Keluar di Jalan Allah

>> Friday, February 06, 2009

Peta Perancis
~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu..


Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.


Sahabat keluar 5 tahun

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )


Sahabat keluar 6 bulan

Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.

Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)


Keluar 4 bulan

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu."

Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]


Keluar 40 hari

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)


Keluar 3 hari

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

25 Komen Kat Sini:

mutakalim 06 February, 2009 16:05  

semoga kita dapat menjaga cillah untuk mendapatkan keredhaan Allah

van qif 06 February, 2009 17:57  

Syukran jazillan...
sebenarnya dah lama saya cuba cari kisah para sahabat yg keluar 3 hari , 40 hari dan 4 bulan...

Semoga ALLAH permudahkan urusan tuan

zarzh 06 February, 2009 18:14  

Assalamualaikum,Azhar agaknya peta Perancis kat atas itu tandanya Azhar nak keluar Perancis dan sekaligus datang Swiss kot, kerana Swiss dibawah syura Perancis. Marhaban-marhaban, selamat datang, saya dengan serba dhaif ni, mengharap dapat nusrah Azhar dan jemaah bila singgah kat sini.

azharjaafar 06 February, 2009 22:51  

mutakalim;
bunyi macam senang kan. Jaga cillah.. Tapi proses nak keluar tu, Allah aje yang tahu. Masing2 ada ujian masing2.

van qif;
Tertib 4bulan, 40hari, 3hari yang dibuat ulama sekarang ni sebagai latihan untuk umat ni belajar lapangkan masa dan korbankan sedikit harta.

zarzh;
Doalah. Mula2 saya dah tafakut untuk keluar 4 bulan jalan kaki pada 15 Feb ni tapi jemaah ni senyap je. Tak panggil pun untuk kumpul.

Kalau tak jadi jemaah ni, saya ada niat sungguh2 nak keluar 4 bulan negara jauh pada 1 Mac ni. InsyaAllah Rabu depan tafakut.

Mana2 lah Allah hantar. Yang nak keluarkan kita ialah Allah. Duit, cuti, visa, pasport; semua makhluk yang tak boleh buat apa.

Tolong doa, puasa, sedekah, baca yasin untuk saya.

TaminDhari 06 February, 2009 23:56  

Jazakallah, tuan. Satu posting yang amat baik.

Tapi kat Pakistan sekarang dah tak taskel 3H / 40Hari dah (terbib wanita jer).

La ni taskel 7 bulan atau 1 tahun. Bila ker aku boleh sampai tahap macam tu yek?

azharjaafar 07 February, 2009 09:13  

4 bln, 40 hari bukan maksud. InsyaAllah satu hari nanti umat Islam akan datang kepada tertib para sahabat r.hum; "bila2 masa, di mana sahaja, dengan siapa sahaja."

azharjaafar 07 February, 2009 12:45  

Kakkoii;
Terima kasih kerana ziarah dan komen.

Tie 08 February, 2009 09:29  

Salam,

Kak Tie tak pernah alaminya...hubby kalau keluar pun kerana urusan kerja..paling lama seminggu kot..dulu2 ada laa sampai berbulan2...

Tapi sebagai isteri memanglah rasa rindu dan bimbang keselamatannya.

Bagaimanapun kak tie respect kat isteri2 yang suaminya pergi demi agama...mudah2an segala yang dilakukan diterima olehNya.

zarzh 08 February, 2009 17:29  

Azhar, izinkan saya ambil artikel ttg dalil keluar dijalan Allah ni dan letak dalam blog saya agar dapat saya baca berulang-ulang dan menargibkan diri agar sentiasa dapat keluar, insyaallah. Semoga Azhar punya saham akhirat bertambah-tambah pokok dan bunga halalnya....

azharjaafar 09 February, 2009 12:09  

Tie;
Zaman sekarang memang biasa suami tinggalkan isteri untuk beri nafkah zahir. Sekarang kena belajar2 tinggalkan isteri untuk beri nafkah batin.

zarzh;
Sekarang Europe tengah sejuk kan? Hu hu hu..

Panitia RC SMK KABOTA 09 February, 2009 21:32  

Pernah dengar tak kisah tabiin yang keluar selama 27 tahun? Beliau adalah anak kepada hadrat bashir ra. Anaknya yg ditinggalkan selama 27 tahun jadi ulama dan salah seorang guru kepada imam malik ra.

azharjaafar 10 February, 2009 09:47  

Panitia RC SMK KABOTA;
Ya. Namanya hadrat Farouk r.a. Itu yang balik.. yang tak balik langsung pun ramai. Mati kat seluruh dunia.

Tujuh Kaki Dalam 11 February, 2009 15:39  

ishk.

meremang bulu roma baca komen atas ni.

org korban puluh2 tahun.

aku korban sejam dua pun tak lepas?

apalah nasib aku bila mati nanti?

ya Allah ampuni hambaMu yang banyak harap kurang kerja ini?

:(

azharjaafar 12 February, 2009 08:12  

Tujuh Kaki Dalam;
Satu saat pun Allah kira. Pelan2 tambah korban.. Rumah ke masjid, masjid ke pejabat. Lepas tu pejabat ke masjid, masjid baru ke rumah.

Z I K R Y 26 February, 2009 20:46  

kalau korang nak tau..daun qat yg paling best datangnya dari bani hamdan n dberi nama al-hamdani
daun tu dorunk kunyah2 bagi rasa layan cam tembakau r..huhu

azharjaafar 27 February, 2009 12:29  

Z I K R Y,
daun qat tu apa? macam sireh ke?

N A Z M I E S K I 10 March, 2009 18:52  

Askm brother Azharjaafar,

good post. cari-cari pasal info tentang keluar di jalan Allah, jumpa blog brother azhar. thanks for the info...

klu brother tak kisah, saya akan copy and paste content nie dalam blog saya. saya akan creditkan link blog brother dalam blog.

Zakir 17 April, 2009 22:24  

assalamu'alaikum ... setelah lama mengikuti perkembangan jamaah tabligh, Allah telah ketemukan saya dengan blog ini. Saya dengan rendah diri ingin bertanya, bagaimanan caranya andainya saya ingin menawarkan diri untuk khuruj fi sabilillah sedangkan saya tiada kenalan dalam jamaah tabligh.

mytruism 18 April, 2009 00:59  

wsalam wr wb sdr Zakir,

Mungkin boleh bagitau currently lokasi sdr kat mana, inshaAllah the brothers here boleh bantu refer u to the nearest markas location. Kalau sekitar kl-klang valley the HQ markas kat masjid jamek sri petaling.

Moga Allah bantu kita utk buat usaha agama dan luaskan jalan2 hidayatNya, Ameen.

Panitia RC SMK KABOTA 18 April, 2009 19:24  

Zakir pg je mana masjid yg paling dekat dengan rumah yang ada jemaah tabligh tempatan. Jumpa je diaorg. Insyaallah dengan senang hati mereka akan bantu. Jemaah tabligh ni hari-hari jumpa orang ajak keluar, jarang-jarang yang sedia untuk ikut Tapi kalau ada yang serah diri macam , sudah pasti mereka akan ikram.

Zakir 19 April, 2009 21:45  

alhamdulillah, syukran jazilan.. ada juga orang reply. saya tinggal di balakong, selangor. biasa juga ke masjid seri petaling untuk solat dan dengar2 bayan tetapi belum berkesempatan untuk iktiqaf sabtu ahad ataupun keluar sebab ada2 je hal yang datang (dunia...dunia). tetapi insyaallah lepas ini mungkin bole bila dah kenal dengan sahabat2 tabligh dan ada contact dengan mereka. mana2 sahabat berhampiran bolehlah hubungi saya kiranya sudi, kerana ada seorang manusia kerdil menawarkan diri untuk menjadi tenaga kerja di jalan ALlah kiranya itulah yang telah ditetapkan olehNya. Zakirukm@hotmail.com, 019-2715417

Al Jasmini 30 July, 2009 09:56  

Assalamualaikum Tuan,mintak izin untuk copy dan pastekan artikel di atas dalam blog ana. Dijemput ziarah ke blog ana yang tak seberapa. Semoga ukhuwah terbina InsyaAllah.

azharjaafar 30 July, 2009 10:27  

Al Jasmini;
Tk sudi ziarah. Copy no problem..

Post a Comment

Komen pembaca sangat aku hargai. Makasey...

jumlah pengunjung

telah link ke blog ini

komen

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP