Sunday, April 14, 2013

Jur KL 13 April 2013

pepagi semalam aku gi jur (perhimpunan) kat masjid Bandar Baru Sri Petaling..

jur start 9.30 pagi 13 April 2013 hingga 8.30 pagi 14 April 2013.. mula² ada targhib.. lepas tu karguzari halkah sampai 11.30 pagi.. lepas tu pulak berpecah dan duduk dalam halkah untuk buat azam penambahan amal² masjid hingga 12.30 tghari..

lepas zohor rehat.. lepas asar bayan 5 amal masjid.. 6 ptg bayan kepentingan usaha masturat.. 7 ptg persiapan maghrib.. punya lah ramai umat yg datang.. jamban yang berpuluh² tu pun kena beratur.. aku malas nak beratur dan pegi layan kopi 3in1.. ada sorang brader tu pun layan kopi 3in1 gak.. jadi sembang² le dengan dia.. umur 44.. anak dah 11 orang.. anak sulong umur 17.. hebat Allah..



lepas maghrib ada bayan.. bayan maghrib tak sempat rekod sebab aku pegi jamban.. keluar dari jamban jumpa sorang member dan sembang 15 minit.. lepas tu jumpa lak sorang lagi member dan sembang lagi 15 minit.. ½jam aku habiskan bersembang.. huhu.. 8.30 mlm baru duk bayan.. 9.20 mlm solat isyak.. lepas isyak ada bacaan kitab Hayatus Sahabah..

10malam rehat..

esoknya lepas subuh bayan akhir..



8.30 pagi.. balik le.. kete kena blok pulak dengan teksi exora.. aku pun sound dengan kuat; "sape pulak yang blok kete aku ni.." tetibe sorang muncul dari tepi teksi tu dan mintak maap sebab bloking.. dalam hati aku kata rupanya driver teksi ni ada kat sini.. mesti dia dengar perkataan tak bermoral aku tadi.. huhu.. baru je dengar bayan maulana pasal sabar..

lepas tu singgap jap kat madrasah alimah anak dara aku kat Sri Petaling ni.. bagi duit belanje.. ahaks..








Insuran & Road Tax Online


No comments:

Post a Comment

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Daftar Beli Emas Public Gold

ADA 2 JENIS PEMBELIAN EMAS DI PUBLIC GOLD Cara 1  - Beli Emas Fizikal (dinar emas atau gold bar) secara tunai atau bulanan 4x atau bulanan 1...