak balik.
(Sesatunya pelajar lelaki yang pakai songkok.)

Saturday, January 05, 2008

Share Partner

Di Awan Biru (gambar curi2 ambil - sekadar hiasan)

Minggu ni aje, dua kali aku solatkan jenazah orang mati kat masjid. Sekali malam Rabu lepas Maghrib dan sekali lagi lepas solat Jumaat semalam. Sorang tu umur 36 tahun dan sorang lagi remaja umur 16 tahun. Hai, nak mati ni bukan tunggu umur tua. Bila dah sampai ajal yang ditetapkan Allah, takkan tercepat atau terlambat sesaat.

Kita ni pun tunggu hari aje. Hukuman mati dah dijatuhkan. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
." Masalahnya dah jatuh hukuman mati pun masih relax aje. Kalau orang yang dijatuhkan hukuman mati kat penjara tu mana lalu makan, minum dan buat benda-benda lain tapi aku masih boleh rasa enjoy dan tak risau apa-apa. Ya Allah, ampuni aku.

Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri bahawa dalam harta yang kita ada sebenarnya ada 'share partner' yang lain. Share partner tu macam rakan kongsi la. Sama la tu... Eh, apa pulak share partner nye. Harta aku, aku la yang punya. Mana boleh share-share. Kalau nak tahu ini la dia share partner harta kita.

Share partner no 1
Waris - Bila kita mati, semua harta jadi milik waris 100%. Rumah, kereta, tanah, duit dalam bank, hatta gigi palsu pun depa sapu. Tak satu pun benda-benda di atas kita bawak masuk kubur.

Share partner no 2
Musibah - Bila dia datang, contohnya kebakaran, kecurian, banjir, gempa, tsunami dan yang seumpamanya; maka harta kita kena sapu hidup-hidup. Walaupun kita masih hidup, depan mata kita pun dia akan sapu. Kadang-kadang kain pengelap kaki pun kena sapu. Penyapu pun kena sapu...

Share partner no 3
Diri kita sendiri - terbahagi kepada 3.
i) Apa yang kita pakai sampai lusuh (berapa lama pakaian kita nak lusuh?)
ii) Apa yang kita makan sampai hadam (berapa banyak kita boleh makan?)
iii) Apa yang kita belanjakan pada jalan Allah (yang ni tiada had dan sempadan).

Persoalannya; berapa peratus (%) kita dah bahagi-bahagikan harta kepada ketiga-tiga share partner di atas. Orang yang paling untung adalah orang yang menjadikan dirinya sebagai pemegang saham terbesar di antara semua share partner. Malangla bagi orang yang mempunyai saham paling sikit.

Hartaku... Hartaku...

Thursday, January 03, 2008

Agama Dalam Diri (muhasabah)


Dikisahkan mengenai seorang ulama bernama Imam Farouq Hussein,
berpengetahuan luas dalam bidang agama, beliau menukilkan;

"Orang yang paling berjaya di sisi ALLAH ialah mereka yang melihat agama dari segi
MELIHATNYA UNTUK MENGAMALKANNYA DAN BERDISIPLIN DENGAN SETIAP HUKUM AGAMA PADA DIRI SENDIRI DAN BERLEMBUT DENGAN MANUSIA LAIN."

ATAU dengan perkataan mudahnya..

BERAMAL DENGAN HARAPAN DAN TAKUT SUPAYA ALLAH
SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB...

INGAT! SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB..


Jadi, untuk mengenal pasti samada kita telah berjaya memurnikan agama dalam diri kita,
kita hendaklah melihat agama itu untuk KITA AMALKAN bukan UNTUK ORANG LAIN AMALKAN.
(sila fikir dengan teliti)

Bukankah kita ini hina kerana dosa?
Bukankah kita ini patut merendah diri?
Bukankah kita ini MUSTAHIL akan masuk syurga jika ada
perasaan sombong walaupun sebesar zarah?
Bukankah kita ini hanya dapat beramal dengan taufik & hidayah dari ALLAH?

Jadi, marilah bertaubat dengan pelbagai dosa sombong dan merasa diri banyak amalnya..

Wednesday, January 02, 2008

Jom Belajar Berenang


Gambar sekadar hiasan.
( Ainul Mardhiah, 1 tahun 2 bulan)


Nabi-nabi dulu dari kalangan lelaki sahaja. Tak pernah Allah hantar perempuan jadi Nabi. Tapi umat Muhammad SAW, setiap kita; lelaki, perempuan dan kanak-kanak dihantar untuk kerja keNabian.

Kita ni macam orang yang nak seberang sungai la. Ada empat macam orang.

Satu; orang yang dah berjaya seberang sungai .
Dua; orang yang sedang seberang sungai dan dia berenang sendiri.
Tiga; orang yang sedang seberang sungai juga tapi pakai pelampung sebab tak pandai berenang lagi. Disamping tu cuba-cuba belajar berenang.
Empat; orang yang masih kat tebing dan takut-takut nak terjun dalam air.

Orang pertama tu la Nabi, sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang telah ikut mereka dengan baik. Mereka dah menemui Allah dalam kedaan Allah redho pada mereka.

Orang kedua tu pulak orang yang dah maju dan sedang buat kerja ni dengan penuh yakin akan janji-janji Allah dan dapat bantuan terus dari khazanah Allah.

Orang ketiga adalah orang yang sedang belajar-belajar buat kerja ni. Masih bergantung pada asbab zahir dan cuba-cuba tinggalkan asbab tu. Tak boleh tiba-tiba terus tinggalkan asbab nanti tenggelam dan tak kesampaian.

Orang keempat; masih takut-takut dan tak yakin bahawa kerja ni kerja kita.

*Semoga Allah sampaikan kita seperti orang yang dah sampai.
(selagi tak terjun memang tak akan sampai!)

Tuesday, January 01, 2008

Buang Gelap Dulu atau Bawa Cahaya Dulu?


Kalau masuk bilik gelap, nak buat apa dulu?
Buang gelap dulu atau bawa cahaya dulu.

Segala kemungkaran tu gelap.
Segala kemakrufan tu cahaya.

Jadi??? Emm...

Mungkar yang paling top?
Zina ke? Rasuah ke? Bunuh ke? Judi ke?
Semua tu kira top la, tapi bukan yang paling top.

Mungkar paling top adalah mensyirikkan Allah dan tinggalkan solat.

Allah tak ampun dosa syirik.
(Ya Allah selamatkan aku dari syirik, amin!!)

Tak ada tempat dalam Islam bagi orang yang tinggalkan solat.
Solat umpama kepala pada badan.
Perkara pertama ditanya di mahsyar adalah solat.
Kalau solat ok, semua ok. Kalau solat ko, semua ko.
(Ya Allah terimalah semua solat dan amalan ku, amin!!)

Habis tu macam mana nak selamat dari semua ni?
Kena buat makruf paling top la.
Mentauhidkan Allah dan mendirikan solat.

Hari-hari kena ajak manusia mentauhidkan Allah,
'Allah maha kuasa, selain Allah adalah makhluk yang berhajat kepada Allah.'
'Harta, takhta, senjata; semua makhluk.'
'Boleh guna makhluk, tapi jangan ada
walau sebesar debu yakin dalam hati pada makhluk.'

Semua Nabi-Nabi dihantar untuk
ajak manusia mentauhidkan Allah.
Tak pernah mereka ajak manusia bina harta, takhta, senjata.
(nauzubbillah).
Walaupun sebahagian mereka ada dan guna semua tu.

Tanda iman adalah amal.
Dari mulut, turun ke hati, zahir dengan amal.
Muazin kata, 'Allahu Akbar, Allahu Akbar.'
Hati kata, 'benar, Allah Maha Besar!'
Badan kata, 'ish.. aku kena solat sekarang. Allah panggil tuh..'
'...dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.'
Solat berjemaah!

'...sesungguhnya, solat itu mencegah dari fahsyak dan mungkar.'
Siapa kata nih?

Jadi??? Emm...

Kalau masuk bilik gelap, nak buat apa dulu?
Buang gelap dulu atau bawa cahaya dulu.

Sunday, December 30, 2007

Mimbar Cahaya

Al-Baihaqiyy dan An-Naqoosy telah mentakhrijkan di dalam mu'jamnya dan Ibn An-Najjaar daripada Waaqid bin Salaamah daripada Yaziid Ar-Riqoosyiyy dari Anas ra. Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (mafhumnya) :

"Mahukah aku kabarkan kepada kamu akan kaum-kaum yang mana mereka itu adalah bukan para anbiyaa` dan buka pula para syuhadaa`, (walhal) pada hari qiyaamat (nanti) para anbiyaa` dan para syuhadaa` merasa ghibtoh (iri hati) terhadap mereka itu lantaran manaazil (kedudukan) mereka (begitu dekat) dengan Allah, di atas minbar-minbar daripada nuur (cahaya) mereka dapat dikenali?"

Lalu mereka (para Sahabat r.ahum) bertanya : "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW? "

Baginda menjawab : "al-ladziina yuhabbibuuna `ibaadaloohi ilAllahi, wa yuhabbibuunAllaha ilaa `ibaadihi, wa yamsyuuna `alal-ardhi nushan;
artinya: (yaitu) orang-orang yang menjadikan para hamba Allah dicintai oleh Allah SWT , dan menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, dan mereka itu berjalan kaki di atas (permukaan) bumi dalam hal keadaan memberikan nasihat."

Maka aku berkata : "Ini menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, maka bagaimanakah mereka menjadikan para hamba Allah SWT dicintai oleh Allah SWT?"

Jawab baginda Rasulullah SAW : "Mereka itu menyuruh para hamba Allah dengan apa yang Allah SWT suka dan mereka itu mencegah para hamba Allah SWT daripada apa yang Allah SWT benci, maka apabila para hamba Allah SWT itu mentho'ati mereka lalu Allah `azza wa jalla menyintai mereka itu (yakni para hamba Allah itu)."

Hayaatus-Shohaabah, juzu` 3, halaman 288 dan 289.

Thursday, December 27, 2007

11 September, 2001


Teringat masa keluar di Bangladesh pada bulan Februari 2004. Pada hari-hari akhir semasa di markas Kakrail, Dakka; seorang tanggungjawab markas datang kepada kami jemaah Malaysia (kami dilayan macam raja, tak dapat nak balas jasa mereka) dan beri targhib dalam bahasa Inggeris. Di akhir targhibnya beliau cerita tentang pengalamannya keluar di New York, US pada masa Twin Tower dilanggar kapalterbang. (ini cerita first hand tau).

Pada masa tu beliau merupakan amir kepada jemaah yang terdiri dari 7 orang. Mereka buat usaha di sebuah masjid yang berdekatan dengan Twin Tower. Pada malam tu beliau telah mendapat mimpi yang meminta jemaah ni kena pindah ke tempat lain seawal pagi esoknya. Jadi keesokkan harinya, awal2 pagi jemah ni berkemas dan pindah dengan menyewa teksi. Pemandu teksi tu tak habis2 cerita tentang kehebatan dan kemahsyuran Twin Tower tersebut. Amir Bangladesh ni kata, 'Ini bangunan sekarang ada dan bila2 boleh tak ada. Allah kuasa, makhluk tak ada kuasa.'

Selang beberapa minit, tepat seperti yang dikata, dua biji kapalterbang dah langgar Twin Tower tu menyebabkan ianya roboh. Maka dipendekkan cerita semua ahli jemaah tu kena tangkap dengan polis yang lengkap bersenjata. Mereka dibawa ke satu tempat dan disoal siasat bertubi2. Sebelum tu amir jemaah dah pesan, apapun yang mereka tanya, kita cakap 6 perkara saja. Jangan cakap perkara2 lain. Akhirnya yang tukang soal tu pun jadi bosan.

Tak lama kemudian, seorang polis yang senior (mungkin ketua FBI la kot..) datang untuk soal siasat. Masa dia tengah bercakap dengan amir jemaah, si amir ni menyeluk2 pokenya untuk ambil sesuatu. Apalagi, polis yang ramai2 tu angkat senjata mereka dan hala kepada jemaah. Ketua polis tu suruh orang2nya check poket amir tu dan sebatang kayu sepanjang 1½ jengkal dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas plastik. Setelah pemeriksaan dibuat, ketua polis tu tanya, tu kayu apa. Jadi amir jemaah jawab tu KAYU SUGI yang kami guna untuk berus gigi mengikut sunah Nabi kami.

Lepas tu ketua polis tu kata kepada orang2nya, mereka ni nak berus gigi pun guna kayu, takkan la nak buat rancangan runtuhkan Twin Tower. Tak masuk akal langsung. Satu surat dikeluarkan mengatakan jemaah tu bebas dan diberi kebenaran duduk kat US sebulan lagi.

Kesimpulannya.
1. Kerja dakwah ni kerja kita, jadi kita buat aje. Nak ubah keadaan, tu hak Allah. Tak payah la kita nak mengamuk dan tunjuk perasaan sana sini.

2. Dalam sunah ada kejayaan dunia dan akhirat.

3. Jom la kita sungguh2 belajar & buat kerja ni.

Wednesday, December 26, 2007

Cuti Sekolah Dah Nak Tamat

Hmm.. Cuti sekolah dah nak habis. InsyaAllah minggu depan budak2 dah start sekolah. Jadi sunyi semula la rumah. Maklumla, sekolah pagi petang. Bila balik dah letih dan pukul 10 malam dah tido. Kalau time cuti tu, pukul 12 malam meriah lagi.

Saya cadang kepada ibu bapa semua, anak2 yang dah habis darjah 6, masukkan mereka ke madrasah hafiz.
Tapi biar la dengan kerelaan mereka. Kita cuma pujuk dan beri kelebihan jadi hafiz Quran. Habis hafal Quran, baru le tanya mereka nak sambung ambil alim atau nak sambung akademik. Saya pernah jumpa pelajar kedoktoran yang hafiz Quran. Dan orang yang hafiz Quran ni, bila belajar bab dunia memang kacang la sebab Quran dah dok dalam hati.

Video kat bawah ni adalah projek anak2 masa cuti. Tah bila tah diorang main kamera h/p abah dia. Masa abah dia tido kot...



Kwang kwang kwang..

Sunday, December 23, 2007

Raya Korban vs Korban Raya

Raya Korban
Kira raya terbesar bagi orang Islam. Sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarga baginda. Semua orang dah maklum kisah baginda yang sehingga umur lanjut masih tak dapat anak. Bila dah dapat anak kena tinggalkan pulak di tanah Mekah yang tandus pada masa tu. Sedih sebenarnya cerita ni kalau dihayati betul2. Lepas tu bila dah boleh jumpa anak, diperintah untuk sembelih pulak. Adus, bapa mana yang sanggup sembelih anak hidup2? Sadis, sadis...

Jadi Allah dan RasulNya cerita kat kita kisah ni untuk apa? Suruh sembelih anak ke? Sebenarnya Allah suruh sembelih nafsu kita dan buat pengorbanan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi. Tinggalkan lah sekejap anak isteri, rumah tangga, kedai, ladang & pejabat tu. Bukan nak suruh tinggalkan terus, sekejap aje! Nabi dah tunjuk cara, sahabat dah ikut 100% dan berjaya.
Kita? Tak kan nak ambil jalan lain ikut kepala dan nafsu kita.

Firman Allah;
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya," maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(Surah At-Taubah, Ayat 24)

Korban Raya
1. Ayam (awal2 lagi dah kena korban untuk jamu sedara mara yang balik beraya)
2. Kambing
3. Lembu (seronok tul join gotong-royong sembelih lembu)
4. Unta (ada setengah tempat sembelih unta. Yang kelakar tu diikatnya kaki unta tu dan ditumbangkan macam lembu juga. Kan ke tak senonoh. Unta ni sembelih sambil dia berdiri aje lah bang oii..)
5. Solat Zohor berjemaah (termasuk lah 'otai' masjid dan pejuang2 yang melaungkan Islam)
6. Pahala aku (sebab nampak buruk saudara Islam)

Thursday, December 20, 2007

Dakwah Orang Bisu



Bulan Disember tahun lepas satu jemaah orang bisu dari Pakistan datang ke Malaysia. Mereka buat usaha ke atas orang-orang bisu supaya mereka juga dapat amal agama seperti kita. Laporan mengatakan orang-orang pekak & bisu selalu hidup terpinggir dari masyarakat dan mereka kurang dalam amalan agama.

Dengan izin Allah, hasil dari usaha mereka, satu jemaah 40 hari orang-orang bisu telah dikeluarkan. Tidak lama kemudian usaha semakin meningkat dan jemaah 40 hari orang bisu dihantar ke Pakistan. Sehingga kini, ada terjemahan untuk orang-orang bisu pada setiap malam minggu di masjid Sri Petaling. Sebelum ni tiada 'sign language' yang khas untuk menerangkan tentang kebesaran Allah, kisah Nabi dan lain-lain. Alhamdulillah, sekarang dah ada.

Setiap dari umat ini dihantar untuk buat kerja dakwah. Tak kira apa keadaan mereka. Orang-orang bisu pun boleh buat dakwah. Apa jawapan kita yang normal ni nak beri depan Allah bila ditanya tentang kerja ni. Ya Allah ampunilah kami. Terimalah kami untuk kerja ni. Amin!!!

Monday, December 17, 2007

Selimut Putih





Harta kata, 'Aku bukan milik mu lagi.'
Projek kata, 'Orang lain kena ambil alih.'
Isteri kata, 'Aku redho.'
Anak kata, 'Abah dah pergi.'
Saudara mara kata, 'Pak Long kau dah tak de!'
Jiran dan kawan kata, 'Kita sama2 uruskan arwah.'

Apa yang tinggal???
Iman dan amal.
Orang pandai; banyak ingat maut dan buat persiapan.

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...