Wednesday, February 04, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 - tarikh


  • Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
  • Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
  • Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
  • Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
  • Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.

Jemaah Asar - Isyak
  • Jemaah ini perlu dirombak semula
  • Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
  • Perlu hadir malam markas.
  • Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
  • Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.

Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
  • Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
  • Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
  • Untuk itu;
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.
  • Info lain;
  1. Herald Tribune
  2. Centre Daily
  3. Newsvine
  4. About Tongi Ijtimak

Nota Tambahan

Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis.
  • Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
  • Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
  • Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
  • Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
  • Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
  • Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!


Serban Nabi Dan Para Sahabatnya


Gambar Hiasan - Kawan2 nak ke Tongi


Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang).
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)

Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.

Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)

Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kearah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.

Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S.
(Ibid)

Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)

Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanyakkan para Malaikat berserban”.

Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.

Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya dengan cara di mana satu ekor serbannya berjuntai di belakang dan satu lagi di depan.

Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.

Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.

Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang.
(Abu Daud m.s. 564)

Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang.
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)

Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan).
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)

Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)

Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)


******************************************************************************

Semoga aku sendiri dapat amalkan dan sampaikan...

Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Allah (sahaja yang mempunyai daya dan upaya).

Ijtimak Tongi 2009 (foto je!)




Gambar-gambar di pinjam dari sini.

Monday, February 02, 2009

Boikot di Zaman Nabi

Dari Abdullah bin Ka'ab bin Malik ra., (beliau adalah salah seorang panglima perang), dari anaknya, ia berkata, "Saya mendengar Ka'ab bin Malik bercerita tentang tertinggalnya (tidak bersama) Rasulullah saw. dalam perang Tabuk. Ka'ab bin Malik berkata, "Saya selalu bersama Rasulullah saw. dalam setiap peperangan, kecuali dalam perang Tabuk. Memang saya juga tidak bersama beliau dalam perang Badar, tetapi tak seorangpun dicela karena tidak ikut perang tersebut. Sebab waktu itu Rasulullah saw. bersama kaum muslimin keluar bertujuan menghadang rombongan Quraisy, lalu tanpa terduga Allah mempertemukan mereka dengan musuh.

Sungguh saya mengikuti pertemuan bersama Rasulullah saw. pada malam hari di dekat Jumrah Aqabah ketika kami berjanji memeluk agama Islam. Saya tidak merasa lebih senang seandainya saya bisa mengikuti perang Badar tetapi tidak mengikuti bai'at di Jumrah Aqabah, meskipun perang Badar lebih banyak disebut-sebut keutamaannya di kalangan manusia daripada Bai'at di Jumrah Aqabah. Adapun cerita tentang diriku tidak ikut perang Tabuk, waktu itu saya sama sekali tidak merasa lebih kuat ataupun lebih mudah (mencari perlengkapan perang) daripada ketika saya tertinggal dari Rasulullah saw. dalam perang Tabuk. Demi Allah sebelum perang Tabuk saya tidak dapat mengumpulkan dua kendaraan sekaligus, tetapi waktu perang Tabuk kalau mau saya bisa melakukannya.

Karena Rasulullah saw. berangkat ke Tabuk ketika hari sangat panas, menghadapi perjalanan jauh dan sulit serta menghadapi musuh yang berjumlah besar, maka Rasulullah saw merasa perlu membekali kaum muslimin akan kesulitan-kesulitan yang mungkin dihadapi agar kaum muuslimin membuat persiapan yang cukup. Rasulullah saw. juga menjelaskan tentang tujuan mereka. Waktu itu kaum muslimin yang ikut perang Tabuk bersama Rasulullah saw. cukup banyak (sekitar 30.000 orang), tetapi nama-nama mereka tidak tercatan dalam buku. Sedikit sekali di antara mereka yang absen (bersembunyi dan tidak ikut perang). Orang-orang yang absen itu mengira bahwa Rasulullah saw. tidak mengetahuinya selama wahyu Allah Ta'ala tidak turun.

Rasulullah berangkat ke Tabuk ketika buah-buahan dan tetumbuhan kelihatan bagus. Karena itu hatiku lebih condong ke sana (kepada buah-buahan dan tetumbuhan). Tatkala Rasulullah dan kaum muslimin hendak berangkat mempersiapkan segala sesuatunya, saya pun bergegas keluar guna mempersiapkan diri bersama mereka. Namu saya kembali tanpa menghasilkan apa-apa, padahal dalam hati saya berkata, "Saya mampu mempersiapkannya jika bersungguh-sungguh." Demikian itu berlangsung terus, dan saya selalu menundanya untuk mempersiapkan perlengkapan perang, sampai kesibukan kaum muslimin memuncak.

Pada akhirnya di pagi hari Rasulullah saw. beserta kaum muslimin berangkat, sementara saya belum mengadakan persiapan. Lalu saya keluar (untuk mencari perlengkapan), tetapi saya kembali dengan tangan kosong. Hingga kaum muslimin bertambah jauh dan pertempuran semakin dekat. Kemudian saya putuskan untuk menyusul kaum muslimin. Andai saja saya berbuat demikian, namun takdir menentukan lain.

Akhirnya ketika saya keluar dan bergaul dengan masyarakat sesudah berangkatnya Rasulullah saw. hatiku resah dan saya menganggap diri ini tidak lebih sebagai seorang munafiq atau lelaki yang diberi keringanan oleh Allah karena lemah (pada saat itu di Madinah yang tinggal hanyalah orang-orang yang disebut munifiq dan orang-orang yang udzur karena amat lemah, seperti orang yang tidak dapat berjalan, buta, sakit dan sebagainya). (Menurut keterangan teman-teman)Rasulullah saw. tidak pernah menyebut-nyebut saya hingga sampai ke Tabuk. Sesampainya di Tabuk barulah beliau bertanya,

"Apa sebenarnya yang dikerjakan oleh Ka'ab bin Malik?"

Salah seorang dari Bani Salimah menjawab, "Ya Rasulullah, dia terhalang oleh selendangnya dan sedang memandang kedua pinggangnya (sedang bersenang-senang memakai pakaiannya)."

Tetapi Mu'adz bin Jabal menghardiknya. "Betapa buruk perkataanmu. Demi Allah yang kami ketahui pada Ka'ab hanyalah kebaikan."

Rasulullah saw pun diam. Pada saat itulah Rasulullah melihat seorang lelaki berpakaian putih sedang berjalan di kejauhan.Rasulullah saw. bersabda, "Mudah-mudahan itu adalah Abu Khaitsamah."

Ternyata benar, orang itu adalah Abu Khaitsamah Al-Anshariy. Dialah orang yang bersedekah segantang kurma, ketika diolok-olok oleh orang munafiq.

Ka'ab meneruskan ceritanya, "Tatkala saya mendengar bahwa Rasulullah berada dalam perjalanan pulang dari Tabuk, maka kesusahan pun mulai menyelimuti saya. Saya mulai mereka-reka alasan apa yang bisa menyelamatkan saya dari Rasulullah saw. Saya juga meminta bantuan keluargaku mencari alasan dan jalan keluar yang baik. Tetapi ketika mendengar bahwa Rasulullah saw. sudah dekat, hilanglah segala macam kebohongan yang saya siapkan hingga saya yakin tidak ada alasan yang dapat menyelamatkan dari Rasulullah saw., selamanya. Karena itu saya akan mengatakan yang sebenarnya.

Keesokan harinya Rasulullah saw. tiba. Biasanya kalau beliau datang dari bepergian yang beliau tuju pertama kali adalah masjid. Beliau mengerjakan salat dua raka'at lalu duduk menunggu kaum muslimin melaporkan sesuatu dan sebagainya. Maka berdatanganlah orang-orang yang tidak ikut ke Tabuk menemui beliau. Mereka mengemukakan berbagai alasan kepada Rasulullah saw. disertai dengan sumpah. Mereka yang tidak ikut perang Tabuk ada delapan puluh orang lebih. Rasulullah saw. menerima mereka. Beliau memperkenankan memperbaharui bai'at dan memohonkan ampun bagi mereka, sedangkan batin mereka beliau serahkan kepada Allah Ta'ala.

Tibalah giliran saya menghadap. Ketika saya mengucapkan salam beliau tersenyum sinis kemudian bersabda, "Kemarilah."

Kaab berjalan mendekat dan duduk di hadapan beliau. Lalu beliau mulai bertanya.
"Apa yang menyebabkan engkau tidak ikut berangkat? Bukankah engkau telah membeli kendaraan?"

Saya menjawab, "Ya Rasulullah! Demi Allah, andaikata saya duduk di hadapan orang selainmu, saya yakin akan dapat bebas dari kemarahannya dengan mengemukakan alasan yang bisa diterima. Sungguh saya telah dikaruniai kepandaian berbicara. Namun, demi Allah saya benar-benar yakin, seumpama hari ini saya berkata bohong dan engkau menerimanya, pasti sebentar lagi Allah Ta'ala menggerakkan hatimu untuk marah kepada saya. Sebaliknya, jika saya berkata benar yang membuatmu marah kepadaku, maka saya dapat mengharapkan penyelesaian yang baik dari Allah. Demi Allah, saya tidak mempunyai udzur. Demi Allah, diriku sama sekali tidak merasa lebih kuat dan lebih mudah daripada ketika saya tidak mengikutimu ke Tabuk. Sekarang ini saya merasa cukup segalanya."

Rasulullah saw., bersabda, "Orang ini (Ka'ab bin Malik) telah berkata benar. Berdirilah! Tunggu keputusan Allah terhadap dirimu."

Akupun berdiri. Beberapa orang dari Bani Salimah menghampiri saya. Mereka berkata kepada saya, "Demi Allah, kami tidak pernah melihatmu melakukan dosa sebelum ini. Engkau benar-benar tidak mampu mengemukakan alasan kepada Rasulullah saw., seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain yang tidak ikut ke Tabuk. Mestinya cukuplah bagimu jika Rasulullah saw. memintakan ampun untukmu."

Ka'b melanjutkan, "Demi Allah, orang-orang Bani Salimah itu terus-menerus menyalahkan diriku, sehingga ingin rasanya saya kembali kepada Rasulullah saw. untuk meralat perkataanku. Tetapi kemudian saya bertanya kepada orang-orang Bani Salimah itu, "Adakah orang lain yang mengalami seperti yang saya alami?" Mereka menjawab, "Ya memang ada. Ada dua orang yang mengatakan seperti apa yang engkau katakan dan mereka mendapat jawaban sama seperti jawaban yang engkau terima."

Saya bertanya, "Siapa mereka?" Mereka menjawab, "Murarah bin Rabi'ah Al-Amiriy dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifiy."

Dua orang lelaki salih itu telah mengikuti perang Badar dan dapat kuikuti karena akhlaknya. Sejak itu Rasulullah saw. melarang kaum muslimin berbicara dengan kami bertiga. Sejak itu pula mereka telah berubah sikap dan menjauhi kami sehingga bumi terasa asing bagiku seolah-oleh bumi yang saya pijak ini bukanlah bumi yang sudah ku kenal.

Keadaan seperti ini berlangsung selama lima puluh hari. Dua orang temanku (Murarah dan Hilal) menyembunyikan diri dan diam di rumahnya masing-masing sambil tiada henti-hentinya menangis mohon ampun kepada Allah karena tidak ikut perang. Di antara kami bertiga sayalah orang yang paling muda dan paling kuat. Saya tetap keluar rumah untuk mengikuti salat jamaah bersama kaum muslimin, juga pergi ke pasar. Tetapi tak seorangpun mau diajak berbicara. Saya pergi menghadap Rasulullah saw. untuk sekadar mengucapkan salam kepada beliau di tempat duduk beliau sesudah salat. Tetapi hati ini berkata, "Apakah Rasulullah saw. akan menggerakkan bibir beliau untuk menjawab salam, ataukah tidak?"

Kemudian saya mngerjakan salat berdekatan dengan beliau, sesekali saya melirik beliau. Apabila menghadap ke salat, beliau memandangku, kalau menengok ke arah beliau beliau berpaling dari saya. Hal ini terjadi berturut-turut sampai suatu hari saya berjalan-jalan lalu melompati pagar pekarangan Abu Qatadah. Dia adalah saudara sepupu dan orang yang paling saya sayangi. Kuucapkan salam kepadanya.

"Demi Allah, bukankah engkau tahu bahwa saya ini cinta kepada Allah dan Rasul-Nya?" Abu Qatadah diam saja.Sehingga kuulangi pertanyaanku, dia tetap diam. Sesudah saya ulangi pertanyaan saya sekali lagi barulah dia menjawab.

"Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!" Seketika itu mengalirlah air mata saya dan saya pun pulang. Pada suatu hari, ketika saya sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang petani beragama Kristen dari Syam yang datang ke Madinah untuzk menjual bahan makanan. Petani itu bertanya (kepada orang-orang yang berada di pasar), "Siapakah yang dapat menunjukkan diriku pada Ka'ab bin Malik?" Orang-orang memberikan isyarat ke arahku. Petani itu mendatangiku dan menyerahkan sepucuk surat kepadaku, dari raja Ghassan.

Setelah saya baca ternyata isinya sebagai berikut, "Amma ba'du. Seungguh kami mendengar bahwa temanmu (Nabi Muhammad saw.) mendiamkanmu, sedangkan Allah sendiri tidak menjadikanmu untuk tinggal di tempat hida dan tersia-sia. Karean itu datanglah ke negeri kami. Kami pasti menolongmu." Saat membaca surat itu saya berpikir, "Ini juga merupakan cobaan." Kemudian saya bakar surat itu di dapur.

Selang empat puluh hari tiba-tiba seorang utusan Rasulullah saw. datang kepadaku dan berkata, "Rasulullah saw. memerintahkanmu untuk menjauhi isterimu."

Ka'ab bertanya, "Apakah saya harus menceraikannya atau bagaimana?"

Utusan itu menjawab, "Tidak, tetapi hindarilah dia, jangan dekat-dekat padanya!" Rasulullah saw. juga mengirimkan utusan kepada kedua orang temanku (Murarah dan Hilal) yang maksudnya sama dengan yang kuterima.

Saya berkata kepada isteriku, "Pulanglah kepada keluargamu. Sementara menetaplah engkau di sana, sampai keputusan Allah datang.

Suatu saat isteri Hilal bin Umayyah mengadap Rasulullah saw., memohon kepada beliau. "Ya Rasulullah! Suamiku, Hilal bin Umayyah, adalah seorang tua sebatang kara dan tidak mempunyai pelayan. Apakah engkau keberatan bila saya melayaninya?"

Rasulullah saw. menjawab, "Tidak, tetapi yang saya maksud jangan sampai dia dekat-dekat padamu." Isteri Hilal pun berkata, "Demi Allah, Hilal sudah tidak lagi mempunyai keinginan sedikitpun (gairah) terhadapku. Dan demi Allah, tak henti-hentinya dia menangis sejak engkau melarang kaum muslimin berbicara dengannya, sampai hari ini."

Sebagian keluarga berkata kepada saya, "Hai Ka'ab! Kalau saja engkau meminta izin kepada Rasulullah saw. untuk isterimu tentu itu lebih baik, sebagaimana isteri Hilal bin Umayyah untuk melayani suaminya."

Saya menjawab, "Saya tidak akan meminta izin kepada Rasulullah saw. Saya tidak tahu apa yang akan dikatakan Rasululllah saw. apabila saya meminta izin beliau, sedangkan saya seorang yang masih muda."

Saya lalui kehidupan tanpa isteri itu selama sepuluh hari (menunggu keputusan Allah). Genaplah sudah bagi kami lima puluh hari sejak ada larangan berbicara dengan kami. Kemudian pada hari ke lima puluh, di bagian atas rumahku pada saat saya sedang duduk ketika salat subuh, Allah menyebut-nyebut tentang kami. Di saat itu pula hatiku sangat resah, bumi yang sedemikian luas seakan sempit bagiku.

Kemudian saya mendengar suara orang yang berteriak-teriak naik ke atas Sal'i. "HaiKa'ab bin Malik, bergembiralah!"

Serta merta saya menjatuhkan diri bersujud syukur dan saya tahu bahwa saya dapat penyelesaian. Rasulullah saw. memberitahu kepada kaum muslimin, bahwa Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi telah menerima tobat kami bertiga. Kabar itu disampaikan seusai beliau mengerjakan salat Subuh. Maka kaum muslimin berdatangan mengucapkan selamat dan ikut bergembira, juga kepada kedua orang teman (Murarah dan Hilal). Mereka ada yang datang berkuda, ada lagi penduduk Aslam yang berjalan kaki dan ada pula yang naik gunung berteriak mengucapkan selamat,sehingga suaranya lebih cepat dari larinya kuda.

Ketika saya mendengar ucapan selamat dari orang pertama dan datang kepada saya, seketika itu juga saya melepaskan pakaian dan saya kenakan kepadanya. Padahal demi Allah Waktu itu saya tidak memiliki pakaian. Setelah itu saya meminjam pakaian dan berangkat untuk menghadap Rasulullah saw., sementara kaum muslimin menyambutku, mengucapkan selamat atas diterimanya tobatku. Mereka berkata kepada saya, "Selamat atas pengampunan Allah kepadamu." Demikianlah, sepanjang jalan kaum muslimin memberikan selamat.

Sesampainya di masjid, ternyata Rasulullah saw. dedang duduk dikelilingi oleh para sahabat. Melihat kedatanganku, sahabat Thalhah bin Ubaidillah segera berdiri menyongsongku, menjabat tangan saya dan memberi selamat. Demi Allah! Tak seorangpun di antara para sahabat Muhajirin yang berdiri, kecuali dia. Karena itulah Ka'ab tidak bisa melupakan kebaikannya.

Ka'ab meneruskan ceritanya, "Tatkala saya mengucapkan salam kepada Rasulullah saw. beliau menyambut saya dengan wajah yang berseri-seri dan berkata, "Bergembiralah! Karena hari ini merupakan hari paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan ibumu."

Aku bertanya, "Wahai Rasulullah apakah itu darimu sendiri ataukah dari sisi Allah?"

Beliau saw. menjawab, "Dari Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi." Jika merasa senang, wajah Rasulullah saw. bersinar terang seolah-olah merupakan potongan rembulan. Melalui wajahnya kami mengetahui bahwa Rasulullah saw. sedang senang hatinya.

Ketika saya duduk menghadap beliau, saya berkata, "Ya Rasulullah, sungguh termasuk tobat saya (sebagai pernyataan rasa syukurku), aku hendak menyerahkan harta bendaku sebagai sedekah untuk (mendapat ridha)Allah dan Rasul-Nya."

Rasulullah saw. bersabda, "Simpanlah sebagian harta bendamu (jangan engkau serahkan seluruhnya.) Itu lebih baik."

Kemudian saya menjawab, "Saya masih mempunyai tanah yang menjadi bagian saya hasil dari rampasan perang di Khaibar." Lebih lanjut saya berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menyelamatkanku karena kejuruan. Dan saya nyatakan bahwa termasuk tobatku (sabagai pernyataan rasa syukur kepada Allah) saya tidak akan berbicara selain yang benar selama hidup saya."

Demi Allah saya tidak pernah melihat seorang pun di antara kaum muslimin yang diuji Allah Ta'ala untuk berkata jujur lebih baik dari saya semenjak berjanji kepada Rasulullah saw, sampai hari ini. Demi Allah, sejak saya berjanji kepada Rasulullah saw.hingga kini, saya tidak pernah sengaja berbohong. Dan saya berharap semoga Allah menjagaku dalam sisa hidupku."

Kemudian Allah menurunkan ayat 117 s/d 119 surat At-Taubah,
"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, dan terhadap tiga orang [Yaitu Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi'] yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja.

Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar."

Menurut Ka'ab, "Demi Allah, belum pernah Allah memberikan nikmat sesudah Dia memberi saya petunjuk memeluk Islam yang melebihi kejujuran saya kepada Rasulullah saw. Sebab, andaikata saya berbohong kepada beliau, pastilah bencana menimpa saya (rusak agamaku) sebagaimana orang-orang munafik yang berdusta kepada beliau. Sungguh Allah telah berfirman untuk orang-orang mendustai Rasulullah saw. dan mengecam betapa jelek orang tersebut.

Sebagaimana firman Allah dalam surat At-Taubah ayat 95 dan 96,
"Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dari mereka [Maksudnya, tidak mencela mereka]. Maka berpalinglah dari mereka; karena sesungguhnya mereka itu adalah najis dan tempat mereka jahannam; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepadamu, agar kamu ridha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu ridha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak ridha kepada orang-orang yang fasik itu."

Lebih lanjut Ka'ab berkata, "Urusan kami bertiga ditunda dari urusan orang-orang munafiq ketika mereka bersumpah kepada Rasulullah saw., lalu beliau menerima bai'at mereka dan meminta ampun kepada Allah. Tetapi masalah kami ditunda Rasulullah saw. sampai Allah memutuskan menerima tobat kami." Sebagaimana firman Allah Ta'ala, "Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan tobatnya...." (QS.9,118)

Firman tersebut menurut Ka'ab bukan berarti kami bertiga ketinggalan dari perang Tabuk, tetapi mempunyai arti bahwa persoalan kami bertiga diundur dari orang munafiq yang bersumpah kepada Rasulullah saw. dan menyampaikan bermacam-macam alasan yang kemudian diterima oleh Rasulullah saw." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam salah satu riwayat disebutkan, "Nabi saw. pada waktu perang Tabuk keluar pada Hari Kamis."

Dalam salah satu riwayat lain disebutkan, "Biasanya beliau kalau datang dari bepergian pada waktu pagi, dan bila datang biasanya langsung ke Masjid dan salat
dua rakaat kemudian duduk di dalamnya."

Saturday, January 31, 2009

Belanja Harta di Jalan Allah


"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di Jalan Allah, dan janganlah campakkan dirimu di dalam kebinasaan. Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
Al Baqarah 195.

Seorang sahabat, Huzaifah radiallahuanhu berkata bahawa "dan janganlah mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan" maksudnya adalah jangan memberhentikan perbelanjaan di Jalan Allah kerana takutkan kemiskinan.

Seorang sahabat yang lain, Ibnu Abbas radiallahuanhu berkata "mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" bukanlah bererti seorang itu dibunuh di Jalan Allah tetapi ianya adalah perbuatan memberhentikan perbelanjaan di Jalan Allah.

Aslam rahmatullahialaih berkata, "Kami telah mengambil bahagian di dalam peperangan Kastuntunia. Satu kumpulan besar orang kafir telah datang di hadapan kami. Salah seorang dari kalangan orang Islam telah menghunus pedang dan merempuh masuk ke dalam kumpulan orang kafir itu. Maka setengah orang Islam telah berteriak dengan mengatakan "dan janganlah mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan".

Seorang sahabat, Ayub Ansari radiallahuanhu yang ada bersama di dalam peperangan itu lantas bangun dan berkata, "Kelakuan ini bukanlah "mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan". Adakah kamu memahami maksud ayat ini begitu? Walhal ayat ini telah diturunkan mengenai kami orang Ansar. Apabila Islam telah berjaya dan ramai orang telah menjadi pembantu agama, dikalangan kami orang Ansar secara diam-diam telah timbul pendapat bahawa Allah sudah memberi kemenangan kepada Islam dan ramai orang sudah disiap sediakan untuk menjadi pembantu Islam. Harta benda dan ladang mereka yang dahulunya tidak dapat diberi perhatian, sudah mulai rosak. Sekarang sudah tiba masanya untuk ianya diberi perhatian dan peluang kami membetulkan keadaan. Di atas peristiwa di ataslah ayat tersebut telah diturunkan. Kebinasaan di sini adalah kesibukan membetulkan harta benda dan ladang dan meninggalkan jihad di Jalan Allah."

Friday, January 30, 2009

Cerita Tali Gantung


Cerita ni aku dapat dari email beberapa bulan lepas. OK jugak sebab ada kaitan dengan mati. Dalam cerita ni ada seorang nama Samuel. Yang aku tak puas hati kenapa ada nama dia? Kenapa? Kenapa? Tak dapek den nak nolong...

********************************************************

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh 'poie' terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

********************************************************

Komen Aku;

Pada pandangan aku, hukuman mati dengan tali gantung memang kejam sebab makan masa nak mati. Sembelih binatang pun disuruh guna pisau tajam supaya tak menyiksa. Hukuman mati dalam Islam dengan cara pancung lebih sesuai sebab dah tentu mati punya, InsyaAllah. Lagi pun otak yang menafsirkan deria sakit dah terputus dari badan.

Macamanapun orang yang nak kena hukuman gantung tu dah tentu ada persiapan sikit sebanyak sebab dah tahu nak mati. Maulana Zakaria rasa heran yang kita masih boleh senang hati walaupun kita semua sebenarnya dah dijatuhkan hukuman mati. Cuma tunggu giliran je.

Wednesday, January 28, 2009

Matematik Pening

Soalan matematik ni 15 tahun dulu aku memikirkan nya. Lepas tu aku malas nak pikir lagi. Lepas tu aku nak bagi korang pulak pikir. Lepas tu korang pun malas nak pikir. Dan korang akan kata, lebih baik aku pikir macamana nak selamatkan umat dari neraka supaya dapat masuk syurga.

~~~~~~~~~~~~~~

Andaikata;

Korang dan 2 orang kawan pergi makan malam kat satu restoran. Supaya tak nampak macam korang ni pokai, korang kutip siap2 RM10 sorang. Jadi bila nak bayar nanti, sorang je la yang bayar.

RM10 x 3 = RM30.

Dipendekkan cerita, selepas selesai bersantap, korang pun panggil pelayan restoran untuk kira harga. Setelah dikira, harga makan malam korang malam tu berjumlah RM25. Jadi korang pun keluarkan duit RM30 yang korang dah kutip tu dan serah kepada pelayan. Sebagai baki pelayan tu pulangkan RM5.

RM30 - RM25 = RM5.

Untuk tak memeningkan kepala nak membahagikan RM5 tu kepada 3 orang, korang pun hadiahkan RM2 kepada pelayan tu.

RM5 - RM2 = RM3.

Kesimpulannya, baki RM3 tu korang bahagi 3. Dapatlah sorang RM1.

RM3 / 3 = RM1.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Masalahnya;

Secara logiknya bila korang keluarkan RM10 dan dapat balik RM1, bermakna korang dah belanja RM9.

Kalau RM9 kali dengan 3 orang, bermakna jumlahnya RM27. Ye tak?

RM27 kalau dicampur balik dengan RM2 yang korang hadiah kat pelayan tu, akan jadi RM29. Betul?

Mana pulak pergi nya RM1 lagi...

Saturday, January 24, 2009

Serban vs Helmet

Petikan Dari Utusan Malaysia - 20 January 2009

KUALA LUMPUR 20 Jan. — Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Kxxxx Pxxxx Nxxxxx, Txx Sxx Mxxx Hxxxxx berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. - Utusan


KOMEN AKU:

Innalillahi wainnailaihi rajiun.

Perkataan "agar mengelak jadi trend" boleh merosakkan iman. Trend orang Islam adalah mengikut sunnah Nabi walau dalam apa pun keadaan. Sunnah Nabi adalah satu cara hidup yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Orang yang pakai helmet mungkin selamat dalam nahas jalanraya tapi orang yang pakai serban InsyaAllah selamat di alam akhirat sebab "satu sunnah yang dihidupkan di zaman kerosakan umat, Allah beri seratus pahala syahid." Lagi banyak sunnah kita amal, lagi mudah kita dapat syafaat Nabi.

Lagipun pelajar yang kena saman tu memang palajar madrasah. Dah memang pakaian dia. Pakaian kerana agama. Macam benggali sikh, pakai serban sebab tu amalan agama mereka. Tak de nya orang yang berkemeja atau t-shirt nak pakai serban saja-saja. Lagipun bukan senang nak ikat serban. Senang lagi pakai helmet.

Islam bukan hanya pada kerajaan, tapi Islam bermula pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

Anas dan Mu'az (video anak-anak)


Mu'az (10½ bulan).
Dengan izin Allah dia dapat berjalan.



Anas (7 tahun).
'Like father like son.'

Friday, January 23, 2009

Post Pendek



Sembahyanglah kamu dibelakang imam,
sebelum kamu disembahyangkan didepan imam.

Sunday, January 18, 2009

Kifayah (tak payah?)



Katakanlah..
Dalam kampung kita ada 100 orang dewasa.
Dalam 100 orang tu, ada sorang dah sampai turn malaikat maut ambik nyawa dia.
Jadi yang baki 99 orang kena urus jenazah.

Katakanlah..
Dari 99 orang tu, 3 je alim pasal urus jenazah.
Yang lain nengok je.
Fardu kifayah, engkau buat aku tak payah.

Katakanlah..
Jenazah dah siap kapan dan disolat.
3 orang je nak ngusung jenazah ke kubur?
Tak lepas fardu kifayah cam ni.
Tak kan nak ngusung jenazah kena alim dulu..
Kena pulak jenazah tu badan macam Hulk Hogan.

Katakanlah..
Serentak.. bukan sorang tapi 10 orang mati sekaligus.
3 orang tak cukup ngurus jenazah.
10 orang tak cukup.
30 orang tak cukup.
Lambat-lambat kang mayat busuk.

Katakanlah..
50 orang mati serentak.
Lotih nak ngojo an nyo..
Alim ke, tak alim ke.. semua kena buat.
Fardu kifayah lagi ke? Tanya mufti, jangan tanya aku.

Habis cerita pertama.
Masuk cerita kedua.

Katakanlah..
Dalam kampung kita ada 100 orang dewasa.
Dalam 100 orang tu, ada sorang tak solat.
2-3 orang pergi jumpa dia, beri nasihat.
Yang lain nengok je.
Fardu kifayah, engkau buat aku tak payah.
Alhamdulillah, lepas.

Katakanlah..
Bukan sorang tak solat, tapi
10 orang, 50 orang, 80 orang?
Fardu kifayah? Tak payah tanya mufti la.
Budak tak bersunat pun tahu jawab.

Jom..

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...