Muaz (kiri) |
Sebelum balik, transit di markas Kakrail 3 hari untuk karguzari (laporan) dan bayan wafsi (nasihat) sebelum balik.. masa di Kakrail sempat sembang2 dgn Muaz dr Кыргызстан (Kyrgyzstan)..
Umur 39, anak 5.. pernah keje selama 3 thn kat London masa umur 25 thn.. sebenarnya dah byk tahun aku nk sembang dgn diorang ni tapi xde peluang sbb rata2 org Kyrgyz memang tak boleh english.
Beliau kata kat negaranya skrg ada lebih 3000 masjid.. semua masjid di negaranya hidup 5 amal dan bbrapa amal masjid.. tak wujud perkataan "jemaah tabligh" sbb semua org anggap kerja dakwah dan memakmurkan masjid adalah amalan setiap org Islam.
Rakyat Кыргызстан hanya 7 juta shj.. bangsa Kyrgyz adalah 100% Islam.. ada juga bangsa2 lain yg bukan Islam di Кыргызстан.. muka bumi Кыргызстан adalah 85% gunung ganang.. musim sejuk mencecah bwh 0'c dan musim panas melebihi 20'c.
Bahasa utama mereka adalah Kyrgyz dan bahasa kedua adalah bahasa Russia.. bahasa mereka ni seakan2 bahasa Turki mungkin sbb dulu mereka ni bawah jajahan Uthmaniah.
Кыргызстан merdeka dari Soviet pd thn 1991 setelah dijajah sejak 1916.. tiada sebarang aktiviti keagamaan dibenarkan semasa dlm jajahan Soviet.. datuk nenek mereka hanya bersolat di rumah secara sembunyi2.. mereka akan dipenjara atau dibunuh jika didapati buat apa2 amal agama.
Jemaah2 dari India, Pakistan dan Bangladesh mula dihantar ke Кыргызстан pd thn 1993.. sejak itu amal2 masjid dihidupkan.. jemaah2 mereka mula dikeluarkn di jalan Allah.. madrasah2 juga dibangunkan.
Kalau kita ke ijtimak Tongi di Bangladesh, kita akan tengok sekumpulan terjemahan dlm bahasa Russia.. mereka ni sebahagian besarnya adalah bangsa Кyrgyz.. cuma mereka dtg dari negara yg berbeza2 krn penghijrahan datuk nenek yg dahulu.
Dan Muaz kata, zaman dulu China bina tembok besar sbb nak halang serangan bangsa Kyrgyz.. wallahua'lam.
InsyaAllah aku azam keluar 2bln masturat ke Кыргызстан pd thn ni.. semoga Allah mudahkan.
Sekian..
🌙💕⭐💕🌙💕⭐💕🌙💕⭐
Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.
Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.
Layari; http://takaful-am.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...