Friday, November 15, 2019

Meminang Anak Dara Tampin

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Dah lama tak update blog.. dari dibiarkan bersawang, tulis la sikit2..

Ni cerita 27 Oktober 2019..

Kami sekeluarga, mak, abah dan adik beradik serta family masing2 dengan 3 kereta bergerak ke Tampin, Negeri Sembilan dengan misi meminang anak dara untuk anak teruna kami yang sulung.. rasa dah tua dah.. dah nak bermenantu.. huhu

2 jam jugak perjalanan

Kami sampai di rumah perempuan dalam 11 pagi.. ingatkan biasa2 je.. rupanya dah siap khemah bagai.. sedare-mare diorang punyalah ramai.. ada berbelas2 kereta.. ahaks

Jadi kisah selanjutnya, korang tengok video aje lah ye.. hehe





Sekian dimaklongkan.


Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (Takaful Ikhlas) & 50km (Takaful Malaysia)
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Friday, August 16, 2019

Afamosa Resort Melaka 2019

Cuti-cuti keluarga kami kali ni ke Afamosa Resort Melaka.. mak abah dan family adik-beradik semua ada sekali.. gerak ke Melaka pada raya haji kedua 12/08/2019.

Aku dan awekku.. ahaks

Rumah luas dengan harga berpatutan

Inilah keluarga kecil kami

Aktiviti utama selama 3 hari

Sampai hari ni terinngat-ingat asam pedas tu

Family aku je dah 3 meja

Alhamdulillah

14/08/2019 check out

Balik tu kami hantar anak ke 4 balik madrasah di Sabak Bernam.. memang letih woo drive.. walaupun isteri dan 2 anak lagi boleh drive, aku rasa elok aku sorang aje lah yang drive.. kalau diorang drive pun aku bukan dapat tidur.. huhu

Campur berhenti solat, makan, tandas dan urusan madrasah, total 8jam perjalanan
Info resort yang kami masuk; https://abnb.me/31J2TTYgCX   

Sekian dimaklongkan.


Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (Takaful Ikhlas) & 50km (Takaful Malaysia)
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Tuesday, June 18, 2019

Cerita dari Tennesse, USA


Pada tahun 1985, Hadraji Maulana Innamul Hassan telah amanahkan kepada Pakistan untuk hantar 10 jemaah setahun jalan kaki pada setiap tahun ke USA. Jadi mereka mula hantar jemaah setahun jalan kaki hingga 1995. Mereka berjalan kaki dari timur ke barat, dari utara ke selatan, bandar ke bandar, tak kira musim sejuk atau panas. Khemah-khemah didirikan pada setiap tempat mereka berhenti untuk mereka menetap dan buat amal selama beberapa hari. Kemudian mereka jalan lagi. Kesannya ribuan orang dapat hidayat.

Karkun tempatan di Maryland menceritakan pada satu mlm pada tahun 1991, beliau terima panggilan dari balai polis di bandar berhampiran Memphis, Tennesse. Pihak polis bertanyakan adakah beliau kenal jemaah Pakistan yang sedang bergerak di sana. Karkun tu kata ya dia kenal. Polis maklumkan bahawa jemaah ni sedang terperangkap dalam salji di satu kawasan berbukit. Jadi nak buat apa dengan mereka ni? Karkun tempatan tu kata berilah mereka tempat perlindungan sehingga salji reda.

Jadi pihak polis telah tempatkan mereka di balai polis. Jemaah boleh pilih nak menetap di mana-mana bilik dan jemaah telah memilih utk menetap di dewan utama balai polis. Jemaah telah menetap di sana selama seminggu dan 3 pegawai polis telah memeluk Islam.

Bila ditanya kenapa kamu masuk Islam? Mereka kata selama seminggu mereka telah memerhati pergerakan dan amal jemaah melalui CCTV. Pada waktu malam mereka lihat jemaah bangun untuk solat dan menangis dalam doa-doa mereka. Jadi polis ni tanya apa yang kamu doakan? Jemaah kata kami doa untuk kamu supaya kamu dapat hidayat dan selamat di kehidupan akhirat. Polis tanya kenapa kamu doa utk kami? Jemaah kata sebab kita bersaudara kerana datang dari bapa yang sama iaitu Nabi Adam a.s. Allahu akbar.

Wallahuàlam.



¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)


Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Sunday, March 03, 2019

Muzakarah tentang mesyuarat


(1) Mesyuarat akan menzahirkan kelebihan seseorang.
(2) Mesyuarat boleh mengislahkan seseorang.
(3) Mesyuarat akan membuka jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
(4) Mesyuarat boleh memajukan usaha agama.
(5) Melalui mesyuarat, kebolehan dan kepandaian umat ini akan digunakan untuk perkara yang betul (Agama)
(6) Kepentingan mesyuarat sama dengan kepentingan solat jemaah. Jika kita tidak menunaikan solat berjemaah maka kita tidak dapat ganjaran daripada solat. Begitu juga, jika kita tidak bermesyuarat maka kita tidak dapat ganjaran daripada usaha kita.
(7) Solat jemaah boleh menyatukan umat, wujud kasih sayang, ada kekuatan amal dan amal tersebar. Seperti juga mesyuarat boleh menyatukan hati dan umat ini.
(8) Mengambil bahagian dalam mesyuarat dan membuat kerja berdasarkan keputusan mesyuarat adalah perkara fardu ain dalam membuat usaha agama ini.
(9) Barangsiapa yang terputus dalam mesyuarat maka dia terputus hubungan dalam usaha agama.
(10) Barangsiapa yang membuat kerja berdasarkan keputusan mesyuarat maka dia sentiasa dalam membuat pekerjaan agama dan menjadi mahir dalam membuat kerja agama.
(11) Orang yang berpengalaman dan mahir dalam membuat kerja agama wajib taat dengan keputusan mesyuarat.
(12) Tiada siapa yang bebas dalam mesyuarat.
(13) Rasulullah s.a.w. sentiasa bermesyuarat dengan sahabatnya dalam hal-hal agama.
(14) Rasulullah s.a.w. sentiasa berpendirian dengan keputusan mesyuarat.
(15) Setelah keputusan mesyuarat dibuat, kita jangan ada syak atau ragu-ragu dengan keputusan mesyuarat sebaliknya kita kena yakin dengan bantuan Allah s.w.t dan bertawakal dengan Allah s.w.t.
(16) Selepas keputusan mesyuarat diibuat, kita jangan anggap kita sudah bebas daripada tanggungjawab kerja agama.
(17) Selepas keputusan mesyuarat dibuat, kita kena banyak fikir risau dengan takaza agama yang belum disempurnakan lagi.
(18) Selama mana takaza agama belum disempurnakan, selama itu kita kena banyak fikir risau.
(19) Apabila kita melakukan kesilapan ketika menyempurnakan takaza agama setelah diputuskan dalam mesyuarat, maka Allah s.w.t. akan memaafkan kita dan membetulkan kesilapan kita, kerana kita buat takaza agama dalam mesyuarat.
(20) Selepas keputusan mesyuarat dibuat, semua diberi tugas untuk diselesaikan, maka semua orang akan dapat ganjaran yang sama daripada Allah s.w.t.
(21) Jika kita melakukan kerja agama melalui mesyuarat maka kita bebas daripada sifat takabur dan nifak.
(22) Melalui mesyuarat, Allah s.w.t. buangkan sifat-sifat buruk kita.
(23) Melalui mesyuarat, Allah s.w.t. tanamkan sifat-sifat baik dalam diri kita.
(24) Rasulullah s.a.w. tidak akan membuat keputusan mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa sebaliknya baginda s.a.w. akan memberi peluang kepada para sahabat r.a. untuk berfikir.
(25) Amir mesyuarat tidak perlu memberi cadangan.
(26) Amir hanya dengar cadangan.
(27) Amir hanya fikir tentang cadangan yang diberikan.
(28) Amir hanya tumpu tawajuh kepada Allah.
(29) Amir hanya melihat manfaat sesuatu cadangan.
(30) Allah s.w.t. memberi ilham kepada amir untuk membuat keputusan.
(31) Amir membuat keputusan tanpa terikat dengan suara majoriti dan minoriti.
(32) Amir boleh membuat keputusan berdasarkan seorang sahaja yang memberi cadangan.
(33) Mesyuarat bukan sekadar membuat keputusan sesuatu takaza agama.
(34) Mesyuarat adalah satu medium untuk menyatukan kepelbagaian fikir kepada satu fikir risau.
(35) Berbeza pendapat adalah rahmat dari Allah s.w.t., beza pendapat akan membuka pelbagai jalan penyelesaian.
(36) Jika berbeza pendapat menyebabkan pecah hati maka ia akan menarik azab daripada Allah s.w.t.
(37) Pada hari ini, kita yakin bahwa pendapat kita betul. Kalau pendapat kita tak diterima maka kita cepat marah dan melenting. Apabila sesuatu takaza agama gagal untuk disempurnakan maka kita akan mengungkit tentang pendapat kita yang dulu telah ditolak mentah-mentah. Inilah tanda orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t.
(38) Tidak ada mesyuarat sebelum mesyuarat dan juga tidak ada mesyuarat selepas mesyuarat.
(39) Jika kita ada membuat mesyuarat sebelum mesyuarat dan mesyuarat selepas mesyuarat maka kita telah khianat dalam mesyuarat.
(40) Mesyuarat adalah amanah.
(41) Dalam mesyuarat tidak ada kumpulan.
(42) Dalam mesyuarat, kita kena anggap semua adalah kawan kita.
(43) Kita jangan beri cadangan untuk menaikkan nama kawan kita.
(44) Kita jangan beri cadangan dengan anggapan bahwa cadangan kita paling bagus.
(45) Kita beri cadangan dengan anggapan bahwa apa-apa sahaja keputusan mesyuarat yang telah dibuat maka kita kena taat.
(46) Kita jangan tekan cadangan kita.
(47) Mesyuarat akan mewujudkan sifat taat dalam dirik kita dan bukannya sifat takabur.
(48) Barangsiapa yang cadangannya ditolak maka dia perlu ada sifat takut kepada Allah s.w.t.
(49) Barangsiapa yang cadangannya diterima maka dia perlu ada sifat lebih-lebih lagi takut kepada Allah s.w.t.
(50) Apabila ada perbezaan pendapat dikalangan para sahabat, Rasulullah s.a.w. ada juga mengunakan uslub membuat keputusan berdasarkan suara majoriti.
(51) Sebelum mengadakan mesyuarat, amir kena pastikan semua orang telah hadir dalam mesyuarat.
(52) Jika seseorang dipelawa untuk menghadiri mesyuarat kemudian menolak atas alasan tertentu maka dia seorang yang takabur.
(53) Amir jangan menganggap ketidakhadiran seseorang tidak memberi kesan kepada mesyuarat.
(54) Seorang yang tidak hadir dalam mesyuarat berkemungkinan dia akan menjadi pengkhianat atau penfitnah.
(55) Amir dan fikirman jangan menganggap bahawa mereka adalah besar. Maka ia akan wujud sifat takabur, bangga diri dan riak.
(56) Jika Amir dan fikirman mempunyai sifat buruk maka orang yang hadir dalam mesyuarat akan duduk dalam keadaan pecah hati.
(57) Orang yang hadir dalam mesyuarat hendaklah duduk kerana Allah s.w.t. dan bukannay kerana amir atau syura'.
(58) Setiap orang kena hadir dalam mesyuarat samada amir, makmum, fikirman, orang kampung, orang bandar, orang bijak atau orang yang buta huruf.
(59) Mesyuarat bukannya memerlukan idea yang hebat-hebat.
(60) Mesyuarat hanyalah memerlukan fikir risau yang banyak.
(61) Mesyuarat menyatukan fikir risau.
(62) Mesyuarat memikirkan tentang takaza agama.
(63) Mesyuarat menyempurnakan takaza agama.
(64) Mesyuarat memajukan takaza agama.
(65) Mesyuarat memajukan setiap orang atas pengorbanan mereka dalam menyempurnakan takaza agama.
(66) Mesyuarat akan menggunakan kebolehan dan kepandaian setiap orang yang hadir.
(67) Mesyuarat akan menggunakan diri, harta dan masa kita untuk menyempurnakan takaza agama.
(68) Melalui mesyuarat, sifat-sifat baik akan datang dalam diri kita seperti taat, mujahadah, khidmat, tawaduk dan sentiasa menangis kerana Allah s.w.t.
(69) Semasa mesyuarat, kita kena fikir alami.
(70) Semasa mesyuarat, mulakan dengan takaza agama yang besar kemudian takaza agama yang kecil.
(71) Mulai hari ini kita kena buat keputusan bahawa kita tidak akan melakukan sesuatu tanpa mesyuarat.
(72) Semua perkara kita kena buat mesyuarat.

Wallahua'lam.

#copypasteje

*************


السلام عليكم
*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.*
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)
🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.
*AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)*
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Thursday, December 27, 2018

Jemaah Tarbiah


JEMAAH TARBIAH adalah jemaah² dari luar negara dan dlm negara yg tak dpt ke IPB kerana masalah² tertentu, maka jemaah² ini akan dihantar ke dlm Malaysia.

Jemaah² ini terdiri dari jemaah² lelaki dan jemaah² masturat. Selepas habis 4bln lelaki atau 2bln masturat di Malaysia, maka tahun seterusnya mereka layak ke seluruh dunia.

Sediakan diri kita utk takaza yg makin meningkat utk org Malaysia.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”


Wallahuàlam

*************


السلام عليكم
*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.*
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)
🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.
*AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)*
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Thursday, November 08, 2018

Laporan ijtimak KL Selangor 3-6 Nov 2018

Dlm mesyuarat markas sri petaling 7 Nov 2018;

Laporan oleh Dr Matvet:
3 dewan & 40 khemah quotation awal 1.2M. Berkat tuan2 punya doa & solat hajat Allah bg discount sehingga 350k..


Pihak MAEPS terkejut.. event 3hr 3mlm.. siap bermlm!.. 1st time dlm sejarah.. pihak maeps gembira dengan program ijtimak yg dibuat.. mereka kagum dengan usaha2 kita pda sebelum dan selepas ijtimak..


Pihak MAEPS juga terkejut semlm hand over dah siap semua.. bersih.. tersusun seperti sedia kala.. biasanya 3hr pun x siap lg tapak tu utk disewakan semula..


Kata pihak maeps "tidak pernah ada event2 sebelum ini yg dapat bersihkan seluruh kawasan yg digunakan dalam masa sehari, event2 yg lain biasanya 3 hari masih belum selesai kemas lagi"


Air, aircond & electricity semua mencukupi. Pihak Mardi mengalu2 kan utk program yg akan dtg. Pihak mardi beritahu next ijtimak mereka lebih paham apa kehendak ijtimak.

Jemaah yg keluar dr ijtimak 228 dan jumlah keseluruhan jemaah sebelum dan selepas ijtimak +-500 jemaah..

Kehadiran dari negara luar sbnyk 23 negara.


“Yang paling saya pelik sewaktu pemeriksaan kebersihan sepanjang istimak ini adalah tak jumpa seekor lalat, lipas, tikus pun di kawasan memasak & pembuangan sampah. Tandas pun ditinggalkan dalam keadaan bersih tanpa satu puntung rokok pun. Makanan semua bersih & fresh dimasak. Terbaik.” - Maeps


Semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam.

Wallahuàlam

*************


السلام عليكم
*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.*
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)
🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.
*AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)*
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Wednesday, November 07, 2018

Terapi Mandi Hujan


KALAU hujan turun, jangan masuk rumah dulu. Tapi mandilah air hujan kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya.

Kita mesti buang pemahaman orang tua dulu kala, air hujan itu punca demam dan sakit. Baca selanjutnya..

KENAPA MANDI HUJAN DEMAM?
Ya, selalunya kita melarang anak untuk mandi hujan kerana itu punca demam dan sebagainya. Ini pemahaman yang salah! Kalau sakit lepas mandi hujan, itu bukan sebab air hujan, tapi sebab banyak benda kotor dalam badan.

Air hujan itu sebagai bahan pencuci, untuk menyah segala kotoran terutamanya gangguan syaitan. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan, itu perlu rawatan susulan.

AIR HUJAN DAPAT SCAN PENYAKIT DALAM BADAN
Tahukah anda, salah satu cara untuk kesan atau scan segala penyakit dalam badan adalah dengan mandi air hujan. Ada juga orang mandi hujan tidak juga sakit sebab badannya bebas jin. Alhamdulillah.

CARA MANDI AIR HUJAN YANG BETUL

1. NIAT
Niatlah dalam hati sekuatnya dan mohon pertolongan Allah tujuan kita mandi air hujan.

Sebagai contoh, minta Allah menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pada Allah. Jadikan air hujan sebagai api dan asid yang membakar jin dalam tubuh kita.

Seterusnya, anak degil atau hyperaktif umur 5 tahun ke atas, niat lembutkan hatinya agar dengar kata. Hilangkan segala gangguan syaitan.

2. JANGAN TERUS LOMPAT JIKA HUJAN!
Biarkan hujan berlalu selama sekurang-kurangnya 10 minit, kemudian barulah kita mandi air hujan.

3. JANGAN TADAH AIR HUJAN
Air hujan yang digunakan untuk terapi ini mesti air hujan yang turun terus dari langit. Tidak terkena pokok, bumbung atau disambut dengan baldi.

4. JANGAN MANDI HUJAN GERIMIS
Air hujan yang turun sebaiknya hujan lebat bukan gerimis.

5. CARA MINUM AIR HUJAN
Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. Ini juga sebagai satu penawar.

6. BACA SURAH DAN AYAT SUCI
Mulakan mandi sambil baca Al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit. Baca sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit sambil mandi air hujan.

7. TANDA ADA GANGGUAN DALAM BADAN
Jika terasa sakit di bahagian badan, tepuk-tepuk pada bahagian yang terasa sakit itu.

Sekiranya ada rasa mual, muntah untuk keluarkan. Jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit atau jin yang mahu keluar.

8. SENTAL BADAN
Sental-sental seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit, cara ini pun bagus untuk menjadi penawar.

9. JANGAN TERUS KERINGKAN BADAN
Selesai mandi, badan jangan dilap kecuali rambut. Biar hingga ia kering sendiri.

10. BUKAN HANYA SEKALI
Lakukan terapi ini selama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 7 hari berturut. Kalau hujan tidak turun hari berikutnya, nasib lah. Tunggu pula hingga hujan turun pula.

Lain kali hujan turun, jangan mengeluh. Ada manfaatnya bagi orang lain yang memerlukan. Bagi orang yang berakal dengan pemberian Allah, dia akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

https://bumbumcak.my/air-hujan-sebenarnya-adalah-terapi-untuk-segala-penyakit-dan-gangguan-jin/

#########################


السلام عليكم
*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.*
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)
🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.
*AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)*
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Monday, October 01, 2018

3 Hotspot Akhir Zaman

"Banyakkan doa dan jaga iman amal.

Ada 3 Hot spot akhir zaman iaitu Yaman, syam dan Hind (India, Pakistan , Bangladesh).

Ketahuilah syam semuanya bergolak kecuali jordan dan dari jordan kami dapat dengar bunyi bom yang digugurkan di Syria.

Ketahuilah Yaman jugak sedang bergolak dengan tentera salibi, Saudi dll. Jutaan sedang merana.

Dan tak lama lagi, paling klimaks, ialah peperangan di Hind, ketika itulah tentera Mahdi akan terbentuk buat pertama kalinya kerana di Hind dipenuhi dengan para pejuang agama Allah yang ikhlas.

Jadi, cukuplah peringatan demi peringatan dari nabi sallallahu Alaihi Wasallam tentang akhir zaman ni buat kita bersedia dengan iman dan amal, bukan hanya sekadar baca, teruja, share, takut, gelabah dan teruskan hidup seperti biasa lepas tu tanpa apa-apa Islah.

Yang diinginkan ialah Islah, amal bertambah, ilmu bertambah, iman semakin kuat, jauhi maksiat, sentiasa taubat dan berbuat baik pada semua orang.

Demi Allah , kita di penghujung waktu, kitalah watak paling penting.

Hanya ada dua jalan nanti samada menjadi pengikut dajjal atau Mahdi. tiada ketiga. Jadi kalau kita tak cukup kelayakan untuk jadi tentera Mahdi, pasti akan terjerumus dalam pengikut dajjal tanpa kita sedar.

Nak tahu kita di mana samada di pihak Mahdi atau dajjal? Kita check iman, amal dan ilmu kita sekarang, adakah hidup kita berdasarkan sunnah nabi dari sudut dalaman (hati), luaran (penampilan) dan kehidupan harian (tidur, tandas, berjalan, makan dll)

Kalau semuanya according to sunnah. Insyaallah dan tahniah. Kemungkinan besar kita akan terpilih sbg pengikut Mahdi atau sekurang-kurangnya bukan pengikut dajjal."

Wallahuàlam.
Copy paste fb Ust Zakuan Faiz..


*********************************

*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Saturday, August 11, 2018

Pengalaman Gempa Bumi

Ketika aku sedang menyempurnakan zikir pagi di masjid itu, tiba² aku terasa bumi bergoyang.. tiang² masjid juga berbuai lembut ke kiri dan ke kanan.. lantai masjid terasa seperti perahu kecil yang dibuai ombak..


Suasana di luar masjid hiruk pikuk.. kedengaran suara² meminta orang ramai keluar dari rumah dan berhimpun di tanah lapang.. kedengaran juga zink² atap rumah berkeriut seperti ditiup angin kencang..

Patut ke aku lari menyelamatkan diri dengan keluar dari masjid? Tetibe teringat hadis bahawa tempat yang selamat jika berlaku bencana adalah masjid².. Kalau tiang² masjid ni menghempap kepala aku, ada peluang la aku syahid di sini..


Gempa berlaku tak lama.. hanya beberapa saat sahaja tapi cukup untuk menguji keimanan.. aku lihat kawan² yang lain tenang sahaja di dalam masjid.. alhamdulillah

*Ni kisah aku semasa di Calang, Aceh pada januari 2005.. jemaah kami dihantar ke sini untuk mendakwah iman/amal dan memberi bantuan sekadar termampu kepada saudara² Islam di sini selepas Allah uji mereka dengan tsunami.

Wallahuàlam.
Azhar Jaafar

*********************************

*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Friday, July 06, 2018

Jemaah Malaysia di Algeria 2018

Dgn nama Allah swt Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kami jemaah Malaysia pertama ke Algeria yg klr 3 bln. Jemaah2 lain yg dtg cuma 40 hr. Kami 6 org shj.

Di sini usaha makkiyah yakni 'tertutup'. Jd x boleh masuk ramai2.

Mula2 pd 30/4/18 - hanya 2 org dulu, kemudian pd 2/5/18 - kami 4 org. Flight KL - Dubai : transit di Dubai 10 jam. Dr Dubai ke Algeria @ Al Jazair 1 jam.

Ketika sampai di Airport Dubai jemaah pecah 2 - 2 org 1 kaunter. 2 org dah lps , 1 org lg lps..sy org last. 2 org kena thn & ddk satu tmpt.. lps tu kami semua dikumpulkan di situ. Lebih kurang 30 min kemudian baru pegawai dtg bg passport & kata 'OK' boleh masuk. ALHAMDULILLAH.

Sementara tggu bagasi...karkun dtg & bawa kami ke markaz. Pjlnn dlm 20 min. Seperti biasa sy mabuk pjlnn memang x dpt nak kata tp syukurlah x muntah. Pusat Bandar nama Algier.



Slps 3 hari baru kami klr ke tmpt taskil. Skrg klr di Oran, 500 km dr markaz. Cuaca skrg sejuk. 2 - 3 hari sekali baru mandi.

Peraturan di sini kena buat report polis setiap hari. Sampai rmh pertama terus bg passport report pd polis. Di sini x boleh ikhtikaf di surau. Hanya dibenarkan solah shj. Semua amalan taklim, bayan, mkn & tidur buat kat rmh. Cuma ada bbrp masjid yg boleh byn kat dpn.

Patutlah dipanggil Usaha Makkiyah tak boleh buat terang2an (terbuka). Rupanya beginilah Nabi saw & para sahabat mula2 buat usaha di Mekah. Setiap hari kami pindah rmh. Kdg2 lps subuh terus pindah, kdg2 pkl 10 am dah pindah. Setiap kali pindah bg passport report pd polis. Semua pjlnn kami direkod polis & mesti berada di tmpt2 yg tlh ditetapkan & tarikh2 yg ditetapkan juga.

Ada jemaah kami yg x thn krn setiap hr pindah. Alhamdulillah kami usaha juga utk btahan. Doakan kami.

Hari ini adalah hari ke-6 di tmpt taskil.. jd dah 6 kali pindah rmh. Gash umumi x boleh buat. Jemaah Pakistan buat gash umumi terus dihtr blik ke Pakistan. Tak boleh buat dakwah org awam & org dlm masjid. Hanya boleh buat ptg2 lps asar, cari karkun kat rmh @ kedai ajak dtg ke tmpt kami berehat...lps maghrib byn & taskil dibuat.

Bila usaha tertekan begini manusia mula tawajuh.... Alhamdulillah setakat ini dlm target 2 jemaah 4B, 1 jemaah 40 hr (L), 2 jemaah 40 hr (M). Doakan Inshaa Allah.

Lps puasa ni mrk klr pd ijtimak Algeria yg pertama setelah bpuluh thn tak da ijtimak. Inshaa Allah dlm 'bln syawal' ijtimak cuma tarikh blm diputuskan lg.

Keputusan ijtimak hanya boleh diputuskan oleh Maulana Saad pd Jord Karkun Lama Malaysia yg lps bila taskil2 dr Algeria juga turut hadir. DOAKAN

130 thn dulu 1.5 juta org Algeria mati syahid melawan Perancis yg menakluki Algeria pd masa itu. Ada kubur sahabat "Uthbah Bin Nafi' " & 300 org tabiin di Algeria. Mrk org Arab mahzab Maliki. Berbahasa Arab & Perancis.

Bbrp thn lps, selama 10 thn blaku masalah politik di Algeria, ratusan ribu mati & ada yg ditgkp. Tabligh pun x dibenarkan. Karkun2 dtgkp & ada yg terus hilang x tau di mana.

Mujahadah karkun di sini dlm buat gash. Ada rahaba kami 3 X kena cukur janggut & masuk lokap selama 25 hr & mcm2 lg mujahadah mrk. Baru dlm bbrp thn ini kerajaan mula percaya dgn tabligh tp dgn syarat hanya boleh buat usaha sesama tabligh shj.

Kasihan anak2 muda di sini 100% bbudaya barat. Sgt2 penting usaha masturat dijalankan di sini.
Dlm halqah tmpt kami klr skrg ni ada 2 rmh shj yg buat taklim. Sifat org sini suka bg salam mcm org Bangladesh. X da org India & Pakistan atau org luar bniaga di sini, semua org Algeria cuma ada org China yg bkerja mbuat bangunan & rmh.

Cuaca skrg menuju musim panas, dikatakan hgga 50 drjh C.
DOAKANLAH KAMI INI
Kami x boleh klr ke tmpt rehat tanpa rahaba. Jd spjg masa dlm rmh, cuma lps asar shj baru boleh klr khususi karkun. Dah mcm jemaah masturat pulak.

Demikianlah serba sdkt karguzari di sini. Doakan kami dpt sempurnakan khuruj 3 bln kami di sini krn lps ni x tau apa lg keadaan yg akan Allah swt uji kami.

Sampaikan karguzari ini pd rakan2 seusaha di sana & mohon doakan kami di sini.

Jazakallah khair.

Karquzari Dpd :
Amran Md Lazim
J4b-Algeria.

Nota;
*Karguzari ini ditulis sebelum ramadhan 1439.

**Setahu aku (kalau silap sila betulkan), asalnya dulu usaha tabligh di algeria maju dan terbuka spt di morocco. Masa pilihanraya karkun² bersama menyokong parti islam dan parti islam telah menang. Kmdn terjadi rampasan kuasa. Org² dari parti islam termasuk karkun² ramai yg ditangkap. Semoga jadi iktibar kpd kita.

Wallahuàlam.
Azhar Jaafar

*********************************

*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Monday, June 11, 2018

5 Zaman Umat Islam

1. Zaman An-Nubuwwah
(Zaman Nabi)
*menyatukan seluruh kaum di bawah satu akidah
*menghidupkan amal masjid 24jam
*menghantar jemaah² dakwah ke seluruh tempat

2. Zaman Khilafatun ‘Ala Minhaj An-Nubuwwah
(Zaman Para Sahabat)
*khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.hum
*mereka menyambung minhaj nabi s.a.w

3. Zaman Mulkan ‘Adhan
(Zaman Penguasa Menggigit)
*pemerintahan sultan yang diwarisi
*bani umaiyyah, abbasiah, uthmaniah dan semua kerajaan Islam di dunia

4. Zaman Mulkan Jabariyyah 
(Zaman Pemimpin Ditaktor)
*bermula dari perang dunia 1 dan 2

5. Zaman Khilafatan ‘Ala Minhaj An-Nubuwwah 
(kembali seperti Zaman Para Sahabat)
*sendiri kena fikir dan muhasabah diri apakah jalan tersebut dan adakah saya dalam jalan tersebut

Pemerintahan adalah milik Allah.. Allah beri pemerintahan kpd siapa yg dikehendaki dan Allah tarik pemerintahan dari siapa yg dikehendaki..
kerja kita bukanlah dptkn pemerintahan kmdn dpt Allah.. tapi kerja kita adalah dptkn Allah.. bila dpt Allah kita dpt segala²nya termasuk pemerintahan..
bila umat beriman, Allah wujudkn pemerintah beriman.. bila umat zalim, Allah wujudkn pemerintah zalim.. kezaliman umat hari ni bila tinggalkn kerja yg jadi MAKSUD umat dihantar.

Semoga Allah tunjukkan kita kepada jalan kebenaran. Amin.

Wallahuàlam.




*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
👌Jika setuju dengan harga, anda bayar online
👍Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

🇲🇾 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)


Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...