Sunday, July 31, 2011

Puasa Jangan Tak Puasa Tau..



Selamat menyambut Ramadhan mubarak.. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang lepas-lepas dengan peningkatan diri dalam mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya..

.. dan kepada yang baru bernikah dalam Rejab & Syaaban.. dengarlah pesanan dari penaja rancangan; "berhati-hati di jalan raya.."
*sama seperti iklan tahun lepas..



Friday, July 29, 2011

Takaza Orang Asli

Beberapa minggu lepas, sorang kawan tashkil aku keluar 10 hari dalam bulan Ramadhan di tempat orang asli.. aku pun kata ok dengan syarat.. boleh balik sebelum 1 Syawal.. nak beraya ngan family.. *perghh.. cinta keluarga masih menebal dalam hati.. untuk dunia ramai orang sanggup beraya jauh dari keluarga bertahun²..  setahu aku, sesiapa yang keluar 40 hari di tempat orang asli mesti beraya kat sana.. Kawan aku kata takaza 10 hari Ramadhan dengan orang asli akan tangguh 2 hari sebelum raya.. heheh.. aku pun kira jadi lah insyaAllah..

menyumpit bariuk..
Malam mesyuarat KL Rabu lepas, orang² yang nak sambut takaza 10 hari Ramadhan orang asli berkumpul lepas Isyak.. adalah kira² 10 orang.. dah ada amir lagi.. Mesyuarat agak formal sikit.. siap dengan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada JAKIM dan lain² pihak yang berkenaan.. antara perkara yang dimesyuaratkan adalah hal pengangkutan, belanja, makanan untuk 10 hari termasuk untuk menjamu 100 orang asli berbuka puasa setiap sehari, barang² yang perlu dibawa dan lain² perkara..


.. dan yang paling best adalah pasal route..

kampung orang asli

Aku ingat keluar kat area N Sembilan atau paling jauh ke Cameron Highland.. rupamya route yang telah dipersetujui adalah ke Pos Balar, Gua Musang.. kena off road 80-100km.. umak aii.. mau tercabut punggung.. tapi memikirkan perjalanan sahabat² Nabi jauh lebih susah dari tu, aku pasrah.. *pasrah? x pernah aku guna perkataan nih.. macam lucah je rasa.. Aku redho lah senang citer.. InsyaAllah tarikh keluar adalah dari 18 Ogos - 28 Ogos 2011..

Apa lagi.. balik dari mesyuarat aku search lah kat internet.. apo ko bondo Pos Balar ni.. Memang biasa rupanya berbagai group masuk sini.. Aku pun sempat lah mencilok 40 gambar yang kebanyakannya dari web JHEOA.. jadi aku share kat sini..


ado yang nak ngikut?

*aku ada dengar karguzari orang asli pun ada keluar masturat 3 hari sekarang.. siap purdah lagi ahlia² diorang..



Wednesday, July 27, 2011

3 Hari Masturat

Sabtu lepas keluar 3 hari masturat.. Kg Bandar Dalam kat Gombak.. jemaah kami 6 pasang.. Alhamdulillah, semua amal berjalan lancar.. ahli² jemaah satu hati dan nusrah karkun tempatan pun ok.. orang kampung pun nampak dah biasa sangat dengan kehadiran jemaah..



"Surau kat sini dah berusia lebih 100 tahun" kata seorang pakcik kepada kami pada masa mula² kami sampai..

"Saya bukan lah pandai atau apa.. Tapi pada firasat saya.. 100 tahun lagi pakcik pun dah tak de kat surau ni.." kata seorang ahli jemaah kat pakcik tu tapi di belakangnya..

Hari pertama surau ada buat kenduri menyambut Ramadhan.. lepas Maghrib baca Yaasin dan lepas Isyak ada  kambing bakar.. apa lagi.. mengambing la semua.. Habis makan ada deklamasi sajak pulak oleh Pak A Samad Said & the gang di ruang bawah surau.. Aku yang memang tak minat sajak menyajak atau pajak memajak ni hanya melajakkan diri di atas bedding..

"terlajak perahu boleh diundur.. terlajak bedding lelap padahnya.."

surau yang hijau di bumbung dan di luarnya..

tetapi kuning di dalamnya..

Hari kedua biasa² aje.. masturat pun happy je dalam suasana dakwah, taklim, ibadat & khidmat..

Hari ketiga tangguh sebelum maghrib.. lepas hantar isteri ke rumah, aku iktikaf kat masjid.. belajar² nak cukupkan masa 72jam.. semoga Allah pilih lagi aku & isteri untuk keluar di jalan Allah dengan istiqomah dan masa yang lebih panjang.. amin..

burung sape lak ni?
aku tinggal kat greenwood, gombak
dari lahir sampai umur 5½ tahun..



Thursday, July 21, 2011

Hijrah & Nusrah

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. usaha dakwah yang telah ditinggalkan secara ijtimai oleh umat ini selama hampir 700 tahun telah dihidupkan semula.. untuk Islam kembali gemilang seperti dulu, maka tak ada cara lain melainkan dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW..

15 Syaaban.. tarikh special untuk kebanyakkan kawan² yang melibatkan diri dalam usaha agama.. sebab tarikh ni adalah musim banyak jemaah² dikeluarkan di jalan Allah.. dulu aku first time keluar 40 hari pun masa 15 Syaaban.. yang kemudiannya membawa perubahan yang besar dalam hidup aku dan keluarga.. semoga aku tak mendustakan nikmat Allah ni..

"..sesat di Kuala Lumpur.. dosa dan pahala bercampur.. tapi kita perlu hidup.. kita mesti terus hidup.."

dunia penjara mukmin

Sepanjang 15 Syaaban baru ni, 725 orang telah dapat dikeluarkan dari tempat sabguzari Kuala Lumpur untuk tempoh 40 hari.. dari 725 orang tu, 51 keluar negeri, 121 ke Sabah Sarawak, 545 dalam Semenanjung & 8 pasang keluar masturat.. selain itu, 18 jemaah 40 hari dari seluruh Malaysia sedang bergerak di Kuala Lumpur dan sekitarnya..

Tu kisah orang yang dipilih Allah untuk keluar di jalan Allah.. jadi kita yang tak keluar ni nak buat apa? Kata ulama, umat Islam terdiri dari dua golongan sahaja.. samada muhajir iaitu orang yang keluar berhijrah untuk menghidupkan agama di jalan Allah atau ansar iaitu orang yang buat usaha di tempat sendiri termasuk menusrah (membantu) orang² yang sedang keluar.. dan tak ada golongan ke tiga..

Jadi jemaah datang tempat kita, kena nusrah la brader.. jangan tengok je.. atau pergi solat kat surau lain.. heheh.. ni bukan pasal korang tapi pasal korangtan atau konyet..
*korang = kau orang.. korangtan/konyet = lu pikir la sendri..

Nusrah camne? Sama² dengar bayan maghrib jemaah yang datang ke? Atau sama² tumpang makan malam masakan yang dibeli dan dimasak sendiri oleh jemaah tu ke? tu bukan menusrah.. tapi menyusah.. koh koh koh.. tersedak sket..

jangan pikir pakai kaki

(semoga aku dapat amal).. Nusrah maksudnya buat ziarah a.k.a. gash, taklim dan lain² amal dengan jemaah.. paling baik bawa bedding dan bermalam sekali.. yang kerja, ambik cuti.. baru real nusrah.. full time ngan jemaah.. Kalau boleh kita beri makan walaupun jemaah yang datang dah bawak duit dan alat² masak sendiri.. bila kita beri makan, ulama kata Allah akan beri berkat dalam harta dan keluarga kita.. libatkan isteri supaya masak untuk jemaah.. perghh.. memang real lah.. ada sikit la ciri² sahabat walaupun sebenarnya jauh lagi..

Ada 2 jenis jemaah.. 1. jemaah orang lama; kita nusrah dan belajar kerja dari mereka supaya nanti kita dapat amal di tempat kita.. 2. jemaah orang baru seperti jemaah pelajar²; kita nusrah supaya mereka dapat belajar dari kita dan nanti mereka dapat amal bila balik ke tempat mereka..

Jemaah² yang datang bawak rahmat.. jadi kita kena ambik peluang perniagaan ni.. ni bukan kecik² punya beniaga macam bisnes insuran & roadtax.. atau bisnes kongsi gelap macam KL Gangster tu..  

"wa x kira.. lu abg long ka.. lu ayah nda ka.. ni kl wa pegang.."

tapi ni bisnes tersangat jauh lebih besar dari tu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
(Surah As-Saff ayat 10-11)

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."
(Surah Al Anfal ayat 74)

dan.. di tempat kita.. jangan lupa jenguk² ahli keluarga kawan² yang sedang keluar tu.. takkan lah satu kampung atau taman perumahan tak boleh tengok²kan ehwal satu atau dua keluarga yang suami mereka sedang keluar di jalan Allah..

wallahua'lam..

*insyaAllah, sabtu ni @ 23/07/2011, aku & isteri nak keluar 3 hari masturat.. route ke Sentul.. isteri aku pun tengah sarat nak masuk 7 bulan dah ni.. lepas nih tak tau pulak bila lagi nak keluar masturat.. doa untuk kami yang dhoif..



Monday, July 18, 2011

Hakikat Hidup

Ni cerita Ahad; 17/07/2011 @ 8.11pagi..


anak-anak aku di kampung..


 
cap ibu & anak..







Wednesday, July 13, 2011

Geng Bas Sekolah



Al-Imam Yusuf al-Qardhawi berkata: Barangkali ada perasaan ingin bertanya dan menjadi perbincangan oleh sebilangan orang: bagaimana mungkin dapat diwujudkan suatu kebaikan, kasih-sayang dan pergaulan yang harmonis dengan golongan ghairul Islam, padahal al-Quran sendiri dengan tegas melarang berkasih-sayang dan bersahabat dengan orang-orang kafir, sebagaimana dinyatakan:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai ketua, sebahagian terhadap sebahagiannya. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai ketua, maka dia itu tergolong mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. Maka kamu melihat orang-orang yang dalam hatinya itu ada penyakit, cepat-cepat pergi kepada mereka. (al-Maidah: 51-52)

Jawabnya: bahawa ayat-ayat ini tidak mutlak, tidak mengenai setiap Yahudi dan Nasrani atau kafir. Kalau difahami demikian, niscaya akan terdapat pertentangan antara ayat-ayat tersebut dengan nas-nas lainnya yang mengundang supaya dijalin saling pengertian dengan baik dengan panganut agama lain. Ditambah lagi dengan keharusan berkawin dengan ahli kitab dengan penegasan ayat-ayat alQuran yang antara lain berbunyi sebagai berikut:

Allah menjadikan di antara kamu (suami-isteri) cinta dan kasih-sayang. (ar-Rum: 21)

Dan khusus tentang Nasrani Allah mengatakan:

Sungguh kamu akan menjumpai dari antara orang kafir yang lebih dekat cintanya kepada orang-orang mu'min, iaitu orang-orang yang mengatakan: kami adalah orang-orang Nasrani. (al-Maidah: 83)

Dengan demikian, maka ayat-ayat al-Maidah: 51-52 di atas ditujukan untuk orang-orang yang menentang Islam dan yang memerangi kaum muslimin. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim memberi bantuan dan saling bantu-membantu dengan mereka. Inilah yang dimaksud dengan muwalat (bersahabat, mengangkat orang kafir sebagai ketua). Dan dilarangnya pula kaum muslimin menjadikan mereka ini sebagai sahabat karib sehingga dengannya mereka dapat mengetahui rahsia-rahsia kita dan menjadikan mereka sebagai kawan yang bertugas sebagai pengintip yang dibiayai oleh mereka dan agamanya. Terhadap mereka ini al-Quran dengan tegas menyatakan:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu menjadikan sahabat karib orang-orang selain golonganmu, mereka itu tidak mahu menolong kamu dari kecelakaan, mereka itu senang kalau kamu susah; sungguh telah nampak kebencian dari mulut-mulut mereka, sedang apa yang tersembunyi dalam hati mereka lebih besar. Sungguh kami telah menerangkan kepadamu ayat-ayat kami kalau kamu mahu berfikir. Kamu ini adalah orang-orang yang kasih kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu kasih kepadamu. (ali-Imran: 118-119)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat mereka kepada kita, bahawa mereka itu menyembunyikan permusuhan dan kebenciannya kepada kaum muslimin dan telah dinyatakan dalam lidah mereka. Dan firmanNya pula:

Engkau tidak dapati orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu menunjukkan kecintaannya kepada orang-orang yang menentang Allah dan RasuINya, sekalipun mereka itu ayah-ayahnya sendiri, anak-anaknya sendiri, saudara-saudaranya sendiri dan keluarganya sendiri. (al-Mujadalah: 22)

Orang yang menentang Allah dan Rasul tidak sekadar kerana kufur tetapi justru kerana mereka memusuhi Islam dan kaum muslimin. Dan firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu jadikan musuhku dan musuhmu sebagai ketua, kamu tampakkan kepada mereka rasa cinta, padahal mereka telah kufur terhadap kebenaran yang datang kepadamu, mereka akan mengusir Rasul dan kamu juga, lantaran kamu beriman kepada Allah sebagai Tuhanmu. (al-Mumtahinah: 1)


Ayat ini diturunkan berkenaan dengan masalah persahabatan dengan orang-orang musyrik Makkah yang pada waktu itu mereka memerangi Allah dan Rasul, dan mengusir orang-orang Islam dari Makkah justru kerana mereka mengatakan kami beriman kepada Allah. Orang-orang seperti ini tidak boleh kita ajak bersahabat. Walaupun demikian, al-Quran tidak menafikan harapan kebaikan kepada mereka, dan tidak pula mengatakan sikap putus harap. Bahkan al-Quran memberikan suatu harapan kiranya dapat merubah sikap mereka itu dan menjernihkan hati mereka. Untuk itu dalam surah itu juga al-Quran mengatakan:

Barangkali Allah akan menjadikan antara kamu dan antara orang-orang yang kamu musuhi itu perasaan cinta, sedang Allah Maha Kuasa, dan Allah pun Maha Pengampun dan Belas-kasih. (al-Mumtahinah: 7)

Peringatan al-Quran ini sudah cukup untuk mengelakkan ketegangan dan berkobarnya api permusuhan. Sebagaimana disebutkan dalam salah satu hadis yang berbunyi sebagai berikut: "Bencilah kamu kepada musuhmu itu sekadarnya saja, agar satu saat dia akan mencintaimu." (Riwayat Tarmizi dan Baihaqi) [38]

Lebih keras lagi haramnya berkawan dengan musuh, apabila mereka itu orang-orang kuat, berkeyakinan dan menakutkan, sehingga kerananya orang-orang munafik dan yang sakit hati berusaha untuk berkawan dengan mereka dan mengangkatnya sebagai kawan pelindung untuk memperkuat barisannya, dengan suatu harapan akan sangat berguna di hari esok, untuk itulah, maka Allah berfirman:

Maka kamu akan melihat orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit, pergi dengan cepat-cepat kepada mereka sambil berkata: kami takut akan mendapat kecelakaan, tetapi mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan atau suatu urusan dari sisiNya, sehingga dengan demikian mereka akan menyesali apa-apa yang mereka rahasia akan dalam hati-hati mereka itu. (al-Maidah: 52)

Beritahulah orang-orang munafik itu, bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, iaitu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai ketua, bukan kepada orang-orang mu'min. Apakah mereka mengharapkan kejayaan dari sisi mereka? Sesungguhnya kejayaan adalah milik Allah seluruhnya. (an-Nisa': 138-139)

(Kitab Halal dan Haram; bab bersahabat dengan bukan Islam;
oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi)

wAllahua'lam....

jangan sampai kita dicatur oleh pencatur ini






Monday, July 11, 2011

Datuk Bersin

Aku tidak faham,
pada dunia datuk-datuk itu,
dunia ramai terhantuk-hantuk,
bahkan datin juga namanya didatuk
dalam gelanggang ayam patuk-patuk.

Aku tidak faham,
harga bersin datuk-datuk,
marhain berkerat, diuntuk-untuk,
gaji sesuap sup, kini hidup pun disuntuk,
buat sorong bantal datuk yang mengantuk.

Aku tidak faham,
datuk mana salah, datuk mana betul,
hanya bendul rakyat, kepala terus diketuk,
janji bersih, janji kotor, semua melentuk,
sedang musuh luar, sibuk membentuk,
jaringan sangkar, zoo jajah terkutuk.

Aku tidak faham,
maafkan aku kiranya begitu,
tiada niatku menaruh kutuk-kutuk,
mungkin gerakku lambat bak roda tuk-tuk,
membuatku tertinggal terbatuk-batuk.


cilok tanpa permit dari http://zar4art.blogspot.com/2011/07/datuk-bersin.html



bonus track;

110629 byn m syamim jur org tjwb msia
*maaf.. error pd starting.. bacaan bismillahirrahmanirrahim x penuh..


malfuzat M Yusof



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...