Thursday, October 24, 2013

Hibah - Takaful Ikhlas

straight to the point..

aku dapat memo pemberitahuan dari Takaful Ikhlas..


Subjek : Pembayaran *Hibah Untuk Sijil Takaful AM

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,

Pihak Syarikat memohon perhatian semua cawangan Takaful IKHLAS termasuk Pusat Khidmat Pelanggan (CSC) dan semua tenaga agensi berkenaan pembayaran Hibah untuk Sijil Takaful yang layak, bertarikh luput di antara 1 April 2012 – 31 Mac 2013.

Selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia yang menggalakkan pembayaran secara elektronik (e-payment), kami memohon kerjasama semua tenaga agensi bagi mendapatkan butiran akaun bank Peserta untuk melaksanakan pembayaran Hibah ini. Pembayaran Hibah akan hanya dilaksanakan melalui pemindahan ke akaun bank Peserta.

Notis dan borang butiran akaun bank ini boleh dimuat-turun melalui laman sesawang www.takaful-ikhlas.com.my. Sila hubungi xxx dari Jabatan Pengurusan XXX di sambungan 9877/9879 atau e-mel xxx@takaful-ikhlas.com.my untuk keterangan lanjut mengenai pembayaran Hibah ini.

Sekian, terima kasih.
Date: 17 October 2013

***

maka sekonyong-konyongnya aku membalas memo tersebut dengan beberapa soalan berbentuk pertanyaan mengenai kemusykilan yang menghairankan minda..

Assalamualaikum..

Berkenaan perkara;
  • Subjek : Pembayaran *Hibah Untuk Sijil Takaful AM
  • kami memohon kerjasama semua tenaga agensi bagi mendapatkan butiran
    akaun bank Peserta untuk melaksanakan pembayaran Hibah ini.
  • Pembayaran Hibah akan hanya dilaksanakan melalui pemindahan ke akaun bank Peserta. 
1.adakah saya perlu dapatkan no akaun bank SEMUA pelanggan?
2.atau minta jasa baik Takaful Ikhlas keluarkan senarai pelanggan 
di bawah agensi saya yang layak terima pembayaran hibah tersebut
termasuk jumlah Ringgit Malaysia.

Terima kasih.

 *:) happy


Mohd Azhar Mohd Jaafar
GG09825

***

maka dengan sepantas kilat yang menyambar di angkasa raya dewata sejagat, aku diberi jawapan..

Pihak Syarikat akan menghantar Notis Hibah kepada pelanggan yang layak terus ke alamat yang didaftarkan. Dan kami juga memerlukan bantuan daripada Ejen untuk mendapatkan butiran pelanggan. Pihak Syarikat akan menghantar senarai nama pelanggan yang layak kepada Agensi. 

***

AQAD TAKAFUL
Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini.

Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 25% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru'(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya/Kami juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan diagihkan kesemuanya kepada Peserta atas kaedah Hibah.

Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful 
~baca di sini~

***


jadi bagi korang yang tak faham dengan entri aku ni, silalah email kepada aku beberapa soalan berbentuk pertanyaan mengenai kemusykilan yang menghairankan minda..

sekian..







Insuran & Road Tax Online

No comments:

Post a Comment

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Daftar Beli Emas Public Gold

ADA 2 JENIS PEMBELIAN EMAS DI PUBLIC GOLD Cara 1  - Beli Emas Fizikal (dinar emas atau gold bar) secara tunai atau bulanan 4x atau bulanan 1...