Tuesday, September 04, 2012

Pertanyaan Mengenai Persoalan

Petang semalam (3 September 2012).. lepas zohor.. sedang aku bersiap sedia untuk melelapkan mata.. tetiba masuk seketul satu email dalam inbox aku.. aku ingatkan nak tanya takaful lagi.. biasanya email² pasal takaful aku jawab waktu malam atau esok paginya.. tapi email tu nak tanya pasal usaha agama.. jadi aku baca dan jawab le..

~ Emailnya berbunyik begini.. (tarik napas panjang² dengan hidung yang kembang semaksimanya..)

From: xyz
To: "ikhlas114@yahoo.com" <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:05 PM
Subject: Assalamualaikum....

Assalamualaikum tuan,

Maaf andainya email ini telah membuat tuan merasa terganggu. Begini tuan, saya seorang yang jahil agama dan sekarang sedang cuba memperbaiki kehidupan saya ke arah yang lebih baik dari segi agama, InsyaAllah. Semuanya bermula dari blog seorang karkun. Entrinya membuatkan saya sedikit insaf dan mula mencari cahaya keimanan. Dalam blog itu juga saya diperkenalkan dengan kitab fadhail amal dan munthakab hadith.Sudah setahun saya baca kitab itu. Saya suka JT dan saya teringin agar keluarga saya turut serta dalam usaha ini tapi sehingga kini mereka tidak berminat.

Namun baru-baru ini saya terbaca komen di blog dan saya sungguh terkejut dan menjadi sangat takut. Di sini saya copy paste komen di blog tersebut

“Hidup kita hanya sekali di dunia ni... jika kita tersalah memilih maka penyesalan di akhirat sana tidak berguna lagi. Ramai yg mengikut secara membuta tuli tanpa ilmu sesuatu kumpulan, merasakan kumpulan mereka menyebar kebaikan tanpa mengetahui bahawa amalan mereka adalah sia-sia di sisi Allah.
Mengenai JT, (bla.. bla.. bla.. *aku tak sanggup nak tulis fitnah yg tersangatla dasyat.. terutama terhadap mimpi mengenai maulana Ilyas rah.).

Kebenaran itu bukanlah dgn ramainya, atau byknya markas yg ada di seluruh dunia... Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik) Jadi neraca untuk mengenal Kebenaran ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW bukan dgn bersandarkan hujah2/dalil2 yg lain sepertimana yg selalu di hujahkan oleh karkun2 JT. Jadi, kenallah Kebenaran terlebih dahulu. Wallahu a'lam. Wassalam.”

Kini sudah beberapa hari ini saya sudah tidak membaca kitab Fadhail amal. Saya keliru…

Sungguh ke apa yang di kata??





~ Jadi aku jawab dengan muka macho yang tak berbelah bagi..

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 3:16 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

W'salam..

Tak perlu percaya pada komen tu kecuali kita kenal siapa yg komen..
nak tahu jugak siapa yang bermimpi.. dan siapa pulak yg dtg dlm mimpi tu..

Sudah byk pertolongan yg Allah zahirkn pd jmh tabligh..

Kerja yg dibuat oleh Nabi saw; mengajak sahabat menghidupkn
amalan masjid 24jam dan mengeluarkn sahabat ke serata alam..

Kerja yg dibuat oleh jmh tabligh; ??? (jwb sendiri dgn hati yg ikhlas)
Terima kasih kerana sudi bermuzakarah.

Wallahu alam.




~ beliau jawab lagik..

From: xyz
To: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:27 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Terima kasih tuan...

InsyaAllah saya akan meneruskan pembacaan kitab Fadhail Amal seperti sediakala. Kerana yang saya pasti selepas istiqamah baca kitab tu hati saya suka pada agama. Saya seronok baca Al Quran.

Tetapi setelah saya tidak baca kitab tu, solat 5 waktu pun dah tak terjaga.

Salah saya kerana mudah percaya pada orang.




~ aku jawab balik walaupun dah tak semacho tadi..

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 3:31 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Tambah korban lagi.. kalau blm 3 hari, klr 3 hari..
kalau blm 40 hari, klr le 40 hari..

doa utk saya & klrga agar Allah kekalkn dlm usaha ni..

http://youtu.be/lfzc2r-KRf8
(bayan mlm mgu baru nie..)

tkasih..




~ tetiba dia email balik..

From: xyz
To: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:39 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Maaf tuan, mungkin saya terlalu kotor itu sebab saya tak terpilih untuk keluar.

Saya bergelar isteri dan ibu. Saya sudah ikram suami saya untuk keluar
tapi suami saya tidak berminat dgn usaha ini. Malah saya sudah terangkan kepada
abang saya tentang usaha ini dan abang saya telah pergi ke SP untuk mengetahui lebih
lanjut lagi tentang JT tapi tengok gayanya dia seperti tidak berminat.
Abang saya pengerusi surau di taman tempat tinggal kami.




~aku dah terlelap.. malamnya sebelum isyak aku jawab..
(aku puasa 6.. jadi lepas maghrib balik makan nasi..)

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 8:29 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

ohh puan rupanya..

teruskan buat taklim di rumah.. tentukan masa yg tetap setiap hari
agar majlis dapat dibuat dengan istiqomah.. jaga adab² dlm majlis
http://amanahdarikekasihku.blogspot.com/2012/03/taklim.html

jgn lupa doa pd Allah terutama pd waktu mlm dan setiap kali lps
habis taklim agar Allah buka jln utk agamanya yg benar.. jgn doa
agar dpt klr ikut tabligh, tapi doa supaya Allah bawa kpd jln Nabi
dan sahabat..

wallahua'lam..





kesian.. kadang² ada suami yang nak berubah jadi baik, isteri pulak taknak.. yang ni isteri nak berubah, suami yang taknak.. alhamdulillah aku diberi Allah isteri yang sama² nak berubah.. walaupun belum 100%.. ahaks..

insyaAllah 8 September ni anibesari nikah aku dan isteri untuk tahun ke 17.. doa untuk kami supaya Allah kekalkan kami dan zuriat dalam usaha agama.. dan bahagia selamanya di dalam jannah.. dan anibesari kali ni insyaAllah akan disambut dengan aku keluar 3 hari di jalan Allah..

duit biru Mus'ab ambik..
duit merah bagi kat abah ek..



17 comments:

  1. Alhamdullillah.... doakan beliau sekeluarga ....amin

    ReplyDelete
  2. Manusia kebanyakkannya merasakan kejayaan di luar tubuh badan masing2..sebenarnya kejayaan dunia & akhirat ada pada badan masing2..usaha JT untuk bawa kesempurnaan agama dalam diri dan insya'allah manusia yg beriman akan menjadi sumber hidayat kepada sesiapa yang Allah nak beri hidayat..lebih terperinci lagi nama "JT" pun sebenarnya tiada sebab semua org islam kena sambung fikir/risau nabi atas umat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "lebih terperinci lagi nama "JT" pun sebenarnya tiada.. sebab semua org islam kena sambung fikir/risau nabi atas umat.."

      paling benarrr tuan..

      Delete
    2. sebab semua org islam kena sambung fikir/risau nabi atas umat.."

      mana sumber ayat ini?
      boleh bagi dalil?
      boleh bagi hadis arahan suruh fikir risau mcm nabi tu?

      Delete
    3. sniper muslim.. beriman lah..
      ..sahabat bertebaran keseluruh dunia utk menyebarkn agama semasa hayat nabi dan selepas kewafatan bagida.. bukan setakat tu, kerja tersebut disambung oleh org beriman selepas zaman sahabat..

      Delete
    4. sniper muslim... try baca khutbah Nabi SAW di haji widak... bnyk mesjid yg buat frame khutbah tsb...
      Nabi bercakap depan sahabat tp sebut "Wahai manusia"; ada yg Nabi kata semoga orang yg akan dengar kemudian lebih memahami apa yg dikatakan pd waktu tsb; dan juga hadis yg famous "sampaikan dari aku walaupun sepotong ayat"...

      Delete
    5. Satu ketika, seorang Yahudi lalu dihadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda menangis. Sahabat bertanya kepada Nabi, "wahai Rasulullah,kenapa engkau menangis, itu kan yahudi?". Nabi menjawab, 'walaupun dia yahudi dia UMAT aku'.

      Delete
    6. Satu ketika, seorang Yahudi lalu dihadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda menangis. Sahabat bertanya kepada Nabi, "wahai Rasulullah,kenapa engkau menangis, itu kan yahudi?". Nabi menjawab, 'walaupun dia yahudi dia UMAT aku'.

      Delete
  3. wahai sniper..sblm tuan minta diberi dalil..apakah tuan tidak menghayati kisah2 pengorbanan nabi dan sahabat?

    ReplyDelete
  4. ada gak member tlg jwb.. heheh..

    ReplyDelete
  5. Betulla kalau lalai buat talim nnt lalai solat...dah kena dah.

    ReplyDelete
  6. sebenarnya, jemaah tabligh itu adalah setiap orang yang mempunyai kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH di dalam hati dia. semua org patutnya ada rasa tanggungjawab utk sebarkan agama yang mulia ni..tapi nampaknya x semua org sedar tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  7. salam tuan,
    ni cerita pasal baca talim kitab fadhail amal.

    1) satu hari anak2 balik cuti. mcm biasa kami baca kitab lps isyak. tetiba ada gangguan pada anak. aku tanya la sapa ni & macamana boleh dtg. Jin kata emak dia suruh beli kari. Masa lalu dkt rmh aku, dia kata nampak cahaya yg terang dlm rumh aku .. maka dia masuk la. Tengok2 kami tengah baca kitab, dia pun ikut duduk la.
    Habis baca kitab dia keluar dngn baik ..

    2)Beberapa bln yg lain, masa kami baca kitab. Masa tu, berlaku gangguan lg. Tetiba mata anak sulung aku mcm perhatikan sesuatu (dgn izin allah kakak boleh melihat & becakap dgn jin). Pada masa yg sama, bila aku sebut Nabi Muhammad SAW .. JIN pun sebut SAW. Eh pelik aku tengok keadaan ini.
    Lps siap baca kitab, aku tanya kakak nampak apa.
    Kakak kata masa kami mula baca kitab, dia nampak ada jin budak dtg. Kakak suruh pergi tapi jin tak mau pergi. Tetiba dtg 5-6 jin lain dgn berserban & berjubah putih tolak jin budak tu keluar, dan mereka duduk sebelah kiri sy dengar dgn tawajuh. Sbb tu bila ada nama nabi di sebut, jin tadi ikut berselawat. Habis baca kitab, jin pun hilang ..

    percaya bole, xpercaya pun bole

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah.. menarik cerita tuan.. anak sulung tuan tu ada macam warna kelabu ke di mata hitamnya..?? saje nak tau..

      lagi satu.. brg2 antik yg tuan selalu kumpul tu perlu juga dibacakn ayat2 manzil.. satu hari saya beli satu jubah dgn harga rm2 dr istiqbal masjid sri ptlg.. (biasanya baju2 yg tak dituntut di masjid yg dah melebihi satu tahun akan dijual).. bbrp mlm saya diganggu makhluk yg dtg dlm mimpi yg megisyaratkn kpd baju tsebut.. lps buat manzil, makhluk tu dah xde lg..

      Delete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...