Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Wednesday, December 31, 2014
Kisah 50 hari Pakistan
Lama tak update blog.. aku baru balik dari Pakistan.. pegi sana bukan cari barang.. cari orang (buat bini) lagi la aku tak berani.. huhu.. lagi pun aku dah mendaftar sebagai ahli PERTABI (Persatuan Takut Bini).. huhu lagi sekali.. pegi sana belajar usaha dakwah le.. kita kan umat Nabi Muhammad s.a.w. Keje dakwah ni keje kita semua..
Pada waktu ni keje dakwah tabligh ni dah berjalan di seluruh dunia.. secara kasarnya gambaran keje seperti di zaman Nabi dah ada.. cuma x kemas je dan masih di tahap minima.. Ada orang tanya; "Tabligh tabligh ni apa bro? Cer citer.." Secara asasnya keje tabligh ni ada 2 maksud..
Untuk fahamkan umat ni bahawa keje ni adalah keje kita..
Bawa kehidupan insan dalam diri insan dan keluarkan kehidupan syaitan dari dalam diri insan..
1 November 2014.. aku meninggalkan rumah dengan gagah beraninya menuju ke masjid Sri Petaling.. beberapa hari di Sri Petaling untuk urusan pembentukan jemaah, bayan hidayat, muzakarah dan tiket kapalterbang.. urusan visa dah setlle minggu lepas lagi..
alat kelengkapan perang
5 November 2014.. menjejakkan kaki ke bumi Pakistan buat kali ke dua.. sampai dah malam.. makan dulu kat masjid istiqbal.. masjid ni tak jauh.. jalan kaki je dari airport Lahore.. tengah malam dibawa dengan bas ke tapak ijtimak di Raiwind.. jemaah aku 5 orang.. dibawa ke khemah foreign.. beribu manusia dah sampai awal dari berbagai negara..
Ijtimak Raiwind 7-9 November 2014
teh disediakan 24 jam..
10 November 2014.. jemaah aku yang 5 orang ni digabung dengan 7 orang Pakistan.. kami ditashkil ke kawasan Nowshera, kira² 500km dari Raiwind untuk 23 hari.. naik bas tengah malam, sampai dekat nak subuh..
markas tabligh Nowshera..
pindah masjid ke masjid jalan kaki je..
saperah panjang..
err.. no komen..
Sepanjang 23 hari, dapat buat usaha di 7 masjid.. alhamdulillah dapat jumpa ramai orang..
balik sewa van sebijik..
1 pushto Pakistan + 2 pushto Malaysia
singgah kat R&R
selamber je bentang saperah kat padang depan restoran R&R..
Duduk kat markas Raiwind 2 hari.. dah jauh berbeza markas sekarang berbanding dulu.. keselesaan terutama untuk jemaah foreign memang kelas sangat la.. tapi camne pun rohaniat nya tak leh lawan dengan rohaniat di Banglewali Masjid di Nizamuddin, India.. huhu..
garom cai markas Raiwind..
layan megi kat kedai luar markas..
Lepas 2 hari, tashkil lagi keluar.. kali ni keluar 5 hari sebab 3 orang dari ahli jemaah aku keluar 40 hari sahaja.. jemaah kami dicampur dengan 8 orang Pakistan yang lain pulak.. keluar kat Iqbal Medical College, Lahore.. usaha atas pelajar² medik.. puas la buat dakwah sebab boleh pegi dari bilik ke bilik..
Habis 5 hari, balik lagi ke markas Raiwind.. lepak 3 hari pulak.. 3 ahli jemaah aku yang keluar 40 hari dah balik Malaysia.. aku dan sorang lagi meneruskan perjuangan.. kali ni join dengan 3 orang Malaysia yang sedang keluar 4 bulan.. jemaah kami digabung dengan 7 orang Pakistan dan kami keluar ke Sargodha kira² 200km dari Raiwind.. keluar kat sini 10 hari saje di 3 buah masjid..
pindah dari masjid ke masjid naik motor roda tiga..
musim sejuk tahap gaban sampai kami jadi ais..
pegi balik naik bas yang sama.. bas khas untuk jemaah..
direct markas Raiwind ~ markas Sarghoda..
20 Disember 2014.. kembali ke markas Raiwind.. amal di sini hidup 24 jam.. suasana sebuk dengan jemaah tempatan dan luar negara yang keluar masuk.. terjemahan² di dalam berbagai bahasa bagi setiap program yang dijalankan.. kumpulan berbahasa melayu tak ramai.. adalah sekitar 50 orang dalam satu² masa.. kumpulan yang besar adalah bahawa Arab, Parsi & China.. aku gembira tengok orang² cina yang sangat bersungguh buat keje tabligh ni.. mudah² Allah beri hidayat juga kepada kaum cina kat Malaysia.. amin..
kabus sepanjang hari.. yang kat belakang tu bangunan masjid..
makan free 4 kali sehari..
sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam..
ni aktiviti sampingan di luar markas..
ni pakwe kepada bini aku..
24 Disember 2014.. selamat tinggal Pakistan.. aku berdua saja.. flight dengan Thai Airways jam 4.30 petang (waktu Pakistan GMT +5).. sampai Bangkok 10.30 malam (waktu Thai GMT +7).. transit semalaman 10 jam.. lepak surau dalam airport.. alhamdulillah selamat sampai ke Tanah Melayu 25 Disember 2014, 12 tengahari (waktu Malaysia GMT +8)..
di awan kulihat bayang pergolakan di bumi
menjadi titisan darah dan membasahi malamku ini
Airport Bangkok
Sampai masjid Sri Petaling, dengar berita Malaysia dilanda musibah banjir..
bila musibah..
perlu muhasabah..
jangan menyalah..
baru terislah..
selang 10 tahun..
aku menyaksi 2 serambi mekah..
rebah, musnah, punah, ranah..
wahai saudara2 ku..
tinggalkanlah kecelaruan itu..
datanglah kepada sabil nabi mu..
insyaAllah..
Sayyidina 'Uthman bin 'Affan r.hu berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesiapa yg membaca doa ini 3 kali pd waktu petang, maka sehingga
ke pagi tidak akan ditimpa apa2 musibah secara mengejut. Jika dia membaca
doa ini pd waktu pagi, maka hingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa2 musibah secara mengejut.
wsalam.. naik taraf dah siap sepenuhnya.. ~susu masam 2 kali sehari.. boleh tambah berapa mangkuk pun.. ~memang ada hari yang lauk dal saja.. tapi x pasti hari apa.. ~garom cai 2 kali sehari.. sarapan pagi & sebelum asar.. huhu gak..
Salam tuan,akhirnya sampai gak sini eh.hajat di hati pasti syahid d jalan Allah swt.moga perjalanan tuan menjadi asbab hidayat juga taufik seluruh alam.seronok dlm kepenatan tapi mujahadahnya hanya Dia shj yg mengetahui..XXX
wsalam.. alhamdulillah Allah sampaikan.. ni karguzari yg luaran shj.. yg lain hanya Allah yg tahu.. semoga Allah terima kita semua dalm usaha kenabian ini.. amin..
assalam
ReplyDeletemarkaz raiwind masih ada kerja2 penaiktarafan ke dah siap semua?
makan kat markas ada lagi ke susu masam/yoogurt ?
bukan ke hari selasa&rabu makan kat sana takde lauk.. ada kuah dall je.. ke skarang dah lain?
huhuhuhuhu
gelas chai tu mmg mengimbau memori lama laa huhuhuhu
wsalam.. naik taraf dah siap sepenuhnya..
Delete~susu masam 2 kali sehari.. boleh tambah berapa mangkuk pun..
~memang ada hari yang lauk dal saja.. tapi x pasti hari apa..
~garom cai 2 kali sehari.. sarapan pagi & sebelum asar.. huhu gak..
Salam tuan,akhirnya sampai gak sini eh.hajat di hati pasti syahid d jalan Allah swt.moga perjalanan tuan menjadi asbab hidayat juga taufik seluruh alam.seronok dlm kepenatan tapi mujahadahnya hanya Dia shj yg mengetahui..XXX
ReplyDeletewsalam.. alhamdulillah Allah sampaikan.. ni karguzari yg luaran shj.. yg lain hanya Allah yg tahu.. semoga Allah terima kita semua dalm usaha kenabian ini.. amin..
Delete