Tuesday, December 31, 2013

Entri Penutup 2013

aku baru balik dari keluar 40 hari pd jumaat lps.. ni adalah antara perkara yg kena di"settle"kan.. heheh..

"maaf, ni bukan suara aku.. suara aku sedap lagi.. ala-ala Rahim Maarof.. ahaks.. asalnya audio ni aku terima dr wassap.. kmdn aku videokan dan tulis "penyanyinya aku tak tahu".. tak lama kmdn saudara Sufian Isa Pencetus Ummah mengaku bahawa ini adalah suara beliau.. alhamdulillah.."

video yg diedit oleh GuaTv.com;




video yang aku masukkan di Youtube;



camne pun aku berterima kasih kepada GuaTv sebab secara tak langsung telah mempopularkan blog aku.. ahaks..

buat usaha di 16 masjid dan surau di sepanjang jalan
Bandar Jerteh, Trengganu ke Bandar Pasir Puteh, Kelantan

kembali memanah.. indoor & outdoor..
*hanya gambar memanah outdoor dipaparkan..
akhir kata yang pertama..
antara tanda syukur kpd Allah krn dilahirkan sbg umat ini adalah dgn sentiasa mendepankan diri dan harta utk digunakan di jalan Allah.. dan antara tanda kufur kpd Allah atas nikmat dijadikan sbg umat ini adalah dgn mengelakkan diri dan harta dr digunakan di jalan Allah..

akhir kata yang kedua..
sesape yg belum chillah lagi 2013 ni, sila risau.. atau buat² risau..

akhir kata yang ketiga..
majulah memanah untuk negara..
terima kasih kerana sudi menziarahi blog aku ni..





Insuran & Road Tax Online

Tuesday, November 12, 2013

Sejak 2 Minggu Lepas..

sebelum apa², iklan dulu (macam youtube le..)

klik untuk besarkan..
Ada lagi 30 orang peserta yang boleh berdaftar!!! 

Siapa cepat dia dapat rasakan kem santai bersama saya insyaAllah.. anak2 tuan2 akan merindukan bermuzakarah agama dengan saya insyaAllah.. 

★Lidah mereka akan sentiasa keluar perkataan ALLAH!! ★

Jom daftar sekarang!! Call or whatsapp saya segera!! Khailil Razak 013-7791637 


***  ***  ***


29 Oktober 2013..
masjid aku ni memang meriah.. hampir setiap hari ada kuliah maghrib.. kalau xde ke mana². insyaAllah aku akan sama² duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh para ustaz..

kusyuk wal masyuk

02 November 2013..
memanah dengan kengkawan..

gian memanah ni..
stedy la bang..
otai kepong..
busur monggol..


05 Nov 2013
memanah bersama korge..

gaya seorang abah..
bini ku..
Ammar..
Anas..
Mardhiah..
Mu'az..
Mus'ab pun nak memanah..

9-11 Nov 2013
jemaah masturat 3 hari masuk rumah aku..

bayan masturat..
makan time..
sementara menunggu giliran mulakat..
tidak berkhir di situ..
kono bolum tontu..
amir sab suda mari..
gaya seorang amir sab..
pihak masjid minta jemaah bayan maghrib..
siap iklan dan bagi duduk kat tempat ustaz.. huhu..

***  *** ***


seperti biasa.. bonus track..

download di dropbox; KLIK SINI






Insuran & Road Tax Online

Monday, October 28, 2013

Hal Memanah Lagi..


Sambungan dari entri Memanah La Pulak Brader..

*******

Secara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu
  • memanah secara naluri (instinctive) 
  • pandangan (sight). 
Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah.

BUSUR KOMPAUN
Busur kompaun sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Compound Bow

BUSUR RINGKAS MODEN (RECURVE)
Iaitu busur tunggal (one-piece recurve bow) dan busur berangkai (3-piece recurve bow) sebenarnya berada di bawah separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga untuk meletak anak panah (arrow rest).

Recurve Bow

BUSUR TRADISIONAL
Busur tunggal tradisional adalah sejenis busur refleks dan lebih menepati ciri-ciri busur sunnah. Rekabentuk busur tradisional adalah panahan-dinamik (dynamic-shot), iaitu semasa memanah, kepala anak panah diletakkan sedikit terkeluar dari garisan satah panahan kerana perlu disandar ke atas belakang ibu jari pemanah yang menggenggam pemegang busur. Apabila dilepaskan, anak panah akan meliuk semula mengikut arah sebenar daya tujahan busur setelah batang panah melepasi kawasan pemegang.

Lantunan anak panah (arrow deflection) adalah maksimum pada busur tradisional, pemilihan batang anak panah yang keras akan menyebabkan panah gagal membuat pembetulan untuk bergerak dengan lurus sebelum sampai kepada sasaran. Fenomena ini dikenali sebagai ‘The Archer’s Paradox’ yang menyebabkan pemanah perlu membuat penyesuaian semasa panahan dengan membidik ke tepi sasaran sebenar.

ni la bow yang aku beli.. nak riak la tu..

Busur tradisional dapat dikenal-pasti dengan mudah kerana ia tidak mempunyai tempat sandaran anak panah pada busur. Berbanding jenis-jenis busur yang lain, kepala anak panah diletakkan di sisi dalam busur tradisional semasa memanah supaya anak panah dapat dicagak dan ditarik dengan paling cepat. Ini dapat menjimatkan pergerakan dan masa tanpa anak panah perlu melangkahi busur ketika mencagak anak panah.

Kelebihan:
  • Kelajuan panahan adalah lebih baik dan berada sedikit di bawah prestasi busur kompaun.
  • Jarak efektif dan ketepatan busur bergantung kepada kemahiran pemanah.
  • Pemanah secara naluri biasanya bergaya dengan busana tradisional semasa acara memanah.
  • Busur dan aksesori menggunakan banyak bahan semulajadi.
  • Satu-satunya jenis busur untuk teknik naluri yang sesuai untuk memanah semasa di dalam pergerakan; seperti berkuda.
next project, insyaAllah..
Kekurangan:
  • Jenis busur ini lebih susah untuk dikuasai dan memerlukan lebih banyak masa, komitmen dan tenaga untuk belajar dan berlatih. (dianjurkan 100 anak panah sehari)
Dikategorikan sebagai busur memanah dengan naluri kerana bahagian hadapan anak panah disandar ke atas belakang tangan/ibu jari pemanah dan menggunakan kaedah menarik dan melepas dengan jari tangan, samada menggunakan;
  • ibu jari dan cincin (gaya Monggol)
  • 3 jari dan sarung tangan/pelapik jari (gaya Mediterranean)


Walaubagaimanapun, menarik tali busur dengan ibu-jari dan penggunaan cincin mempunyai kelebihan yang nyata di samping tidak menjejaskan teknik memanah secara naluri. Penggunaan ibu-jari dapat menambah antara 2-4 inci kepada panjang tarikan (draw length) berbanding penggunaan 3-jari dan seterusnya menambah kekuatan pada tujahan anak panah. Melepas anak panah dengan teknik Monggol juga adalah teknik lepasan yang lebih licin dan lancar berbanding teknik Mediterranean dan mampu mempengaruhi ketepatan panahan.

*******

KOMPONEN ZAHIR – KEKUATAN DARI MEMANAH
Yang dimaksudkan kekuatan dari memanah secara zahir adalah sebahagiannya;

  • kekuatan pada panahan
  • kekuatan pada tubuh badan pemanah.


KEKUATAN PADA PANAHAN
Kualiti pada panahan naluri dan pandangan dapat dinilai dari tiga pencapaian; iaitu
  • Ketepatan
  • Konsistensi
  • Kejituan
Ketiga-tiga perkara ini pula hanya dapat dicapai dengan;
  • Pengetahuan dan aplikasi teknik memanah yang betul
  • Pengetahuan teknikal di dalam sains memanah
  • Kekuatan fizikal serta penggunaan otot secara efisyen
Hanya dengan menguasai kombinasi 3 perkara ini potensi kekuatan sebenar pada panahan dapat dicapai dan dirungkai.

Teknik memanah tradisional adalah sebaik-baik teknik untuk memanah. Memanah secara tradisional melatih kombinasi penggunaan otak kiri dan otak kanan secara serentak dan menjajar deria keenam, iaitu naluri kepada memanah. Berbanding teknik memanah secara pandangan (yang sangat bergantung kepada satu deria utama), deria naluri menyatukan penggunaan kelima-lima deria yang lain untuk menghasilkan tindak-balas yang lebih cepat, spontan dan lebih berkeupayaan untuk memproses pelbagai input dan faktor pemboleh-ubah secara serentak semasa proses menembak anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, kedua-dua tangan ‘merasa’ arah tujahan anak panah, otot menjangka kekuatan tarikan (daya tujahan), kulit merasa arah angin untuk membuat pembetulan, mata memandang tajam ke sasaran dan otak memberi sepenuh tumpuan dan melupakan yang lain-lain.

Dari segi teknik, memanah secara tradisional adalah paling menghampiri memanah secara sunnah. Iaitu anak panah perlu bersentuh dengan tangan yang memegang busur dan tangan yang menarik busur. Ini dapat diperhatikan dari busur tinggalan Rasulullah SAW.

Busur Rasulullah..

KEKUATAN PADA TUBUH BADAN PEMANAH
Dalam ilmu perubatan moden, anggota badan manusia dikenal-pasti mempunyai kapasiti untuk melakukan pengalihan fungsi otot dalam keadaan-keadaan tertentu. Otot-otot sekunder yang bersambung atau pada kedudukan selari dengan otot primer yang rosak atau gagal berfungsi akan mengambil-alih fungsi otot tersebut secara semula-jadi supaya dapat menghasilkan pergerakan anggota yang serupa atau hampir sama. Contoh yang paling jelas adalah pada pesakit-pesakit strok yang belajar semula untuk berjalan dengan menggunakan otot dan sendi pinggul.

Orang-orang dahulu-kala sebenarnya lebih maju pengetahuan mereka di dalam perkara ini dan boleh disaksikan dari tinggalan warisan seni silat, wushu dan lain-lain seni mempertahankan diri. Kebanyakan ilmu seni mempertahankan diri melatih dan membiasakan tubuh kepada pergerakan ‘berat’, iaitu memaksa penggunaan lebih banyak otot dalam pergerakan. Ini kerana otot adalah kekuatan. Lebih banyak penggunaan otot, lebih banyak kekuatan dapat dihasilkan.

Pada zaman khalifah Uthmaniyyah, kaum lelaki memanah dengan kekuatan tarikan 70 lbs ke atas, manakala kanak-kanak, orang tua dan mereka yang baru bermula memanah menggunakan busur di bawah 70 lbs. Maka bandingkanlah pula dengan kita di zaman ini, mengapakan orang-orang dahulu lebih kuat? Adakah mereka mempunyai susuk fizikal yang berbeza? Adakah disebabkan faktor pekerjaan? Atau mungkinkan kita menggunakan teknik yang salah dan menyebabkan banyak otot menjadi lesu kerana tidak pernah digunakan?

Berbanding teknik memanah moden, pemanah teknik tradisional menjungkitkan sedikit bahagian siku ke atas semasa menarik tali busur. Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada penggunaan otot bahagian bahu dan belakang badan, sebagai sokongan kepada biseps sebagai otot utama. Latihan dan ulangan pergerakan yang berterusan boleh memperbaiki dan meningkatkan fungsi otot-otot yang berkenaan untuk mencapai potensi kekuatan yang lebih tinggi.

copy & edit tanpa permit dari blog http://arramy.com

*******



busur aku - kekuatan tarikan (poundage) 50 lbs.. 
busur ahlia - kekuatan tarikan (poundage) 25 lbs..
busur Mus'ab - beberapa hari je dah hancusss..


dan embah lanang aku berasal dari Jogjakarta..






Insuran & Road Tax Online

Thursday, October 24, 2013

Hibah - Takaful Ikhlas

straight to the point..

aku dapat memo pemberitahuan dari Takaful Ikhlas..


Subjek : Pembayaran *Hibah Untuk Sijil Takaful AM

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,

Pihak Syarikat memohon perhatian semua cawangan Takaful IKHLAS termasuk Pusat Khidmat Pelanggan (CSC) dan semua tenaga agensi berkenaan pembayaran Hibah untuk Sijil Takaful yang layak, bertarikh luput di antara 1 April 2012 – 31 Mac 2013.

Selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia yang menggalakkan pembayaran secara elektronik (e-payment), kami memohon kerjasama semua tenaga agensi bagi mendapatkan butiran akaun bank Peserta untuk melaksanakan pembayaran Hibah ini. Pembayaran Hibah akan hanya dilaksanakan melalui pemindahan ke akaun bank Peserta.

Notis dan borang butiran akaun bank ini boleh dimuat-turun melalui laman sesawang www.takaful-ikhlas.com.my. Sila hubungi xxx dari Jabatan Pengurusan XXX di sambungan 9877/9879 atau e-mel xxx@takaful-ikhlas.com.my untuk keterangan lanjut mengenai pembayaran Hibah ini.

Sekian, terima kasih.
Date: 17 October 2013

***

maka sekonyong-konyongnya aku membalas memo tersebut dengan beberapa soalan berbentuk pertanyaan mengenai kemusykilan yang menghairankan minda..

Assalamualaikum..

Berkenaan perkara;
  • Subjek : Pembayaran *Hibah Untuk Sijil Takaful AM
  • kami memohon kerjasama semua tenaga agensi bagi mendapatkan butiran
    akaun bank Peserta untuk melaksanakan pembayaran Hibah ini.
  • Pembayaran Hibah akan hanya dilaksanakan melalui pemindahan ke akaun bank Peserta. 
1.adakah saya perlu dapatkan no akaun bank SEMUA pelanggan?
2.atau minta jasa baik Takaful Ikhlas keluarkan senarai pelanggan 
di bawah agensi saya yang layak terima pembayaran hibah tersebut
termasuk jumlah Ringgit Malaysia.

Terima kasih.

 *:) happy


Mohd Azhar Mohd Jaafar
GG09825

***

maka dengan sepantas kilat yang menyambar di angkasa raya dewata sejagat, aku diberi jawapan..

Pihak Syarikat akan menghantar Notis Hibah kepada pelanggan yang layak terus ke alamat yang didaftarkan. Dan kami juga memerlukan bantuan daripada Ejen untuk mendapatkan butiran pelanggan. Pihak Syarikat akan menghantar senarai nama pelanggan yang layak kepada Agensi. 

***

AQAD TAKAFUL
Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini.

Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 25% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru'(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya/Kami juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan diagihkan kesemuanya kepada Peserta atas kaedah Hibah.

Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful 
~baca di sini~

***


jadi bagi korang yang tak faham dengan entri aku ni, silalah email kepada aku beberapa soalan berbentuk pertanyaan mengenai kemusykilan yang menghairankan minda..

sekian..







Insuran & Road Tax Online

Monday, October 14, 2013

Pulangan Tunai 15% - Takaful Malaysia

Apa yang unik tentang kami… satu-satunya pengendali Takaful dan yang PERTAMA dalam negara yang secara konsisten memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan 15% Pulangan Tunai* jika tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Kemalangan dan kerosakan kereta boleh menyebabkan anda terkandas, dan berada di dalam kekecewaan. Program Tele Bantuan 24/7 kami direka khas untuk membantu anda ketika dalam kesusahan. Anda boleh mengakses lebih 200 bengkel di seluruh negara dengan mudah.


Penerangan Mengenai Pulangan Tunai
Di Takaful Malaysia , kami menawarkan anda 15% Pulangan Tunai* sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan kepada semua peserta produk Takaful Am dan juga produk Takaful Keluarga yang terpilih. Kami adalah satu-satunya Pengendali Takaful yang menawarkan Pulangan Tunai secara konsisten kerana ini adalah ganjaran untuk anda.

Pulangan Tunai dapat diberikan kerana lebihan/keuntungan setiap tahun yang konsisten di dalam dana Takaful dan ini memberikan satu petunjuk yang sangat baik terhadap pencapaian prestasi dana. Ia juga menunjukkan bahawa Takaful Malaysia mengamalkan pengunderaitan, tuntutan dan amalan pengurusan aset yang baik. Amalan Pulangan Tunai dibenarkan oleh Syariah di mana ia berpegang teguh kepada nilai-nilai kerjasama, saling membantu, perpaduan seperti yang terkandung dalam konsep takaful dan prinsip pengagihan keuntungan di kalangan peserta model wakalah telah diterima pakai oleh Takaful Malaysia.

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa bayaran Pulangan Tunai kepada pelanggan Individu (atau Runcit) yang berjumlah kurang daripada Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) atau pelanggan Korporat yang berjumlah kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) akan didermakan oleh Syarikat kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah. Walau bagaimanapun, jika Perserta memutuskan sebaliknya, para peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Syarikat sebelum tarikh habis tempoh.

*‘Pulangan Tunai’ bukanlah satu jaminan bahawa jumlah tertentu akan dibayar kepada peserta yang layak, dan kadar masa depannya tertakluk sepenuhnya kepada lebihan/keuntungan dana risiko. Pembayaran hanya akan dibuat jika terdapat lebihan daripada Dana Risiko Peserta.


Ilustrasi Pengiraan Pulangan Tunai
Berikut adalah ilustrasi pengiraan Pulangan Tunai.

Keterangan
Amaun (RM)
Caruman dibayar oleh Peserta (selepas NCB)
1,010.00
Tolak Duti Setem Dibayar
Tolak Komisen Agen
10.00
100.00
Amaun Bersih Layak bagi Pengiraan Pulangan Tunai  
900.00
Pulangan Tunai Yang Layak
= 15% X 900.00 = 135.00


TAKAFUL MOTOR
Untuk perlindungan yang lebih meluas, anda mungkin mahu mempertimbangkan perlindungan berjenis KOMPREHENSIF. Malahan anda juga boleh mendapat indemniti ke atas kehilangan atau segala kerosakan kepada kenderaan anda atau alat ganti yang disebabkan oleh peristiwa berikut:
  • Perlanggaran tak sengaja atau terbalik disebabkan oleh kerosakan mekanikal.
  • Perlanggaran atau timbal balik yang disebabkan oleh haus dan lusuh.
  • Kerosakan impak yang disebabkan oleh objek yang jatuh yang bukan akibat konvulsi alam, letupan kebakaran atau kilat.
  • Kecurian atau pecah masuk rumah tindakan berniat jahat.
  • Semasa dalam transit.

Anda boleh memohon untuk perlindungan tambahan untuk:
  • Aksesori cermin kereta, pemandu MPA tambahan (Kemalangan Peribadi Pemandu Motokar) yang dibenarkan.


Satu langkah untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kami kepada peserta, program Tele Bantuan menawarkan PERKHIDMATAN TUNDA PERCUMA dari tempat kemalangan ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terdekat, 24-jam setiap hari, di mana sahaja di Malaysia.







Thursday, October 10, 2013

Sepanjang 20 Hari Lepas

kemalasan untuk mengupdate blog sangat meluap-luap.. sehingga mengeluarkan wap..

tapi camne pun aku tulis jugak sikit aktiviti sepanjang 20 hari.. kalau aku cerita semua, akan buat korang jadi sangap.. jadi tak semua aktiviti aku boleh tulis sebab sebahagiannya menjadi rahsia antara aku dan isteri.. (krik krik.. krik krik..)

20 September 2013
lepas asar.. aku melangkahkan kaki ke masjid Sri Petaling.. bukan pegi jalan kaki.. gilak la jalan kaki 30km.. aku melangkahkan kaki untuk duduk atas seat motor ex5 dan memulas throtle ke tahap gaban.. khidmat 10 hari kat sana.. kelihatan para bidadari syurga mengintai-intai di jendela syurga kerana meraikan pemergian aku.. (aku potong sebab bini aku marah..)

memula aku diputuskan untuk khidmat di istiqbal (penyambut tetamu) jemaah foreign.. tapi lepas tu aku mintak tukar ke istiqbal tempatan.. tempat foreign tu sebuk sangat.. jemaah keluar masuk siang malam.. nak urus tiket, visa, route, kenderaan.. jadi kemalasan melanda..

pejabat istiqbal tempatan..
shift keje kat pejabat istiqbal bermula jam 5 pagi dan tutup jam 11 malam.. satu shift 2 jam & satu hari kena bertugas 2 shift.. keje utama kat sini adalah memantau urusan jemaah tempatan yang datang dari seluruh Malaysia.. keje-keje lain adalah baca taklim, jaga amanat beg, jaga amanat duit, jaga sekuriti masa solat fardhu, jaga-jaga cik salmah, iktilat orang yang nampak dah lama iktikaf dan buat masjid macam rumah mertua dia, jorna orang untuk duduk ijtimai amal , lost & found dan lain-lain urusan..

asrama kami.. heheh..
orang khidmat dikenakan bayaran untuk makan RM2.50 sehari.. 4 kali makan woo.. setiap hari ada lebih kurang 20 orang yang khidmat diistiqbal dan 10 orang yang khidmat di tempat masak.. gaji?? haa.. mudah-mudahan Allah terima dan beri gaji di akhirat..

ni pun tugas istiqbal untuk beri no ustat..
sempat lagi ni bagi yg nak keluar musim cuti sekolah..
yg ni pulak adalah aktiviti sampingan.. ahaks..

30 September 2013
9.30 malam balik rumah le.. 1-10 okt orang lain pulak khidmat..

02 Oktober 2013
ada orang minta nasihat.. "susah nak keluar berdakwah sebab masalah keje.."
jadi aku nasihatkn dia; "dari rumah ke masjid, kemudian ke opis.. dari opis ke masjid, kemudian ke rumah.. "

~ kita selesaikn masalah dengan amal.. bukan selesai masalah dulu baru nak beramal.. kalau dapat istiqamah macam ni dalam amal, Allah akan selesaikn masalah..

~ biasa tengok/dengar orang yang berenti keje, lompat keje, cuba beniaga dsb, tapi amal x jaga.. kesannya masalah bertambah dan makin jauh dari usaha dakwah.. wallahu'alam..

05 Oktober 2013
keluar 3 hari masturat (bersama isteri).. pertama kali sejak 2 tahun sebab anak baru putus susu.. maka bapak bermaharajalela.. anak-anak tinggal rumah mak.. 8.45 pagi gerak ke destinasi..

10 pagi, bayan hidayat kat seksyen 19, Shal Alam.. jemaah 7 pasang..

12.30 tghari.. sampai di route keluar.. Taman Chempakasari, Batu 4, Klang (halkah Sementa)..

A=Kepong, B=Shah Alam, C=Klang

Lepas zohor mesyuarat, makan dan terus umumi gash.. lepas asar bayan tashkil, lepas tu bayan masturat.. lepas tu lagi gerak ke Sri Petaling untuk hadir jur.. lepas isyak balik ke Klang..  makan dan lepas tu hilang dari dunia..

06 Oktober 2013
lepas bayan subuh, bayan masturat.. lepas tu sarapan.. lepas tu melepas.. lepas tu pulak ke Sri Petaling lagi untuk sambung jur hingga zohor.. 
*berapa banyak lepas la..
(Bayan subuh ust razif sri ptlg 6/10/13) Nasihat dr mesy nizamuddin. ...

Kata Maulana ibrahim:Syukur dlm usaha ni, ialah kita istiqamah dlm usaha ni. Dlm istiqamah, Allah janji, akan tmbah nikmat pd kita, sampai satu amal pun sy tak ttinggal. nabi saw tlh tarbiyyah shbt agar istiqamah dlm smua keadaan. org yg dpt hidyat kmudian dia istiqamah, mk Allah akn tmbh hidayat bg mrk ,dn akn bg taqwa pd mrk. 

dlm Al-quran:kalaulah muhammad mati,adakah kamu akn bpaling kebalakng dn tinggal usaha ni,sesungguhnya kalau kamu bpaling,Allah tak akn mudarat sedikitpun. 

ni tarbiyyah sahabat drpd Nabi saw, keadaan yg paling getir bg sahabat ialah kewafatan Nabi saw. sampai Allah kata mafhumnya, jgn jadikan alasan utk tidak istiqamah dlm usaha. Apabila usaha tlh maju, mk usaha akn jd lebih longgar, dn apa akn blaku, mk org lama akn mcari kerehatan diri. sepatutnya kita akan menambah usaha lg. shbt ansor, mrk tlh bg byk pngorbanan dlm agama, asalnya mrk xkenal nabi saw, jumpa masa haji, dn ansor tlh sedia, dan mrk trima dgn sungguh2agama ini, dn nabi saw hantar mus'ab bn umair, sehingga dlm masa sethun saja kebanyakan org madinah tlh masuk islam, nabi saw kalau hijrah ke madinah, mk smua arab akn memusuhi kamu wahai ansor, mk ansor tlh terima juga nabi saw dimadinah.
Mk bila usaha dh ramai, mk apa blaku, mk shbt pun kata, kita kna rehat sikit, utk baiki dunia dn sbgnya, atas lintasan ini mk turunlah ayat jgn kamu campakkan diri kamu dlm kebinasaan. ini utk org ansor, yg tlh bg bmacam2 pengorbanan, dn org muhajir tlh cemburu dgn amalan org ansor, mrk tlh korbankan harta mereka, di medan perang , mrklah yg paling ramai syahid, mrk tlh korban byk utk kami, dlm keadaan ni juga Allah suruh mrk agar truskan usaha lagi utk ansor. sabda nabi pd ansor, kamu ni ramai bila utk trima takaza agama, dn apabila ada ghanimah/harta maka kamu kurang dn tidak dtg dgn ramai, ni sifat mulia, 
maulana ibrahim:kali pertama daku kluar 40 hari, mk byk takaza dtg pdnya, sehingga dia kata dia xbleh jg madrasah, mk kt maulana yusuf, kamu biarkan takaza dan kamu sambut takaza itu mk kamu akn makin makbul dan faham dlm usha ini. mk firman Allah, kalau kamu x ambil takaza, mk Allah akn ambil org lain dlm usaha ni. dan sikitpun takkan mudaratkan Allah. 
Keikhlasan dlm iman, ialah apabila kita dpt tinggalkan pkara yg diharamkan Allah swt. Nabi saw ajar umat, buat amal dan kena yakin dgn janji2 Allah. satu shbt solat dn takda tumakninah, maka itupun tak diterima. Kita kna dapatkan ikhlas dlm ilmu, apa itu ikhlas dlm ilmu? kt maulana saad:sehingga dtg takut pada Allah. 
maulana saad kata apa tujuan ta'lim? dulu utk tingkatkan ghairah amal, hingga byk karkun lama kata kami dh dpt dh ghairoh, mk kt maulana:utk menyegar dan msuburkan janji2 Allah taala. maksud ilmu kt maulana saad:bukan utk tahu, tp utk ta'assur, tkesan dgn ilmu yg mrk blajar, hingga bw pada amal. dlm satu hadis, sapa yg putuskan silaturrahim mk rezki sikit, mk nabi sabda, sapa yg ada putus silaturrahim, mk jgn duduk dlm majlis ini, mk sahabat satu org trus bgn dan nk pergi minta maaf dgn mak saudranya, dn nabi tanya, mana kamu mau pergi? ktnya sy mau minta maaf drpd mak saudara,
kata maulana saad, camana nk beljar ilmu? ialah kita suhbah dgn alim ulama', dn pandang wajah ulama' dgn penuh kasih sayang, kt maulana saad, kalau ada ulama yg mnentang usaha ini mk kita kna sayang pada mrk lebih drp yg ulama yg suka dgn usaha. kt maulana saad, kalau kita suka ulama'2 yg buat usaha lebih drpd ulama yg ttg usaha mk ini adalah satu perlanggarn usul drp kita. 
Kita kna usaha atas zikir, kt msaad, takda mana2 usaha agama yg bjaya, tanpa ada ta'aluk pd Allah, zikrullah maksud pada segala amal, shbt tanya ya rasulullah apa puasa yg paling afdol? iaitu puasa yg paling byk zikrullah, apa solat paling afdol, solat yg paling afdol ialah solat yg paling byk ada ingat pd Allah sehingga jihad yg paling afdol, ialah jihad yg paling byk zikir pada Allah.
Kita kna usaha ikramul muslimin, msaad bg tau, bukan ikram tu bg teh, kalau bg anjing pun kita boleh masuk syurga, dlm muntkahb, myusuf letakkan hadis anzilinnas manaziluhum....bahkan org islam lebih mulia, harta, nyawanya... mk lebih besar lagi, hak imam, hak hafiz, hak org lama, hak syuro, jd ikrom... ialah anzilinnas sa manaziluhum. msaad bwk satu kisah, maka satu jenazah dtg ,mk nabi nk solat utknya, sampai umar ra kt... jenazah ni bgitu buruk... tp nabi cari kbaikan jenazahni... dan tanya sahabat... mk satu shbt kata dia telah security dalam jalan Allah.. sampai org ramai kata... kamu ahli neraka tapi aku (nabi) kata kamu adlah ahli syurga... kita kna tak pandai cari kburukan org. akhlak ialah disebalik 99 buruk org kita cari 1 kebaikan yg ada pd dia, dan ikhlas pula... disebalik 99 kebaikan kita , mk kita cari, belek, sampai kita jumpa 1 kburukan kita dan itulah kita nilai diri kita. ikhlas ialah satu sifat bila kita fikir tak da cara yg kita selamat, takda apa2 kepentingan dlm harta dn lain2 pkara dunia. 
kisah syahid, alim, munfiq... dihumban dlm neraka. Mk ada satu sahabat tlh korbankan diri dlm agama... mk katanya pada nabi... tp aku mahu org lain tau usaha aku diketahui oleh org lain... mk sabda Nabi.. .takda apa2 dlm amalan kamu.. msaad: istikhlas itu ialah... kita hanya milik usaha agama ni krn Allah, kita hanya pekerja Nabi.sehingga kt msaad... byk perkara yg mcacatkan usaha agama kita... iaitu ada terselit sikit dunia dlm usaha agama. satu hari ada org syahid masa zaman umar ra... mk kata nabi... jgn kt dia syahid... sbb dia tlh libatkan dirinya dlm dunia masa dia kluar. bhkan peniaga yg benar bersama siddiqin.... tp kalau dlm jalan Allah mk dunia tak boleh masuk campur, utk haji...boleh masuk urusan dunia, tp utk jalan Allah, mk tak boleh masuk sikitpun urusan dunia.

(kredit kepada Anak Pendang Sekeluarga)
huuu.. memang berat.. doalah aku dapat amal.. tolong istighfar untuk aku..

ni la budak yg 1st time kena tinggal tu..
x nangis pun..
kalau ada yg tanya; "umi mana?"
dia jawab; "umi keluar jalan Allah.."

07 Oktober 2013
aku dikunjungi tuan Nazim Ghani.. datang dengan set panah yang aku tempah.. untuk isteri.. huhu.. 

lepas isyak kami tangguh.. alhamdulillah, aku dan isteri dapat belajar dari orang lama dalam jemaah termasuk tuan rumah.. kami azam pergi ke seluruh alam.. 


08 Oktober 2013
~kesinambungungan dari entri;
http://azharjaafar313.blogspot.com/2013/09/memanah-la-pulak-brader.html

pink kaler..
anak panah buloh..
kemah mung..

09 Oktober 2013



*dalam pada malas nak mengupdate blog tu, masih terpanjang juga entry nih..


**bayan ni aku update pd 11 Okt 2013..







Insuran & Road Tax Online


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...