Tuesday, January 01, 2008

Buang Gelap Dulu atau Bawa Cahaya Dulu?


Kalau masuk bilik gelap, nak buat apa dulu?
Buang gelap dulu atau bawa cahaya dulu.

Segala kemungkaran tu gelap.
Segala kemakrufan tu cahaya.

Jadi??? Emm...

Mungkar yang paling top?
Zina ke? Rasuah ke? Bunuh ke? Judi ke?
Semua tu kira top la, tapi bukan yang paling top.

Mungkar paling top adalah mensyirikkan Allah dan tinggalkan solat.

Allah tak ampun dosa syirik.
(Ya Allah selamatkan aku dari syirik, amin!!)

Tak ada tempat dalam Islam bagi orang yang tinggalkan solat.
Solat umpama kepala pada badan.
Perkara pertama ditanya di mahsyar adalah solat.
Kalau solat ok, semua ok. Kalau solat ko, semua ko.
(Ya Allah terimalah semua solat dan amalan ku, amin!!)

Habis tu macam mana nak selamat dari semua ni?
Kena buat makruf paling top la.
Mentauhidkan Allah dan mendirikan solat.

Hari-hari kena ajak manusia mentauhidkan Allah,
'Allah maha kuasa, selain Allah adalah makhluk yang berhajat kepada Allah.'
'Harta, takhta, senjata; semua makhluk.'
'Boleh guna makhluk, tapi jangan ada
walau sebesar debu yakin dalam hati pada makhluk.'

Semua Nabi-Nabi dihantar untuk
ajak manusia mentauhidkan Allah.
Tak pernah mereka ajak manusia bina harta, takhta, senjata.
(nauzubbillah).
Walaupun sebahagian mereka ada dan guna semua tu.

Tanda iman adalah amal.
Dari mulut, turun ke hati, zahir dengan amal.
Muazin kata, 'Allahu Akbar, Allahu Akbar.'
Hati kata, 'benar, Allah Maha Besar!'
Badan kata, 'ish.. aku kena solat sekarang. Allah panggil tuh..'
'...dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.'
Solat berjemaah!

'...sesungguhnya, solat itu mencegah dari fahsyak dan mungkar.'
Siapa kata nih?

Jadi??? Emm...

Kalau masuk bilik gelap, nak buat apa dulu?
Buang gelap dulu atau bawa cahaya dulu.

2 comments:

  1. dalam gelap itu sedikitnya cahaya
    dalam gelap itu banyaknya takut
    takut kerana teringatnya kubur bergelap.

    ReplyDelete
  2. dalam ilmu fizik sebenarnya tiada istilah 'gelap'. tetapi 'kegelapan' itu terjadi kerana kurangnya cahaya. analogi mudah, bolehkah kita menambah kegelapan andainya kita tidak mengurangkan cahaya? menggelapkan sesuatu hanya berjaya dicapai jika cahaya dikurangkan, dan cahaya boleh ditambah/dikurangkan (dengan cara kuatkan/kurangkan intensiti lampu. justeru pada pendapat ana yang dhoif ini, tatkala berada dalam kegelapan, maka kita perlu berikan cahaya... kerana hanya melalui cahayalah kegelapan itu dapat disingkap dan mata akan mula dapat melihat...wallahu a'lam...

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...