Sunday, March 31, 2013

PM datang masjid Sri Petaling..



30 Mac 2013..

10 pagi..
mandi kolam kat Desa Villas, Wangsa Maju..



6 petang..
ke masjid Sri Petaling..

8 malam..
lepas maghrib, bayan le.. ape lagi..



9 malam..
Dato Seri Najib Tun Razak datang..



9.15 malam..
solat Isyak berjemaah..



9.35 malam..
bacaan Hayatus Sohabah..




9.45 malam..
ucapan oleh Dato Seri Najib.. dan doa oleh Maulana Abd Hamid..




10 malam..
majlis bersurai.. tetamu dijamu makan..


cerita penuh kat sini.. 
http://wirapendang.blogspot.com



21 Feb 2013..
dan.. ni cerita bulan lepas..

di atas karpet dan bersandar di bantal yg sama..
sumber gambar di sini..
jadi.. marilah kita berbaik sangka sesama muslim..
bersatulah kita di atas kalimah syahadah..

wallahua'lam..








Insuran & Road Tax Online

Friday, March 29, 2013

Ipoh Mali.. talak sombong punya..

24 Mac 2013
pegi Ipoh..

no 1 - no 6..

no 7 & bini teman..

"homestay" kat Taman Meru 2B..

ziarah abang ipar kat Taman Meru 2C..
dan sempat juga menziarahi rakan blogger Fikir Alami (cikgu Hairere) dan keluarga di Kg Dato Ahmad Said..

25 Mac 2013
mongabihkan duik..

semua masuk 'free'.. aku sorang je kena bayar..

bapak mithali..

Mus'ab x pakai diapers..

tentera berkuda..

haa.. nyesal naik..

Ammar & Anas.. muka pening..

Humaira & burung..

Amir.. cam bapak dia muda2.. ahak..

makanan tengahari..

Mardhiah & Mu'az..

26 Mac 2013
balik KL..

tiada pelindung selain Allah..

xde kene mengene dgn entri..









Insuran & Road Tax Online


Friday, March 22, 2013

Kepentingan Jur Bulanan Halkah

oleh prof. Abd Rahman di mesyuarat Kuala Lumpur 20 Mac 2013..

Semoga dapat diamal dan disampaikan..








Insuran & Road Tax Online



Thursday, March 21, 2013

Tabligh lagi.. fuhhh..

Istilah, ‘Tashkeel’ yang biasa digunakan dalam usaha dakwah & tabligh, bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..

Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.

Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.” Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu’az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu’az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara diantara manusia.

Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk didalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi SAW orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain. Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah SAW telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabi dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya (shahih bukary 442, bab mandi bagi orang yang masuk islam dan mengikat tawanan).

Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah SAW atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan? Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam. Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah SAW telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.

Bilangan 40 hari pula telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah SWT sendiri telah memerintahkan Musa AS supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an

- Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)

- Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah SWT menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa AS untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda SAW banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA beliau berkata daku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Hadits riwayat Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam kitab Al-Hilyah :
Nabi Muhammad Saw. bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa mengikhlashkan dirinya kepada Allah (dalam beribadah) selama 40 hari maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam alhilyah).

Imam at Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang shalat karena Allah selama 40 hari secara berjama’ah dengan mendapatkan Takbiratul pertama (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, yaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” (HR. Tirmidzi)

Daripada hadith-hadith ini dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ didalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

Hikmah Keberkahan Ilmu asbab Mujahadah dengan ihlas untuk agama:

- Dalam kitab syarah al-hikam

Nabi SAW bersabda :” Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”.

- Hadits qudsy shahih Riwayat Hakim

Dari Abu Darda Ra. berkata : “Aku mendengar Rasulullah Saw. Bersabada, “Sesungguhnya Allah Swt berfirman kepada Isa As. : “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan/kemurahan hati) dan ‘ilm (ilmu) .” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmu-Ku.” [HR. Hakim. Katanya Hadits ini shahihmenurut syarat Bukhary, tetapi ia tidak meriwayatkannya, sedangkan adzahaby menyepakatinya". I/348]

Keterangan : Hadits ini juga terdapat pada Muntakhab hadits SyaikhulHadits Maulana Yusuf, Hadits No. 27, Bab ikhlaS dan Juga terdapat pada kitab Ucapan Nabi Isa as dalam kisah-kisah literature umat islam, Tarif Khalidi.

- Dalam hadits qudsy (Kitab Futuh Mishr wa Akhbaruha, Ibn ‘Abd al-Hakam wafat 257 H).

Allah mewahyukan kepada Isa untuk mengirimkan pendakwah ke para raja di dunia. Dia mengirimkan para muridnya. Murid-muridnya yang dikirim ke wilayah yang dekat menyanggupinya, tetapi yang dikirim ke tempat yang jauh berkeberatan untuk pergi dan berkata: “Saya tidak bisa berbicara dalam bahasa dari penduduk yang engkau mengirimkan aku kepadanya.” Isa berkata: “Ya Allah, aku telah memerintahkan murid-muridku apa yang Kau perintahkan, tetapi mereka tidak menurut.” Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengatasi masalahmu ini.” Maka Allah membuat para murid Isa bisa berbicara dalam bahasa tempat tujuan mereka diutus.

- Dalam hadis qudsi, Nabi Isa as. Juga bersabda:

“Isa As. berkata: “Buat kalian tidak ada gunanya mendapat ilmu yang belum kalian ketahui, selama kalian tidak beramal dengan ilmu yang telah kalian ketahui. Terlalu banyak ilmu hanya menumbuhkan kesombongan kalau kalian tidak beramal sesuai dengannya.” [ Diriwayatkan oleh (Abu 'Abdallah Ahmad bin Muhammad al-Syaibani) Ibn Hanbal (... – 241 H), Kitab al-Zuhd, 327. Dan (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad) Al-Ghazali (... - 505 H), Ihya' 'Ulum al-Din, 1:69-70].


kalau pandangan dah gelap, bukak la spek hitam tu..
Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu."

Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

sumber; http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/keluar-di-jalan-allah.html

Wallahua'lam..










Insuran & Road Tax Online




Tuesday, March 12, 2013

WNR9776

nak tumpang boleh, nak pinjam jangan..










Insuran & Road Tax Online






Friday, March 08, 2013

Berita Dari Tawau

Kopipes fesbuk Ustaz Ishak di Semporna, Sabah..

***

Buat rakan-rakan seusaha khasnya di Sabah. Semalam (6 Mac 2013) saya ke markaz Tawau. Syura-syura Tawau telah menyampaikan keputusan syura Malaysia bahawa tempat-tempat yang berlakunya gawat (Lahad Datu, Semporna, Kunak, sepanjang jalan Apas Tawau, dan Balung), usaha makami yang dibenarkan cumalah mesyuarat harian dan ta'lim masjid sahaja, manakala dua jam setengah adalah ikram orang tempatan di DALAM masjid sahaja.

Minta rakan-rakan seusaha di kawasan-kawasan ini tanguhhkan dulu sebarang amal di luar masjid seperti gasyt pertama, gasyt kedua, keluar tiga hari, malah mesyuarat halkah pun diminta tangguhkan dahulu sehingga diberitahu kelak. Begitu juga semua jemaah 40hari/4bulan/jemaah masturat yang sedang keluar mahupun telah dibentuk di kawasan Tawau dalam masa terdekat ini telah diputuskan supaya tangguh dahulu.

Aktiviti sebelah malam yang melibatkan perjalanan tidak digalakkan waima hendak ke markaz sekalipun. Mesyuarat markaz Tawau rabu malam juga ditukar kepada ahad pagi bermula minggu hadapan. Ta'lim mingguan masturat boleh berjalan seperti biasa jika keadaan mengizinkan. Selain tu rakan-rakan seusaha diminta supaya menDOAkan keselamatan untuk ummat.

Sekian harap maklum.

abg2 askar kita di Kg. Tanduo..
(sumber foto; RGK)

Komen aku;
tuan2 mulia.. selagi kita dibenar buat usaha dgn bebas, buatlah dgn bersungguh2.. sblm dtg masa kita x blh lg buat mcm tu.. semoga Allah bangkitkn usaha agama di Tawau.. jadi asbab hidayat seluruh alam..











Insuran & Road Tax Online













UPDATE @ 12 Mac 2013;


Salam.untuk kawasan markaz tawau.Malam tadi syura memberikan pengumuman penting pasal usaha agama masa sekarang ini.keputusan sblm ini berjalan juga tapi bagi kawasan yang tidak darurat (tuan2 sendiri tahu).. boleh teruskan buat usaha 5 amal seperti biasa..ghast jgn buat slps maghrib dan ke atas.2 jam stgh stop slps isyak dan jumpa org yg kenal kita dan kita kenal dia..3 hari keluar d tempat y x bmslh..dengan perca senarai panjang dipegang amir jemaah..pastikan dokumen pengenalan diri dibawa bila2 masa wpun buat 5 amal..rakan seusaha yang tiada dokumen tangguhkan dulu niat utk buat amal masjid d luar dan keluar di jalan allah..mesyuarat halqah buat di siang hari..apapun rujuk orang tanggugjawab di kawasan tuan2 utk info terperinci...

Thursday, March 07, 2013

Abah balik..

Mus'ab..

Mus'ab & Mu'az..

Mardhiah & Mu'az..










Insuran & Road Tax Online


40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 4

"bila Nabi saw wafat, maka telah wujudnya nabi palsu, org murtad, org xnak bayar zakat dan musuh nak serang madinah..

xde dr kalangan umat ni yg lebih faham agama melainkan Abu Bakar r.hu.. beliau telah mengeluarkn semua lelaki dr madinah ke jln Allah sehingga selama tiga hari tiga mlm tiada azan di masjid nabawi..

natijahnya, Allah telah selesaikn semua masalah mereka.. penyelesaian masalah umat ni adalah dgn keluar di jln Allah.."

***

8 mlm - sampai di markas Tawau.. jemaah kami diputuskan duduk di markas sehingga 27 Feb.. aduss..

malam sabguzari..

24 Feb.. pegi bandar..

menyelam mutiara..
memanjat bukit..

roadblock..

25 Feb..
hujan lebat sepanjang hari..

26 Feb.. jeng jeng jeng..



pegi Semporna.. naik bas 8 pagi dan sampai selepas 2jam.. huhu.. sebelum tu dah kontek Ustaz Ishak, rakan tabligh dan blogger yang dah 2 tahun bertugas kat Semporna.. alhamdulillah dia sedia ditashkil keluar.. bukan keluar 4 bulan atau 40 hari, tapi keluar rumah untuk jadi pemandu pelancong kat Semporna..





aku & ustaz Ishak
terima kasih banyak le Ustaz Ishak.. sanggup ambik cuti untuk layan kerenah kami.. ahaks..

27 Feb.. balik KL..

28 Feb.. karguzari..

1 Mac.. wafsi & pengantin baru.. horey..

12 org yg xjadi syahid..

sekian..












Insuran & Road Tax Online




Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...