Sunday, January 10, 2016

Sepanjang Cuti Sekolah Akhir Tahun 2015

Aktiviti cuti sekolah.. layan aje lah

25 November 2015
Pegi mandi manda kat Bukit Lagong, Selayang.. pagi sampai tengahari



27 November 2015
Jemaah 40 hari dari Ipoh masuk Kepong..
kalau ada jemaah tabligh datang tempat kita, kita kena nusrah jemaah.. bukannya nyusah jemaah.. ok? ahaks

29 November 2015
Ke laut la pulak peginya.. ke Pantai Blue Lagoon, Port Dickson.. balik hari je.. gerak dari rumah awal² pagi.. balik petang




04 Disember 2015
Shopping barang² bebudak sekolah.. ni baru round 1.. beli pakaian dulu.. beli awal² sebab kalau lambat susah nak cari saiz

Hambek, hambek.. jgn x hambek.. penuhkn bakul..
ni baru kasut.. kita mula dr kaki dulu.. ahaks
2 bakul ni dah 4 ratus lebih.. ambik napas dulu..
insyaAllah 2nd round nanti buku tulis, beg dan alat tulis pulak ye

06 Disember 2016
Ikram riadah cara sunnah pd waktu infradi jemaah 40 hari Ipoh yg bertandang ke Kepong..

Steady bang.. habis 40 hari nak memanah kat rumah pulak..

09 Disember 2015
Makanan jasad pd mlm ni.. istighfar

Hidangan dari langit..


12 Disember 2015
Selangor 2 Kedah 0

Makhluk ni dah lama duk dalam almari

13 Disember 2015
Major service 170k km.. hmmm



17 Disember 2015
Aku solat magrib di satu masjid.. lps magrib ada ceramah agama.. menarik pengisiannya.. ustaz cerita pasal azan.. kelebihan2 org yg melaungkn azan.. antaranya di akhirat nanti para muazin akn panjang lehernya.. kalau tahu kelebihan azan, org akn berebut2 utk azan.. kmdn galakn utk azan walau pengembala kambing di kaki bukit.. suami yg solat berjemaah bersama anak isteri di rumah juga baik laungankn azan dgn lantang.. setiap lelaki perlu belajar laung azan.. dan banyak lagi kelebihan2 yg lain.. ceramah berakhir pd jam 8.30mlm.. oleh kerana waktu masuknya isyak dah terlepas, pak bilal pun terus iqamah tanpa azan.. ustaz tadi pulak terus mengimami solat isyak berjemaah.. menarik kan? Sekian..

19 - 21 Disember 2015
Keluar 3 hari.. bawak anak no 1, 3 & 4.. hari ke 3, aku khidmat taam

kalau la aku.. jadi suami.. 
masak memasak.. serah pada ku.. lalala..


22 Disember 2015
Isteri aku wassap bende ni dan tanya betul ke? ntah le.. tapi aku memang xde hobi² spt yg dinyatakn.. jadi sila risau.. keh keh



25 Disember 2015
Bermandi dan bermanda dgn jemaah Ipoh di FRIM Kepong



26 Disember 2015
Bermandi dan bermanda dengan anak² dan bini.. bini² belum lagi ye



28 Disember 2015
Sessi memanah sebelum taklim.. ikram lagi jemaah 40 hari Ipoh di Kepong



30 Disember 2015
Jemaah 40hari Ipoh nak balik dah.. insyaAllah petang karguzari dan esoknya wafsi di Sri Petaling



01 Januari 2016
Left 5 grup wassap kesayangan tanpa alasan yg kukuh.. sadis.. huhu..



02 Januari 2016
Ke Fraser Hill, Pahang la pulak.. pagi menaik, petang menurun






dan akhirnya..

04 Januari 2016
Kesibukan bebudak sekolah bermula..
1.madrasah alimah Sri Petaling thn ke 7; 6.30pg isteri hantar, 2.30ptg aku ambik
2.sekolah menengah Tmn Ehsan, Kepong tktn 5; pergi/balik sendiri
3.madrasah hafiz Tmn Ehsan, Kepong thn ke 2; 8pg aku hantar, 6ptg aku ambik
4.madrasah hafizah Selayang Baru thn ke 3; 7pg aku hantar, 5ptg aku ambik
5.sekolah rendah Tmn Ehsan darjah 2; 7pg aku hantar, 1tgh isteri ambik

Rabbi yassir walaa tu 'assir.. rabbi tammim bil khair..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Wednesday, December 02, 2015

VI Batch 1990 Reunion.. After 25 Years

Malas nak taip.. korang tengok gambar je lah.. ahaks

Kejadian berlaku 7 November yang lepas..


...after 25 years
Posted by Azhar Jaafar on Saturday, November 7, 2015








Insuran & Road Tax Online (klik logo)


Wednesday, November 04, 2015

Bersedekah Menjemput Rezeki

Saya orang berniaga. Pendapatan tak tetap. Ada ketika banyak, dan ada ketika sedikit (mengikut kiraan saya, bukan kiraan orang makan gaji). Tapi pengalaman saya, pendapatan saya paling banyak ialah bila bulan di mana saya paling banyak bersedekah. Lagi banyak bersedekah, lagi banyak pendapatan yang saya terima daripada perniagaan.

Memang setiap kali bersedekah saya masih berkira-kira yang duit saya semakin berkurangan, tapi saya yakinkan diri, setiap 1 yang kita sedekahkan, sekurang-kurangnya 10 kali ganda Allah ganti balik. Itu pasti. Syaratnya kena yakin dan berusaha. Alhamdulillah, janji Allah itu sangat benar. Bila bersedekah, pasti ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang…

Jadi salah satu cara menjemput rezeki dan menggandakan kekayaan ialah dengan bersedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekah dulu baru boleh kaya. Bukan kaya dulu baru bersedekah…


Cara Disiplinkan Diri Bersedekah

Memang perasaan lokek sentiasa ada setiap kali nak bersedekah. Tapi cara saya lawan perasaan lokek tu dengan buat membuat peruntukan khas yang saya namakan “Tabung Infaq”. Saya ikut betul-betul saranan Chef Li; 1/10 pendapatan dimasukkan ke Tabung Infaq, bukan hanya ketika pendapatan dah besar, tetapi sewaktu awal-awal saya membina bisnes lagi.

Prinsipnya;

Dapat RM100, RM10 untuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000, RM100 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM10,000, RM1,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM100,000, RM10,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000,000, RM100,000 masuk Tabung Infaq.
Dan begitulah seterusnya.

Bila ada peluang untuk bersedekah yang kita rasa yakin ia tempat yang betul, tarik sebahagian duit dari Tabung Infaq dan sedekahkan sahaja. Saya rasa mustahil untuk saya ‘sanggup’ hulurkan RM100 – RM500 setiap kali bersedekah kalau saya tak buat tabung begini. Tetapi bila ada tabung, saya dah tak perlu berfikir panjang. Ambil duit dari tabung tu, dan hulurkan sahaja sebab ia memang dikhaskan untuk bersedekah. Ia untuk dihabiskan, bukan untuk disimpan…


Sampul Infaq

Setiap bulan saya akan masukkan 1/10 pendapatan ke dalam sampul begini. Dari sampul “Infaq” itulah saya keluarkan duit untuk bersedekah.


Keajaiban Bersedekah

Kekadang saya cuba “paksa diri” keluarkan duit lebih banyak dari tabung tersebut untuk disedekahkan, terutamanya pada bulan Ramadhan sampai rasa risau takut-takut tabung itu ‘kering’. Tapi janji Allah benar, Dia ganti semula pendapatan yang menyebabkan tabung tu kembali penuh. 1/10 dari pendapatan yang diterima semula cukup untuk penuhkan semula tabung tersebut seperti ia belum lagi disentuh.

MasyaAllah… Memang ajaibnya amalan sedekah. Tak pernah ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Yang jatuh miskin sebab boros berbelanja tu ramai…

Wallahu a’lam.

*kopipes wassap, x tau siapa penulis asal

gambar Mus'ab 4 thn, sekadar hiasan..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Sunday, November 01, 2015

Jenjalan Keluarga - Gold Coast, Morib

Jumaat & Sabtu; 25 & 26 September 2015..

Ni citer dah lebih sebulan dah.. jenjalan dengan family ke Morib.. tidur satu malam je.. nak sewa dua malam tapi biasa la.. last minit punya planning, dapat semalam je.. jadi la..

Pepagi dah gerak dari Kepong.. ngam-ngam sampai sana dah tengahari.. tinggalkan isteri, baby dan 2 anak pompuan kat lobby apartment.. aku dan semua anak-anak lelaki yang lain gi solat jumaat..

Lepas solat jumaat, balik ke aprtment.. tengok-tengok yang kat lobby tadi semua dah tak de.. rupanya dah lepak-lepak dalam bilik.. huhu

Criter seterusnya, tengok gambar je lah ye.. malas nak taip..



tetibe.. "teruk betul customer service Gold Coast Apt Morib ni.. aku balik asar tadi, bilik dlm apt terkunci dr dalam.. biasa la anak2 main.. dah call customer service dari kul 5 sampai skrg x dtg2 lagi bukakn pintu.. dah call 2, 3 kali dah.. baju basahan aku kat dlm bilik tu.. x dpt la mandi waterpark petang ni.. baby dah terberak pun x dpt salin diapers sbb beg dlm bilik.. anak2 besar je dh gi mandi sbb diorg bilik lain.. hampeh, bayar je mahal"

petang tu aku mandi laut je.. sadis



malam.. tapau dan makan kat apartmen je..



esoknya baru aku dapat mandi kolam..




















Hari sabtu checkout 12 tghari..

Alhamdulillah tak duk semalam lagi sebab.. jeng jeng jeng..

Jerebu mula melanda negara tercinta.. istighfar.. on the way balik KL pun pemandangan jalan dah tak clear..

Indeks Pencemaran Udara

Alhamdulillah masih nampak jalan ke masjid


1 November 2015.. jerebu dah diangkat.. kembali bawak anak-anak main taman..










Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...