Monday, September 10, 2007

Ramadhan; Apa Nak Jadi Dengan Aku?

Daripada Salman RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda pada hari terakhir bulan Sya'ban;
'Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya (Ramadhan) dengan mana2 amalan sunat maka seolah2 seseorang yang telah menunaikan 1 amalan fardhu pada bulan2 yang lain. Dan sesiapa yang menunaikan 1 fardhu di dalamnya (Ramadhan) adalah seumpama seorang yang telah menunaikan 70 fardhu pada bulan2 lain.'

Adalah perlu untuk kita merenungkan keadaan ibadat kita masing2. Pada bulan yang diberkati ini setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan2 fardhu dan sunat.

Kecuaian kita begitu ketara sehingga ada di antara kita yang tidur semula selepas bersahur maka solat Subuhnya terpaksa diqadha atau pun sekurang2nya terlepas dari solat berjemaah. Sedangkan solat berjemaah adalah sangat penting di dalam agama. Ahli usul fekah menyifatkan solat fardhu tanpa berjemaah adalah amalan yang cacat.

Terdapat juga solat Zohor dikorbankan kerana kita tidur pada waktu tengahari dan solat Asar dikorbankan kerana kita sibuk dengan membeli-belah untuk berbuka puasa. Solat Maghrib & Isyak dengan berjemaah juga terkorban kerana kita sibuk dengan berbuka puasa dan berehat.

Solat Israk dan Dhuha juga terlepas kerana kita biasanya tidur atau sibuk dengan urusan lain. Solat Awwabin (selepas Maghrib) juga terlepas kerana kita sibuk dengan berbuka. Solat Tarawih 20 rakaat juga terlepas atau terkurang kerana alasan kepenatan dan lain2 alasan. Ada juga yang menunaikan solat Tarawih pada malam2 yang awal sahaja sehingga di malam2 akhir Ramadhan tinggallah imam, bilal dan beberapa orang yang masih setia. Solat Tahajud pula terlepas kerana kita sibuk dengan bersahur, di mana kita hendak mencari masa lapang untuk bersolat.

Semua ini adalah kerana kurang kesungguhan dan tidak ada keinginan untuk melakukannya. Tujuan saya menulis di sini hanyalah sebagai peringatan untuk menghisab amalan sendiri.

Wallahua'lam.

Friday, September 07, 2007

Gambar Dulu-Dulu

10 tahun dulu... Gambar dengan Amir.
Masa cepat sangat berlalu. Perjalanan terlalu panjang.
Bekalnya pulak sangat kurang.

Teringat satu hadis Nabi;
'Barang siapa yang berpuas hati dengan rezeki yang kurang,
maka Allah akan berpuas hati dengan amalnya yang kurang.'

Tapi nak kata rezeki kurang tak boleh juga sebab
rezeki dari Allah banyak sangat, tak boleh nak hitung.
Macam-macam dah diberiNya.
Ya Allah ampuni kami...

Tuesday, September 04, 2007

Dunia Darul Asbab

Satu-satu benda yang terjadi kat dunia ni, Allah lah yang menciptakannya. Allah juga cipta asbab-asbab untuk uji iman manusia. Contoh :

i) Asbab kahwin dapat anak

ii) Asbab kerja dapat rezeki
iii) Asbab makan dapat kenyang dan lain-lain lagi.

Tapi kadang-kadang Allah buat sesuatu berlawanan dengan asbab untuk menunjukkan kehebatanNya. Contoh :

i) Nabi Ibrahim dicampak oleh Namrud dalam api tapi tak terbakar.
ii) Nabi Musa campak tongkat jadi ular yang besar.
iii) Nabi Isa lahir hanya ada ibu, tanpa bapa dan banyak lagi contoh dalam quran serta kisah orang terdahulu.

TAPI SATU ASBAB ALLAH TAK AKAN UBAH HINGGA KIAMAT;
iaitu asbab manusia dapat HIDAYAH dan beriman pada Allah hanyalah melalui perantaraan usaha dakwah yang dibuat oleh Nabi-Nabi dengan penuh pengorbanan, kesungguhan dan tawakal kepada Allah. Nabi-nabi telah jumpa manusia secara bersemuka walaupun pada zaman mereka juga ada teknologi canggih, ada kekayaan, ada kerajaan.

Walaupun ada Nabi-Nabi terdahulu dibunuh, dipukul, dicaci, dipulau, dikatakan GILA, dikata tak bertamadun, miskin dan sebagainya. Walaupun Nabi-Nabi terdahulu ada yang tiada pengikut, ada yang anak isteri sendiri menentang, ada yang pengikut 83 orang sahaja setelah buat dakwah 950 tahun siang dan malam (Nabi Noh). Namun kerja mengajak manusia kepada perintah-perintah Allah diteruskan hinggalah kepada Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

DAN KERJA KENABIAN IAITU DAKWAH SUPAYA JADI ASBAB MANUSIA DAPAT HIDAYAH TELAH DIPINDAHKAN KEPADA UMAT YANG AKHIR iaitu kepada saya, tuan-tuan dan semua umat Islam hingga hari kiamat. Cara yang sama, kerja yang sama, pengorbanan yang sama perlu dibuat oleh umat ini supaya Allah beri hidayah kepada kita, keluarga dan seluruh umat manusia. Tiada jalan lain.

Mafhum firman Allah dlm surah Yusof (108);
Katakanlah (wahai Muhammad kpd umatmu): "Inilah sahaja jalanku (tiada jalan lain), menyeru manusia kepada Allah, dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. (itulah jalan) aku dan para pengikutku. Dan maha suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mensyirikkan Allah".

Wallahua'lam.

Friday, August 31, 2007

Di mana Ainul Mardhiah?

Mardhiah, oooo Mardhiah। Mana pulak pegi nya budak bertuah nih...
Senyap aje.

















Aik! Sape pulak tuh?

















Ha hah॥ gotcha..



Tuesday, August 28, 2007

Masjid Sri Petaling

Jemput saudara semua ke perhimpunan mingguan umat Islam KL/Selangor di masjid Sri Petaling (berdekatan Stadium Bukit Jalil) pada setiap Sabtu malam minggu.

Program bermula dari Asar (Sabtu) hingga 8.00 pagi (Ahad). Penerangan2 tentang usaha agama dibuat oleh Ulama Masjid Sri Petaling dan dari ahli jemaah yang datang dari luar negara.

Kepada para alim ulama, ustaz & imam; ada program khas (jamuan & ramah mesra) untuk tuan selepas isyak, dibilik hujung sebelah kanan masjid.



Friday, August 24, 2007

Multi Level Marketing

Dalam sebulan usahakan 3 orang baru untuk solat berjemaah. Setelah mereka sedia solat berjemaah, usahakan mereka membina 'downline' mereka dengan merekrut 3 orang baru yang lain untuk solat berjemaah dalam bulan berikutnya. Sementara anda cari lagi 3 orang baru untuk solat berjemaah.

Maka keuntungan anda dalam 3 bulan;

Bulan 1; 1(anda) + (1 x 3) = 4
Bulan 2; 3(downline baru anda) + (3 x 3) = 12
Bulan 3; 3(downline baru anda) + (3 x 3) + (12 x 3) = 48

Keuntungan dalam 3 bulan pertama = 64 orang solat berjemaah x 5 waktu solat.

Bayangkan amalan ni jika berterusan hingga hari kiamat!

Mafhum firman Allah dalam Surah As-Saf ayat:10-11 :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).

Tuesday, August 21, 2007

Tips Untuk Dapat HIDAYAH

Kena MUJAHADAH (mim, jim, ha, dal, ha)

mim = malun (dengan harta)
jim = jasadun (dengan diri)
ha = hijratun (berhijrah pada jalan Allah)
dal = dakwatun (ajak kepada makruf, cegah mungkar)
ha = hidayatun (baru dapat hidayat)

Mafhum firman Allah :
Dan orang-orang yang berMUJAHADAH (berusaha dengan bersungguh-sungguh) kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Hidayah Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Al Ankabut 69

Untuk dapat hidayah, kena mujahadah seperti Nabi & sahabat (tertib yang tak berubah hingga kiamat) dengan mengorbankan diri (masa) & harta pada jalan agama. Selain itu perlu ada Tolab (keinginan) pada hidayah.

Ceramah, kaset2 agama, forum2 agama di internet, buku2 agama hanya bermanfaat kepada orang yang sudah ada keinginan dalam hati untuk hidayah. Bagaimana dengan yang tak ada keinginan untuk hidayah?

Kita kena mujahadah jumpa mereka dan terangkan fadilat2 dalam mengamalkan agama sehingga timbul keinginan dalam hati mereka untuk amal agama. Dan kita kena bangun malam untuk doa hidayah untuk diri dan seluruh manusia. Mudah2an dari itu Allah beri hidayah.

Wallahua'lam.

Friday, August 17, 2007

Wednesday, August 01, 2007

Orang tabligh...

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Monday, July 30, 2007

Pergi PD

Semalam (28/07/07 - 29/07/07) kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson. Bermalam di Glory Beach Resort, Tanjung Gemok, PD.
Hari ni semua dah letih jadi budak2 tak sekolah. Abah bagi cuti.



Gambar ni kat Malaysia tau, bukan kat Madras!

Friday, July 27, 2007

Ulama waris Para Nabi

Lazimnya umat Nabi2 dahulu apabila jauh dari zaman kenabian, RUH & HAKIKAT AMALAN SERTA IBADAH mereka mati lalu berubah menjadi adat & upacara2 sahaja. Itulah agama yang tnggal. Untuk menghapuskan kesesatan dan adat itu maka para Nabi yang lain pula diutus menghidupkan kembali ruh ibadat dan hakikat agama yang tulen. Seluruh agama samawi waktu itu berkeadaan demikian. Yang tinggal hanyalah beberapa adat yang disangka syariat sehinggalah diutuskan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW datang menghapuskan adat2 itu dan mengajar hakikat agama, hukum dan akhlak yang sebenar.

Umat Muhammad SAW kini juga sedang menderita penyakit yang sama, amal ibadat telah menjadi adat sahaja. Pembelajaran agama yang sepatutnya menjadi sebab untuk islah diri juga telah menjadi adat. Oleh kerana salasilah kenabian telah tamat maka kerja kanabian telah ditanggungjawabkan kepada para ulama yang merupakan pewaris Nabi.

Fardhu atas mereka untuk usaha islahkan suasana fasad dan sesat ini dengan cara membetulkan niat kerana suatu amalan akan menjadi adat jika dilakukan bukan dengan niat kerana Allah dan sifat penghambaan. Oleh itu membetulkan niat akan menghidupkan ruh amalan itu hingga ia tidak lagi disebut sebagai adat malah sebagai hakikat dan perhambaan kepada Allah.

Maka setiap amalan itu hendaklah ada sifat perhambaan disertai semangat beribadat kepada Allah. Oleh itu menanam niat yang sohih dalam setiap amalan agar menjadi suatu hakikat menjadi tugas dan kewajipan para ulama dan ahli2 agama.

Terdapat kelemahan dan kelalaian dikebanyakan madrasah. Walaupun pelajarnya diajar dengan ilmu agama tetapi tidak ditekankan maksud asal belajar iaitu khidmat kepada agama dan dakwah. Akibatnya setelah tamat belajar matlamat mereka adalah mencari keduniaan atau menjadi pekerja atau mengambil ujian di pengajian umum untuk wang. Maka seluruh masa, belanja, usaha dan tenaga yang telah dicurahkan untuk belajar ilmu agama tidak berhasil. Sehingga ada yang bekerja dengan orang2 yang memusuhi agama.

Oleh itu kita kena fikir untuk memimpin mereka supaya bersedia untuk khidmat kepada agama dan mengamalkan perintah agama dan menunaikan hak2 ilmu agama setelah tamat belajar. Maksud ilmu yang utama ialah agar seseorang itu dapat islah kekurangan serta kelemahan dirinya, memahami kewajipannya dan berusaha membaiki kehidupannya. Apabila ilmu diguna untuk menyalah dan mencari aib orang lain, maka ilmu tersebut menjadi sebab takabur dan sombong. Ilmu itu akan membinasakan pemiliknya sendiri.

Dipetik dari kata2 Maulana Ilyas rah.,
meninggal dunia pada Julai 1944.

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...